Pages

Powered By Blogger

Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT DATANG 2009




.

Ini adalah entry terakhir saya untuk tahun 2008.

Tinggal beberapa jam sahaja lagi nk masuk tahun baru. Kali ini, tahun baru Masehi agak seiring dgn tahun baru Hijrah. Besar impaknya kan? Heboh di sana sini orang membuat azam. Saya bukan tak mau buat AZAM, tapi saya tahu... dlm banyak kes, azam saya biasanya jadi PEKAZAM. Tengok sajalah projek diet MR tu... dah terbengkalai...

Secara holistik (wah, canggihnya perkataan!), apa yang saya inginkan untuk tahun baru Masehi ini sama sahaja sepertimana yg saya inginkan untuk tahun baru Hijrah (saya dah tulis dlm entry sebelum ini). Saya mahu menjadi insan yang POSITIF dlm segala hal.

Banyak cabaran baru yang bakal saya hadapi di tahun 2009. Sekaligus, menjadikan saya sedikit teruja untuk menempuh tahun baru. InsyaAllah, kami 3 beranak akan memulakan hidup di rumah sendiri dalam sebulan dua lagi. Ya, inilah dia perkara yang sekejap-sekejap menjadikan saya teruja, dan sekejap-sekejap menjadikan saya bermuram durja. Bukan mudah untuk saya merealisasikan impian untuk hidup di bawah satu bumbung sebagai sebuah keluarga nukleus sementelah suami saya (dan kini saya juga) sudah terlalu lama dan terlalu selesa berada di bawah lembayung ibu dan ayahnya.

Saya kira, sudah sampai masanya untuk kami (lebih-lebih lagi saya) untuk belajar berdikari. Selama tinggal dgn mertua, saya amat jarang jejak kaki ke dapur. Saya sekadar menguruskan kain baju anak dan suami. Itupon, adakalanya ibu mertua saya yang banyak 'menyempurnakan' tugasan tersebut. Kalau harapkan saya, selorilah kain baju tak berlipat!

Bukan membodek atau mereka-reka cerita, terus terang saya katakan, sayalah wanita paling bertuah di dunia ini (atau sekurang-kurangnya di Rawang) kerana mendapat ibubapa mertua yang sungguh sporting dan tidak berkira langsung dgn menantu (yg kdg2 mcm 'hantu') ini. Mak saya sendiri cakap mcm ni kat saya, sebab dia tengok saya 'mengembang' mcm apam terlebih yis! Orang lain yang tinggal dgn mertua kebanyakannya kurus keding.

Mereka (mertua) tak pernah nk 'sound direct' menantu yang sorangni, walaupun saya tak pernah sgt jarang membantu aktiviti masak-masak di dapur atau mengemas-ngemas. Saban hari mak mertua saya tak jemu2 mengemaskan bilik tidur kami yang kadangkala lebih dahsyat dari kapal pecah (gara2 terbangun lambat, atau hari hujan, atau hari demam etc.)

Saya sedar, suami saya adalah intan payung kepada mak dan ayahnya. Saya tidak pernah ingin mengubah hakikat itu (dan saya berharap, jika dikurniakan anak lelaki kelak, saya mahu anak lelaki saya menyayangi mama dan babahnya sebagaimana babahnya yang begitu mengambil berat tentang ibu dan ayahnya) Dan kerana itu, saya pendamkan sebahagian besar hasrat untuk hidup sendiri walaupon sebenarnya gejolak nk pindah duduk rumah sendiri tu umpama gunung Pinatubo yang dah ready untuk explode (kadang-kadang terlepas jugakla asap2 gunung berapi tu..hehe). Dan, jujur saya akui, kadang2 saya sgt stress memikirkan hal ini. Tak perlulah saya huraikan panjang lebar apa yang saya stress kan. Cukup kalau saya katakan, bayangkan anda ingin berbuat sesuatu yang biasanya seorang isteri dan ibu akan buat, tetapi anda tak boleh buat kerana tiada authority dan privacy. Remember, ini bukan rumah anda...

Tinggal sebumbung dgn mertua (dan ipar duai yg sering berkunjung) membuka banyak 'peluang' untuk mempamerkan sikap buruk kita. Kalau jumpa 2,3 kali setahun masih boleh 'cover-cover' lagi kan? Kalau jumpa 2,3 kali sebulan? Lama-lama mesti lagi byk yg buruk dari yang baik kan? Dah lah Makcik Rehan ni asyik naik angin pasang... hihihi.

Mungkin ramai yg dah maklum, saya membeli sebuah rumah flet (yg sgt murah ok!) sebagai sandaran untuk mengajak suami berpindah suatu hari nanti. Jadi, saya tidak pernah terfikir yang 'perpindahan' itu akan berlaku dalam tempoh terdekat sebab rumah tu entah bila zaman nak siap. Paling awal, khabarnya dlm bulan 5-6 tahun depan (2009). Itu kata merekalah...

Nak dijadikan cerita, sempena hujung tahun 2008 yang sarat dengan mcm2 jualan murah, kami laki bini (lebih2 lagi saya) jadi teruja nk membeli kelengkapan rumah. Masalahnya, kalau kami beria-ia membeli brg rumah sekarang... kat mana kami nk simpan? Booking biasanya setakat 2,3 bulan shj. Lepastu, nnt marahlah tokey perabot kalau tak ambik2 lagi brg kat warehouse diorang kan? Dari situlah, tetiba tak tau dari mana angin lintang datang... suami saya ajak pegi lihat-lihat RUMAH YANG DAH SIAP di sekitar Rawang nih. Maka, merentas desalah kami laki bini dgn budak kecik sorangni. Habis merata ceruk, celah bedah kami redah.

Sampailah kami terdampar di Taman Bayu Permai (nanti2 lah saya detailkan lokasi Taman Perumahan ni). Suami saya tertarik dgn rumah townhouse setingkat yang dah siap sedia untuk diduduki. Ada belen 4,5 bijik rumah yang belum terjual. Rumah-rumah lain semua orang dah masuk. Knowing him, saya pada mulanya tak menaruh harapan langsung yang suami saya akan beli rumah kat situ (Hehehe... jgn marah ye bang. Tapi saya dah maklum sgt peel abg. Selamanipun, dah habis satu malaya kita usha rumah, belinya idokkk....hehe). Masa kat showhouse, en somi teruja tahap gaban dan dah iya-iya kompom dgn salesmen tu yang dia nk beli umah tu.

Esoknya, terus kami pegi bayar booking utk unit corner lot (tak hagak2 betol laki aku nih... corner dihambeknya. Tak intai poket betul2..). Masanilah saya rasa mcm pari-pari yang tgh diawang-awangan. Macam tak percayalah!

Esoknya, tetiba suami saya telefon saya kat opis bagitau dia mcm tawar hati nk ambik rumah corner lot tu sbb umah townhouse tak boleh sama sekali buat extension (renovation). Abih, nk buat apa kat tanah sekangkang kera tu kalau tak leh nk reno? Haaa.... booking dah bayar yer kawan-kawan. Camno tu? Masa ni somi saya dah melilau sana-sini dok belah bagi samada nk proceed atau burn duit booking! Masa ni jiwa saya hancur luluh sgt (frust menonggeng la kiranya..haha). Sbb, saya dah bayangkan kunci dah ada kat tgn, tinggal nk bukak pintu jer lagi. Tapi, tiba-tiba kunci tu kena rampas! Haa... mcm tu lah saya rasa. Sebelum2 ni walaupon tak jadi beli saya tak frust apa sgt sbb 'tak dpt kunci' lagi. Hehehe.

Gedebuk gedebak, pendekkan cerita, saya bagi 'lecture' sikit kat somi about the pros and cons. (Hes thinking too much!) Saya ajak suami ambik jer yg intermediate unit dan sekaligus, live within our budget. Biarlah org lain duduk umah besau-besau, kita duduk jer dendiam kat sini. Kita save banyak woooo... (sbb umah tu murah marrr...hehe) Nanti kita kumpul duit berjuta-juta, kita belilah banglo kat Bukit Tak Untung tu ha... hehe.

Okeh! So, itulah dia susur galur riwayat seorang isteri yang meroyan nk pindah umah sendiri. Tengok Daisy path ticker kat atas tu... dah berapa lama saya 'membesarkan' badan di rumah mertua. Sudah sampai masanya untuk saya cuba 'mengempiskan' diri di rumah SENDIRI kan?

Dengan ini, terbayarlah sudah hutang saya buat para pembaca blog kecik ni yg acapkali kebuntuan bila membaca entry2 saya dikala mereng itu kan? Hehe...

Saya dengar bunyi mercun dan nampak cahaya bunga api dari tingkap bilik. Ohh...sudah pukul 12 tgh mlm. Dalam kedinginan mlm, saya ucapkan Selamat Tahun Baru untuk suami saya aka Babah Mencah yang berada dikejauhan. Kami menunggu kepulangan abang di tahun baru!

Selamat Tahun Baru untuk anda, anda dan anda juga!

-gambar cilok dr pakcik Google-

.

TELLINI

.

Disclaimer : When you read this entry, pls dont ever try to imagine saya as orang kaya yang nk tunjuk lagak spend ribu-riban nk pindah umah besau. You should imagine me as a woman who had longed for so very long time to move into her own house (well ok, its hubby's house anyway) Our 'little cottage' is merely a very-very small house yang berharga sangattt murah dan terletak pulak kat kawasan ulu banat celah bedah (I am serious, no joke!). Whenever I mentioned about renovation or buying 'expensive' things - that was actually wayyyy too far and too low from what others usually spent!

******

Sharing is caring. Click on brochure to enlarge. Do you think it worth it?
Am eyeing for SET B...

Hood (1500 suction power) : RM 1349
+
Hob (5.0 kw burner) : RM 878

Promo price : RM 1688

Dan oh ya, while stock last, FREE salur aluminium and its cap (worth rm200). But Installation NOT FREE. Hehehe. Add rm250 for installation lorr.



.

BASHAAAHHH


.

-Gambar hiasan-


A quick one before saya gi mandi. Last nite, Aisyah cam biasa port kat bilik Nenek kat bawah. Bila dia dah lena baru saya angkat bawak naik atas. Bila tgok dia mcm dah lena semula kat atas nih, saya pon mengadap komputer kat bilik sebelah. Tiba2 dengar dia merengek. Saya mendesup lari masuk bilik takut2 kalau dia tergolek jatuh katil. (Babah dia tak ada, OS sampai weekend ni)

Saya masuk, dlm kesamaran nampak posisi duduk dia mcm rabbit tgh ready nk melompat. Saya tanya, Kenapa sayang?

Anak comel saya jawab : Bashaaahhhh..!

Adoiyai... dia kencing merembes-rembes sampai luncun seluar, mujur saya lapikkan dia dgn comforter kecik dia. Padehal saya salin diaper dia tu pukul 9 mlm. Masa kebocoran adalah pukul 12 tgh mlm. Saya baru berkira2 nk tuka diaper dia jap lagi. Nampaknya dia dah advance dari mama.

Saya tak tau dgn anak-anak anda, tp anak saya memanggggg kuat kencing. Hihi. Satu mlm 3 botol susu woooo... Sebab tu dlm seminggu mesti at least sekali saya basuh cadar. Sebabnya, berlaku kebocoranlah tu...

Tuesday, December 30, 2008

AISYAH'S BEDROOM


.

Disclaimer : When you read this entry, pls dont ever try to imagine saya as orang kaya yang nk tunjuk lagak spend ribu-riban nk pindah umah besau. You should imagine me as a woman who had longed for so very long time to move into her own house (well ok, its hubby's house anyway) Our 'little cottage' is merely a very-very small house yang berharga sangattt murah dan terletak pulak kat kawasan ulu banat celah bedah (I am serious, no joke!). Whenever I mentioned about renovation or buying 'expensive' things - that was actually wayyyy too far and too low from what others usually spent!

*****


Exactly like this. From Cavenzi. RM 1099 with FREE Dressing table (same theme color but not in the pic) and FREE pull out. So, boleh beranak lagi 2 orang lagi lorrr... wakakaka...

p/s : Ini brg saya blom beli ok, baru mengidam dan usha2 bajet. Anyway, mana nk cari bed sheet yg mcm dlm gambo tuh? :P
.

CURTAIN

.

Disclaimer : When you read this entry, pls dont ever try to imagine me as orang kaya yang nk tunjuk lagak spend ribu-riban nk pindah umah besau. You should imagine me as a woman who had longed for so very long time to move into her own house (well ok, its hubby's house anyway) Our 'little cottage' is merely a very-very small house yang berharga sangattt murah dan terletak pulak kat kawasan ulu banat celah bedah (I am serious, no joke!). Whenever I mentioned about renovation or buying 'expensive' things - that was actually wayyyy too far and low from what others usually spent!

*****

Saya jatuh chenta dengan fabric IDALI ini. Tapi harganya buat saya jatuh tangga! Dekat Elyza Rawang, harganya rm42 per meter. FREE workmanship until CNY. Approx. cost for 3 panel sliding door (excluding night curtain) rm350.

What do you think?


Pics : Credit to http://norcnd.blogspot.com/

.

Monday, December 29, 2008

SALAM MAAL HIJRAH


.

Salam Maal Hijrah untuk semua pengunjung blog Mencah. Apa azam tahun baru anda?

Saya mahu menjadi isteri dan ibu yang lebih penyabar. Dan saya mahu memperbaiki dan memperbanyakkan amal soleh.

Saya mahu menjadi hamba yang istiqamah...

Ayat 1000 Dinar. Jom kita hafal dan jadikan amalan...

Bismillahirrahmaanirrahiim.



.

BILA MAKCIK REHAN DEMAM



.
Semua tak kena!

Kasihan anakku terpaksa berkurung dalam bilik dgn mama. Kalau biar dia kat bawah, kose lah mama dia ni nk usung badan gedempol ni nk turun naik jenguk dia. Kejap yayak, kejap nk susu, kejap itu, kejap ini. Habis tunggang langgang bilik! Anak membuas tak hingat, yg mak dia dia dah meroyan terjerit-jerit cam tarzan. Babah dia balik kang kalau bilik tak kemas, sure kena bebel.

Dah la ipar duai penuh satu umah. Yang nilah part yg palingggg saya tak gemar. Bukan salah depa nk dtg (dah sah2 ini umah mak pak depa kan?). Yang salah tak salahnya kami yang bertenggek 24 jam kat umah nilah. Sudah 2 tahun, 4 bulan dan 4 minggu kami beranak-pinak di rumah ini. Wohohooooo..tak sabarnya saya nk pindah umah sendiri. I really want my own space!

Skang baru balik dari klinik. Demam dah mula datang balik. Pagi tadi dh mkn ubat, rasa cam kuat sikit. Sepatutnya nk pi 1 Utama setelkan payment. Tak larat sgt dah la.....

Meroyan sakan mengusha brg2 umah sampai demam! Belinya idaklah byk nau pon... adehh...

Later... nk solat and ngemas bilik tongkang pecah tu kejap.
.

Sunday, December 28, 2008

A TRIP TO...

.



Disclaimer : When you read this entry, pls dont ever try to imagine me as orang kaya yang nk tunjuk lagak spend ribu-riban nk pindah umah besau. You should imagine me as a woman who had longed for so very long time to move into her own house (well ok, its hubby's house anyway) Our 'little cottage' is merely a very-very small house yang berharga sangattt murah dan terletak pulak kat kawasan ulu banat celah bedah (I am serious, no joke!). Whenever I mentioned about renovation or buying 'expensive' things - that was actually wayyyy too far and low from what others usually spent!

********

Yup! Kami pegi mengunjungi Cik Fella dan kejakunan yang amat di sana! It was my 1st time there (FD Bkt Subang) and 2nd time visiting FD outlet. Yang 1st time masa kat USJ, nk pegi bank yang sederet dgn FD outlet - singgah seminit. Ohh..that was way back in 2003.

Semlm kami merentas desa ke Klang sbb my mom n dad dtg KL. Dorang port kat umah my aunty kat Klang (Nnt mak leh port kat umah sempit saya lak :P). On the way balik dr Klang, hubby cilok pegi FD Bkt Subang. Gilos punya besau dan punya byk choice furniture. Sediakan ongkosnya sahaja!

Sila ambil perhatian, seperti biasa...kami tidak membeli apa2 hatta sehelai kain pon. Hehehe... Laki den kan tak soka nk hinglish-hinglish theme ni (cewah... nk cover kunun, padehalnya kami tak cukup duit lorrr...wakakaka). Sekadar mencuci mata dan membasahkan ketiak. Yes people... anak saya meronta-ronta dan kemudiannya mengamuk suruh dilepaskan dari strollernya. Haiyooo....



Kuar dari FD, kami ke Pacific warehouse sale. Ini tak sengaja - nampak bunting tepi jalan. Hubby ajak singgah... I follow. Tapi tak sempat nk belek betoi2 sbb dah senja and my doter sudah melentuk ketiduran. Kesianlah pulak. So, today we are going there again. And, without si kecik ni. Sekali Nenek Onah pulak ada aktiviti kemasyarakatan.... Marhaban. Kena la tunggu dia balik Marhaban dulu dlm kol 12. Eeeii..tak sabarnya. I takut Hood and Hob tu habis dikebas orang lain. Wakakakaka....

Ada satu scene lucu masa kat FD. Kuar jer dr pintu FD, we headed straight to our car. Pastu kan... kitorang perasan, keta kontot saya diapit oleh BMW dan HONDA (apepunya model ntah) dan sederet dengan keta kami tu semua keta2 mahal gilos. Wakakaaka...nak terburai kami gelak kat situ. Hubby kata, kita ni salah parking kot. Sini tempat parking keta2 besau jer nih. Cepat2 kita blah... nnt org nampak maluuuu....


Moralnya : Kalau nk pi sopping kat tempat2 'standard' sila bawak keta mewah, supaya anda tak malu-malu kucin (mcm kami) walaupon tidak membeli apa2!

.

Friday, December 26, 2008

IKEA

.
Disclaimer : When you read this entry, pls dont ever try to imagine me as orang kaya yang nk tunjuk lagak spend ribu-riban nk pindah umah besau. You should imagine me as a woman who had longed for so very long time to move into her own house (well ok, its hubby's house anyway) Our 'little cottage' is merely a very-very small house yang berharga sangattt murah dan terletak pulak kat kawasan ulu banat celah bedah (I am serious, no joke!). Whenever I mentioned about renovation or buying 'expensive' things - that was actually wayyyy too far and low from what others usually spent!

****

We dont have Ikea catalogue for 2009 (sebelum2 ni pon mmg tak pernah ada!). But it is 'downloadable' online. Pegi sini (utk org2 yg mcm saya dan laki saya yang selamani tak penah ambik pusing pasal nk ngias2 umah)

On the recent Xmas day, kan i kata kononnya i nk pi Ikea (nk cuci mata) tapi tak kesampaian sebab jem satu malaya kan.. so, kesudahannya cuci mata tgok online katalog sajalah. Hubby gave greenlite oredi for me to buy 'cheap stuff' from Ikea. Tapi pakai duit sendiri lorr. hehehe...

We've agreed on this :
  • Anything to do with kitchen will be under me - ohh that includes kitchen cabinet, hob n hood, periuk belanga, pinggan mangkuk n so on. Tapi fridge and dining set tak masuk ekk..
  • Curtains, bedsheets (anything to do with fabrics) will also be under my budget.
  • Rak kasut (sebab murah jerr..)
Yang ini pulak terpikul di bahu suami sayer :P (Ehh..kata bonus abg tahun lepas pon tak abis lagi kan.. :P) :
  • Bedroom set - katil, lemari apa segala
  • Aisyah's bedroom set - sama jugak..katil, cabinet ke hapa...
  • Guest room's bedroom set - Abih nnt mak mertua i nk tido mana lak kan...
  • Renovation dari hujung kaki ke hujung kepala hehe.. - gate, awning, grill for tingkap n pintu, store, plaster ceiling, wiring, aircond, lampu-lampi, kipas apa segala...
  • Dining table
  • Living hall - sofa, rak tv, divider ke hapa...
  • Paint
  • etc.
Hahahaha...mcm kejam jer list ni kan? Tak perlah bang, oleh sbb abg yg byk kuar bajet, saya rela parking kat luar. Biar keta abg jer yg dok dlm pagar :P (OK, thats explain how small our house is. Boleh parking satu keter sajer kat dlm pagar okay!)

OK, back to Ikea... I wanted to buy these...

I soka yg sebelah kiri tu. Sonang nk nyidai kan...



Katak ijau tu nampak menarik..




Yang ini saya tanampak harga lah pulak. Mesti Aisyah bengang sbb dia tak leh kaco mama dia blogging dah kalau saya beli rak flip-flop mcm ni.



Nk letak pemende tah dlm ni...


Kena tgok jugak material dia macamana... eh, haritu kat homes harmony pon nampak mcm byk fabrik jugak...

.

.
Kat dlm FOS. Kan ada kid's play area dlm tu. I lepaskan Aisyah dari stroller dia, kasi can dia membuas. Tidakkk, saya tak beli apa2 pon disini. Kadang2 saya ni penshopping berhemah juger. Hihihi.


Budak tadika dah ready...mana cikgu?



Hi.. boleh saya join?



Mari bergossip. Hehe..selamba jer si Aisyah ni nyibuks anak-beranak orang tgh bergossip. Hehe.


.



SALAH PLAN...

.

This pm, I brought Aisyah to One Utama. Menyesal giler. Original plan is Ikea. Jem satu Malaya sampai budak ni naik lebam keboringan dlm keter. Dari Rawang sampai dah kuar tol LDP Damansara jalan nampak very smooth. Elok jer sampai area Mofaz tu...danggg! Cakap tak guna, tembak tak kena! Keras kejung tak leh nk escape ke mana. Entrance nk ke Ikano, Curve, Ikea sendat melekat! We end up masuk wing yang ada Parkson tu. Haku dah suspen takut lebam mencari parking. Lucky me, pas ambik tiket, tetiba nampak ada satu keter nk kuar...


My co-pilot, ready utk 'pelepasan'. Masa ni rambut dia masih terikat. Masa kami dah lebam sangkut dlm jem lama sgt, Minah ni dah naik rimas. Dok usik tocang sambil dok ckp : Akitt...akitt...bukak!


Ramainya ummat Muhammad dlm 1 Utama! Sampai haku jadi blur nk kenalpasti koordinat. Main redah jerla. Nak selamat, kami pergi area yang kami 'dah biasa' - kid's area.

Gambar ni semua masa kat dalam Safe n sound. Cantik bed nih. Tadi rasanya ternampak harga rm999 (tak sure if its consist of all collections, tp rasanya bed shj)


Meja solek kecik tu sgt comel, with the flower mirror and the comfy mini sofa. Ntah, tatau berapa rega. Bukan i nk beli ponnnn...



Aisyah jatuh hati dgn drawer comel nih (i ponn...hehe). Asik dibuka katup, aku plak yg risau. Dua mender jerr...jari dia terkapit ataupun laci tu ranap!



Writing table ni comes with 2 matching chairs. Motif Safari. RM 149 for this 3-pieces set. Ngam2 jer utk budak kecik nih. Aisyah said : Chantikkk...! Jenuh pujuk ajak dia kuar dari sini. Last2 terpaksa rescue 911, angkat dia bawak kuar.

Nota : Kami pegi 2 banak jer sbb bapaknya bekerja mencari rejeki bininya tukang perabih duit

Nextt...

.


Thursday, December 25, 2008

COZINESS vs PRACTICAL vs BUDGET

.

Im not buying or doing all these! Too costly... they are only my dreams comfy country house. Given a choice (and chance) I want this theme for our little cottage. But hubby wont be agree. Hes' into contemporary concept. So, I think we will choose modern concept (fair for both huh!). We'll see how it goes... At the mean time lets feast our eyes with all this breathtaking collections!


-Fluffy-


-sweet dreams-


-tidy-


-Classic-


-Tea time-


-Relaxing-


-Cover up all the messiness-


-Simple-


-Breathtaking!-



-A comfy grandmother's swing chair-


-Walla!-


-Rosy petals-


-Masterpiece-


-organized-


-kitchen-


-living quarters-


-kitchenette-


-corner-


-fresh-



-work space-


-storage-



-built-in-


-systematic-


-hang on there-



-pastel-

credit to : http://www.countryliving.com/
.



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker