Pages

Powered By Blogger

Friday, January 30, 2009

TIADA SARAPAN

.
Salam Jumaat puan-puan, (dan tuan-tuan juga!)

Hari ini saya sedikit bersemangat nk datang kerja. Mlm tadi tidur agak nyaman. Itupun setelah berpindah dari bilik saya ke ruang tgh rumah. Saya pasang kipas laju-laju mcm kipas helikopter (Aisyah sebut helikopter = Abertee) dan tarik selimut tebal. Oh ya, sakit otot ringan sudah mula menyerang. Lenguh2 di sekitar betis dan lutut. Saya terpaksa pesan siap2 kat suami, saya dah mula lenguh2 kaki dan abg kena alert sikit... nnt mlm2 kalau saya menjerit, itu tandanya kaki saya dah cramp (mak saya sebut ni sebagai tarik mengkarung) Sesungguhnya, kali ini semuanya datang sangat awal berbanding sewaktu bersama Aisyah. Apa yang boleh saya buat...semuanya harus ditempuhi. Saya redha dan berharap dikurniakan kesabaran mengharungi semua ini.

Apa yang membuatkan saya sedikit bertenaga pagi ini adalah kerana nenek Onah tidak menumis seperti pagi-pagi yang sebelumnya. Harini tiada sarapan kecuali air teh susu. Ohh...saya sangat bersyukur dan berharap nenek onah akan terus tidak memasak di pagi hari! Boleh gitu?

Setiap pagi, bau tumisan nasik goreng nenek onah akan meloyakan saya. Dan, bertapalah saya sambil menguwek (muntah) di dalam bilir air sampai kadang2 Aisyah pon boleh terjaga dari tidur mendengar uwekan mamanya. Selepas muntah sampai perit tekak dan keras otot perut, maka semakin tidak bermayalah saya untuk memulakan hari...

Tapi hari ini agak berbeza! Syukur, Alhamdulillah. Kalau keadaan mengizinkan, saya ingin sekali menempek gambar2 terbaru Aisyah yang sarat di dlm kamera buruk tu. Mungkin di dalam entry2 yang berikutnya kelak.

Till then, Happy Friday olls!






Thursday, January 29, 2009

EDD



Lama tak sentuh keyboard. Nak on lappy kat umah pon tak lalu. Tapi harini, saya terpaksa gagahkan juga diri ke PID.

Cuti CNY yang panjang, saya hanya semata-mata terbaring di rumah tanpa makan dan minum yang sempurna. Makan sepiring, keluar balik sepinggan! Suami pon dah habis akal, tatau makanan yang macamana yang saya nak. Kain baju menggunung tak berbasuh. Bilik kami mcm kapal Pirates of the Carribean!

Malahan, saya tidak mampu menghadiri majlis kenduri satu-satunya teman saya di PID ini. Maafkan akak yer Ira. Semoga kalian dipanjangkan jodoh ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki.

Syukur tak terhingga ada ibu mertua yang sungguh memahami. Dia menjaga dan memahami saya sebagaimana ibu saya sendiri. Sedaya upaya cuba menyediakan makanan yang pada hematnya mampu diterima tekak saya. Dan yang paling penting, dia membantu saya menguruskan Aisyah dengan sebaiknya. Malahan, saya yang kadang2 hilang sabar dgn karenah si kakak yang bukan main banyak peel - Nenek Onah yg byk menyabarkan saya, biasalah... dia tau mama dia tgh mcm tu...mmg budak akan menjadi-jadi manjanya. Terima kasih Mak!

Anyway, last Sunday I finally manage to go to the clinic (with hubs of cos) as I really need medication to ease my MS. The moment I stepped out from the car, terasa badan saya yg gedempol ni mcm melayang-melayang ditiup angin. Hampir2 nk terjelepuk.

Masuk jer klinik, belum masuk bilik doktor... saya terus tanya direct kat doktor yg kebetulan tgh bercakap dgn staff dia depan kaunter. Doc, I have very bad MS and I need the best medicine for this! Mcm nak pengsan dah ni doc...

Masuk jer bilik doktor tu, saya sambung lagi... This is my second actually, and it is sooo...bad. I dunno whether I'm carrying twin or triplets!

Ha kau... berdekah-dekah doktor muda tu gelak kat saya. It was so... spontaneous that makes me simply said that!

So, the routine check-up tooks place and everything seems normal. Sengsara jiwa raga saya mendengar doktor muda tu berkata... You are now exactly 6 weeks pregnant and there still longggg way to go with this MS - It will last for another couple of months. Probably until your 4th month!

Ohh tidakkk! Kalaulah boleh transfer MS ni kat suami kan bagus... Kalau tak semua, separuh pon jadilah!





So, for those who wonder... my EDD would be 24th September 2009 or... Hari Raya Ke-4!






Friday, January 23, 2009

MY EX-STUDENTS

.
Buat peminat-peminat Yong Yi Wang (YYW) esp. Kak Jaa...

Lama budak-budak ni tak muncul di PID. Ptg ni tiba2 diorang dtg. Mungkin sebab ada projek kajian tempatan or whatsoever.

YYW : Selamat Petang Cikgu
Cikgu Rehan : Selamat Petang
YYW : Saya mahu renew kad
Cikgu Rehan : Sekarang dh tak ada sistem ahli dah. Kena bayar RM2 untuk sejam.

Lepas tu budak ni nampak mcm terkial-kial. Mungkin nk mintak izin nk guna komputer tapi tak tahu nk ckp macamana.

Cikgu Rehan : Kamu nk guna komputer ker, tulis nama dlm buku dan guna komputer depan.
YYW : Cikgu tidak mengajarkah? (Adakah dia cuba berbual dgn saya?)
Cikgu Rehan : Pelajar saya belum sampai, sbb tu saya suruh awak guna komputer depan.
YYW : Cikgu, bolehkah guna setengah jam?
Cikgu Rehan : Bolehhh...
YYW : Kalau setengah jam, adakah setengah ringgit cikgu?

Saya yg tgh meloya tahap maksima mcm nk tersembur gelak dengar ayat dia...

5 minit kemudian, best friend nya si Tan Guan Seng (TGS) pon masuk. Mereka 2 org ni dah lama tak dtg PID. Dua-dua dah besar panjang. TGS dah tinggi renjong mcm pemain basketball. YYW masih tak lari dgn imej skema. Tapi saya kagum dengan cara didikan ibu bapa mereka. Walaupon kadang2 saya nk tergelak tgok gelagat mereka, mereka sangat menghormati saya (guru yg tah hape2 ini) dan sangat bersopan-santun. Kalah anak-anak melayu kita...





SLEEPLESS IN SEATTLE?

.


Nope.....I am sleepless in Rawang.

This few days I have difficulties to sleep at night. I woke up almost every hour. Also having bad dreams. I was like a nomad - moving from one room to the other room, from bed to floor, keep changing my pillow and comforter and so on...

Last night was the worst.

It was very tiring and frustrating.

Thank god, hubby knows how i feel. Just like Aisyah's time.
He hold my hand and caress my back until i finally fall asleep....

.


Thursday, January 22, 2009

AWARD


.
Thanks Noy for the above award!






MACAM TAK PERCAYALAH!

.


Akibat aktiviti makan dan muntah yang berleluasa sejak 2,3 hari ini... berat saya turun dari 95kg kepada 91 kg. Waahhhh.... tak payah saya bersusah payah mendietkan diri nampaknya. Hehehe.... Ani aka ibu yasmin, aku pon dh jadi mcm ko nampaknya.

Suami saya gembira dengan perkhabaran ini. Syukur Alhamdulillah... kalau tidak, tah bila masa bini aku ni nk merasa turun berat. Kejam kan?

Abg jgn happy sgt bang, tunggu lepas habis 1st trimester nanti... kita tengok sapa yang menang! Hehehe...





Wednesday, January 21, 2009

MAMA... MAMA... MAMA...

.
Semalam saya off. Flat di rumah. Atuk Acan pon flat - demam. Nenek Onah juga flat - demam. Aisyah pon kena mild flu & fever tapi dia tak flat pon! Meligat mcm biasa.... *sigh*

Bermula dgn muntah membuak2 pada petang Isnin, bangun pagi Selasa kepala saya terus weng ditambah dgn selsema resdung yang sgt teruk. Ingatkan nk gagah kan diri ke opis (walaupon saya mmg dah bercadang utk bercuti) tapi sebab semlm last day my assistant yg bakal menjadi suri pada hari minggu ini, ingatkan nk lah ke opis sembang gedik2 dgn dia sebelum dia jadi bini org kan... Tapi saya tewas di tgn sebijik pil. Terus zzzz sampai pukul 10.30 pagi!

****************************

Pagini saya masuk opis dgn lemah gemalai. Sungguh tidak bermaya. Siap bawak bekal! Saya tamau kuar tengaharini. Rasa mcm allergik kepada sinaran mentari jer. Terbit jer matahari, saya mulalah uwek-uwek mengalahkan puteri lilin. Saya mau tidurrr...shj. Boleh gitu?

Dan Aisyah, semakin menjadi-jadi manjanya dgn mama! Celik mata, yang pertama susu dan kedua mama. Dengar suara mama di atas, terjerit-jerit dia panggil mama suruh turun ataupon bukak safety gate tu biar dia yg naik! Kalau mama bergerak seinci jer pon dari dia, kecoh dia mencari - mama! mama! mama!

Babah happy lah yerr.... kalau dulu anak dara ni asyik melekat dgn Babah semedang. Sekarang semua mama. Pukul 4 ptg kata Nenek Onah, mulut dia dah bising panggil mama. Kalau diberitahu mama keje... mama balik pukul 5.30, dia melalak tak puas hati. Nak Mama jugak! Sudahnya, si nenek layankan saja... yerlah..mama, mamalah...!

Saya ada gambar terbaru budak ni. Tapi Ya Allah ya tuhanku punyalah malas nk upload.... lain kalilah kan... cepatlah hari ini berlalu. Saya mau segera pulang ke sarang dan tidur berbungkus dlm bilik gelap....




Sunday, January 18, 2009

IT'S THAT TIME AGAIN

.
.

Saya ingatkan pengalaman kali ini berbeza. Sebab ada orang kata, yang pertama mungkin tak sama dengan yang kedua, ketiga atau keempat. Bagi diri saya, rupa2 nya sama sahaja... malah kali ini ia datang lebih awal.


Konon-kononlah Makcik Rehan cun melecun mcm pompuan ni. Ahakss...

Ptg tadi saya mandikan Aisyah. Budak ni sgt buas, saya tgh nk ambik towel, dia lari berbogel keluar dari bilik air dengan badan yg basah. Berdebup jatuh tersembam ke lantai simen. Meraung sampai saya jadik seriau. Bapak dia yg tgh sedap2 tengok bola pon terkesima. Budak ni meraung sambil jerit tolooommm...tolooommm..akittt.... (tolong, sakit) Penuh drama kan!

Babah dia pujuk, tiba2... mmbuakk! muntah. Ini mmg rutin wajib setiap kali dia menangis. Keluarlah balik urat2 laksa dan air bandung yg dia minum tadi. Kalini Babah dia pulak yg terpaksa mandikan dia semula. Saya pujuk2 dan pakaikan baju, terus diam. Alhamdulillah, tak ada apa yg lebam atau patah (saya risau gigi patah). 2 minit selepas kejadian, anak saya Aisyah buas seperti sediakala. Haihhh.....

Sebentar tadi, Babah bawak dia masuk bilik Nenek nak tidurkan dia. Saya buatkan sebotol susu dan hulurkan pada dia. Sambil menyua botol susu ke mulut, anak manis saya cakap dgn suara mendayu...

Kashihhh..... (Terima Kasih)

Ohhh.... anakku. Mama sungguh terharu. Tolonglah jangan buat mama asyik jadi tarzan yer nakkk...


TWIN HAPPINESS

.
This is what a lazy preggy women did on a lazy Sunday morning!

Alangkah syiok wehh...sekali bunting dapat 2.

Citer ngandung twin ni mengingatkan saya kpd seseorang... hehe, takpalah... yg sudah tu sudahlah kan. Mungkin dia ada alasan tersendiri...

Hahahaha..... hasil kreatif MR dgn kerjasama Pakcik Google.


p/s : Saya tak ngandung twin pon yer kawan-kawan...




Saturday, January 17, 2009

I AM TOO LAZY

.
... TO DO ANYTHING!



That was exactly me... since the last few days...

Thank you.

.

Wednesday, January 14, 2009

GARISAN MERAH BERKEMBAR : UPDATED

.
Ini bukanlah satu kejutan. Ini bukanlah satu kemalangan. Saya bersedia menerima berita ini pada bila-bila masa. Abih, dah haku tak dapat DPLI kan, nk tunggu apa lagi?


Patutlah mood aku lain mcm 2,3 hari ni. Setelah kepala ada sikit weng, dan bercakap pon ala2 main sembur jer kat org keliling (sian kat student2 sayer dan org2 'tertentu' yg tidak bersalah... ampunkan daku) haku pon buatlah ujian kertas litmus (UPT) ni ha...

Seperti yang dijangka. Yerr..Makcik Rehan ngandung. Saya sebetulnya perlu melakukan UPT setiap bulan kerana saya bergantung kpd mcm2 jenis ubat - herbs, supplement bla...bla...bla... Bahaya kan, kalau tersalah mkn ubat yg tak sesuwei utk preggy women.

Tadi pegi klinik, top-up ubat seperti biasa (resdung yang menjadi-jadi weh, sampai sesak napas memalam) - saya ckp kat doktor, UPT saya positif... doc nk saya buat lagi sekali tak?

Doktor Noraini said:
Kalau dah kuar 2 garisan tu nk test apanyer lagi... ngandung la tuh! So, from now on kena careful la mkn ubat until at least masuk 2nd trimester. So, ubat awak yg biasa saya potong tinggal satu jenis ni jer and consume ONLY IF NECESSARY. Apa segala mak nenek ubat lain please stop - even vitamins and supplements.

Yg lawaknya, doc tanya - Bila 1st day period of your last cycle? Haku boleh blur mcm org ngandung sulung. Aku boleh jawab - entah la doc, rasa-rasanya 15 Dec. Ah bantailah, kata dia. Hehehe. Nanti u masuk 2nd trimester kita buat ultrasound baru tau exact EDD.

Aku suh doc tu cek aku nyer BP sekali sbb lately kan aku cam temper tak kena tempat gitu. Dah cek, biasa jer kata dia - normal. Amboi nak, lain mcm ko punya pembawakan... blom apa2 mama ko ni dah laser kemain.

Anyway, lepas dapat 2 garisan merah kat kertas litmus tu, haku pon mms gambo tu kat bapak Mencah. I said : Dua garisan merah sudah kuar, you gonna be babah kuasa dua! ---> maksud aku tu...bapak kepada 2 org budak lah yakni si Aisyah dan bakal adiknya (InsyaAllah).

Eeeiii...boleh blur kejap laki haku ni. Dia boleh tanya : Apa maknanya? Ngandung kembar 2 ker?
Layannnn...

Sapa lagi nk mengandung secara berjemaah dgn i nih? Jomlah.... Oli? Fara? Farah Sahira? Kak Mah Gali? Amy? Zalia? Cek Lala? Embung?


***********************

Updated :
Thanks everyone for the wishes. Harap2 anda semua juga beroleh keberuntungan dalam masa terdekat ini. Alangkah bestnya kalau kita semua pakat2 bunting secara berjemaah.

Kak Mah, lepas jer turunkan bendera jepun, cepat-cepat mulakan operasi baru ya!

Oli, kungfu ker taichi ker taekwando ker.... bantai jer...janji misi terlaksana. Haha..

BIMBO, ko dah loose weight byk dah tu...sikit hari lagi kompom lekat. InsyaAllah...

Ira, Pindah umah baru nnt, bawak la baby baru... usaha kuat lagi. hehe...

Fara, mesti boleh punya. I lagi heavyweight dr u tawww...

Aznie, kalau boleh pass baton ni...andalah org yg berada di top list saya!

Shimex, mekasihhhh. Kita tgok nnt camana gaya aku jadi bini tarzan! kekeke...

Mak Kaisah, Kalau kemahuan dah ada... jom lah join. InsyaAllah...semuanya akn ok!

Embun, ko pon dah tahap wajibulghunnah dah ni. Hannan tu dh nak baligh ha... buat proposal biar power sikit beb...barulah 'sangkut' kekeke...

Mummy Azfar, Thanks so much! tanak join i kerrr....? heheh

Adex, Kalaulah i dpt twin yg comey mcm anak2 u tuu...aww syiok!

Yra, timing sama nampakkkk! Congrats to you too...

Luv_ma, thanks so much. Bila nk bagi adik kat Aqeel? hehe

Eynda, thanks sis. Tak teringin nk bukak kilang balik ker sis? ekekeke

Nor (ibu rayyan & pia), saya dh jangkit dgn nor la..hahah

Noy Brunei, jomlah join samaaaaaa....

Ija, Ilman pon dah beso kan. Harap ko pon join aku gak tahun ni...



Tuesday, January 13, 2009

DISCLAIMER & PASAR TANI

.
Kengkadangkan saya rasa cara dan gaya bahasa saya becakap/menulis mcm kasar bunyinya kan? Kengkadang, bila saya tinggal komen kat blog orang kan, saya rasa mcm sempoi2 jer... ala2 selamba geng2 lama gitu. Terutama kalau saya tgok tuan punya blog tu pon mcm gila-gila rumaja mcm saya jugak kan...Tapikan, lepas saya dah 'post' dan saya baca balik... saya rasa cam kasar lak bunyinya. Saya mulalah bimbang takut empunya blog terasa hati. Komen yang dah di post mana boleh nk recall balik kan? Ni kena mintak mahap siap2 lah yer...kot2 ada sesapa yg terasa hati dgn komen2 pedas Makcik Rehan. Hehehe...

Itu shj entry untuk waktu ini. Saya nk balik dah ni. Nak pi pasar tani, belikan stok brg dapo untuk nenek onah. PERHATIAN : Ini adalah agenda mengambil hati ibu mertua keh keh keh...










FEW MORE WORDS

.

Mama : Aisyah nk tido?
Aisyah : Nanak! (tak nak!)

Mama : Aisyah nk susu?
Aisyah : Nanak! (Tapi bila hulur botol kat dia, ngap jugerk!)

Mama : Aisyah nk ikut mama jalan?
Aisyah : Nanak! (Pastu bergayut kat kain mama dia, takmo lepas)

Mama : Aisyah nak baby?
Aisyah : Nanak! (sambil geleng paler!)

******************

Whenever she saw anything (animal) furry on TV, she said : Cat!

She can copy (and pronounce) and recognise some simple words and images on her favourite TV shows like : Gajah, hujan, sleepybird, pato, ellie, pooh, jojo etc.

When i said (from katun little einstein) : Tali pinggang keselamatannnnn.... dah diiii....
Aisyah will shout : pashangggg!

She can follow Nenek berzikir dengan bahasa yang tah hape-hape. Tapi kalau dengar betul2, perkataan yg paling hujung yg dia sebut mesti sama suku kata dgn lagu yg sebenar. And of cos, tak sah la dia bersenandung kalau tak menggedik menari!

Bila dia main sorang-sorang, mulut dia bising mcm murai, menyanyi mcm2 lagu (bahasa apa pon tataw!) tapi rentaknya betul.

Twinkle-twinkle little star (sambil membuka tutup jari2 tgn dia as 'star' sign)

Lagu Nabila (sinetron indon) : Di waktu susah..ingatlah pada Allah
When she sing, sounded like this : Shee...shuushaaahh... aa aa aaa ... Awwah!

Jitt...emmuttt... alekkepe... atashhh! (sambil mencubit tangan dia naik sampai ke lengan)

Kalau dulu, Aisyah hanya petah panggil Babah. But now, bila nampak saya balik dr kerja, dia dah menerpa ke pintu dan menjerit : Mamaaaa!

Dan kalau nampak atuk kat luar pon dia dh boleh panggil : Atukkk!
Oh! sungguh nk menangis rasanya.

Kalau Nenek tanya : Babah mana?
Aisyah : Babah keje!

Dia dah boleh disuruh.

Aisyah pegi ambik diaper baru, mama tukar diaper...dah basah ni...
Dia akan meluru laju ambil diaper baru dan hulurkan kat mama.

Aisyah, tutup sliding door tu, nanti itam (kucing) masuk.
Dia akan berlari ke sliding door dan tolak sampai rapat.

Aisyah bukak TV...
Yang nilah favourite dia... pastu, Atun! hahahaha....


Kalau dia bergurau dengan Babah, lagilah mcm2 perkataan disebutnya: Nanakkkk! Geliiiii (Babah suka geletek dia), Babah..... tolonnngggg..... akitttt.....

Kids at her age are really like sponge! (bkn spongebob squarepants ok...)

We are so grateful for having a chance to experience all this. Syukur Alhamdulillah, Allah memberi kami kesempatan dan peluang melihat anak membesar depan mata dan bersama-sama menikmati saat-saat manis ini. Saya berdoa agar kami diberi kesempatan untuk melihat anak-anak kami yg seterusnya membesar dan meneroka dunia seperti kakaknya Aisyah. InsyaAllah.









Monday, January 12, 2009

FISHING, THOMAS, PONY & TEPPANYAKI

.
Semalam kami 3 beranak ke Jusco Kepong. Berjalan santai semata-mata. Takdok apa nak beli dah... abih dah fulus mania yg dpt ujung tahun lepas. Kekeke... dah tarak duit, dok sengap-sengap jerlah kan. Layan pichas jerlah... very the mood swing sikit arinih :P







Petikan aksi dlm Little Einstein...













RINNAI PROMO

.
Saya tidak dibayar untuk mempromosikan brg Rinnai nih. Saja tepek untuk sesiapa yg mungkin sedang berfikir-fikir nk beli Hob and Hood. Sharing is caring. Terjumpa masa tgh2 browsing tadi.

-Click to enlarge-


source : http://rinnai.com.my/






Sunday, January 11, 2009

ABANG SUKA...

.
Bini abang ni lagi suka tau! :P

Kekdahnya, ptg tadi (Hari Sabtu yer puan-puan) laki saya ajak bawak tali tape, pegi amik ukuran umah 'banglo' dan baca/sign dokumen bla..bla..bla... (kalau aku, mmg haku tak baca - main sain saja lorr) Apa kes bawak tali tape sendiri nih? Hahaha... layann!

Eh, haku pon tatau baper dimension dapur haku yg cinonet tuh. Floor plan nya hanya letak ukuran panjang x lebau keseluruhan umah semata. (Specific dimension ada dlm dokumen lain yg ada di tgn loyer) Payah la aku nk ambik quotation nk buat KC sbb aku tatau ukuran. Sentap hati i taww... bila salesman KC tanya soklan : Besar SANGAT ke dapur akak? Ko nih... kot ye pon, ambiklah hati aku sikit...

Eh, jap... apa yg laki aku suka sgt tu? (kejap saya, kejap aku... layan jerlah!) Bukan rumah... itu jatuh martabat ke lapan! Yang martabat pertama adalah : DEPAN TAMAN PERUMAHAN TU, SEBUAH KOLAM PANCING YANG BAPAK PUNYA LUAS SEDANG DALAM PROSES AKHIR PEMBINAAN.

Kekdahnya, kolam tu siap dulu sebelum kami anak beranak pindah masuk umah. Aku tak yah nk kaber2 la ekk... laki aku punyalah happy... macam menang rm 1 juta power root!



Masuk jer simpang, nampak kolam-kolam ni terkangkang luas. Ala2 menjerit kegedikan kejap bapak mencah, terus sengih sampai telinga. Untuk kepastian, siap dilaungnya kat cina yg tgh ngorek-ngorek tepi tu... kompomlah... kolam GP air masin ke hapah tah...rm30 utk 3 jam! (Eiiii... siap tanya berapa rate, waras ker ni bang?)



Haku zoom sikit. Tuuuu, umah yg betui2 depan kolam tu martabat dia tinggi banyak dari umah kami. Itu teres 2 tingkat super link apa jadah tah. Tadi sempat gak i cucuk jarum kat laki i. Bangg... alang2 u hambik umah deret depan nilah. Boleh baling mata kail dari dalam pagar jer. Dapat ikan, terus lempar kat umah, terus siang, terus goreng! Waras ke tak bini aku ni?



Dahlah, tutup citer kolam. Bukak balik citer umah semak samun nih!

Mr Alan bagi kami kunci spare, senang la korang nk kuar masuk umah bebila masa nk ambik ukuran ke hapa. Tak yah nk nyusahkan haku nk escort2 korang. Aku byk keje lain. (Gamaknya itu yg ada dlm paler otak dia :P)




Lalang tu mcm baru kena cantas (Aku rasa si Alan tu cantas bila laki aku talipon kata nk pi sain borang dan nk nengok umah) Kalau tak... mcm dah 5-6 tahun kena tinggal umah tu.





That's my man again. Alahai bang, awak berdiri sorang kat backyard tu dah penuh ruang. Kocik nya umah you beli bang... hehehe... bini abg beso tau...


Kesimpulannya :
Laki aku suka sbb dekat umah ada kolam pancing. Dan bini dia lapan kali lagi suka sbb InsyaAllah bulan April boleh jadik mem besau di umah sendiri! :P

Viva Makcik Rehan!






Saturday, January 10, 2009

INI ANAK SAYA ....

.
Yang bernama Aisyah; tatkala di pagi hari.

Dokong dari atas, letak atas kerusi ni dan PASTIKAN BUKAK CHANNEL 612 atau 613. Jangan harap Atuk dpt tengok berita pepagi bila kala Puteri Idung Kepek ni dah turun bawah...



Tgh ambik feel... tonyoh2 mata dulu, kasi clear view...


Getting ready....


Hi! Hi! Hi! (High-5 sudah start...)



Masa untuk menggedik!


Layannn....





TAMAN BAYU PERMAI

.
Nun kat Jalan Batu Arang (alangkah tak sedap nama jalan ni wehh...). Kalau nk ke Country Homes atau Bdr Tasik Puteri, jumpalah Taman bayu Permai ni dulu...

Sapa tanampak, beliaklah mata besau2 yer. Eh, try klik kat gambo. Kot2 dia jadi besau mcm banglo! :P


Sapa bakal jadi jiran Qaryah kami, sila angkat tangan! :P
(Oli : Qaryah tu maknanya org2 yg tinggal dlm kawasan kejiranan yg sama atau senang cerita, tertakluk dalam masjid yang sama utk solat Jumaat)
.





Friday, January 9, 2009

COBAAN KALI KEDUA

.
Ptg tadi I jalan-jalan cari pasal kat Ikea. Hari tu kan tak jadi sbb jem satu malaya. I beli 3 benda ni. Sebab dia murah! Muahahaha...


BRATTY wok/frying pan
Coated non-stick steel/solid shima Ø32cm
Normal price RM22.
While stocks last.


Satu brg lagi adalah benda jaring2 yang boleh buat simpan brg mainan utk Mencah. Tatau la apa nk panggil benda tu. Warnanya merah. Penutupnya ikan. Harganya rm19.90 (kalau tak silap) Aisyah suka kemain. Tetapi terpaksa disorok sampai dia cukup mumayyiz utk menggunakan benda tu. (Oli : mumayyiz tu maknanya budak yg dah boleh membezakan perkara baik dan buruk)



Brg terakhir adalah yg ini...
Laundry basket yg boleh berdiri. Display ada kaler putih, tapi stok yg tinggal biru shj. Dalam gambau mcm besau, hakikatnya... bubuh spender Makcik Rehan jer dah penuh sebakul!


Psssttt... kalau nk tau (kalau tamau tau pon terpaksa jugak baca lorrr...) ini adalah kali kedua saya masuk Ikea. Padehal 2 tahun saja keja kat Damansara dok ulang alik, lalu lalang kat Ikea tu. Sebab dulu saya tadak hati perut nk singgah. Nak singgah buat apa? Lainlah sekarang... saya kan nk pindah ke 'banglo' di Batu Arang! Kah kah kah...alangkah tak glamer nama tempat tu weh. Dan, dgn gigihnya saya telah menebalkan muka di customer service counter utk mintak catalog! Hehehe... Ada katalog, senang sikit i tunjuk kat laki i apa brg yg i mau, dengan harapan permohonan saya diperkenankan...hehehe...

Semua gambar dicilok di website Ikea yer puan-puan...




BLOGGER

.
Ilham nk buat entry ni saya dpt setelah bergossip celah tingkap dgn Ani aka Ibu yasmin n Danish semalam. Selalunya kami borak ramai2 dlm confy jerk. Tapi, kalau tetiba dia buzz aku personally, ha..adalah benda yg dia nk kepochi dgn haku. Hehehe...

Berbanding saya, dia lagi lama berkecimpung dalam 'kerja-kerja tak pekdah secara online' nih. Hehe..maksud saya fotopages, blog, facebook, online forum dan yg sewaktu dengannya.

Dia ni mentelaah blog aku 2,3 bulan sekali jerk. Hahaha... sbb tu aku jumpa komen dia dlm blog pon 2,3 kali jerk. Hehe. Selebihnya, dia 'komen direct' kat saya. Huh..bunyik cam ganaz!

Cop, nk selit sat. Sambil saya tulis entry ni, saya sambil ngaja 2 budak India taww. Adoiyai..baru 10 minit, terasa kering tokak den! Hurup besar, kecik, koma, perenggan pon tatau nih...apa kes. Lepasan SPM dan STPM ni.... Takpalah, demi tugas... saya sedang kontrol pernafasan takut meletup! keh keh keh...


Berbalik kpd gossip aku dgn Ibu si Yasmin ni. Dia kata (dia kata yer...bukan aku kata) ...

Aku ni selamba jer post semua citer suka, duka, susah, senang, gedik santai kisah hidup aku laki bini, anak-beranak kat blog. Ala-ala jujur gitu. Takde nk cover2. Sesetengah org pukul canang citer happy semedang. Citer beli barang mahal semedang. Pastu citer bergusti berkonflik dgn laki, mertua mertui, ipar duai, suku sakat semua abih aku bagi sedas-dua kat blog ni. Hehe... selain dari si Ibu Yasmin, korang2 yg lain2 ader terpikir camtu gak ker ekk?

Hehehe... abih, kalau dah itu jer cerita yg dok berputar di sekeliling hidup saya saban hari kan? Tak kan saya nk merekayasa cerita2 yg tak wujud plak kan?

  • Dah memang anak saya kencing malam seminggu 2 kali kan... tak kan saya nk reka cerita, anak saya tiap kali nk kencing dia angkat tgn cakap : Mama, saya nk kencing banyak ni! Cepat bawak saya pegi jamban! (Melampau giler aku bagi contoh, anak aku umo 2 tahun boleh buat ayat mcm budak UPSR!)
  • Kalau dah memang somi saya beli rumah kocik sekangkang mawas, tak kan saya nak kabo somi saya beli rumah banglo kat Bkt Antarabangsa plak kan? Kang tak pasal2 officer income tax dtg kejar laki aku yg bergaji ciput-ciputan ittew :P
  • Dah memang kerja saya mengadap internet dengan penuh kenyamanan dgn gaji pegawai kontrek yg tak seberapa kan, makanya kisah beli-belah saya pon ala2 buruh kontrek jugek la! *LOL*
  • Kalau memang saya ada konflik dgn somi kan... sekali-sekala saya kena ngomel gak kat blog ni. (Jgn tatau, memalam laki i skodeng blog ni... hehe, kalau nasib baik dia baca posting komplen i tu.... baru dia tau apa yg i rasa *LOL*) Kalau tak, org ingat idup saya asik bahagia semedang. Tak pon perang semedang. Padehal, mcm org lain jugaklah... ada masa yg up and down. Dah namanya jurnal harian kan... haruslah potray kan serba sedikit suka-duka hidup kan...
  • Pastu kan, kengkadang saya gatai tgn gak buat entry dlm bahasa Amerika kan? Padehal grammar terbalik kongkang! Hihihi.. kenapa? Sebabnya, saya ni kan pekerja kontrek kat area ulu banat hulu selangor ni kan. Bila kalanya pon saya nk polish saya punya english yang ngok-ngek ni ha... orang keliling semuanya cakap melayu tak pon ckp minang! orang lain yg keje kat opis, yg bosnya cina...yg colleague cina, ada jugak korang ckp amerika dgn depa kan. Tak pon koman2 korang ader jugak tulis surat ker..memo ker..dlm bahasa amerika kan? Jadi, blog nilah tempatnya saya merepek meraban dalam bahasa Amerika. Pedulik hapa grammar aku hancur lebur! Bak kata Zalia (zalia lagi..) Hada aku kisah? Ingat yer ibu-ibu sekalian, anak-anak kita sekarang kat sekolah kemain mencabar taww. Semua dalam Bahasa Amerika. Sikit hari lagi, silap-silap tinggal subjek BM dgn Senaman jer dlm Bahasa Melayu. Yang lain-lain silap2 sumer di hinglish kan! Makanya, saya sedang mempersiapkan diri dari sekarang demi membolehkan saya berkomunikasi dgn anak-anak saya di masa depan. Boleh gitu? Layannn....
Semalam saya cek jumlah visitor, ada 92 unique visitor kat blog mencahni. Rasa cam ramai la plak... sebelum ni saya mmg tak hambik kisah sgt berapa ramai org yg dtg melawat blog ni. Ada org baca ker..takde org baca ker...hada aku kisah? (pinjam ayat Zel lagi) Sebab, apa yg saya tulis adalah untuk mengisi masa saya yang sangaaaaatttt lapang di opis dan di rumah! Hahaha...

Yang dah biasa skodeng blog ni mungkin dah paham dah dgn posting2 selamba (dan kadang-kadang pedas) saya di sini kan. Bagi yang baru-baru singgah tu, saya harap anda senang membaca coretan hidup 'biasa-biasa' saya. Yang baik, dipersilakan buat amalan (dapat gak pahala kan) yang keji sila buat sempadan (pon dpt pahala kot..kekeke)

Saya adalah manusia biasa, yang hidup secara biasa, kawin dengan lelaki biasa, dapat anak yang lebih 'buas' daripada biasa, ada masa agak 'kaya' (ujung tahun kan dpt bonus marr...) dan kebanyakan masa-masa yang lain adalah 'kayap!' *LOL*

Layannnn....


Happy Weekend olls!

Nota : Ani, i suker taww borak dgn u. Sementara u jadi desperate oswife meh la kita bergossip lagikk.. :P






Thursday, January 8, 2009

MENJAHIT PULAK DAH.....

.
Minat menjahit memang hidup subur dlm jiwa, raga, bakul belah rotan saya! Arwah Maktok dan mak saya pandai menjahit, menekat (sulaman tradisi org perak tu), menyulam, kerawang (bukan kira wang ye..) mengait, menampal etc. Dan Untie kat Klang pon memang full-time menjahit.

Saya?
Buat masa ini sekadar mewarisi darah tersebut tapi tak pernah mengasah bakat secara serius. Tapi, saya betul-betul minat. Bila nk mulakan langkah serius ekk?

Saya ada byk (eh..3,4 buah jer la..hehe) buku2 tentang jahitan dan sebeban tutorial handcraft yang saya print hasil cilokan dari internet :P. Malam2 kalau semua blog korang2 saya dah abis baca, saya akan melilau menerjah blog2 kraf dan membiarkan diri teruja melihat hasil seni jahitan org lain :P

Saya nk beli mesin jahit lah! Waras tak? Apakah model mesin jahit yang ada banyak fungsi, berkualiti TETAPI MURAH? Hahahaha... mereng ka ini pompuan? Hehehe..saya nk cari yang biasa2 shj sebenarnya... mungkin dalam lingkungan harga 1-2k. Kalau boleh buat 0% monthly instalment pon best jugak... :P

Ada student saya ni dok promote mesin jahit SINGER? boleh tahan gak reganya. Ada yg mahal, ada yg murah. OK ka brand SINGER nih?

Nanti saya cuba2 cari gmbar dan tepek sini ya...

Updated : Ini lah model yg saya rasa agak sesuai dgn kemampuan saya. Model terbaru yg super canggih sampai rm5k ++ taww!



Features
Portable sewing machine
48 Built in stitch patterns
One-step buttonhole
6 Direct selection buttons
Automatic needle threader
Twin needle function for two colour embellishments
Stitch width up to 7mm
Top drop-in buttonhole
LCD display

Price*: RM 1,495 (WM) RM 1,515 (EM)



Atau yg ini...lagi murah..hehe...

Features
Portable sewing machine
Machine head with plastic carrying case and motor
31 Stitch patterns
4-Step Button Hole
Improved 6mm stitch width

Price*: RM 1,145 (WM) RM 1,195 (EM)

source : www.singer.com.my






ULANG TAYANG

.
Projek ulang tayang gambar ni sengaja saya buat untuk membakar semangat. Sebabnya, saya rasa mcm semakin hari semakin kurang saya tangkap gambar Aisyah guna camera - sejak pakai henfon ada kamera ni kan... Actually, tangkap pakai kamera lg puas hati sbb gambar clear (walaupon camera saya suami biasa-biasa shj) Setakat nk lepas gian nangkap gambar bolehlah...

Mulai esok, saya berazam nk rajin semula tangkap gambar Aisyah guna kamera. Rasa mcm dah lama tak gunakan kamera tu. Tapi kan, entah kenapa, saya rasa makin lama quality gambar yg dihasilkan oleh kamera suami saya ni semakin merosot. kah kah kah kah... adakah saya sedang mencari pasal alasan untuk membeli kamera baru?



Yg ni Sha yg tangkap dgn DLSR dia masa bufday Aisyah. Sgt klasik kan?




Nota : Anak saya shj lah yg sesuai jadi model. Tak kan maknya? muntah pulak nnt....




Wednesday, January 7, 2009

CD - CLOTH DIAPERS?

.
Pagi tadi, buat kesekian kalinya, anak saya Aisyah telah membasahkan tilam kami dan tilam dia lagi. Haihhh... :( Saya kejutkan dia pukul 7 pagi mcm selalu, nk bawak turun bawah. Dgn malas2 dia bukak mata, sondol2 bantal pastu terkial-kial melutut atas katil. Tiba-tiba dia pegang bontot dan cakap : Bashaaahh...!

Itu kisah pagi tadi. 2 hari lepas (isnin) lagi dasyat. Dia 'bashaaaah' 2 kali dalam satu mlm! Mula2 pukul 11 lebih (Babahnya baru tukar diaper dia pukul 9 mlm) dan keesokannya bila bgn pagi dia bocor lagi...

Dalam seminggu, secara purata, boleh dikatakan sekurang-kurangnya 2 kali dia bocor. Pakai diaper cap TESCO pon bocor. Pakai Mamipoko pon bocor. Pakai Huggies Ultra 'boleh tahan' sikit, tapi harganya yg saya tak boleh tahan. Sekarang saya pakai diapers yg byk org jual tu... Maman ke Ichiban ke Europe tah.. pon bocor jugak!

Kalau pakai cloth diaper (CD) boleh tahan bocor tak?

Saya menggoogle dan jumpa blog pengguna CD yg tegar ini. Saya rasa beliau berbangsa Cina dan suri rumah sepenuh masa. Saya kagum betul lihat determination beliau 'memelihara alam sekitar' dgn menggunakan CD untuk anaknya. Ehh..koleksi CD beliau pon sgt cantik dan mahal2 taww. Ada yg diimport khas dari Amerika. Bila tengok koleksi CD yg sungguh comel, saya pon tergedik nk guna CD (sebenarnya bukan nk jaga alam sekitar sgt, tapi saja nk cari pasal sbb terpesona dgn kecomelan CD ini!)



Banyaknya koleksi!


Pendapat peribadi saya, penggunaan CD sgt sesuai jika kita adalah suri rumah sepenuh masa atau ada bibik di rumah (mampusla...payah la aku nk carik bibik lepasni..). Kalau kita hantar anak kat bbsitter atau nursery, saya rasa mereka mesti tak ada masa nk membasuhkan CD kita tu kan? Kalau ya pon kita akan bawak balik dan basuh sendiri, kalau terkena stool, mesti mereka nk kena cuci juga serba sedikit kan? Iskkk..tak dpt saya bayangkan.

Lagi satu, saya rasa baby yg fully breastfeed sgt sesuai pakai CD sbb mereka kencing tak byk berbanding si Mencah yg menonggang bergelen-gelen susu formula setiap hari :P (maka tak hairanlah kencingnya pon bergelen-gelen juga kan!)

Setelah berfikir secara waras, saya rasa biarlah saya terus setia dgn disposable diapers shj sampai bila-bila. Rasanya saya lagi sanggup nk membasuh cadar dan selimut 2 kali seminggu daripada nk membasuh kain berak kencing Aisyah berlonggok-longgok setiap hari! :P

Biarlah saya kumpul brg comel yg lain untuk Mencah...bukannya CD... hehe.


Nota : Ini adalah bebelan 'takde kerja' saya utk hari ini. hehe...




AWARD

.


Thanks to Ellyn. Saya tak berapa terer nak layan TAG, AWARD dan yg sewaktu dengannya. Hehe...tambah lak kena jawab2 soklan kan... hehe. soklan2 tu nnt free2 sikit saya buat ekk (harammmm..pakai tak buatlah tu! hahaha...)

Anyway, i really appreciate it!






Tuesday, January 6, 2009

NURSERY

.
We are moving out soon. Means, grannies will not babysit Aisyah anymore.

What do you think? Hantar kat Babysitter atau hantar Nursery? I prefer nursery coz it was so close to our 'future' house. Kalau nk hantar babysitter, I dont know anybody lorrr.... Ambik maid (indon?) ohh...tidak dlm masa terdekat ini. Ongkosnya enggak ada! (kalau sapa nk sedekah maid, dipersilakan! haha)

For sure, I will do thorough 'investigation' about the nursery (TASKA) before sending Aisyah there.



We hope Aisyah will enjoy her new surroundings!



It would be exciting if we can afford to send her to this kind of kindy! someday, perhaps...



On second thought, buat playroom mcm ni kat umah pon cantik kan! hehe....


This few days, we've been telling Aisyah many times about the idea of sending her to the nursery. Whenever asked, she always geleng kepala and says 'tanak!' We've started the morning training by waking her up (early), and tell her to get ready coz mama and babah are going to work and YOU ARE GOING TO SCHOOL.

We (me and nenek Onah) told her repeatedly to behave, jgn terlebih manja, jgn jadi pembuli, jgn fight with other kids, jgn asyik nk tengok TV dan jgn asyik nk mintak susu!

I dunno whether she understand or not, but I always try to convince her that we are doing this for our own good. Its time to be independent. We as a parents, tak kan nk harapkan org tua sampai bila-bila kan? Diorang pon tau penat... Bak kata Zell, tak kan siang mlm nk hampuk anak kat org tua. They've been taking care of our beloved daughter for nearly 2 years. Kasi can lah Atuk Acan dan Nenek Onah relax2 lepas ni!

I dunno how will she (Aisyah) react on this until the moment came. But, I already know how would my parents-in law reacts. Nenek Onah already told me that they gonna visit Aisyah at the nursery every weeks! Hahaha...






Sunday, January 4, 2009

SIAPA PULA YANG AKAN MEMBEBASKANNYA?

.
Dibebaskan kali pertama oleh Khalifah Uthman bin Affan,
Dibebaskan kali kedua oleh Salahuddin Al-Ayubi,

Dan sekarang, siapa pula yang akan membebaskannya?


-Semoga Allah melindungi saudara-saudara kita yang sedang dizalimi di sana-

Saya masih ingat sebijik-sebijik ayat di atas. Ayat-ayat ini terpampang di dinding papan rumah lama kami di kampung (dulunya rumah Arwah nenek di Parit Haji Wahab), bersama gambar Qiblat pertama ummat Islam - Masjidil Aqsa. Saya tak pernah tanya di mana ayah beli poster tu, ayah sekadar balut dgn plastik jernih dan di paku payung ke dinding. Rumah tu dah lebih 15 tahun kami tinggalkan dan sekarang dah mereput dimakan anai-anai (kami dah berpindah ke rumah Mak) Tapi, impak poster tersebut kepada saya sgt besar (mungkin didorong oleh minat saya yg mendalam utk membaca buku2 tentang biografi dan sejarah)

Setiap kali membaca akhbar tentang kekejaman Yahudi laknat, ayat2 tersebut akan terngiang-ngiang di telinga saya. Dan sampai saat ini, saya belum mendapat jawapan untuk soalan itu. Hari demi hari kekejaman Israel makin menjadi-jadi. Samaada kita sedar atau tidak, sedikit demi sedikit, mereka sedang melakukan penghapusan etnik yang begitu terancang demi memastikan survival mereka - kaum yang dilaknat Allah sampai hari kiamat!

Bangsa Yahudi memang tiada tempat di dunia ini. Namun, bagaimana bangsa merempat ini boleh mendabik dada melakukan kezaliman yang berterusan selama beberapa abad?

Disini ada sedikit fakta-fakta 'menarik' tentang bangsa Yahudi yang mungkin dpt membantu kita memahami bagaimana bangsa merempat ini boleh survive sampai sekarang. (Dikumpul hasil bacaan dan dengar dari mulut golongan cerdik pandai, kalau ada kesalahan fakta maklumkan kpd saya ya!)

  • Ustaz saya masa sekolah dulu pernah berkata : Org Yahudi hanya akan membeli keperluan mereka dari peniaga Yahudi walaupon terletak beratus kilometer dari rumah mereka. Mereka tidak akan sekali-kali membeli walau sebungkus garam daripada peniaga di sebelah rumah, terutama jika milik org Islam.
  • Jika ada org Yahudi yg tinggal di luar Israel meninggal dunia, sebungkus tanah yang diambil dari Jerusalem akan ditabur tatkala mayat dikambus. Ia lambang kesucian mereka. Kerana itu, org Yahudi merasakan mereka perlu mempertahankan negara mereka walaubagaimana cara sekalipun!
  • Tidak seperti kaum2 lain, jika ada kematian dikalangan bangsa Yahudi, upacara menanam mayat akan dilakukan di waktu malam dan dilakukan dengan sunyi senyap dan rahsia - mereka tidak mahu musuh-musuh mereka (org islam terutamanya) tahu bahawa ada org mereka yg dah mati. Seolah-olah tidak mahu mereka dianggap lemah kerana telah kehilangan seorang rakyat!
  • Bagi mereka, hanya bangsa mereka yang mulia dan layak memerintah dunia ini. Bangsa-bangsa lain adalah ibarat binatang tunggangan kepada bangsa Yahudi. Kerana itu, kekejaman dan manipulasi ekonomi ke atas bangsa selain Yahudi adalah sah!
  • Pernah terbaca (lupa sumbernya) setiap peniaga Yahudi terutama yang berada di negara kaya seperti US dan UK, akan memperuntukkan sejumlah besar hasil keuntungan perniagaan mereka sbg dana untuk membantu 'perjuangan' memperbesarkan jajahan takluk bangsa yahudi di Palestine. Maka tidak hairanlah, selain drp dinaungi Amerika, mereka punya banyak dana untuk memperluaskan penaklukan ke atas bumi Palestin!


Berjuta wajah, satu aqidah!


Saya berharap orang-orang Arab dapat bangkit segera dari kelalaian dan bersatu untuk membebaskan bumi bekas Qiblat pertama umat Islam ini.


Baca riwayat hidup Khalifah Uthman bin Affan di sini
Baca biografi ringkas Salahuddin Al-Ayubi di sini
Baca tentang kronolgi perluasan kuasa org Yahudi di Plestin di sini
Kenali bangsa yahudi di sini





Saturday, January 3, 2009

KIPAS

.
Alhamdulillah, our moving in/ out list is getting 'narrower' - hasil merentas desa setiap minggu. As for today, hubby has bought 3 ceiling fans and a water heater. Percayalah, kami beli yg biasa-biasa dan murah-murah sahaja. Abih, rumah kan kocik jer... tak kan nk beli kipas kuasa kuda lak kan? :P



http://www.toplamp.com.my/


Terbaca ads kompeni ni dlm Harian Metro semalam. Kat Ampang - branch baru bukak. Kami ke sana lewat pagi tadi, mengharung hujan lebat. Sama naik jer kami laki bini meroyan nk mencarik brg rumah :)) Pegi kedai lampu, tapi tak beli walau sebijik mentol pon. Beli kipas saja lorr... lampu dia sungguh elegant! sgt tidak sesuwei utk golongan marhaen mcm kami. .
  • That 2 ceiling fans is brand apa ekk... REX, WING ker APLHA ntah...RM168 per set utk yg 5 blades... serius tak ingat brand sbb decision has been made totally by hubby coz im busying chasing after Aisyah. Berpeluh-peluh saya walaupon hari tgh hujan lebat kat luar. Kang pecah lampu lampi dlm kedai tu kopak mak pak dia kan...
  • The other one is brand KDK - 3 blades RM 98 rasanya (yg ni i ingat sebab cina tu cek brg depan i hehe...)
  • Water heater tu kami hambik yg basic model, again tak ingat brand apa. Cap ayam jer rasanya. Hahaha..padan dgn rega dia RM 250 sajork!
Lampu lampi hubby blom beli. Dia kata mcm nk ambik kat Rawang jer kot. I tak kisah bang, janji pindahhh... :P

So, list kat right panel tu harus kena palang. Semak paler otak sayer nengok list yg manjang kemain, rasa mcm nk botak paler nengok list berjela camtu... Bila list makin clear, maknanya umah nenek onah makin sendat you! Maafkan kami mak, dapo belakang mak tu penuh dgn brg2 meroyan kami 3 beranak. Tu pon mujurlah ada brg2 lain yg masih boleh simpan 'kat kedai'. Kami mintak supaya brg2 tu hanya dihantar bila kami dah betul2 nk masuk umah.

Nota sedar diri : Ini baru nk pindah umah tahap reban ayam (pinjam ayat Aznie! :P) kalau la kami beli umah tahap 2,3 ratus ribu kan, harus checklist aku tu berjela-jela 8 kilometer!

.




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker