Pages

Friday, February 27, 2009

MENGUJI KESABARAN

.

Kalau 'pandai' saya tak kisah.
Kalau 'dengar kata' saya tak kisah.

Tapi dia 'tak pandai' dan 'tak dengar' kata... dan 'orang tua' pula...

Maknanya, saya tak boleh 'sembur' sesuka hati. Kena ckp dgn lemah lembut (sedangkan jantung mcm terbakar menahan geram)

Suruh buat kerja sendiri, dia pon tak tau kerja apa dia nk buat. Sudah 2,3 minggu tak datang. Tiba2 mingguni dia datang. Datang dengan kepala otak yang kosong mcm tak pernah belajar apa-apa. Dia belajar sampai mana pon dia dah lupa.

Mood saya sudah spoilt sbb Makcik ni datang. Saya ingat kelas dia dah dikenselkan.

Sudahlah saya terpaksa mengadap 'anak dia'. Sekarang 'mak dia' pulak saya kena hadap.


Inilah cabaran kerja Makcik Rehan.







CHANGCHUN, JILIN

.

Pelawat dari Changchun ni pon saya notice... selalu skodeng blog Mencah ni.
Siaper tu... keje kat sana ker? Belajar kat sana ker?
Selamat Hari Jumaat yer....




I 'HEART' INDOOR PLAYGROUND

.
Gambar ala2 bunian sbb di snap pakai henpon cabuk. Hehe... layan sajork.


Anak saya kutip bola dari pool dan letak kat bahagian lain. Dia tak cukup 'ganas' utk main dgn budak2 lain dlm pool bola tu.




Babah Mencah yg kerisauan, anak dara dia tak muncul2 dr tunnel tu.




Tadaaa! Rilekslah Babah... saya tgh enjoy nih...




Saya blom puas main la Babah....



Rescue 911 terpaksa bertindak. Jom balikkk!

Kejadian berlaku di Jusco Kepong - lepas nonton Upin & Ipin. We like that place so much (Mencah apatah lagi kan!) Mak bapak boleh masuk sekali (siap ada TV).








Thursday, February 26, 2009

MALAS DAN TERPAKSA

.
Semlm ada kursus sehari suntuk di UKM - Dengan malas-malas, terpaksa juga pergi dan tongkat mata dan tadah telinga.

Balik dari UKM, suami remind lagi suruh minum susu - Dengan malas-malas, terpaksa angkat bontot ke dapur dan bancuh segelas susu.

Malam tadi kain berlonggok tak basuh - Dengan malas-malas, subuh tadi terpaksa juga gagahkan diri kaut semua kain2 tu bubuh dlm mesin.

Pagi tadi lupa bawak turun tupperware susu Aisyah ke bawah - Dengan malas-malas, terpaksa juga panjat tangga naik atas dan bawak turun tupperware susu tu.

Sarapan pagi tadi sungguh tak selera nk makan - Dengan malas-malas, terpaksa bancuh Nestum 3 in 1 utk buat alas perut sampai ke petang.

Harini kepala sebelah kiri masih berdenyut (migrain??) lagi (sudah berlanjutan 3-4 hari) - Dengan malas-malas, terpaksa juga datang kerja.

Tadi ada sorg Pakcik mintak tolong print kan penyata pencen dia - Dengan malas-malas, terpaksa juga menggodek website JPA.



Makcik Rehan sgt pemalas sekarang! Tolong jgn suruh dia buat apa2, atau tanya soalan yang membuatkan dia terpaksa berfikir - nanti dia akan buat dengan 'terpaksa' dan 'dengan malas-malassssss...



Yang pemalas,
Makcik Rehan.





Tuesday, February 24, 2009

MILK


.
Untuk kesekian kali, Babah Mencah dok remind..bila nk start minum susu? Maybe hes' aware - all this while im not taking any nutritious food. Dah lama tak mkn sayur. Fruits also. Kurma dan kismis yang dia beli sebeban haritu pon luak 2,3 ketul jer. Betul2 takde napsu nk mkn.

Selepas beberapa kali didesak, saya mengalah. But strictly i want chocolate flavor. Fair enough - asalkan minum. Hehe.


He bought me Anmum Materna (choc flavor of cos!) instead of Enfamama. Dah dekat 3,4 hari kotak susu tu saya tak usik. This morning dia tanya lagi. So, pagi tadi saya pon dengan sungguh berat hati membancuh secawan susu Anmum Materna coklat! Rasanya tak jauh beza dgn Enfamama Coklat. But, i think Anmum lebih lazat!

This reminded me to my beloved ex-colleague at Mead Johnson-Kelly (during one of the million taste test that we did). Anmum has completely beat Enfamama in term of taste! Well Kelly, I must say...its true!



Aisyah is always referred as Enfa Baby (by her parents) as she's been nourished with Enfa products since in my womb. Semuanya sebab Makcik Rehan dilimpahi dengan susu ketika bekerja di Mead Johnson. Kalau tidak.... adoyaii... kopaklah mak pak ko nak!

For this 2nd baby (InsyaAllah) saya sudah berazam sepenuh hati untuk memberi susu ibu secara eksklusif. Sangat2 berazam. Sebetulnya, masa Aisyah dulupun saya memang berazam nk BF to the max. Tetapi dek kerana suasana yang tak mengizinkan, kondisi persekitaran (dok umah mertua - anda bayangkan sendiri), cetek ilmu penyusuan, tak kuat keazaman dan faktor paling utama - Enfalac A+ yang berharga bukan main mahal di pasaran saya dapat percuma berpuluh-puluh tin! Saya bertahan memerah susu di office utk 2 hari sahaja! Oh..malunya pada diri sendiri.

Semoga our second baby tidak akan menjadi 'anak susu lembu' lagi seperti kakaknya..hehehe...

Nota kaki : This entry has no intention to 'downgrade' other milk brand.







Monday, February 23, 2009

AISYAH DAN CINEMA *updated with pics*

.
(Gambar hutang dulu ya... esoklah MR update (tu pon kalau rajinnnn..kekekek)

Mlm ni (waktu Malaysia yerr... cewah, eksyen plak... mentang2 ada geng dr California & Edinburgh hehe..) Makcik Rehan nk citer pasal batallion Rawang yg pegi nonton cinema semalam. Tapi.. tapi... tapi... malas tahap dewa nk upload gambar kat laptop yg setengah hazab nih. Snap pakai henpon cabuk jer pon. Pulak tu gambar2 Aisyah mcm superman tgh terbang, sbb dia tamau duduk diam!

Dari dlm keter lagi mulut dia dah riuh rendah dan asyik cuba memboloskan diri dari carseat sbb teruja nk join abg2 sepupu dia yg rancak bersembang kat seat belakang. Dia kan diva Babah, haruslah jadik co-pilot kat depan.

Sampai kat TGV, Makcik Rehan dh mcm cikgu tadika taw. Sibuk mengawal budak2 esp. si Mencah yg berlari, berguling mcm budak tak penah jejak tanah! Mak2 dan Ayah2 Pin yang lain blom sampai (Laki i kan mithali sgt... baik hati nk tolong hangkut anak2 buah dia ke sana).

7 Adults
9 Kids
2 Underages - Mencah dan sepupu yg sebaya.

Dalam panggung, anak saya sangat behave taww. Sungguh tak sangka mak bapaknya. Steady jer duduk kat seat sambil layan popcorn - siap enjut2 perut mcm kat umah! She enjoyed the moment so much! Orang pakat gelak, dia pon gelak. Macamlah paham sgt. Kuar jer katun, terus dia jerit : Aaapin!
Asal kuar jer menatang2 yang dia kenal, tak benti2 dok ulang sebut sampaila scene menatang tu habis. Siaplah lepasni... sakanlah kami 3 beranak melayan wayang kan...

About the movie? so-so sajalah. Story board tak baper kuat. Dan Upin & Ipin (bagi saya dan suami) bukanlah watak utama filem ini. Mereka sekadar 'pelaris' utk kanak-kanak. Watak utamanya mungkin 2 org pelajar kolej dan si Rajoo. Klimaks cerita lambat sgt. Not only Aisyah, but other kids also dah mula keluh kesah selepas 1 jam setengah. Ada yang dah berlari2 kat depan layar! My sis in law commented that jalan cerita ni 'agak berat' for kids under 12.

Ada unsur moral yang bagus. Keharmonian pelbagai kaum paling jelas dipaparkan. Sekali-sekala filem ini mampu juga membuatkan Makcik Rehan ketawa dan disusuli dengan ketawa Mencah yang dibuat-buat. Heh!


-Apa kelas nk tangkap2 gambar kan, baik aku blah-



-Susah sgt... kenalah tangkap!-



-Gambar ala2 bunian. Tak duduk diam-


-Aisyah dok usha billboard besau2-





Viva Aisyah!






Sunday, February 22, 2009

EDINBURGH



Hehehe....





KERINDUAN

.

Photobucket
-Gambar arkib Raya Aidilfitri 2005-

Saya 'kangeennn banget' sama Mak dan Ayah. Lamanya tak balik kampung. Saya dapat rasakan mak dan ayah pun kerinduan dan kerisauan pada saya. Semasa saya menghadapi waktu2 sukar baru-baru ini, ayah dan mak tak jemu2 menalipon bertanya khabar. Saya sepatutnya menghadiri kursus di Teluk Batik pada awal bulan baru2 ini (tapi saya tak pergi sbb kesihatan tak mengizinkan) mak saya kirimkan lauk masak cabai kegemaran saya kepada teman setugas dari PID Kuala Kurau. Malangnya, lauk itu tak sampai ke tgn saya kerana saya tidak ke sana.

Saya rindu masakan mak (dan juga leteran mak).
Saya rindu gurau senda dan tazkirah ayah.

Sudah hampir 3 bulan tak jumpa. Kalaulah saya ada rumah sendiri... dah lama mak ayah saya datang agaknya...

Sejak berumahtangga dan tinggal jauh dari mereka, saya rasa kami semakin terpisah (bukan bermakna saya lupakan mereka). Oh! mereka yang senasib dgn saya mungkin paham apa yg saya cuba sampaikan...


Friday, February 20, 2009

AYAH PIN

.
Sasaran kutipan filem Upin dan Ipin adalah 10 juta kan??

Mai nk habaq mai... mula2 saya rasa cam mostahil dan tak masuk akal nk kompol 10 juta utk filem budak2. Tapi semalam saya kompom depa boleh collect 10 juta!

Sebabnya, suami saya yang sungguh mihtali aka bapak si Mencah telah book 16 keping tiket (dan mungkin akan tambah lagi!) Upin dan Ipin di TGV Jusco Kepong - untuk tontotan hari Sabtu ini, jam 11 pagi. Maka saya terpaksa bagi gelaran Ayah Pin kat suami mithali saya itu. Huhuhu.

Itu baru sorang Ayah Pin, saya percaya ada ramai lagi Ayah Pin dan Emak Pin diluar sana yang sungguh teruja melampau2 (melebihi anak-anak kecik mereka sendiri) untuk menonton filem animasi 3D Malaysia yg pertama itu kan? Kalau ada 100 Ayah Pin dan Emak Pin yang memborong tiket utk satu batallion mcm suami saya tu... maunya tak dapat collection 10 juta kan?

Wahai orang-orang Kepong, kalau esok pepagi korang nampak ada 2,3 buah keta buruk dok tersengguk-sengguk beratur nk masuk Jusco Kepong tu...silalah tekan butang horn kuat-kuat ya! Mungkin itu adalah batallion si Mencah dan sepupu2 nya (bersama Ayah dan Emak Pin memasing2) yang nk memecahkan TGV.

Saya tidak ada apa2 perasaan langsung terhadap filem kartun ni. Saya bukan peminat filem Malaysia (yerr..saya memang tidak patriotik!) Dan esok (kalau jadi tengok) adalah kali pertama kami bawak Aisyah masuk panggung. Dan saya amat tidak gemar keluar beramai-ramai mcm rombongan Cik Kiah - kalau nk berkelah lainlah cerita. Suami kata, esok kita gathering family Rawang! Alahai.... macamlah selamani tak pernah gathering! Saban minggu semua sepupu sepapat Aisyah berlonggok kat umah nenek onah nun... itu pon saya dah kerimasan yg amat. Dan kali ini... 15 org cucu bersama mak bapak memasing akan bikin havoc di panggung wayang pula! Kita tengoklah nanti siapa yang kena ya!


p/s : Saya bukan Emak Pin!






Thursday, February 19, 2009

SANTA CLARA, CALIFORNIA

.

Selamat pagi kawan-kawan, (Pagi dlm erti kata waktu tempatan :P)

Saya dah lama perasan, ada seseorang nun jauh di Amerika selalu singgah di blog saya. Bila nampak jer bendera Amerika tu mesti saya 'eksyen' dgn suami : Tengok.... saya ada kawan kat USA taww!

Hehehe...padehal saya tak kenal pon siapa gerangan pengunjung tu. Siapakah anda yaaa.... sudi tak berkenalan dengan saya; pompuan kampungan di Rawang, Selangor, Malaysia ni? Hehehe...

Adakah 'dia' Mat Saleh? Tak mungkinnnn...sbb posting saya sumer dlm bahasa ibunda (ada la selit2 bahasa Amerika cabuk yg grammarnya lintang pukang)

Walau siapapun anda, anda dan anda-anda sekalian (merujuk kepada kawan2 dan silent reader blog mencah) saya amat menghargai kesudian anda menyinggah disini.

Sejak 2-3 hari ini, kemabukan saya semakin beransur hilang. Syukur Alhamdulillah. Makanya, saya akan mula 'sedikit rajin' mencoret di sini.




Wednesday, February 18, 2009

NASI AYAM SG CHOH



Lunchie with hubby just now. Sent via SE mobile.

Updated:
Sapa dok belah2 Hulu Selangor mesti tau kedai makan nasi ayam sungai choh yang sentiasa penuh sesak dgn budak2 perodua. (Bapak Mencah adalah salah seorangnya...)

Semlm saya mkn nasi ayam kat Kedai nasi ayam kat rawang mutiara. Tak sedap. Petangnya suami bawak balik nasi ayam pasar tani soon huat. Sedaaappp. Dan hari ini nasi ayam lagi. Habisla Makcik Rehan gemuk mcm ayam daging! Buat masa ini, menu ini saja yang membangkitkan selera saya. Dan saya mula terkenang-kenang nasi ayam di serata 'dunia'.

Macamana tu? Rasanya saya perlu belajar masak nasi ayam. Siapa pandai masak nasi ayam, sila perturunkan ilmu di blog anda (Aznie, Nieza, Eynda, Wyra - sekadar menamakan beberapa blogger yg rajin memasak :P). Tahun depan saya test masak. Hahaha..... (tahun ni saya tak janji lorrr...)


Tuesday, February 17, 2009

LITTLE BABY, BIG MUMMY, HAPPY DADDY, LOVELY SISSY...

.
My little baby in my BIG tummy...

Ahad lepas, suasana agak genting. Saya tidak berdaya lagi. Sudah bercucuran air mata. Basah merata-rata - dengan muntah dan air mata dan air ...... Oh!
Kali ini kami ke Klinik Pakar Khadijah. Suami semakin cuak. Mummy is getting weaker (while sissy 'Aisyah' is getting wilder!) He wonder, is our baby growing? My weight drop lagi. Sudah jadi 86 kilogram! (as of last Sunday) Suami sempat bergurau... boleh dapat 60kg tak?

Di klinik, muntah dan muntah lagi. Doktor bagi peluang terakhir sampai esok. Tukar ubat lagi (sudah 3 jenis ubat tahan muntah!) dan kalini kena minum ORS. Lawan dan lawan lagi. Kalau kencing masih pekat, esok WAJIB drip. Oh tidak!

Hati saya berbunga riang melihat suami tersenyum puas melihat 'si kecil' yang nampak sihat di dalam sana. Dengan diameter 27 mm, nampak jelas nadi (atau mungkin jantungnya, saya tak pasti) sedang berdegup. Bayi anda okay - kata doktor! Subhanallah... Oh! Saya akan terus kuat melawan dugaan ini. Keluar dari bilik doktor, suami sempat berbisik : Abang rasa kalini boboy, sbb abg nampak **** dia! Suami saya amat berharap teman memancing nampaknya.

Alhamdulillah, ubat kali ini agak memberangsangkan. Muntah berkurangan. Tetapi saya tewas kepada cuaca panas dan kering sekarang. Malam tadi sekali lagi. Terkebil-kebil tak dapat lelapkan mata. Selepas subuh tadi cuba lagi sambung tidur, masih gagal. Masuk ofis pagi ini sedikit lewat.

Oh! Terlalu banyak yang saya ingin coretkan tentang Aisyah. Sungguh banyak. Sampai tidak tahu nk mulakan dgn yang mana. Saban hari ketika di ofis, saya akan terngiang2 suara halus manjanya : ayam mama....! (sayang mama...)

Saya masih Addicted to Aisyah!







CHANGES



2.44 am. Tuka bantal,tuka bilik,mnum air,sapu mnyk panas, hampir pecah rekod brick game-mata masih bugar. Skang dibilik gelap pekat. Gd nite...


I CAN'T SLEEP




1.27 am. Its hot n dry. This lonnggg night seems to last 4ever.

Sent via my cabuk SE mobile.



Updated :
Ada yg bertanya, how do I blog from handphone? Click here yer kawan-kawan.
Cara ini hanya terpakai untuk pengguna model Sony Ericson hok model biasa2 mcm saya. Kalau model lain saya tidak arif. Sejak dilanda kemabukan yg teruk, saya langsung tidak menyentuh laptop dirumah (kecuali jika benar2 perlu) dan henpon cabuk inilah yang menjadi peneman saya menghabiskan kredit dan bateri - melayari internet dan bermain brick games (Ada byk games lain yang lebih menarik, tetapi otak saya sungguh lembab utk pick-up games2 yang byk guna akal!). Terima kasih kepada Zel aka Mummy Khaleef yang mengajar saya 'belayar' bersama Operamini sambil berbaring! Ia sungguh membantu!


Tuesday, February 10, 2009

SORRY...

.
Coz there were no updates - at all. Saya hanya sibuk berbaring dan berlari ke tandas. Dan sejak 2-3 hari yang lepas, saya terpaksa letak baldi kecil di sebelah katil. Dan saya sampai merayu pada doktor - boleh tak saya request utk masuk ward?

Ya Allah, berilah saya kekuatan menghadapi saat2 getir ini. Dan semoga dugaan ini segera berakhir. Terima kasih kpd kawan-kawan yang sudi bertanya khabar, saya amat menghargainya. Dan saya sempat terbaca di blog seorang teman maya; Wyra - salam takziah dari saya untuk anda. Semoga anda tabah dan redha dengan ketentuanNya.



Saya mengundur diri dulu. Inilah kali pertama saya menyentuh laptop ini setelah berminggu tidak menyentuhnya di rumah ini. Gejolak jiwa untuk membaca sumber alternatif tentang kemelut di tanah air saya (Perak) mengundang saya ke dunia maya.

p/s : Ptg ini saya dan ibu mertua akan pergi berurut di Batu Arang. Sebagai ikhtiar untuk melegakan apa yg sedang saya alami ini. Doakan semuanya berjalan lancar ya!

Wassalam.



Thursday, February 5, 2009

THE BACKYARDIGANS & ALIVE

.
Airing every morning, 7 am at channel 612 (Nickelodeon)



They are cute!



And this is my current addiction : ALIVE from Speed. Layannn...










Tuesday, February 3, 2009

AISYAH

.
Some of the not-so-recent-photos. Layannn...

Fresh from bed!




Kita ada misi...!



Alamakkkk.... tercepit!! Tolommmmm.....