Pages

Powered By Blogger

Thursday, April 30, 2009

BORING YANG TERSANGAT


.
Sangat BORING harini. BORING sangat-sangat.

Ika [student] yang dah 3 minggu tak datang, tiba2 muncul. Pastu siap bagitau, saya tak boleh lamani cikgu, nk balik mengaji - padehal selamani takde kelas mengaji pon.

Pastu terpisat-pisat tanya camana nk buat latihan 3 minggu lepas. Sabau jerla. Sakit hati tengok dia malas2 nk klik mouse dan petik keyboard. Duduk pon menyenget-nyenget. Asyik mengeluh. Buat kerja mcm org kena paksa [padehal tadak sapa yg suruh dia mai belajar, ayah dia yg merayu-rayu nk suruh kami ajar jugak budak ni, sedangkan kami tak ambik budak sekolah rendah. Kami hanya ambik budak tingkatan 1 ke atas]

Terus kena sound dengan Cikgu Rehan : Ika, awak kalau malas nk buat, tak payah buat, tak payah datang!

Bila tanya, kenapa dh 3 minggu tak mai? dia kata : Mak suruh jaga adik sbb dia pi mesyuarat.

Kelas mak dia hari jumaat [esok], malas nk tanya mak dia. Dulu pernah tanya, kenapa anak akak selalu tak dtg kelas. Sama jer 2 beranak. Sorang kona kanan, sorang kona kiri. Lantak korang la labu-labi.

Ika dah berambus. Tak sempat panas kerusi, dah nk balik. Dipersilakan. Datang tak jemput, balik tak halau.

Alamak, i masih BORING ni. Camana ni? Sapa nk ajak i bergossip, silalah ym saya sekarang ekk...hehehe.




FABRIC


.
Kat Nagoya haritu. I snap gambar2 kain langsir ni. Cuci mata sajork. RM 9.80 semeter. Sgt murah berbanding Elyza. Sesuai utk golongan marhaen seperti saya. Banyak lagi kain2 jenis lain. Tapi yg pesen berkilat2 tu. Murah2 sajork. tapi ikurang berkenan yang gitu2. I berkenan yg gini2.... Masalahnya tak byk pilihan lorrr....





Nak upah jahit pon boleh. Minimum caj, RM 7 sekeping. Jgn tanya aku macamana nk kira sekeping tu. Aku pon tatau.
















SELAMAT PAGI, ESOK CUTI


.
Selamat Hari Khamis, Semoga hari ini hari yang manis!




Harini saya kerja sorang. Asstnt saya coti. Harini jugak adalah last day utk buat e-filing. Harap2 takde sapa2 yang dtg PID terhegeh-hegeh baru nk suruh buatkan e-filing. Mak tak kose nk layan dah. Last2 minute mcm ni, mulalah server asyik down. Hazab nk buat submission sampai kebas tangan tekan mouse.

Dan saya harap jugak, harini Pakcik Oxford putus wayar tu tak dtg PID. Tak habis2 dgn SPA dia. Sedangkan umur dah baya2 mak saya, ada hati nk apply keje gomen. Pulak tu, keje yg diapplynya sikit punya besau punya pangkat. Lagi tinggi dari gred Cikgu Rehan sekarang. Dulu masa tak tau, gigihla saya melayan karenah org tuani. Rupa-rupanya dia ni 'educated tapi short circuit'. Semalam dia dtg nk hantar email kat SPA. Nak tanya apsal dah 2,3 minggu dia buat online application [tah betul, tah idak cara dia submit online tu] tapi SPA takde call or hantar surat pon bagitau bila nk interview ke haper. Panas hati nk explain kat org mcm ni. Saya kata, kalau uncle nk send, kenalah tahu email address penerima. Macamana nak send? Send dari email uncle lah. Dia kata : Saya mana ada email! Sikit lagi aku nk 'mangkukkan' org tua tu tawww. Dia ingatkan www.spa.gov.my tu adalah email! nak send email ke situlah kekdahnya. Jenuh pulak aku nk bagitau beza email add dan website add!

Dia tak geti ckp BM, gigihla aku speaking longkang dgn dia okeh. Bila dia cakap BM, jadi mcm ni : Cik, aku haritu sudah hantar application kpd itu SPA, tapi mereka tak talipon atau hantar surat pon kat aku. Eiiii...berdesing telinga aku dengar. Main aku-aku pulak dier.

Tak puas hati dengan saya agaknya, ptg nya dia dtg lagi. Kalini dia 'bantai' asstnt saya pulak. Masing2 panas hati melayan dia. Dia ulang balik soklan2 yang dia dh tanya saya pai tadi kat asstnt saya pulak. Dia ingat, asstnt saya akan bagi jawapan lain la kot. Asstnt saya pon dah bengang giler. Tak habis2 dgn SPA. Apa dia ingat ini SPA Q ke haper!

Okey, enuff for now. Masa utk pegi kerja. Nanti jgn lupa refresh blog Mencah lagi sekali pukul 11 nanti ya! Ahaks.







Wednesday, April 29, 2009

RUMAH KECIL TIANG SERIBU


.
Ada sapa2 nk sewa? Konon-kononnya bulan 7 ni dpt CF. Daripada aku belum beranakkk...sampailah aku nk beranak lagi sekali...rumah flet sontot ni tak siap2. Bak kata laki i, nk ratakan tanah nk buat jalan ponnn berbulan-bulan. Umah saya tingkat 2, blok depan sebelah kanan tu. Tapi bukan facing jalan depan nih...facing blok yg lagi satu tu.

Semalam pi jenguk site, konon2 nk bayar deposit api air, malangnya staff dia ngelat curi tulang kot. Tutup jer. Call pon tak angkat. patutla lambat sgt siap projek ni. Staff dia suka cutik tulang rupanya.

Apa tujuan saya buat entry ni? Tatau lorrr.... tah kenapa 2-3 menjak ni i mcm pompuan meroyan, kemain rajin update blog. Ni saya dah dpt balik camera [adik i dah pulangkan], adakah saya semakin menjadi-jadi mengupdate blog? Muehehehe... i kan nk dapat pendapatan 16k!






SEMALAM YANG FENATTT....


.
Padan muka. Orang duk umah sendiri, ko pon gatal nk duk umah sendiri. Rasakan. Menjejeh-jejeh peluh i semalam tawaf satu Pekan Rawang setelkan itu ini.



Gambar hiasan. Penat mcm nilah i semalam...


i buat semuani sorang2 okehhh. Sila beri tepukan gemuruh.

  • 11 pagi - Bawak tali tape, ukur sliding door, tingkap etc. [sgt panas dan berabuk okeh!]
  • 11.30 pagi - Singgah kat Taska Islam dekat umah. Nk survey nursery utk si Mencah. I prefer this one than the other one [yg dekat dgn umah atuk acan]. Anyway, kat area umah baruni hanya ada satu nursery ni sajork.
  • 12.00 tgh - Balik dari ukur umah, singgah kat site lagi satu sbb nk bayar deposit api dan air utk umah flet. Malangnya opis developer tu tutup. Call pon tak angkat. Mencikkk! Dah la cuaca sgt panas.
  • 12.30 tgh - Lunch kat Restoran apa nama tah. Sedap gak nasik ayam dia.
  • 1.00 ptg - On the way balik, somi call. Borang TNB dah ready, suh pi collect kat Alan. Alan kata kol 3 baru mai ambik kat opis dia. Then i tak jadi balik umah, merewang dlm Parkson Rawang.
  • 2.30 ptg - On the way nk pi opis developer, i singgah Nagoya Rawang. Cuci mata.
  • 2.55 ptg - Dah sampai opis developer. Gedebuk gedebak dgr itu ini, ambik itu ini...
  • 3.30 ptg - Terpaksa tunggu dekat 15 minit dlm keta kat depan Pej Pos Rawang [tunggu parking lorrr, parking kat area tu sgt hazab]
  • 3.40 ptg - Selesai beli setem hasil bernilai RM10 untuk tempek kat borang TNB.
  • 3.45 ptg - Pegi TNB [mujurlah sebelah Pej Pos jer] Tanya kat kerani tu, document i cukup tak utk buat submission. Esok baru suami nk submit. Mujur i tanya dia dulu, rupa2nya document i tak lengkap. Kena pi jumpa developer balik. Mencikk!
  • 4.00 ptg - Kuar dari TNB, pegi TM Point yg kebetulan seberang jalan jer. Ambik application form dan tanya itu ini pasal fees dan option2 yg ada. Mahalnyer! Tak yah pakai fixed lainlah mcm ni...
  • 4.30 ptg - Sampai kat opis developer. Mintak document2 lain yang tak lengkap.
  • 5.00 ptg - Rasa mcm nk pengsan. Penat sgt, tapi singgah jugak beli goreng pisang dan keledek goreng utk ibu bapak mertua ku...hehehe. i kan menantu yg mithali. Walaupon akhirnya, goreng pisang tu i jugak yang banyak ngap.
  • 5.15 ptg - Sampai umah, tak leh jugak nk berehat. Mencah ajak main smack down. Mama penat nakkkk.....



BERDANDAN DI PAGI HARI : Updated with tips for Kak Lis


.
Wahhh...tajuk entry meletops giler. Sapa tak percaya i tgh berdandan, sila terjun lombong. (lagi sekali!) Nyampah mak!

Pagini i keja okeh. Aduhh...sgt MALAS dan PENAT rasanya. Semlm, i rasa mcm seorang wakil rakyat taww...penat kehulu-kehilir. Bertuah taww suami saya dpt bini serba boleh (kerr asal boleh?) mcm i ni taww. Nantilah i story the morning glory yek.

Sambil tgh bersiap2 dan berdandan rapi (uweeekkk...dandan lah sgt) i on laptop cabukni kejap. Wah, laju plak stimix pagini. Updatelah sikit kan, sambil2 menempek stretch mark lotion (kulit dh merekah huduh kemain, baru aku nk sibuk2 berlotion bagaiii...) dan jugak krim gatal (anggaplah ianya pembawakan budak yer). Dan sambil menunggu si puteri idung kepek terjaga dari tidur supaya boleh dibawak turun bawah. Suspen aku kalau biar dia tido lama2 kat atas, kang senyap2 dia bgn, dia 'kemas' licin semua bilik2 kat atas ni. Favourite dia, panjat katil double-deck then tergedik2 menari dan menyanyi ala2 tgh buat konsert AF. Paling aku seram, oleh sebab terlebih lazat tido...dia turun bawah dgn seluar yg basah menjejeh.
Kecinnn! bashah! Uhhh...trauma aku taww.



Inilah dia lotion penyelamat yang tak berapa nk berkesan keatas kulit Makcik Rehan yang dah menggerutu mcm kulit kayu cengal terlebih umur. Bolehla, buat melegakan 20-30% gatal merenyam kat badan i.

Org kata, patutnya masa bulan 1st lagi dh kena start sapu lotion, cream bagai, barulah mujarab dan kulit lawa. Apa ingat aku tadak keje lain selain dari nk mengusap perut yg dah sememangnya boroi ittew?

Bak kata buku kata2 hikmah yg i baca tu, yg dh berlalu biarkan berlalu. Yang sekarang ni jer kita ambik kira okeh! wahh..kalau hat yang bagi menang kat aku cepat jerla aku ambik iktibar ekk. kikikiki...



**************UPDATED*************


Soklan dari Kak Lis : nak tanya. kalau perut ala2 roi (boroi) sket kan (cam perut kak lis nih, kot ngandung nanti lemak2 tu go away ke sbb ditutup oleh perut yang mengandung atau pun lemak2 tu tetap ada walaupun kita mengandung? ehhh tak tau la kalau rehan paham tak kak lis tanya nih...

Jawapan : Saya sgt paham soklan itu K.Lis. Hehehe. Sebab saya adalah jugak sorang 'pemboroi' hatta sebelum mengandung. Kakakaka... Lemak2 tu tak akan go away kak. Sebab tu tiap kali scanning baby, telinga i akan panas berdesing bila doctor cakap : Kulit perut u tebal nih..kalau tak, mmg dah boleh nampak dgn jelas baby's movement dlm perut. Doktor tu sebut kulit tebal sbb nk sedapkan hati i. Actually dia nk ckp lemak i tebal kann...

Bila perut makin membesar, lemak2 tu akan 'mengencang' seiring dgn pembesaran perut. Masa tu kita akan nampak mcm lemak2 kita dah menipis. Padehal dia tak pi kemana pon. Cuma dia meregang sajork. Lepas dah beranak nanti, lemak2 tu akan bersatu semula dan masa tulah akan kelihatan kulit perut yang sangatttt huduh dan hazabbb. Strecth mark akan mengendur sampai nampak mcm kulit kuda belang (serius nih!) cuma takde kaler itam putih jer. Hihihihi....

Oleh itu...adalah sgt penting utk sapu lotion ker haper ker...sejak dari awal2 kandungan. Kalau perut rasa gatal2, sila kuatkan iman dan JAGAN GARU dgn bersungguh2 mcm Makcik Rehan. Garu2 manja shj okeh! Lepastu, masa pantang silalah rajin2 pakai bengkung dan sapu perut dgn kapur + perahan limau. Utk makluman, Makcik Rehan tidak melakukan semua itu okeh! Mak saya sampai dah berbuih-buih mulut berleter taww. Lepas banak, nak tunjuk perut kat laki pon malu sbb terlampau hazabb. Wakakaka.. nyesal pon tarak guna lorr. Melainkan buat liposuction. Ewww....kose mak okeh!

Moralnya Kak Lis, sila persiapkan mental dan fizikal sebelum mengandung. Persiapkan juga mental suami Kak Lis agar bersedia menerima 'transformasi' bini dia selepas beranak nnt. Laki i dah immune kot... hihihi...

p/s : Pesanan di atas dibawakan oleh Makcik Rehan yg sgt tidak mengambil berat hal ehwal kecantikan diri. Perlu diingat, ada ramai wanita2 lain yg berjaya mengekalkan kecantikan diri sebelum dan selepas kawin melalui langkah2 bernas yang diambil dari awal. Contohilah mereka okeh. Sapa ikut contoh Makcik Rehan, alamat terjun lombong jerlah....





Tuesday, April 28, 2009

PS YANG JAHANAM


.
Semlm kami laki bini cuti. Kan nk menghantar mak pak saya pi KLIA di pagi2 buta. Petang tu, kami semua kepenatan. Semua tergolek dog, kecuali Aisyah. Semua org tido, tapi TV terpaksa dipasang sbb dia nk tgok katun. Kalau tutup dia mengamuk. Tapi dia bukan tengok sgt. Dia jeling2 saja. Yang dia buat adalah menyanyi dengan sgt kuat. Sangat kuat okeh! Sampai Atuk sound dia : Aisyah senyap sikitttt..atuk tak boleh tido! Dan Babah pon terpaksa sound dia jugak : Aisyah slow sikittt...! Dan mak dia ni pon terpaksa sound dia jugak : Aisyah, mama tak boleh tidooo...!

Yer puan-puan, saya tak tipu. Dia menyanyi dengan sgt kuat. Sebab semua org tanak layan dia. Semua org sibuk tido. Kerusi dan kusyen semua habis tunggang langgang! Lagu apa dia nyanyi?

Tinkel tinkel lister tar...!
How aaa wonder wat u are..!
(ulang sampai jemu okeh, sbb part ni jer dia ingat)

Bila dia dah kering tekak sebab menyanyi tak ikut pitching, dia dtg smack down mama dia yg tgh bergolek cam ular sawa bunting sulung. Tujuan? nk suruh buat susu!


Mangunnn...mangunnn... tolommmm...tolommm... nk shushu...nak shushu...!!

Eeeeii.... sgt tension okeh! Kenapa tak smack down babah ko tu nak. Balik2 mama jugak yg kena taww...

Lewat petang, dikala saya sedang bemalas-malasan menonton cinetron, tiba2 Babah Mencah ajak pi Jusco Kepong. Tujuan? ambik Play Station yang dihantar repair sebab dijahanamkan oleh si Mencah. Kalau si Umar rosakkan laptop mak dia, ini dia anak dara saya yang sungguh lemah lembut...telah menjahanamkan PS Bapak dia. Sampai tak boleh ON langsung okeh. Kejadian berlaku hampir sebulan yg lalu. Baru minggu lepas Babah dia ada bajet nak hantar repair. Itu pon setelah jenuh Nenek Onah leterkan dia suruh repair sbb cucu2 dia yang balik tiap2 minggu tu takleh main game. Tadi baru pi ambik. Kena rm80. Nasib baik tak beribu-riban. Huhuhu...

Masa makan kat Food Court Jusco, anak saya yang sgt terkenal dengan tabiat muntah tanpa had telah lagi sekali 'mentraumakan' mak pak dia. Dia muntah dengan sangattttt byk okeh! Habis berlendir area yang kami duduk tu. Sampai kami terpaksa buat muka tembok (sambil cover2) pindah duduk meja lain. Bila Mat Bangla cleaner tu lalu kat meja yg Mencah muntah tadi, kami buat lakonan mantap - seolah2 tak tau menahu anak sapa la yang muntah selambak kat situ tu yer!

Pindah meja baru, sedang kami cuba menghabiskan makanan secepat mungkin (dah hilang separuh nikmat mkn sbb dok terbayang muntah anak!) tiba2 si Mencah terkuis mangkuk sup Babah dia...danggg! semangkuk penuh kuah sup nasi ayam terbalik dan membasahi seluruh ruang meja dan kerusi dan lantai! Mujur si Mencah masa tu duduk dengan Babah dia. Kalau dekat aku...kompom dh kena pang sekali. Nasib baik saya ada bawak spare baju dan seluar. Masani kan, mesti Bangla tu dah tau anak sapa yang muntah selambak kat lantai tadi kan? kan? kan?

Saat2 bahagia ibu dan anak tatkala si bapak sedang membeli makanan.



Minum air dulu...sampai kembung. Lepas tuuu...mmbuakkkk!


Lepas tu i langsung hilang mood nak hambik2 gambar ke hapa. Tobattt....

Haruskah saya cuti lagi esok? Sebab saya memang cuti. Tengoklah camana...kensel cuti kot.



KE ARAH MENJADI POMPUAN MITHALI

..

Mithali la sangattt... hehehe. Masa kat Book Fair haritu, saya turut beli buku ini. Sebagai pengubat dan penenang jiwa.

Supaya saya tidak keluh kesah mengharungi cabaran hidup sebagai Hamba Allah, isteri, ibu dan anak. Ia banyak mengajar saya untuk redha dgn apa yang telah disuratkan dlm kehidupan serta rezeki yang Allah kurniakan. Ia mengajar saya untuk sentiasa berbahagia. Kena baca selalu supaya tak hanyut. Hehehe... Moga2 kurangla sikit i membebel tak hape2 kat sini pasni.


*Petikan sikit salah satu kata2 hikmah dlm tu*
Apa yang telah berlalu, biarlah ianya berlalu. Dan apa yang telah pergi, biarlah binasa. Jangan anda fikirkan apa yang telah berlalu, kerana ia telah pergi dan lenyap.



Bukuni pulak Babah Mencah belikan masa mula2 saya ngandungkan Aisyah dulu. Hanya dibaca tiap kali mengandung. Sebab tu nampak cantik jerk. Hehehe...




Monday, April 27, 2009

THE MOVING OUT NEWS

.
Jumaat, masa dh sampai PWTC, i gave a call to hubby - informing him (again) that I am going to (am there already!) Book Fair. Nak bagitau kata dah sampai la kununnya (mithali tak i? mithali kann...)

Bla..bla..gedebuk..gedebak.. lebih kurang, suddenly hubby said : Petangni pas balik keja abg nk pi ambik kunci umah kat Alan. Owhh.... mcm nk menangis i dengar hokkay! Bak kata Quincy - Mcm tak percayalah!

Yer kawan-kawan, akhirnya kunci rumah kocik itu sudah dpt! Dah boleh bentang tikar dan tido kat umah tu ler-ler jugak (kalau dh meroyan sgt la kann...)

Somi i bagi sebijik : Boleh la tengok2 buku hiasan dalaman ke hapa kat sana... hihihi. Mencik tawww.... Takpela bang, i rela diperli dan dikutuk berkoyan-koyan sekalipon. Saya sgt bahagia tawww....

Dengan tiba-tiba jugak, di hari Jumaat yang molia itu, Makcik Rehan menjadi sgt pemurah dan membuat sadoqah jariah dengan membeli pizza utk seisi rumah. Tengok...menantu yg sungguh mithali kan?

Pagi tadi suami i sudah pegi menempek ke SYABAS nk setelkan hal air. Esok plak i kena pi jumpa Alan, ambik borang TNB utk masukkan api. Masa i nak naik atas tadi, nampak suami dah kuarkan aircond dan segala mcm mak nenek kepala paip dan kunci rumah baru dari dlm keta dia. Yer kawan-kawan, aircond tu dpt free. Beli sebuah rumah, dpt free seekor aircond. I likeeee.... (Kalau dpt free peti ais 3 pintu lagi i sooka!)



Inilah rumah yang laki i beli tu.... (sapa tak percaya, sila terjun lombong!) Wakakakaka....





BREAKING NEWS!


.




We are moving out soon. Very soon. I'll blog more about this later ya! This few days/weeks is gonna be hectic for us.

Sebabtu haritu saya senyum lebau kat entry ini. Alhamdulillah.





BOOK FAIR


.

Ini adalah scheduled entry. Sehari-dua ni i sibuk, tak dpt nk hadap internet.

Jumaat i pegi Book Fair kat PWTC. Drive sorang-sorang. Kat sana berjumpa-jumpaan dgn Zalia Chayok. Saja tanak carpool sama dia sbb aku tau, nnt aku selalu lupa daratan. Sian dia nk balik jauh ke Tg Malim nun.

Takdela sampai sebeban buku yg saya beli. Kebanyakan yg saya beli pon adalah 'according to my current mood and condition' gitu. Cewahh...

Seplastik ini sajork. Adala dlm 10 buah kot. Tu nampak tu...Baby and Toddler Food - salah satu yg i beli. Nak bajar memasak utk anak2 kekdahnya. Wahh...begitu mithali bunyinya kan? keh keh keh... Laki aku lom tengok ni. Kalau dia tgok kompom aku kena kutuk lagi.



I am currently reading this - Blooming Beautiful : How to look great, be healthy and survive hormonal havoc through pregnancy and as new mum. Sgt sesuai utk Makcik Rehan kan? Manalah tau kot2 aku leh blooming jadi lawo cam pompuan tu. kih kih kih...

Saya park keta dlm The Mall, habis meronda dlm PWTC harusla i ronda dlm Parkson plak. Mencarik pasal namanya. Depa tgh start sale. Dan kebetulan on that day ada special 70% less utk Bonuslink.


Maka dapatlah i beli sebeban baju baby pada harga patut. Lepas 70% less, sehelai romper jatuh harga rm1.95 sen sajork. Total semua2 ni rm 24.90 sahaja. I likeeee.... sgt berbaloi berbanding Pureen warehouse baru2 ni.




Sunday, April 26, 2009

WEEKEND FAMILY REUNION


.
Sikit lagi modem streamyx ni aku nak baling ke dinding! Dok berkedip-kedip, mcm kelip-kelip nk pengsan. Hazabb nyerr....




**Sambil2 klik iklan kat bwh nun. Kakakakaka**


Inilah salah satu punca aku malasss banget nk update blog kat umah. Lappy yg dah semput ni pon satu hal la jugak kan. Ditambah lak dgn connection hamsap daripada syarikat telekomunikasi kebanggan negara nihh...

Semalam mak dan ayah saya sudah sampai Klang. Yeayy... pagini berdoah-doah lah kami 3 beranak ke Klang. Esoknya plak mcm rombongan Cik Kiah plak kami mengantor depa pi KLIA. Awatla abg i tak sponsor tiket utk i sama....kijam tawww.

Abg saya yg kijer di Sabah nk hangkut anak bini dan mak pak saya pi Sabah. Sempena bini dia pon dh dapat tukar kijer sana. Baguihla...kesian nengok kak ipar saya tu, nguruskan 2 anak jantan sorang2. Mak ayah saya lepak Sabah 2,3 minggu kot. Jalan2 mkn angin la kekdahnya.

Kalau la abg aku kabo kat aku masa depa nk book tiket dulu, memang aku pon sanggup hambik cuti seminggu menempel kat Sabah tawww. Depa dpt tiket MAS murah gilerrrr. Dlm rm200 to and fro sorang. Bukan Air Asia, bukan Firefly okeh..MAS taww. Takpolah, takde rijiki...kalau ada rijiki lain hari, aku menempel la kat umah dia seminggu dua nanti.




Friday, April 24, 2009

BABY BOUNCER

.
Ingat lagi entry ni? Dah lama dapat brg merapu ni, baru sekarang teringat nk tepek sini - setelah merapu dan merayau di dalam maya dengan Oli semalam. Hehe. Thanks to Juju yang telah merealisasikan impian mak buyung. Am actually eyeing for yg sekenhend punya jerk. Tapi tuah seorang mak buyung kannn - I dapat yang baru pada harga sekenhend. Ohh..sungguh berbaloi. Kalau baby tanak duduk camana? Pedulikkkk...janji aku pon ada. Kan Juju kan? kan? kan? Muahahaha....


I soookaaa kaler kunin. Jgn kena demam kunin sudah!



Aisyah sgt teruja. Bukakkkk...bukakkkk... baby...bird...music.... Mesti dia jeles, naper masa aku kecik dulu mama tak belikan utk aku. Sebab masa tu mama tak jumpa yg murah nakkk. Hehehe....

Happy Friday olls. Anyone going to Book Fair today?
See ya at PWTC ehh...(kalau haku terdaya nk pi lahh...)



Thursday, April 23, 2009

TUTORIAL SESAT DARI MAKCIK REHAN YG BUTA IT


.

Baru lepas tengok citer Keliwon. Ewww...seram mak! Dah lama tak tengok drama. Asyik kalah rebut remote astro dgn Aisyah dan Babah dia. Sama naik 2 beranak. Sorang hantu katun, sorang hantu bola. Tapi mlmni budak tu dah lalok dan tidur awal sebab mkn ubat. Harap2 dia tak bgn 'shift mlm' mcm malam semalam. Naik atas, bukak blog kejap. Takde idea nk update entry apa. Tetiba teringat pasal soklan yg Aznie tanya ptg tadi. Aznie tanya camana saya buat centre alignment utk both sidebars kat Blog Mencah ni.

Serius, saya pon tatau camana nk explain. Yang pasti saya godek kat HTML code dan buat byk 'try n error' sampai saya dapat apa yg saya nak. Saya hantam sampai lebam - yg penting JANGAN SAVE CHANGES. Preview dulu. Kalau OK, baru SAVE.

Memang sgt serabut mengadap HTML code ni. Saya ingin sekali membantu Aznie. So, saya screen capture HTML code saya untuk kajian Puan Aznie. Bear in mind yer Aznie, code kita mungkin berbeza susun aturnya - bergantung kepada template apa yg kita pakai. But I think ours maybe tak jauh sgt bezanya sbb kita pakai template 3 panel. Harap ini dpt membantu.



Scroll pelan2 sampai jumpa section 'Sidebar Content'


Dibawah ni saya copy n paste code under 'sidebar content'



/* Sidebar Content
----------------------------------------------- */
.sidebar h2 {
margin: 1.6em 0 .5em;
padding: 4px 5px;
background-color: #4c4c4c;
font-size: 100%;
color: $sidebarTitleTextColor;
text-align: center;
}

.sidebar ul {
margin: 0;
padding: 0;
list-style: none;
text-align: center;
}

.sidebar li {
margin: 0;
padding-top: 0;
padding-$endSide: 0;
padding-bottom: .5em;
padding-$startSide: 15px;
text-indent: -15px;
line-height: 1.3em;
text-align: center;
}

.sidebar {
color: #5a6f1b;
line-height:1.2em;
text-align: center;
}

.sidebar .widget {
margin-bottom: 1em;
text-align: center;
}

.sidebar .widget-content {
margin: 0 5px;
text-align: center;
}

/* Profile
----------------------------------------------- */
.profile-img {
padding: 4px;
border: 0px solid #999999;
text-align: center;
}

.profile-data {
font-weight: bold;
line-height: 1.3em;
font-size: 90%;
margin:0;
text-transform:uppercase;
letter-spacing:.1em;
text-align: center;
}

.profile-datablock {
margin:.5em 0 .5em;
font-size: 95%;
text-align: center;
}

.profile-textblock {
margin: 0.5em 0;
line-height: 1.3em;
font-size: 100%;
text-align: center;
}


Yang saya highlight kaler oren tu... saya hantam tukar semua kepada center! Maka dengan magiknya, alignment sidebar saya pon jadi center! Hihihihi....

Cuba Aznie try, tgok jadi tak.







SYIOK GILER!


.


Hari ini saya mau senyum sampai nampak gigi bungsu mcm ni...... (Pija, akak suka la perkataan senyum sampai nampak gigi bungsu ni...)




SAKIT DI MLM HARI, SIANG LUPA DIRI



.
Malam tadi Mencah sangat-sangat meragam. Kami laki bini boleh dikatakan tak tidur langsung - esp. Babah. Mula2 kesian dan sedih tengok Aisyah asyik mengadu sambil menangis. Lama2 nk marah pon ada - sbb badan sgt penat tapi tak boleh berehat. Dari dlm bilik, bawak keluar. Dari tingkat atas, bawak ke bawah. Dari atas tilam, bubuh dlm buai. Semua tak jalan. Merengek non-stop

Kejap2 sakit idommm...(hidung - selsema la tu)
Kejap2 sakit molot....(mungkin ulser atau bibir pecah)
Kejap2 sakit kepala..... (mungkin pening sbb bahang panas)
Kejap2 nak susu (walhal botol susu di tgn dia tak luak pon)....
Kejap2 tak nak kat Babah...Babah wuatt (Babah buat dia kononnya)
Kejap2 tak nak dgn Mama... Nak Babah....
Kejap2 nk tengok atun....
Kejap2 biyak... (mana ada berak pon)

Macam-macam peel. Puncanya, cuaca panas melampau (serius, umah tu sgt panas okeh!) menyebabkan mulut dia pecah-pecah (mungkin ulser) atau mungkin kepala dia pening sbb bahang dan selsema. Semuanya bercampur-baur dan tak dpt dikenalpasti yg mana satu punca utama. Dan si Mencah ni pulak sgt tidak mahu minum apa saja air lain, selain susu. Mana badan tak kering kan.

Kesannya, pagini Babah terpaksa ambik EL dan Mama terpaksa masuk lewat ke opis sbb kami dua-dua tak mampu nk bukak mata (berjalan pon terhuyung-hayang) dan pagi2 buta tadi pulak Nenek Onah bagitau ada 2 kematian kat Qaryah situ. Dia kena pegi ziarah. Lepas mandikan Aisyah dan pastikan keadaan semua terkawal, barulah Makcik Rehan (dah boleh panggil Supermummy Rehan kot hehe..) bertolak ke opis.

Aisyah pagi ni? Adoyaiiii....meloncat, menari, menggedik mcm tak ada apa2 berlaku mlm tadi. Awat Aisyah dera Mama dgn Babah ni nakkkk....


TAK DPT YG PINK, DPT YG INI PON OKEH...


.
Kan haritu Makcik Rehan ala2 tak sedar diri mengidam diaper bag dengan harga tak patut...

Malangnya, ini saja yang saya dapat. Hehehe. Tapi sungguh berbaloi pembelian ini okeh. Harganya RM 15 shj - brand new dan termasuk kos pos. Dengan adanya beg ini (coraknya sama sebijik dgn corak beg sedia ada, tapi yg ini lebih besar dan boleh digalas sebelah tgn) saya sudah bersedia mendaftarkan Aisyah ke nursery. Tapi malangnya... Babah Mencah belum bersedia. Kena tunggu pindah umah baru boleh hantar anak ke nursery. OK lorrr..... tak kisahla kan... bagi dia manja puas2 dgn Atuk dan Nenek dulu.



Abbott pon Abbott lah. Mak tak kisah...



Besar kan? Boleh buat beg balik kampung :)



Ini yg dok ada. Kan sama kan?


Beli di mana? Di sini yerrr....sila terjah yer kawan-kawan...



Wednesday, April 22, 2009

MAK BAPAK MENCAH DAY OUT


.

Sakan kan aku buat entry harini. Dari subuh sepe'ei sampai ke tengahari buta. Layan sajork. Hehehe...

Semlm adalah hari Mak dan Bapak Mencah sedonia okeh. Pagi2 buta kami dah bgn siap2 pi Klinik Kg Kenanga-dengan harapan nk dapat nombor top 5. Sekali pegi klinik lengang takdak org. Hehehe. Tak sia-sia i buat entry ala2 merajuk 2,3 hari lepas kannn.... Bapak Mencah hambik coti taww semalam...temankan Makcik Rehan pi cek perut. Walhal, klinik tu 5 minit jer dari umah Nenek Onah. I lap U porever lah bang! ahaks...

Mesti misi tu kagum, baguihnya laki pompuan gemok nih..sanggup bgn pagi2 teman bini dia cek perut :P I pon ala2 vangga okeh!

Check-up kalini...semuanya TURUN. Berat i turun lagi sekilo. Mcm tak logik, sbb seminggu dua ni napsu mkn saya sudah kembali seperti azali. 85 kilo okeh. Tapi i happy jugak berat turun. Selamani haku berdiet mcm nk putus urat, nk turun 500g pon hazabbb...

Yang tak bestnya HB (Iron) dlm darah pon turun mengejut sampai aku kena dengar ceramah pemakanan dgn misi tu. Dari 13.3 jadi 11.7. Saya dok diam2 jer dengar ceramah dia sbb memang salah saya...saya hanya makan 2 bijik daripada sebeban vitamin yg dia bagi last month. Dan iron supplement yg dia bagi tu mmg aku tak telan langsung sbb aku takut sembelit - ALASANNNN.

Lepas habis check-up, i pon buat muka kesian...bitau kat Bapak Mencah : Misi bagi saya dakwat merah taww...sbb berat saya turun tawww...darah saya pon turun tawww....saya kurang mkn itu...kurang mkn ini...

Cepat2 laki mithali i sambung : OK lah..jom pi mkn roti canai. Pastu kita pi tengok wayang, nanti tghari kita makan kat luar...nk makan pizza ker...Mek D ker..KFC kerr....Restoran Midon ker...mana-manalah....

Ha...tengok... sapa kata laki i tak sayang i? Dia sayang i tawwww...cuma dia blom belajar cakap i lap u kat i... i baru turun satu kilo, dia dah jamu i mkn pizza bagai. Sebab tu i tak boleh kurus kot...i susut jer sikit, laki i dah runsing...abih camno?

Masa tgh siap2 kemaskan beg Mencah, Nenek Onah tanya...kemana sajalah korang 3 beranak ni nk pegi....tak penat2 asyik berjalan... hehehe...i sgt terkejut bila suami i jawab : Rehan jer yg tak penat mak...kami memang penat...sebabnya dia ni tak leh duduk rumah...nanti dia asyik nk mengamuk. Hambik ko! kena sebijik kat aku. Mesti konco2 laki aku dh kepochi kat dia pasal entry hantuk kepala ke dinding baru2 ni.

Kami pegi Jusco Kepong, tapi tadak movie yg Aisyah boleh tonton. Semua 18 ke atas. Kami end-up melayan dia kat play area. Bagi dia main sampai lebam. Ptg tu kami pi kedai ubat depan umah utk buat rawatan asap resdung. Actually ni kali kedua kami pegi. 1st time haritu saya sorang jer yg buat. Kalini Bapak Mencah pon buat sama. Sambil dok borak2 dgn adik yg jaga kedai tu, i pon tanyala supplement apa yg elok utk pompuan cantik gemuk yg mengandung dengan pelbagai masalah kesihatan (merujuk kepada diri sendiri la nih). Dia kata nak selamat minum GAMOGEN - Gamat Healin. I pon apalagi...bodek lagi en somi ensem i tu. Sengih sampai nampak gigi bungsu bila laki i kata : OK, nanti abg beli... i lap u again and again lah bang! Kat kedai tu kebetulan takdak stok, kena pi ambik kat kedai lagi satu.

Ha... lagi satu bukti laki i sayang kat i kan? kan? kan? Ada gak pekdah blog Mencah ni kannnnn... suara2 jiwa Makcik Rehan yg tersekat dikerongkong boleh 'disuarakan' dengan jayanya!

Abannnnggg, aircond plissss.... muehehehehe...



OPOCOTTT....TERKEZUT GILER MAK!


.
Ditujukan khas buat sohabat sama saiz - Zalia Chayok. Pagini aku terkejut ala2 nk terjatuh dari kerusi setelah membaca entry ini kat blog Nieza. 2,3 kali aku ulang baca ayat ni : Pagi ni ibu bangun kul 5.30pg siap2kan kerja yang terbengkalai ... balut CD Zel ...teruskan rutin seharian.

Balut CD Zell...balut CD Zell...balut CD Zell.... jenuh aku pikir, ader ker pompuan lain kat donia ni yang bernama Zell melainkan si Zell Chayok nih?

Sepantas kilat aku kepochi dgn Nieza. Dannnnn sungguh mcm nk tergolek dari kerusi bila Nieza mengkompomkan Zalia Tg Malim tulah yg nk beli CD tu.

Bak kata Quincy dlm Little Einstein : MACAM TAK PERCAYALAH!!

Muahahahaha...nampak gaya Zell pon dah kena jangkitan mcm aku. Orang beli, aku pon nak beli walhal sampai sudah aku belum try pon CD tu kat Mencah. Aku ada alasan yang sungguh valid okeh! Sebab aku malu kat Nenek Onah. Hihihihi...aku tunggu masuk umah sendiri (entah bila lorrr...) baru nk test itu CD 2 keping.

Zell, ko mimpi apa weh sampai sanggup mencemar duli 'meng CD' kan ank mu? Lepas Kalep pakai, aku nk spotcheck tong sampah ko...manalah tau aku jumpa 'sesuatu' yg aku kenali di dalam tong sampah ittew! muahahahahaha...

Orang diet, kami pon diet....tapi kami makin montoks okeh!
Orang beli kasut sport, kami pon beli..... tapi kami kuak lentang sajork!
Orang dapat 16K, kami pon hegeh2 nk dpt 16K..... tapi hazab kemain nk klik iklan kat blog sendiri!
Orang beli belalang, kami pon nk beli.... tapi belalang kami akhirnya jadi kumbang!


Satu jerla yang membezakan kami dgn orang-orang lain.... kami adalah isteri-isteri gemukz yang sangat-sangat disayangi oleh suami sendiri. kan zell kan? kan? kan?

Muahahahaha....





GILER KE HAPE?


.
Update blog pukul 5 pagi! Kenapa bgn awal sgt? Sebab mlm tadi tido sebelum solat Isyak. Sbb tido tanpa solat, asik terjaga dan terjaga. Sejuklah, rasa cam nk tergolek jatuh katillah (katil kita dh sempitla bang, beli ler katil besau bangggg), Aisyah mintak susulah, hidung tersumbatlah, bersinlah, nak kencinglah ...bla..bla...bla...

Selesai solat Isyak dihujung waktu (sila jgn jadikan tauladan okeh!) kuarkan kain dr mesin basuh. Pening kepala pikirkan 3 helai comforter yg blom basuh. Berderet kat balkoni tu. Semua tu hasil marathon kencing tilam selama seminggu tanpa henti. Tiap2 malam okeh! Nak oiiii...mama taktau dh nk bagi pakai diapers cap apa lagi dah kat kamu. Berapa kali tukar sekalipon, mesti basahhhhh jugak akhirnya. Dan kesudahannya, mlm ni kami tido atas tilam tanpa cadar dan selimut. Kesian laki aku yang terpisat-pisat tido mengkerekot kesejukan.

Lepas saya tulis entry pasal cuaca panas tu...tiba2 pagi semalam hujan kan? Bestnya... sejuklah sikit kan. Anyway, semalam (Selasa) kami laki bini cuti. Tujuan asalnya nak pi cek perut kat Klinik Kg Kenanga. Banyak aktiviti lain yg berjaya diselitkan. Hehe. Nanti kang masuk opis i sambung buat entry baru ekk...

Till then, a very good morning to everyone! Have a productive Wednesday ya! Saya nk masuk bilik, tuka diaper budak bertuah tu lagi sekali sebelum banjir lagi sekali...


Pesanan dari Zalia Chayok, sila klik iklan di bawah 20 kali sampai PC hazabb! kah kah kah kah...




Monday, April 20, 2009

SANGAT PANAS!


.
Sambil menaip entry ni, peluh sedang membuak-buak (boleh ker word ni?) keluar di seluruh liang roma saya, sedangkan saya duduk betul2 dibawah ekon dan betul2 dibelakang saya ada sebuah kipas berdiri yang ditalakan tepat2 kat belakang saya. Di PID saya nih, ekonnya terrrsgt hazab keadaannya - yang tak mampu bekerja di musim panas. Kalau cuaca tak panas, boleh tahanla jugak sejuknya.

Balik rumah nanti lagi sekali saya menggeletis kepanasan. Mulalah satu badan naik gatal2 dan merenyam. Mulalah saya menggaru mcm kera kena belacan. Ani si ibu yasmin mesti paham sgt dgn situasi ini. Kan ani kan? kan? kan?

Sat lagi pukul 5 nak balik keja..lagi sekali saya menggaruk-garuk sambil drive kereta. Badan berpeluh-peluh menyebabkan satu badan gatal merenyam.

Cuaca 4-5 harini sgt panas. Sangat2 panas! Utk ibu boyot mcm saya nih...cuaca ni memang dugaan yg sangat besar. Kalau suami saya (atau kawan2 suami saya) baca entry ni, tolong bagitau kat suami saya...perkara yang saya paling inginkan buat masa ini adalah sebuah ekon. Ekon cabuk cap ayam, cap itik pon takpa. Ekon kecik yg dah sedikit hazab pon tak apa. Janji dpt mengurangkan kepanasan di rumah terutama di waktu mlm. Kalau TV skrin leper 32 inchi boleh beli...tak kan ekon kecik berharga 7-8 ratus tak boleh belikan?

Kenapa tak beli sendiri? Kalau 'itu' rumah saya atau rumah mak bapak saya....dari 3 tahun lepas saya dah beli hokkay.

Anniversary yg ke-3 tak lama lagi. Saya rela tak dpt hadiah apa2 (mcm lah tahun2 sebelum ni saya ada dapat apa-apa...hehehe) asalkan dapat sebuah ekon cabuk. Tak kesian ker tengok saya tido atas lantai tiap2 mlm. Bangun pagi dgn sakit pinggang, sakit montot, sakit kepala, sakit segala...

Kesimpulannya : Ini baru panas dunia...panas neraka mcmana? Astagfirullah.....
Cewah, tazkirah plak dah Makcik Rehan weeeiii...




RM215

.
Banyak tulah saya habis duit kat Pureen semalam! Alamakkk..mampuih la kalau laki aku tau. Aku tak ckp kat dia pon habis sebanyak tu (sbb dia tak tanya marrr...)

Kalau fikir secara rasional, takde apa yg best pon kat Pureen semalam. Tapi disebabkan pembawakan budak (wakakaakka...alasan paling konkrit utk seorang mak buyung!) acik rehan ko membeli mcm nk beranak kembar 3 okeh!

Banyak betui aku beli botol susu. Laki aku tanya, apa motip beli botol susu byk2 nih? Nak suh Mencah isap botol sampai tadika ka? Eeeeiiii... motipnya adalah murah hokkay. Nanti yang dlm perut ni kuar nk isap botol jugak hokkay. Nanti senang nk strorage EBM. Tolong cover sikit kalau nk gelakkan acik rehan ko nih okay... yess...i know, zaman mencah dulu kopek saya keghinnn..yer saya tau. Tapi kalini saya harap kopek saya tak keghinn dah!

Baju bajan saya dpt 4 helai sahaja. Satu nak bagi sepupu Aisyah, si Syahmie. Satu Aisyah punya. 2 lagi 'adik' dia punya. Pastukan... sama mcm zaman Mencah haritu gak...saya sopping berpandukan 'baby boy' - no pink at all. Jalan selamat sbb lom tau gender baby dlm perut. At least kalau kuar girl lagi pon, tak la byk persoalan sgt bila org tgok baby girl wear blue rather than baby boy wear pink kan? Think back...ADA HAKU KESAH? Bak kata Zalia (sila terjah blog dia dan klik iklan Nuffnang dia hokay) Anak aku...aku punya sokalah nk pakaikan kaler apa pon! Hehehee... i likeee....

Patutnya nk pegi hari sabtu. Tapi, elok jer sampai depan pusat matrix UIA tu kannn...jalan jem punyalah hazabbb. Tersangkut kat situ saja dekat sejam! Aisyah dah baper kali melalak sbb boring keta tak gerak2. Sampai haku terpaksa salin diaper dia dlm keta. Last2 Bapak Mencah yang memang ala2 paksa-rela nk pi ke warehouse sale nih, guna kuasa veto dia...TAK PAYAH PI LAH! (@*&$&$(#(@ !!! ---> maki hamun ala2 manja sikit..hehe) Lantas kami berdesup ke 1 Utama. Layan Mc D, beli buku keras yang besau utk Aisyah dan kemudian berdesup balik.

Esok pepagi buta (yakni semlm) selepas i baca review pasal Pureen sale ni kat sns, lantas saya pon terkinja-kinja nk pi lagi sekali. Oleh sebab Babah Mencah dah pitam sbb tngok bola sampai subuh, dia memang bolayan la bila saya kejut dia pagi2 ajak pi PJ lagi sekali. Nasib baik adik saya ada! Dialah yg jadi mangsa kakak dia lagi sekali. Hehehe...

Apa lagi yg saya beli?

Botol dan puting dengan begitu banyak sekali (termasuk yg BPA free yg saya baru tau hanya murah 90 sen berbanding kat BB Kimwah ---> ni Zalia yg kata), Diaper dry 5 utk Aisyah ---> Pon murah 3,4 hinggit jer banding rega pasaran, stretch mark essence utk kulit saya yang merekah dan menggatal dgn teruk sekali, baju bebudak, mittens & booties sets, bottle liquid cleanser dan beberapa lagi brg tak relevan yg lain!

Layan gambar bunian ekk. Kamera saya nan ado-sedang dilenjan oleh adik saya. Snap pakai henpon cabuk ajolah.

Kesimpulan acik pasal sale nih : Tido lagi baikkk....hehe.



rm 5 sepasang (mahal kan? kat Hytex boleh dpt singgit atau 2 hinggit jerk!)
Ponnn...aku beliiii jugak!




Botol and teats yang sebeban.



Kasut newborn. Tinggal sebelah. Sebelah lagi Mencah dh hilangkan kat celah2 kusi agaknya. Dia tolong rasmi hokkay. Huhuhu....




Hok belang2 tu nk kasi anak buah. Hok biru tu lawa sikit, aku ambik. Hehehe.





Yg biru petak2 ni cot stacker. Kakak ipar aku suh amik, senang nk sumbat2 brg baby. Padehal akuni, baby cot pon takde. Belasahhh..... Yang plestik sebelah dia tu sebeban hand towel. Jgn tanya apa motip aku beli...tadak motip!

Dispo and liquid cleanser malas nk snap gambo. Dah simpan dlm setor kat bawah.


Happy Monday olls!


Friday, April 17, 2009

I 'M READY FOR THE WEEKEND. HOW ABOUT YOU?


.


Friday...Friday....Friday....


Syiok arrr! (sengih lebau!)

Kawan-kawan, tima kasih sbb tolong jadi 'Ustazah Bahyah' dan 'nasik tambah' untuk entry semalam. Semoga minggu depan lebih manis dari minggu ini - untuk saya dan anda juga!


As I am now 17 weeks pregnant, I think it's about time to start shopping kan? Sapa setuju sila angkat mouse tinggi-tinggi! Esok ada Pureen Warehouse Sale. Sapa nak pergi?

Other than the Pureen liquid bottle cleanser and detergent, i dont have anything yet on my mind. Pureen disposable diapers for newborn? Hurrmmmm...but im planning to cloth diapering the new baby. hehehe....jgn tenyeh mata anda. Betul..ini saya yang tulis. Macam tak percayakan? I'll blog about it later ya!

Maybe i should start making list of what to buy for the newborn. I sokaaa buat list-list nih. :P

As for Aisyah, she knows that Im carrying a baby in my tummy. Whenever i lie down, dia akan datang dan selak baju and touch my tummy. (Actually dia korek2 pusat saya!) Then she will kiss my tummy, wave her hand and said - hi baby...! Dan semalam dia dapat idea baru... she pat her face with both hands, then she count 1, 2, 3 and said...peekaboo! oh my...that was sooo sweet!

The funny part is, she sometimes touch my breast and said - hi baby! Aiyooo...sudah salah konsep la nak. Especially when she saw baby on TV. Kelam kabut come to me and selamba tepuk2 my breast and said baby - while mata dia terpaku kat TV. Asal boleh jer tawww.

She loves baby so much! She will touch them gently and kiss them. It happens few times with her younger cousin or younger kids that we met during outings.

We hope Aisyah will be a good sister to her new sibling!

Till then, happy weekend everyone! :D


Thursday, April 16, 2009

LIFE IS UNFAIR... AT LEAST FOR ME


.
Dengan tersiarnya entry ini, saya bersedia menerima cacian dan kutukan daripada isteri-isteri mithali (dan mungkin juga somi-somi lindungan kaabah) di luar sana. Kalau mak saya, kompom dia kata : Hang ni tak gheti bersyukoq...berapa ramai pompuan kat luaq sana kena hamput dengan laki...dengan mak mentua...

Entry ini adalah segmen Cik Seri Siantan di mana pengadunya adalah Makcik Rehan sendiri. Sapa2 nak jadi 'Ustazah Bahyah', dipersilakan. Sapa nak jadi 'nasik tambah' juga dipersilakan... Sapa takmau kata apa2 pn bagus, dok diam2 yer.... mak nak buat keje sikit nih.

********

Saya lulusan unibesiti (well walaupon CGPA aku ala2 hazab kann..) dan bekerja sebagai Pegawai Tadbir Kerajaan Gred N41 (walaupon taraf jawatan aku mulia sikit jer dari buruh binaan 'kontrak' kan..) tapi dengan gaji yg aku dapat tiap2 bulan ni, patutnya aku lebih dari mampu untuk duduk rumah sendiri walaupon hanya menyewa umah flet tingkat 5 sekalipon. Tapiiii.....

Somi saya pong lulusan unibesiti (CGPA dia lawa la dari aku) dan dah keje sebagai engineer dekat 7 tahun dengan kompeni yang boleh tahan besau (tapi pangkat tak naik-naik!). Gaji dia banyakkkkk dari aku yang buruh kontrak ni. Agak2 korang, sepatutnya kamini mampu tak nk menyewa umah kecik kat Hulu Selangor @ Rawang nih? Hellooo.... bukan Damansara, bukan KL, bukan Gombak, bukan Ampang atau bukan Bangi ke hapa okehh... Rawang yang hulu banat okeh! Hakikatnya.....

Dari sehari ke sehari..... dah tak larat dah aku menunggu wehhh. Saya sudah jemu dengan semua-semua ini. Buat macam tak ada apa2 berlaku. Telan sajork apa yang ada depan mata. Sampai rasa dah tak ada muka manis yang nk ditunjukkan. Sampai tak ada apa2 lagi nak diperkatakan. Sampai kadang-kadang rasa mcm dah tak ada kenikmatan hidup berkeluarga.

Rasa macam nak lari dari rumah sehari dua, tapi saya nak lari pi mana? Tapi heran jugak, kepala otak pikir nak lari dari rumah, tapi jiwa saya akan counter balik dengan persoalan2 berikut :
- Nanti mak/pak mertua kata apa?
- Nak lari bawak anak ker? Haruslah lagi kecoh 7 petala langit nanti!
- Kalau tak bawak anak? Gilerr...mana boleh tinggal nyawa saya tu!
- Nak balik rumah mak kat Perak, sakit jantunglah mak ayah saya. Selamani dia ingat kami sgt bahagia macam pasangan semanis kurma kat TV9 tu.
- Nak tumpang umah Zalia sehari-dua, tak malu ker menyusahkan orang? Satu Tg Malim kecoh nanti. Dua perempuan gemuk kena tinggal dgn laki!

Kenapalah saya tak boleh 'berpikiran singkat' macam dlm drama kan? Rasa nak berambus, selamba kemas2 beg, berdesup keluar! Mungkin sebab mak dah hantar saya masuk unibesiti, sbb tu saya masih rasional. Cewahh...

Anyway, selesai ker masalah kalau saya lari dari rumah? Lepas balik semula ke sana, kena jugak hadap benda yang sama. Dan kalini lebih teruk lagi sbb muka makin tebal sbb malu kat keluarga mertua kan?

Saya bukan benci kepada sesiapa. Diulangi bukan benci okeh! Mana mungkin saya nk benci bapak kepada anak saya sendiri serta datuk dan nenek yang menjaga anak saya mcm menadah minyak yang penuh dan menjaga makan minum saya (walaupon saya tak pernah mintak itu semua). Tapi sampai satu tahap (sudah 3 tahun okehhh!) saya sangat..... tak tau apa perkataan yang sesuai. Mungkin juga sedah jemu dengan semua ini. Semua ini bukan saya. Saya semakin hilang 'diri saya'. Saya dah biasa hidup susah. Selesaikan semua hal sendiri tanpa campurtangan mak ayah. Dari tingkatan 1 sampai 5 duduk asrama. Dari matriks sampai grad. Dari kerja sampailah kawin, i lead my own life. Tapi lepas kawin, gedebukkkk.... rasa mcm kepala kena hempap. Dari minggu ke bulan, ke tahun... skang dah dekat 3 tahun. Dari berdua, sampai bertiga dan sekarang nak masuk 4. Daripada 60 kilo sampai jadi 90 kilo! Dah habis watak dah saya berlakon okeh!

Ada pasangan laki-bini dengan gaji yang tak seberapa, tapi sangat bahagia dengan kehidupan 'sendiri' seadanya. Saya nak yang macam tu, di mana saya bebas menentukan hala-tuju hidup saya. Saya nak bebas memasak tanpa rasa malu (sbb aku sgt tak pandai masak!), saya nak bebas beli apa2 lauk yg saya nak, jenis ikan yang saya nak, jenis kicap yang saya nak, jenis sabun dan softener yang saya nak, jenis segala jenis lah!

Saya tak kisah kalau tak ada lauk di depan mata bila balik kerja (saya boleh tapau marrr...), saya tak kisah kalau kain baju saya bergunung tak dilipat (bila2 free saya boleh lipat kannn...), saya tak kisah kalau anak saya selerakkan rumah dari pintu depan sampai pintu dapur, anak saya muntah di depan TV sekalipon...banyak lagi yang saya tak kisah... tapi sekarangni, semuanya saya terpaksa kisah dan selesaikan semuanya walaupon pinggang rasa macam nak tercabut! Helloooo.... mak mertua mana suka tengok rumah dia bersepah? Oleh sebab saya ni rasional, saya tak boleh nk buat tebal muka dan biarkan keadaan rumah berada dalam 'tak kisah'.

Saya penatlah kawan-kawan. Saya sangat sedih dengan situasi ini. Kami tidak bergaduh jauh sekali berperang. Semuanya berjalan seperti biasa - seperti tiada apa2 berlaku. Saya berasa sangat hampa dengan ketidakmampuan diri saya mencapai apa yang saya hajati dalam rumahtangga saya. Setiap kali masuk ke rumah itu, kadang-kadang saya rasa macam nak meraung, kadang-kadang rasa nak maki hamun, kadang-kadang rasa nak mengamuk, kadang-kadang rasa mcm nk hantuk kepala ke dinding. Tapi tu semua tak pernah berlaku. Kalau semua tu 'cuba' berlaku... saya dah pon berada di dalam bilik air - menangis semahu-mahunya sampai bengkak mata. Bila bengkak mata dah surut, saya keluar dari bilik dengan muka manis seperti tiada apa-apa yang berlaku bagaikan seorang isteri yang sangat bahagia dengan kehidupannya.

Dan sehari-dua ini, perasaan hampa tu macam dah tak dapat dibendung lagi... betul2 rasa mcm nk hantuk kepala ke dinding.





Wednesday, April 15, 2009

DIAPER BAG


.
Gila betul pompuan ni. Diaper beg pon nk mengidam. Sebab dah takde harapan nk menang diaper beg pink kat Supermummy kan, saya pon 'jenjalan' cuci mata dan jumpa beg2 ni.


Marc Jacobs Totally Turnlock Diaper Bag :USD458 - pitam laki i kalau i beli







Gucci Diaper bag : USD 935 - gilerrr!





PUBLISITI PERCUMA


.
Selamat pagi Malaysia (dan dunia!). Di pagi yang dingin ini...kasi promote sikit bisnes kengkawan Makcik Rehan. Silakan skodeng yek. Tadak idea nk buat entry lorrr. Yang ada cuma idea 'terbalik kongkang' sajork. Bikin panas jer karang...

1. Broochbizz by Zalia

2. Jamu Warisan by Isra

3. Baju Budak by Ani

4. Cloth Diapers by Nieza

5. Cakes and cuppies by Ayu

6. Toys by Elly

6. Crocs by Mazlin

7. 2nd hand stuff by Ija

8. Baju-bajan, tudung mak nenek segala by Azimah

9. Bebe's wardrobe by Oli

10. Customize T-shirt and tudung by Amy

11. Toys and Baby gears by Tini


Cuba mintak diskaun kat depa. Hehehhe...mati aku kena hamput dgn depa karang.



Tuesday, April 14, 2009

PID JUNIOR - AISYAH IN DA HOUSE


.
Harini 1st time bawak Aisyah mai opis. Nenek pegi sepital. Hubby takleh amik hap day, kena pegi visit kat Klang. Dengan gigihnya i bawak budak ni ke PID. Sat tadi dia dah biyak *cirit*

Skang dia tgh main fax machine. Haluuu...haluuuu. Sebelum tu dia dah sepahkan meja saya, conteng meja, koyak kertas etc...

Habis jer buat entry ni, kami nk berdesup balik dah.



Honggak jgn tak honggak! Mama ko kaya sgt nk mengganti kipas tu nanti nak oiii....



Saya pasang DVD Thomas, 5 minit jer dia layan. Pastu nk tuwiss..nak tuwis... habis meja!




Tongkang pecah.




Lepas yayak, layan susu jap...



Macam biasa...buat mcm rumah kedua dia. Nasib baik ko anak 'cikgu besar' nakkk. Kalau anak org lain, kompom dah kena halau.


Nota : Shes' wearing Dulah T-shirt that i bought at Tesco last week.




Monday, April 13, 2009

JANJI HIDUP 'SAYA' SENANG


.
Asalkan 'saya' happy, sudahlah.
Asalkan 'saya' beres, jadilah.
Asalkan 'saya' rilek, lantaklah.

Pedulik haper dunia nak terbalik kongkang pon!
Jangan kacau 'saya' sudah. Awak tak suka, awak blah!

Betul nak tengok 'dunia terbalik kongkang?'

Saya tanya lagi sekali, betul nak tengok 'dunia terbalik kongkang?'

Baikkk!



Sunday, April 12, 2009

SHE GOT THAT FROM TV!

.
Jumaat lepas, masa singgah kat 99 Speedmart dekat umah, ada apek jual DVD non-halal (sengih). Dari dulu lagi saya bukan suka sgt membeli VCD atau DVD (kalau yang halal lagiiiiii la haku tak beli :p) Biasanya saya suh hubby yang belikan kalau ada citer yang saya bekenan nak tengok. Tapi haritu saya gatal kaki singgah tengok2 DVD yang melambak atas meja Apek tu. Saya nk cari DVD kartun utk Aisyah. Tak byk choice...yg ada NEMO, MADAGASCAR dan beberapa kartun lain yang Aisyah tak berapa familiar. Di celah2 DVD tu tetiba nampak THOMAS & FRIENDS. Saya tertarik dgn yang tu coz Aisyah mmg familiar dgn 'choo-choo' Thomas. "8 ringgit saja - kalau gambar hancuss kak boleh dtg sini tukar. Saya jamin gambar cantik sbb kita copy dari Original DVD"



Inilah dia cover DVD nya. Sapa ada siri2 yang lain, mai bagi saya pinjam nk copy! Hahaha...


Wallaweyyy...pembelian yg sangat berbaloi okeh! Gambar sgt cantik. And the best part, kartun tu 3D - tak macam yang dlm PHDC atau CERIA. Terkesima kami laki bini tengok 'manusia2' kat Sodor Island tu bergerak. Babah Mencah tak abis2 dok cakap... hensem pulak ketua stesen yang gomok nih :P

Minggu depan nk singgah lagila kat kedai Apek tu. Hehehehe.... Syok tawww....anak saya sgt excited tgok kartun yang 'hidup' mcm tu. Sepanjang hari dia nyanyi lagu Thomas dlm bahasa Jerman. Lepas habis 6 episod Thomas, ada pulak promo Roary - the racing car. Suka sungguh anak saya, dan diulang2 pulak nyanyi lagu Roary dalam bahasa Tagalog. Hihihi....

Semalam (Sabtu) masa jalan2 kat booth dlm Tesco, tersinggah kat kedai jual baju-bajan budak2. Belek punya belek, saya terjumpa beberapa helai T-shirt pada harga yg sungguh patut (murah la weyyy.... kalau tak murah mana aku nk jejak kedai tu). Dan saya pon 'halau' hubby suh pi masuk Tesco dulu dgn Aisyah supaya saya boleh membelek baju-baju kat situ dengan aman. Hehehehe. Laki i bukan suka dok terpacak lama2 kelebek barang.

Dan saya pon beli baju-baju dengan gambar-gambar seperti di bawah :

p/s : Gambar ori ampun mahapla aku nk snap. Mampuih kena kutuk dgn laki aku poyo2 tangkap gambo baju bubuh kat blog. Nanti bebila i tangkap gambo baju tu bersama modelnya. Takde la obvious sgt laki aku tengok nnt. Hehehe.



Aisyah sebenarnya tak biasa tengok kartun spesis2 Barbie ni. Tapi sbb nk bagi dia ni 'ladylike' sikit kannn...saya beli jugakla T-shirt gambar 3 princess ni.

Surprisingly, bila nenek tanya kat dia: Aisyah gambar apa ni...
Dia jawab: Tinkerba!

Wahhh...mak dia sgt bangga okeh! Dia hanya sekadar tengok iklan kartun Tinkerbell tu kat TV tapi dia boleh relate dgn spesis kartun Barbie ni kan.

Saya menyampuk : Salah lah.....
Dia jawab semula : Pwincessss!

Saya bertambah syokkkk! Hahahaha....




Yang ini memang dia tergedik-gedik menjerit : go! go! go! (Go Diego go!)
Kalau kartun yang melompat-lompat mcm ni tak yah heranlah... memang makanan dia hari-hari...




Yang ini saya pon tatau kartun apo! (lepas tanya Pakcik Google baru tau - ini si kucing aristocrat, Marie. Also from Disney) Saya beli sbb Aisyah suka kucing. Bila tunjuk kat dia, spontan jer dia mengingau mcm kucing gatal :p




Yang ini dia sebut : Dulah!
Dolah pon Dolah la naaaakkk....



Dalam keta masa on the way nk balik dari Tesco, hubby bagi sepotong ayam madu panggang yang kami beli tadi.

Tengah dia sedap2 makan, saya tanya : Aisyah, sedap tak?
Dia jawab : Decious!

Nak tersedak Babah dia dengar!
Mana belajar 'delicious' ni? Babah tak ajar sampai syllabus tu lagilah.

Saya gelak dan bagitau hubby that she copied it from kartun Dolah (Dora) la tu. Kan ader part yang back pack dia sebut : Nyum! nyum! nyum! nyum! nyum! Deliiiiciousss!

Itulah Babahhhh.... tak nak spend masa dgn Aisyah lately. Seronok taww melayan anak yang tgh 'explore' their surroundings. Their small echievements membuatkan hati kita berbunga-bunga kannn.... (mak-mak memang over sikit banding dgn bapak-bapak!)

Saya rasa bukan anak saya sorang jer yang 'hantu' kartun kan? Kadang2 kita sampai rasa nk muntah hijau dok tengok kartun yang sama diulang-ulang sampai 2,3 kali sehari kan? But, I seriously think that there are also good things on that. Vocab anak saya berkembang pesat hasil asuhan PHDC. Hehehe. Ayat-ayat yang kuar dari mulut dia (siap dgn gaya hokkay!) sebijik-sejibon mcm dalam kartun. Kadang2 kami satu rumah dok main teka-teki, sibuk meneka yang ini dari kartun mana dan mana.

Bila teringat telatah anak-anak, membuatkan kita mak-mak yang tgh makan gaji buta bekerja rasa nak balik dan-dan tu jugak ke rumah kan?


Sekian utk mlm ini. Esok Isnin saya kena mengadap misi Klinik Kg Kenanga. Depa dah call pasal saya patutnya dtg minggu lepas, tapi i malassss. Esok kena cucuk jari lagi, mencik ah!




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker