Pages

Powered By Blogger

Friday, May 29, 2009

GLOOMY FRIDAY


.
Im not really in good mood today. Sejak petang semalam, jiwa kacau. Bercampur-baur. Membawa hingga ke malam dan meleret sampai pagi ini.




~Thank God its Friday~

Aisyah tak pernah-pernah dibuat, menangis sambil menggawang tangan minta didukung - nak ikut mama pergi kerja. Air mata mak dugong hampir tumpah lagi melihat anak yang meronta-ronta. Sepanjang perjalanan tadi, air mata bergenang teringatkan anak.

Dia bangun tidur pagi tadi, saya tak ada di depan matanya [masatu saya disebalik dinding, sedang mengelola selimut yang basah kena kencing mlm tadi]. Dia meluru keluar dari bilik dan panggil mama! mama! Bila nampak saya, dia terus melekap tak mahu lepas.

Sekarang saya tahu perasaan ibu-ibu yang rasa macam nk berhenti kerja bila tengok anak menangis di sebalik grill pintu nursery/baby sitter setiap pagi. Apa boleh buat, hidup perlu diteruskan - ada perut yang perlu diisi dan ada hutang piutang yang perlu dilangsaikan. Dan kita pon tak tau bagaimana percaturan hidup kita di masa depan...

Dalam hidup saya sekarang, mujur ada Aisyah. Tak dapat saya bayangkan betapa 'singkat' akal saya mengambil tindakan kalau si kecil ni tak ada.

Cukup dulu nota ringkas penuh emosi untuk pagi ini. Semoga ada sinar ceria yang menanti di penghujung penghulu segala hari.

Happy Friday dan selamat berhujung minggu semua...


Thursday, May 28, 2009

GIGI MANIS

.
Mcm biasa... entry ringan sessi petang...

Dalam English org sebut sweet teeth ke hapa ekk?



APOLLO 4 beradik dan kacang bepang tu MR beli masa balik dari lunch tadi. Tak reti kenyang ke hape tah... Mcm biasa... anggaplah ianya pembawakan budak. [sian anak aku dlm perut asyik jadi mangsa]

Sementara tunggu Ika kesayangan saya sampai, saya nk google dan print resepi. Ehemmm!! kan rumah banglo i berserta kitchen cabinet yg merembes dah siap... bila lagi nk test power kan?








BERBALOI - BALOI


.
Kepada para penjual baju kanak-kanak, tolong jgn marah kat Makcik Rehan ya!

Semalam MR pi merendek tanpa tujuan kat Pekan Rawang [kan i baru dpt gaji yang sungguh 'lumayan' kan...] Pekan Rawang ni kan baru naik, so banyak lah kedai2 baru yang tumbuh bak cendawan. Tiba2 saya ternampak satu kedai barangan baby yang baru bukak. Depa letak lak banner besar2... SALE!!

Tau jerlah Makcik Rehan ni kann... bagai diruntun-runtun jiwanya nak menyinggah. Hampir nk terlepas kona nk masuk lorong tu taww... tapi dengan gigihnya, i buat kona lipat ala2 pelumba F1 sebab nak jugak-jugak singgah kedai tu.

Dalam banyak-banyak baju kat situ, MR berkenan kat 3 helai T-Shirt ini yang dijual dengan rega RM10 sahaja. Harga asal kat price tag tu adalah RM29.90. Wahhhh.... haku pon apa lagi kannn....

Balik umah, i pon kepochi kat laki i... buat julung2 kalinya...laki i tanya, beli banyak ni jer ker? kalau dah murah beli la banyak-banyak! [perli ka ikhlas ni bang?]


*click at collage to enlarge the pic*


Rasa mcm nk singgah lagi la harini... semalam agak terburu-buru sebab hari dh lewat petang.
Ada ka sesapa yg teringin nk kirim? Branded la jugak...Disney, Adam kids dan Mini Mode [mini mode ni aku tatau brand aper..hehe]

My favourite adalah yg Tee Disney kaler putih tu, with embroidered wordings. Sangat hensem kalau baby i yang dlm perut ni pakai [cewahhh...]

That white and red Tee tu adalah utk adik Kak Esah dan yang pink jambu tu utk Kak Esah.

BTW, sebelum u olls tanya - gender baby dlm perut adalah BELUM TAHU. Oleh sebab hati dah bekenan, i pejam mata dan beli jugak. Hehehe...







Wednesday, May 27, 2009

BUNGA BESAR

.
Bila anda masuk blog Mencah, anda tiada pilihan lain. Sama ada anda kena hadap muka mak dia yg lebau atau hadap muka si Mencah yg berhidung lebau [cehh... tak mengaku idung sendiri pon lebau cam pelepah kurma!]. Cukup-cukuplah 2,3 menjak ni mak dia ala2 giler glamer dok enterprem kat sini. Kot iya pon nk pancing 16k kannn....

Santapan pagi Khamis, kita hadap muka Mencah masa petang semalam ya!

Makcik Rehan tepek gambar banyak-banyak dan taip text sikit-sikit so that anda-anda semua tak penat nak membaca. Pagi semalam exercise mulut [ketawa], pagi ni exercise jejari [scrolling mouse].



Nak kuar! nak kuar!




Syiok wooo.....




Dia tunjuk bunga raya kat rumah org depan. Bunga yg atuk tanam tak besar sejambak cam bunga raya jiran depan umah.





Aper? tak puas hati kerr?




Mak dia malas nk lintas longkang besar dan petik bunga raya kat rumah org, so dia terpaksa berpuas hati dgn bunga kecik-kecik atuk dia punya...




Dia selit kat dua-dua belah telinga.....




Dan dia perasan sangat lawa....





Bunga tu dok kat telinga 2 minit shj. Lepas tu dia konyok2 buat bunga rampai *sigh*




Dan mukanya terus mandom bila disuruh masuk dlm rumah. Nyamuk dah mula menghurung....


............................................................................................



Tiba-tiba teringat gambar anak cina mix ni. Kalau Mencah tengok mesti dia jeles sbb bunga budak ni lagi besar dari bunga dia!

Takperla nakkkk... janji idung kamu lagi 'besar' dari dia okeh!







UBAT GATAL


.
Sesungguhnya saya tersangat tak boleh nk celik mata sejak pagi tadi. Mengantuk yang sangat-sangat tak tertahan.





Adakah puncanya kerana sebijik pil kecik kaler kunin yang ditelan di awal pagi tadi? Pil tu terpaksa jugak di hambek setelah kegatalan yang tidak tertahan sejak semalam.

Atau mungkin jugak kerana entah kenapa saya tak boleh online ym? [ym adalah wajib jika anda bekerja di PID yg boring ini]

Saya ingin pulang ke Tmn Bayu dan tidur dgn aman di sana... Bangun pukul 4 ptg dan jemput Kak Esah dari nursery.

Weeeiiii pompuan, mimpi ka??







BEEZ KIDZ vs BIZKIZZ

.



VS



Sangat kebetulan. Playland pelampung kat Jusco Kepong tu pronunciation nya hampir sama dengan boutique [butik kononnn!] online aku.

Psssttt... tak lama lagi aku nk kick-start business online balik. Watch out ya!




Tuesday, May 26, 2009

SOFA KECIK CAVENZI


.
Anggaplah entry ini sebagai cerita tangkap muat sessi pagi yer. Sambil2 korang mkn nasik lemak singgit tu kan... sambil2 la layan kisah Kak Esah [sambil2 tekan iklan jugak!]




Last week masa pi Cavenzi, haku tak tau menahu pon yang Pakcik Sepol rupa-rupanya bayarkan sekali sofa kecik ni utk Kak Esah. Masa nak balik, tetiba dia pusing balik ke depan kedai dan usung mender ni boh dlm keter kontot haku.

Lerrr... bila masa lak abg beli nih? Awat kaler dia buruk mcm seluar Mat Bangla nih?

Itu adalah komen tak sayang mulut dari Makcik Rehan yg agak kaget melihat suaminya yg tgh gigih menyumbat kusi ni ke dlm keta.

Kaler ni jer yang tinggal!

Dah tu...ngaper ambik jugak? Kan Cavenzi ni merata alam ada branch dia... Kat Selayang baru bukak, kat Rawang pon ada.

Dah bayar dah ponnn.... sumbat jerlah!

Tu material kat atas tu PVC or leather look-a-like kan... [gambo tu i cilok dari website Cavenzi], Kak Esah punya adalah BUKAN seperti material dan color di atas okeh. Kalernya memang sebijik mcm kaler seluar Mat Bangla - hijau gelap dan diperbuat daripada fabrik.

Mujur Kak Esah sangat suka duduk kat kusi tu. Ini buktinya....


Sama naik jer atuk dan cucu. Maghrib jer mulalah berebut remote. Nak-nak kalau ada tennis match, atuk pon tanak kalah dgn Kak Esah. Tengoklah gaya duduk memasing, sama kan? Kalau pukul 5.30 ptg lak, depa akan duduk 3 serangkai - Atuk, Nenek dan Kak Esah kat tengah2. Kan ada satu kusi kosong tu... tu tempat Nenek Onah la tu. Layan sinetron Aqso dan Madinah. Sampai Kak Esah pon dah boleh nyanyi lagu tema citer tu.

Dengan ini, haku dgn tak malunya telah terpikir nk buat re-upholstery (betul ka vocab aku nih?) utk sofa kecik Kak Esah ni. Dan, lebih mengejutkan... rupa-rupanya haku ada hati nk jahit sendiri! Rasa nk gelak guling kat diri sendiri. Jomlah, sapa2 nk join gelak di pagi hari. Senaman mulut....




SAYA PON NAK PAKAI...

.

Entry selingan sessi petang. Demi 16k marrr...

Kak Esah dh muat ngam2 tudung Indon yg babah dia beli masa dia baby dulu. Alahai comeynya budak2 berkerudung mcm ni kan.

Pagi tadi dia nampak MR pakai tudung Indon pasar mlm. Merengek-rengek nk pakai yg mama punya. Sambil mulut tak abih2 - waaa...chanteknya mama....[cantik sgt la mak ko ni nak], nak pakai...nak pakai....

So, i teringatla tudung dia yg dok tersimpul rapi dlm laci. Sarung kat dia, ngam2 jer. Sengih2 sampai kembang idung bila kena puji. Dia pi tengok cermin dan puji diri sendiri... comeynyerrrr....!








Dia dah mula rimas bila saya asyik snap gambar.





Tudiaaa... mama yang chantek dan anak yang comey. Hambik ko!




LLN = LANGUT-LANGUT NAIK


.
Ada saki-baki pic yang i snap semalam. Pakcik Sepol dan plaster ceiling beliau. Bolehla ekk..buat entry tangkap muat sessi pagi...



Tu Pakcik Sepol. Aku tak bani suh dia pandang bawah [depan]. Kang tergolek dog lak dari tangga tinggi yang tak berapa nk stabil tu. Lagi satu, aku takut kena pelangkung. Hehehe. Orang tgh gigih nk touch-up lelangit sampai berpeluh-peluh, aku lak gedik santai nk snap2 gambo lak kan.







Buatlah caption sendiri ekk.





Wallaweyyy... apsal aku rasa cam lawa lak dinding merah tok pek kong dia dlm gambar ni? Untuk menyedapkan hati, ini semua hanya ilusi optik. Hehehe. Tamau kalah gak tu!



Monday, May 25, 2009

AKHIRNYA, MY KITCHEN CABINET IS DONE

.
Disclaimer : This entry has NO INTENTION to show-off [anyway, mendernya pon tersangatlah hazab nk di show-off kan!] This is just a piece of unforgettable moments for Makcik Rehan who had longed for so very long time to move into her very own house. Layannn....


Wyra, siang tadi takde update sessi petang - haku membizi bodi menengok depa pasang KC kat Tmn Bayu. Lupa sekejap kat target 16k. Kekekeke....

Dan Erleyna [lupa nk congrats on your newborn; congrats ya!] inilah dia KC haku yg tak seberapa yg ko nk nengok sgt tu.

Sebelum apa2, mcm biasa.... haruslah mem besar enterprem dulu kan?



Itu adalah aku aka MR aka Mama Mencah setelah dipaksa oleh Pakcik Sepol utk 'posing peace' di tengah2 kesemakan habuk papan segala. Kata dia, cepat ambik gambar WIP. Malu aku kat indon-indon tu taww [malu tapi mahu gittew!] Psssttt... tudung indon yg aku pakai tu baru beli semalam kat pasar mlm. Seploh hengget sajork. I like, senang main sarung jerk.




Tgh pasang cooker hood. Yerrr... mmg huduh nampak aluminium foil kat tgh2 alang lagutu. Tengoklah kalau ada bajet, aku suh Pakcik Sepol buat kotak nk cover 'naga' silver yang melingkar kat atas tu. Anyway, mak tak kisah! Bak kata Atuk Acan, nampak 'naga' camtu baru 'standard'. Baru org tau set dapo hang mahai. Adehhh.... perli ker ni Bah...




Otai Rawang - Atuk Acan sedang mengomel.




Done. Part sinki. Sok lusa baru nk pikir pasang kepala paip and so on.





Zoom part sinki. Dua tiga kali laki aku suh aku test berdiri kat situ [konon-konon try basuh pinggan, try bukak rak atas] nak tengok, bini bantut dia ni sampai ker nk bukak2 cabinet segala. Ewwww... zolim...zolim...




Done. Part hob and hood.




Again, the tired-but-satisfied Makcik Rehan!


Sebelum korang tanya, mai aku nk jawab siap-siap soalan2 lazim yg aku jangka akan ditanya.

  • Tiles penuh dari lantai sampai ke dinding kat dapur ku itu adalah bukan aku yang pasang. Memang siap-siap developer buat lagutu.
  • Begitu juga tiles yg ada munger-munger yang bertindak seolah-olah border tu. Memang dah ada kat situ. Sesungguhnya aku adalah tak kosa [dan tak berduit] nk buat semua2 itu.
  • Material kaler putih [badan KC] adalah jenis hardboard - bukan solid wood.
  • Material daun pintu [yg kaler walnut tu] adalah solid nyatuh.
  • Harga keseluruhan KC, aku dh penah kabo dulu. Sekadar untuk berkongsi aku tak kisah nk bagitau sekali lagi [sbb aku tau, korang mesti malas nk selak previous entry kan?] - RM3763 tak termasuk hob dan hood, sinki dan sedikit minor wiring [aku suh indon tu tambah satu lagi fius plug]
  • KC aku adalah L-shape dgn kepanjangan 8' dan 5'
  • Hob dan hood aku adalah cap Tellini. Ni pon aku main belasah jer beli. Aku tak kisah cap apa asalkan jgn ELBA. Tatau kenapa, aku sangat 'tak sebulu' dgn brand ELBA sebab dah 2 kali aku kantoi beli iron cap ELBA yg sgt hampeh. Terbakar siot! Harga satu set adalah RM1688 - percuma si 'naga silver' dan wall cap [topi nk tutup kepala naga]
  • KC aku tu hanyalah body semata-mata. Tiada sekelumit aksesori tambahan pon yg aku pasang. Stainless steel rack apa jadah semua aku tak beli hapah pon lagi. Sesungguhnya kami laki-bini dah pokai! [icon menangis air mata darah]
  • Table top yg aku guna juga material yg sama dgn body- hard board. Untuk ketahanan, at the edge of the table top di cover dgn sejenis aluminium dan di sealed dgn arcylic sealer. Kita tengoklah sejauh mana ketahanannya.
  • Last but not least, aku buat KC ni dgn Formula Kitchen kat Subang. Sapa nk contact number Vincent, bitau aku ekk. Malasnya haku nk kelebek mencari no phone dia memalam buta nih [entry ni ditaip di mlm hari okeh]

So kawan-kawan, semoga kisah KC Makcik Rehan ni boleh menjadi iktibar dan bahan rujukan utk korang-korang yang bakal atau sedang berkira-kira nk memasang KC. As i always said, sharing is caring.

Ira, aku tunggu gambar2 KC ko yang merembes plak! Hehehe...


Sunday, May 24, 2009

RUMAH LAGI


.
Nak cerita pasal rumah 'banglo' lagi. Sebab tak ada cerita lain dah nk cerita.

Semalam habiskan mengecat rumah. Alhamdulillah, betul2 habis. Saya pujuk Pakcik Sepol dan adik untuk pulun habiskan jugak semalam. Lepasni tak payah pegang berus cat dah. Dah 3 weekends berturut-turut dok gelek cat kat dinding - boring dan penat sungguh.

Lepas mengecat, kikis cat2 yang menitik kat lantai, sapu dan mop sampai rumah nampak kemain lawa [kononnn!] - kami laki bini punyala syok sendiri. Rasa mcm rumah 'banglo' tu lawa sgt dah. Poyo!

Dan siang tadi, rumah yang semalam kami tinggalkan dlm keadaan cuci-calat...telah tunggang langgang semula sebab kerja-kerja pemasangan plaster ceiling. Ewwwww.... naper la aku tak terpikir pasal hal ni semalam. Sampai sakit2 pinggang mengemop lantai, harini dh jadi cam tapak pembinaan balik.

Ingatkan boleh settle harini. Malangnya Pakcik Sepol beli brg tak cukup plak. Kayu cornice tak cukup lagi sebatang. Esok plak sambung. Pastukan... yang tak sanggup dengar tu... nk kena touch up balik 'noda-noda hitam' yang ditinggalkan secara tak sengaja kat dinding yang dah lawa kami cat semalam. Terpaksa la Pakcik Sepol pegang berus balik....

Gambar? Takder... malu nk snap. Kang Indon tu ingat akuni poyo sangat plak sampai nk nangkap2 gambo kannnn...

Esoklah kut i snap gambo. Esok Vincent nk pasang KC. Dgn diani aku selamba la sikit nk poyo2 nangkap gambo bagai.

Till then, selamat bekrja di esok hari. I tak keje... cuti lagi. Hehehe...








GAMBAR SEMATA-MATA


.
Aisyah. Last weekend. Aura menangkap gambar dah kembali. Layan sajork.









Friday, May 22, 2009

SPOT THE WRONG WORD!


.
Zalia, jom gelak sama-sama. Hanya kau dan aku yang mengerti maksud tersirat entry ini.


Sekali pandang, nampak cam biasa jerk kan. Notice ni depa tampal dlm toilet kat R&R Dengkil. Gigihnya Makcik Rehan ko... blom sempat kancing seluar, terus snap gambo ni. Buat bahan dlm blog kekdahnya. Kui kui kui...



Bila zoom dekat-dekat baru nampak. Ada ramai 'cikgu' yang tolong betulkan grammar dan vocab notice ni.

Ayat asal dia : BEWARE OF YOUR PROPERTY FROM STOLEN

Versi-versi pembetulan yang dicadangkan oleh 'cikgu-cikgu' tak bertauliah adalah seperti berikut :

1. BEWARE OF YOUR PROPERTY TO AVOID THEFT
2. BEWARE OF YOUR PROPERTY FROM BEING STOLEN & ROBBED

Ada pulak sorang 'cikgu' ni suruh tukar word PROPERTY dengan BELONGINGS. Ada tak cikgu-cikgu lain yang nk cadangkan versi tambahan? Dipersilakan..hehe.

Sekianlah entry tangkap muat utk hari ini.






ANAK DUGONG


.
RM 5 per entry - mainlah sampai lebam yer.

Mula-mula dia takut tengok taring gergasi besar tu...




Dengan Cu Anor.





Bersama maknyer...


MAK DUGONG SEMBAB


.
Makcik Rehan lagi dan lagi. Potret MR di hari Rabu. Bawak Mencah main kat Jusco Kepong di hari bekerja [tapi i tak kerja sbb cuti kan]




Eeeiii...getiknya aku tengok gambar tangkap sendiri ala-ala bebudak myspace nih! Demi ke arah menjadi blogger tegar kan...tolongla maafkan kegedikan MR yer kawan-kawan sekalian.

Memang aku sangat sembab haritu sebab mlm sebelumnya aku sampai pukul 10 mlm setelah keluar di awal pagi. Meronda ke Nilai 3, menyinggah kat Concorde KLIA, menyinggah ke Pandan Indah dan lain2 tempat sampingan seperti stesyen minyak dan R&R. [lagi sekali aku bagi itinerary details tanpa motif] Dan bila sampai rumah mlm tu, aku tak boleh tidur sampai pukul 3 pagi sebab di siang harinya aku telah menogak coffee espresso apanamatah demi untuk menjegilkan mata mengelak mengantuk semasa memandu.

Adik i yg bungsu kan ader, dia la kena jadi babysitter sementara Makcik Rehan ala2 terbaring lesu kat kerusi sandar. Monitoring from far. Hehe.

Kami masuk kol 12 tengahari. Sampai kol 1.30 ptg Mencah main sorang-sorang. Tak ada budak lain langsung! Apa lagi...berguling2 la kami 3 orang kat pelampung tu. Asal aku menapak jer atas pelampung tu kan.. pusss...pusss... angin kuar dari pelampung tu. Maunya tak kuar angin... mak dugong sikit punya besar yang pijak kan...






Thursday, May 21, 2009

TUTORIAL SESAT LAGI


.
Sungguh yer. Saya bukan pakar nk bagi tutorial IT. Tapi sebab ramai yg tanya pasal template 3 panel saya nih, makanya saya nk bagitau kat mana saya ambik template free ni.

sila ke yummylolly.com dan anda akan temui apa yang anda inginkan di sana. Sumpah! saya ambik 'rangkanya' di sana, kemudian saya godek HTML codenya sampai lebam utk tukar serba sedikit hingga jadi seperti sekarang.

Harap maaf banyak2, siap2 saya bagitau... saya memang tak boleh nk bagi tutorial pasal cara-cara menggodek HTML ala2 Makcik Rehan sebab ianya sgt berisiko. Habis lintang pukang terkangkang blog anda nanti! Sebabnya, saya memang tak qualified pasal back-end code, HTML bagai. Kaedah yg saya gunakan adalah try n error sampai lebam. Change here and there then preview without saving it. Kalau dh chantek dan puas hati, barulah SAVE.

Tapikan, nk bitau siap2 lah yer... pakai template 3 panel dan bukan yang disediakan oleh blogspot akan menyebabkan loading blog anda sedikit berat. Kalau tak percaya, cuba anda test bukak blog yg pakai standard template given by blogspot. Laju berdesup jer dia loading kan?

Contoh blog yg laju berdesup utk loading adalah blog BIMBO, blog Ira, blog Fara, blog Mak Rayyan, blog Imma PID K. Kurau dan lain-lain [banyak lagi...]

Template dan background adalah sekadar penyedap mata memandang. Yang penting tulisannya mudah dibaca dan content nya meletups [dan juga tidak bersawang. hehehe...]

So, selamat berblogging ya kawan-kawan.

Cheers!



BULAT-BULAT, KELABU ASAP


.
Masa tgh drive nk ke LCCT, i call my adik yang keje kat Concorde KLIA, tanya dia camana nk pi Nilai. Akuni kan selalu sesat dan menyesatkan. Dia kata, hang tuju ke Nilai 3 terus kak...hang jgn tuju Nilai, nanti hang sampai pekan Nilai. So, dari Highway PLUS tu, i jalan terus sampai exit kat Nilai dan carik Nilai 3. Jauhnya wehhh..... dari simpang ke KLIA nk ke Nilai tu aku rasa cam jauh giler. Tup-tup dah sampai Negeri Sembilan!

Kat Nilai 3, saya tuju terus kat area tgh2 tu. Yang ada bumbung tu. Kedai2 lain i ronda dari dlm kereta saja. Tak larat mak! Sungguh2 terhidrat rasanya. Panas.

Banyak giler kedai2 jual brg2 umah - perabot, carpet, cermin, hiasan kayu kayan, frame apa bagai.... betul kata Wyra. Tapi sebab aku solo kan..memang tak kuasa [plus tak berani] nk masuk semua kedai. Kang dibuatnya i pengsan kat kedai2 tu kannn... mampuih Pakistan carpet tu nk angkat aku masuk ambulan! Akuni dahla sebesar-besar umat. Kalau kecik molek mcm si Zana ni takper la jugak.

Apa nama ekk tempat yang tgh2 ada bumbung tu? Nanti tunggu duta Nilai aka Wyra bagi comment. Ha... kat situlah i rembat langsir i. Masuk 2,3 kedai... mula2 rasa mcm dah putus asa jerk sbb aku tak jumpa yang betul2 menangkap. Tup2, nampak yg ni kat satu kedai tu...



Syukurla sangat-sangat sebab hati aku tetiba dh berkenan dgn yang BULAT-BULAT, KELABU ASAP ni. Sebabnya, aku sungguh-sungguh dah tak larat nk meneruskan pencarian. Dengan selamba ala2 Joyah Sport, i ckp kat Apek tu.... saya mau yg ini. Maksud saya yg sedang bergantung ni. Ha ko.... i ambik yg display terus! Sebab measurement dia memang ngam dgn umah kecik aku.

Saya mms gambar ni kat pakcik Sepol. Dia kata okay jerk..jgn mahal2 sgt dah ler [Bang, mahal ker... murah ker... i bayar sendiri tau... ker, boleh claim balik ni bang? hehehe...]

Gedebuk-gedebak, lipat-bungkus, tambah-tolak... i ambik terus day curtain [yg kain jenis jarang tu...] untuk sliding dan tingkap. Yang i kagum tu...rupa-rupanya, kat sini depa boleh jahit terus tempahan kita. Kalau yg pesen biasa2 [takde scallop berjurai, manik bagai] dlm 1-2 jam dah siap. Sangat suka..., so i bagi terus measurement panjang-lebar semua, SIAP!

Balik gantung jer lagi.

Bila nk bayar, nampak plastic bag dia....


Lorrrrr... NAFISA rupanya! Aku masuk kedai tu tanpa mengetahui apa nama kedai tu. Kalau takat NAFISA nih, kat Tg Malim pon ada cawangan dia. Eeeiii.... Zalia Chaiyok weh... apsal ko tak racun aku pi carik kat NAFISA Tg Malim weh... takde la aku kejang-kejang perut tawaf kat Nilai 3 tu taww.

Harga? Biarlah rahsia... wakakaka....





MAKCIK REHAN YANG JELITA


.
Bajet nk jana 16k la konon tu, bubuh tajuk poyo kemain.

Salam, harini dh Khamis. I like. Esok Jumaat, i laaagi like!

Apa nk cerita ekk? boleh Makcik Rehan enterprem dulu tak? Lama i tak tempek muka lebau i kat Blog Mencah ni kan?


Demi nk menayang muka kat Blog Mencah, I snap sendiri taww gambo nih. Dalam panas terik [kol 1 tengahari], sambil drive laju kat lane kanan, nk senyum dan nak pandang camera kononnya.... Camana tuh? Itu yg jadi muko MR kelat camni.

Ini gambo hari Selasa - 2 hari lepas masa MR on the way nk ke LCCT. Nak hambik mak ayah. Tapi i sampai awal [saja pi awal sbb nk 'melencong' ke Nilai 3]. Cuaca adalah sgt panas terik dan peluh mencurah-curah [kemain detail explain, apa kes?] Dengan terhoyong hayang, i gigih mengusung perut dan badan dempol i mencarik langsir kat Nilai 3. Dan sememangnya ada hasil. Dah malas nk pikir, jumpa jer yang melekat dihati, i rembat terus.

Gambar langsir? Tekan la iklan dulu.... nanti i tepek kat next entry ekk. Giler Nuffnang punya pompuan. Macamlah aku boleh kaya raya sgt dgn pendapatan rm2.30 seminggu. Kekekeke....




Wednesday, May 20, 2009

SCHEDULED ENTRY : MINI SOFA JADI BOOSTER SEAT


.
On the way balik dari Tesco. Babah letak mini sofa murahan yang kami rembat kat Cavenzi ptg tadi kat seat belakang. Dah jadi cam booster seat utk si Mencah. Pening kepala mama nk melayan dia kat belakang. Nampak belon, nak pulak main belon. Penuh sendat keta kontot mama tu jadinya nak oii...










Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker