Pages

Tuesday, June 30, 2009

SCHEDULED ENTRY : MISPLACED


.
Sejak dah pindah umah sendiri, makin byk kunci yang i kena bawak. Kunci umah, keta, opis, bilik, pagar etc.

Mingguni kecoh sekejap. i misplaced kunci PID. Leceh betul. Nyaris2 nk duplicate dah semalam. Tiba2 jumpa dlm poket beg besar i [ada bersama dgn gigi pelesu yang tak dipakai-pakai dah] Sian Mencah, selamani mak dia dok asyik blame dia jer. Sebab dia memang suka main kunci.


Kunci pintu, grill, mangga dan pintu opis i yang telah berjaya ditemui semula dalam beg besar Makcik Rehan yg diibaratkan seperti poket kerandut doraemon.



Sebelumni pon dah byk kali i selongkar beg tu tapi tak jumpa pon. Kali yang entah keberapa baru jumpa. Weeeiii.... camana nk jumpa kalau dah mcm ni punya huru-hara meja kerja dan beg aku kan?




Dasar pemalas betul aku skang. PID ni dah lama haku tak hambik kisah nk kemas ker, lap ker, mop ker... mujurlah aku ada assistant yang ala2 lindungan kaabah. Kalau tidak, tak boleh bernafasla kami dlm PID ni.

p/s : ni pon scheduled entry yg 'enggan' keluar. Makanya haku flush jer dia kuar time2 gini...



FROM UKM WITH LOVE

.
Ahad, hari pendaftaran adik bongsu MR kat UKM. Kursus Sains Bioteknologi Tumbuhan [ko nak keje apa nanti ni Anor? - mcm kena keje dgn Jabatan Pertanian jerrr... :P] under Fakulti Sains dan Teknologi. Dan 10 tahun MR tinggalkan UKM, semalam adalah mengimbau kenangan zaman rumaja :P

Adik MR dpt Kolej yg syiok - Tun Hussien Onn. MR dulu giler hazab nk kena panjat bukit Kolej Ibrahim Yaacob [tapi tak kurus2 pon haku!] Dia dpt bilik best, jenguk bawah nampak kafe. Kalau dulu haku yg dpt lokasi bilik cenggini... korang bayangkan besar mana lah aku jadinya kan? :P

Aisyah tak ikut [tak sanggup nk main kejar2 dgn dia kat sana - so, tinggal dgn nenek Onah]. PS pon tak ikut - dia pi mancing kat Kemaman. Laki i tu kan ala2 fisherman part-time :P [mujur dpt ikan banyak]

Selebihnya mari kita melayan gambar ya...


Registration.





from left : Ah (sis no 4), Zetty (sis in law), Anor (sis no 5), Mujib (bro no 3), Mak dan Ayah. Time ni Anor dah siap2 tukar baju dan tracksuit kolej nak dengar briefing. Kami pon dah nk balik dah time ni. Habislah... silap2 kena berkawad la pagi petang. JAKSA Kolej ni aku tgok kebanyakannya semua rambut cam berus [bebudak PALAPES].




Eleh, Mujib perasan jambu cam Tomok la kononnya tu!




Sedaya upaya aku menyembunyikan perut lendutku demi nak mengabadikan gambar kenangan dua generasi ini :P - Super senior dan super junior kekdahnya.




Aisyah kemain suka dgn Baby Syahmie. Asyik nk mintak dokom [dia nk dokong baby]




Mak dan ayah. Depa kata pendaftaran Anor ni tak rasa meriah cam time MR dulu. Haku dulu Q panjang nk mampos. Habis belengas satu badan. Traffic jam satu Bangi!. This time depa buat staggered registration. So, takde la kena serbu serentak satu masa. Tu yang lengang kemain. Tengoklah kat gambar tu, kemain banyak kerusi kosong kan?



Friday, June 26, 2009

SCHEDULED ENTRY : AQIL GIGIT AISYAH


.
Petang Khamis masa ambik Aisyah balik dari skul, i tak perasan rupa-rupanya tgn kanan dia ada kesan gigit. Berbekas.

Babah dia yg perasan. Bila tanya Aisyah sapa buat, dia cuma tau cakap sakit pastu buat muka sedih.

i bukanlah jenis mak2 yang cepat melatah pegi serang mak bapak budak or teacher dia kan. But i jugak bukanlah jenis mak yang takde hati perasaan, buat bodo jer bila tgok anak kena buli dgn budak lain. Sampai pagini kesam lebam tu tak hilang okay.

So, pagini masa hantar Mencah, i showed the bitten mark to the pengasuh. i tanya, Aisyah bergaduh dgn sapa agaknya ni? Pengasuh cakap budak nama Aqil yg buat. i malas nk poyo2 nak tanya si Aqil ni yg mana... So, i told them [pengasuh] to watch the kids closely. Biasalah budak2 bergaduh or berebut toys. Anak dara hakuni pon bukanlah baik sgt, mana tau mungkin dia yang mulakan dulu kan. Tapi tak syokla kalau sampai main gigit2 sampai berbekas camtu kan?

So, sambil serahkan Aisyah kat kakak2 pengasuh tu... i said out loud to Aisyah : Aisyah jgn gaduh2 dgn abag okay... Aisyah good girl... Aisyah jgn rebut2 toys tau... [hoping that para pengasuh tu faham yg aku takde la putting the blame totally on them] But i seriously hope that this incident would never happened again.

Ok ka aku buat camtu? Tak la over sgt kan? Tak kan aku nk sound direct kat teacher dia mcm aku sound si Ika kan? Hazab benau la pulak wehh...

Lepas hantar dia, i intai Aisyah dari dalam kereta. Nampak dia tgh letak pillow dia kat lantai dan berbaring kat tgh2 hall tu tanpa alas. Alah, sian pulak tengoknya. Padehal i memang dah bekalkan comforter kecik nk buat alas kalau dia nk baring-baring. Well, i cannot expect lebih2 la kan... sapa yang ada masa nk hadap anak aku 24 jam sedangkan melambak lagi budak2 lain nk kena attend kan?

p/s : Entry ni patutnya kuar ptg Jumaat last week, tah naper dia dok tercongok lagi dlm scheduled draft dan tak kuar2. Makanya pagini, i 'push' dia suh kuar :P

Selamat pagi semua!







AWARD DAN 10 AUTA

.


Gatal betul si Zalia - ngengada suh buat 10 auta pasal diri. Apo lagi yang ko tak tahu pasal aku yang memang byk auta neh :P Dah la nama aku atas sekali, nampak sgt aku ni 'terlalu amat lapang' sentiasa. Hahahaha....

Ohh... sajer nk suh aku bukak pekung di dada ekk. Muehehehe. Anyway, semua auta2 akuni memang dlm tgn Zalia dah. Buat pertamakali, i dedahkan semuanya di sini. Cewahh...!

1. Saya adalah menantu lindungan kaabah
(Hakikatnya, haku adalah ibarat monster-in-law!)

2. Saya adalah selalu takde selera makan
(Ni kalau laki aku baca, mau berair mata dia gelak!)

3. Saya adalah perempuan berhati singa
(Konon! Padehal, aku adalah sgt lemah semangat, penakut dan sgt sooooka menangis!)

4. Saya adalah nk menongkat PID selama-lamanya
(Padehalnya, tiap2 hari adalah rasa mcm nk bagi surat resign. Tapi terasa amat sayang nk meninggalkan kenyamanan mencuri tulang bekerja di PID nih)

5. Saya adalah perempuan bersuara halus bak buluh perindu
(Kalau mengamuk kat Aisyah, bagai halilintar membelah bumi jadinya suara i)

6. Saya cantik
7. Saya manja
8. Saya sopan dan lemah lembut
9. Saya seksi
10. Saya kaya

No 6, 7, 8, 9 dan 10 tu macam tak gamak jer aku nk huraikan. Korang senyum2 jer tu... paham sgt dah la kan. Hehehe....

Aku tak mau pass award ni kat sapa2. Tak baek taww... suh orag bukak pekung di dada. Tambah2 di hari Jumaat yg mulia ini. Tapi, sesapa yg rasa senang hati nak buat projek 10 auta ni...adalah dipersilakan. hehehe....








BIRTHDAY DAN MAGGI GORENG


.
Salam kasih sayang di hari Jumaat
[cewah...mentang2 Jumaat, kasih sayang gittew :P]

1st thing 1st - Happy Birthday to my beloved hubby. May god bless you, me, our kid(s) and our marriage.
[besday dia, apekehal wish utk satu batallion family lak ni?]

Anyway, kami memang bukan jenis poyo2 menyambut perayaan2 sebegini rupa. Very the koboi. Petang semlm PS request suh masak maggi goreng. OK lah - senang sajork. Tapi bila dia sampai umah, tuka plan. Jomlah mkn kat kedai. So we headed to Country Home, mkn kat restoran anjung ke hapa nama tah. Kira family treat sempena besday PS la kot.

So, this morning, menu yg sepatutnya di masak mlm tadi i forward ke breakfast pagini.



This is mine - im having it here... i have plenty of time :P
Lihatlah keriuk-keriuk bawang itu [mcm iklan mee sedap]



PS punya kena take away - late oredi.


Haritu SitiSifir ala2 terpesona tengok aku siap tabur daun bawang segala kan? Oiii... gigih sgtla Makcik Rehan ko nk meracik-racik daun pepagi buta dikkk...



The secret [no longer secret lah] of my super-fast cooking method!


Prepare siap2 semuanya dlm separate container dan simpan dlm fridge. Bila2 masa, di mana jua, super sleuth sedia menyiasat! Makcik Rehan sedia utk beraksi di dapo!




Thursday, June 25, 2009

MAKCIK REHAN VS YANG MULIA IKA


.
Hari Khamis.

Sila bayangkan - tiada yang lain melainkan Ika.

Saya berazam, mau menjadi guru yang lebih baik dari minggu lepas. Ulang dan ulang lagi benda yang sama sampai mulut hampir berbuih-buih dan tekak berasa kering [Oli, sebab tu i tak boleh start ganti puasa lagi - alasan paling waras]

Tapi... bila kita tanya dia apa2 [tanya dengan nada lembut okay!], sikit pon dia tak pandang muka kita [i taulah i tak chantek!], dia buat-buat tak dengar apa yang kita tanya atau cakap [tipulah kalau kata tak dengar, i duduk/ berdiri betul2 sebelah dia], bila kita tanya berulangkali dia juih bibir atau angkat bahu sahaja - dengan jelingan mata yang buat i rasa nk cucuk dengan garpu karat!

Lalu, darah saya pon 'naik tangga!'

Awak jangan nak kurang ajar Ika!
Saya cakap baik-baik dengan awak, awak buat endah tak endah!
Saya tak suruh awak datang belajar tau!
Kalau tak ada hati nak belajar, lepasni tak payah datang kelas dah!

Oiiii.... benci giler!

Rasa mcm nak baling kerusi ke muka dia. Dia buat tak dengar apa saya cakap. Sikit pon tak bagi respon. Selamba tekan2 mouse dan tekan2 keyboard [tak tau apa yang dia tekan... merapu saja lebih] Dan sekarang, dia duduk jugak kat tempat dia... masih dok tonyoh2 keyboard dan mouse.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, marilah kita mendidik anak2 kita dengan sebaiknya. Tak perla kalau tak berapa genius [mcm Makcik rehan], tak masuk universiti [mcm makcik rehan], tak bergaya dan vogue [mcm makcik rehan] tapi sekurang-kurangnya biarlah anak-anak kita tu bersopan, bertatasusila, menghormati orang tua dan beriman [mcm makcik rehan!]

Nota kuku kaki : Maaf, entry ni berbaur tidak siuman sebab makcik rehan sangat tension mengadap duli yang mulia ika.

Dah lah. Jom balik!





LOVE MOON ANION SANITARY NAPKIN


.
MR sebenarnya amatlah malas nk mentelaah brochure-brochure barangan jualan langsung ni. Kalau ikutkan, mcm2 brochure yang kami dpt kat PID ni. Tapi sebab ramai yang bertanya pasal product ni kan, meh MR buat entry 16k edisi ilmiah utk tatapan anda2 semua ya.

Sila gigih membaca hingga ke akhir garisan yer... [aku dh bersusah payah mengarang ni weeiii]

8 faedah penggunaan pad anion ni : [Maklumat ini dari brochure]
1. Memperkuatkan immunity
2. Menggalakkan metabolisme
3. Menghilangkan kelesuan badan
4. Membasmi bau busuk pada vagina
5. Mengurangkan stress
6. Merawat jangkitan
7. Menghapus bakteria
8. Memperbaiki keseimbangan hormon




Bacaan lanjut tentang sanitary pad ni [dan produk-produk lain] sila klik sini yer puan-puan.

OK, info2 rasmi anda boleh dpt kat link di atas. Ni plak info2 tak rasmi yang kak Halina bagitau haku masa dia dok pomote brg2 ni semalam [i buat dengar tak dengar jerr... hehehe... jahat haku kan. Cukup malas dgr org dok menceceh pasal brg2 jualan neh]

  1. Kalau anak demam, basahkan sikit pad tu dan letak kat dahi anak [mcm cool fever kot]
  2. Bahagian hijau dlm pad tu boleh dikeluarkan [aku pon tatau camana rupa dia sbb aku pon tak bukak lagi pad ni] dan rendam dlm air minuman. Bagus utk kesihatan. [pad yg belum guna lagi la weeeiiii...]
  3. Pad ni pakai kapas ori - bukan recycle paper/ cotton mcm pad2 biasa kat kedai.



Menderni plak...

adalah dipanggil Vagina Inflammation self test card yang diberi percuma dgn setiap pembelian pad anion ni. Dlm dia ada penunjuk bacaan yang membolehkan kita menilai tahap kesihatan dan kebersihan vagina. [haku pon tatau bacaan yang macamana yg dia akan bagi sebab i blom bukak pon gift tu]

Itu jerlah info yang terdaya i share dgn korang buat masani. Adalah dimaklumkan, bahawasanya saya adalah BUKAN AGEN PENJUAL barangan ini. Dan entry ini tidak mendatangkan apa2 keuntungan kepada saya kecuali kalau anda-anda semua meng'klik' iklan nuffnang di bawah sorang 18 kali. Muahahahaha!

BTW, ni contact nombor Kak Halina [tanya soklan lanjut kat dia yer] : 019 - 602 8967

Sekian.


DUYAN [AS PRONOUNCED BY AISYAH]


.
Semalam i langsung tak memasak. Terasa sgt malas nk 'mengotorkan' dapur yang sedang bersih [cewah, nk bagitau kata dapur aku bersih la kononnya] Balik keje nampak cuaca mendung [petanda nk hujan]. Cepat2 ambik kesempatan ini utk pow PS suh beli durian. Kalau cuaca panas, memang kami tak sanggup nk cari pasal makan durian - bikin panas!

Beli 5 bijik = RM10.

Aisyah join mkn, tapi tak sampai seulas pon. Lepas tu dia mula buat muka geli-geleman.

Kami laki-bini belasah 5 bijik durian tu dengan bersungguh-sungguh. Sambil berebut remote TV [aisyah tido awal, kalau tak... mesti kami takde chance nk tgok channel lain]. Mula2 PS dok tgok Hantuchova main tennis. Lepastu tgok Sharapova pulak. Mentang2 awek cun dok main... Kejap2 tukar channel bola. Eeeeiii... adalah sgt bosan hokkay! Last2 i hi-jack remote dan tukar ke channel 412. Ada cerita Frankenstein. Kami layan movie tu dgn bersungguh-sungguh [sambil mulut bersungguh-sungguh sumbat durian dlm mulut]. Kat luar hujan turun sgt lebat - wah sgt bahagia. Cuaca sgt selesa. Anak pon tidur dgn lena.

Pukul 12 hujan dh berhenti. Masa tu bahang durian dh naik ke kepala. MR pandang PS, PS pandang MR. Memasing dh menggeletis kepanasan. Tutup lampu, kipas, TV - lari masuk bilik, pasang aircond!

Huhuhu... kensel la agenda penjimatan tenaga. Konon2 kalau hujan, cuaca sejuk tak payah la pasang aircond kekdahnya.... boleh jimat letrik...

Haremmm!


Gambar hiasan ambik kat sini







Wednesday, June 24, 2009

GANJARAN SEBAB AJAR HANTAR ATTACHMENT


.
Tadi Kak Halina [bekas pelajar tua i] talipon.

Rehan, camana akak nk hantar business card akak kat email kawan?

Kekdahnya, dia tak geti nak send attachment through email la nih kan. Plaktu tak reti nk scan or snap gambar business card dia tu. [she's quite hi-tech jugak actually, kat umah pon dh ada streamyx]

Berbuih2 tau aku dah ajar aritu cara nak send attachment kat email.

Rehan ajar yer... jap gi akak datang PID.

So, she came in just now and i taught her [again]. Sambil aku perli2 jugak...
akak bukak email sebulan sekali kotni... tak practise, tu yang lupa semua.

Nasib baik password email dia tak lupa. Kalau tidak... memang darah aku 'naik tangga' la jugak.

Bla... bla...bla... setel sumer... dia tanya,

Berapa sumer Rehan?


Eh tak yah lah kak... bukan ada print ke hapa. Sikit jer.

Takpa, akak bagi gift kat Rehan.

Mender2 sebegini [imbuhan atau ganjaran kecil-kecilan] adalah sangat biasa dlm kamus hidup para pengurus dan penolong pengurus PID seMalaysia nih. Bukan rasuah hokay! Orang memberi, kami menadah jerla... ye tak?

Dia desup pegi kat keter dan gave me all this!



Kak Halina kata pad ni utk kesihatan [org ngandung tak leh guna] ada ion negatif. Ada 8 keping, berharga RM15 utk satu pack mcm ni. Uik...mahal la pullekk....



Yang ni plak ala2 UPT or pap smear test. Selet sikit kat tempat tuttt, bacaan lembapan akan tertera. Pon, dia kata lepas beranak baru Rehan boleh cuba.




Ini adalah brochure nya. Adalah sangat malas haku nk membacanya!

Tengkiu Kak Halina sbb bagi saya 'modal' 16k untuk di tempek kat blog.








BIHUN GORENG MAKCIK REHAN ADALAH SGT SEDAP


.
Demi nk ngelakkan i sambung tido di pagi hari [dan kelewatan pegi keja mcm PID tu bapak haku yg punya], i gigih memasak bihun goreng ni utk somi terchenta di subuh hari [tapi rasanya haku yg lagi byk bedal bihun ni]

Komen puji-pujian dari Pakcik Sepol - sedap dan habis licin. Vangge...!! vangge...!!



ni PS punya...



Ni bini dia punya...


Tak plan pon tak masak bihun ni. Kebetulan terbangun awal sbb dengar Mencah mengigau [dah 2 mlm dia ngigau dok sebut nak kuder... nak kuder...] i bgn terus, terjah dapo dan selongkar tengok apa stok makanan yang 'waras' dimasak di pagi hari.

Ada fishball dan telur sebijik. Belasahlah! So, telur tu kami bahagi sama rata sorang separuh [tapi i ngelat, portion i kuning telurnya besar sikit. Eh, i kan mkn utk 2 org, so kenalah portion lebey sikit kan?]

Charger camera tak jumpa laginih. Pepagi try ON camera, tinggal bateri nyawa2 ikan. Cepat2 snap... mujur dpt capture bahan bukti ni. Hehehe... Adikmanjer... sila merembes air liur di pagi hari yerrr... kekekeke....




Tuesday, June 23, 2009

DOUBLE TROUBLE


.
Pagini Makcik Rehan korang agak bz. Kenapa...? Tak percaya ker...?

Korang nk tau tak, malam tadi..... Mencah nampak mcm dah sihat. Aderla batuk2 selingan sesikit kannn...

Kol 9.30 cam biasa, tukar baju, bagi susu, tidokan dia. i buat kerja umah sikit. PS plak tgok TV. Dekat kol 11 kami pon nk masuk tido. Dia rengek2 nk susu. PS buatkan sebotol. Tiba2 dia terbatuk-batuk dannnnn... muntah selambak! Trauma lagi. Habis kaftan i. Habis lantai. Habis cadar. habis bantal. Habis baju dia. Dalam malas2, kami selesaikan jugak apa yang patut. Tukar baju segala....

Tilam bujang dia dah basah kena muntah kan, so mencah join mak pak dia tido atas katil. Entah kol berapa, dia rengek2 lagi serba tak kena. Rupa-rupanya dia kencing pulak kat tilam kami! Uwaaaaaaaaa....... tension kuasa 8 okeh!

Terhegeh-hegeh la plak bgn tuka diaper, tukar lagi baju dia, tarik selimut, tarik cadar, tukar apa yang patut. Sudahnya, mlm tadi kami 3 beranak tido lintang pukang. Hujung katil, hujung lantai, hujung tilam. Asal boleh jerlah...

Lepas PS pegi opis pagi ni, kami 2 beranak sambung tido kejap [PS kena kuar awal, i takper... i mem besar. hehe] Niat di hati sekejap jerrr.... sekali kannn.... terlajak sampai kol 8.30 pagi! Wallawey makcik Rehan..... hazab nya ko... ko ingat PID tu bapak mertua ko yang punya ker haaaa....

Si Mencah dah syok goyang montot pagi ni. Dia ingat mak dia tak keja, so dia tak yah pi skul. Manyak chantekkk...! Merengek-rengek tanak kuar rumah. Nak tgok 'koff' [Animal Mechanical]. Pagi tadi hujan lebat betul kat Tmn Bayu. Sebab tu kot kami hanyut sampai terlajak tido. Boleh gitu? Hehehe....

Nanti sambung ekk... eh, kan i kata i bz tadi kan?




Monday, June 22, 2009

SELIT


.
Kan i malas ngecas camera. So takde gambar baru. Tapi, demi 16k - i godek laptop opis dan jumpa gambar lama yang belum [rasanya] di tempek kat sini.



Pantang jumpa tabung Mickey ni. Nanti dia kirai syiling tu dan action ala-ala main mahjong!



Sekianlah entry melepaskan batuk di tangga sessi petang Isnin yang panas!

Jalankan tanggungjawab anda, sadaqah 2,3 kupang lagi utk isi 'tabung' Mencah tu yek! :P




AHMAD SHAWQEE BIN MOHAMMAD AZLAN


.
Tiba-tiba rindu kat budak jantan sorangni. Anak buah yang sulung. Anak abang. Tahun ni dah nk masuk 5 tahun umur dia. Tapi cakap pelat sesangat!




Okie dan Rafeq [adik dia] dah jauh. Ikut Abah depa keje kat Sabah. Masa family kami tadak budak kecik, sampai lebam kami adik-badik menyakat mamat pelat ni. Syiok!

Sehari sebelum dia pegi Sabah, kami berkumpul kat rumah Untie kat Klang. Aisyah tunjuk talent dok nyanyi lagu 'tinkel-tinkel litel tar' ..... Tiba-tiba terdengar sekonyong-konyong suara Okie....

Wallapekkk...! Wallapekk...! Wallapekk...! Kami datangggg.....!

Satu rumah terpegun. Terdiam. Semua pakat pandang Okie.
Semua tanya kat Ibu dia : Apa tu?

Ibu dia jawab : Wonderpet...! Wonderpet...! Kami datanggg...!

Satu rumah gelak guling sampai kuar air mata! Okie tersipu-sipu malu. Dia tanak kalah rupanya. Aisyah can sing, so does him! Wallapek pon wallapek la...

Sampai skang, kalau tiba2 rindu kat dia... kami call Abah dia suh pasang loud speaker, suh dia nyanyi lagu wallapek kuat-kuat.

Maktok dia [my mom] sampai demam-demam rindukan cucu pelat yang sorang ni... Hujung mingguni, keluarga besar saya akan berkumpul lagi - kalini di rumah kecik saya. Macam ada yang kurang sebab family abang takde. Yang paling terasa - sebab Okie tak ada.


Ibu dia kata, dia minat giler citer impak maksima!



The cousins!




WEEKEND WRAP UP


.
Isnin lagi. Boring kan? terpaksa jugak mai opis, mkn gaji buta :P

Hujung mingguni mak, ayah dan adik i dtg Rawang. Adik yang bongsu dapat masuk UKM, Alhamdulillah. Dia masuk unibesiti kakak dia dulu. Jangan ko buang karan, bajar main-main mcm kakak ko dulu sudah. [sudahnya, karang ko melangok keje kontrak kat PID mcm aku!]

Aisyah dah beransur sihat - vitagen 2 botol sehari. Satu botol, i bubuh satu jenis ubat. Hehe. Mingguni nk try antibiotik plak. Mak dia pon dah okay. Tapikan, Sabtu malam Ahad tu i batuk teruk sgt. Sebab? kari ikan bawal lorrr... Pastu minum pulak air 'bateri' sejuk penggerak tenaga s**h**t [hanya Zalia yg paham]. Malam tu mcm ada kupu-kupu terbang dlm tekak haku. Berkokok la haku sepanjang mlm...

Mahap, i memang sungguh tak hadap nk posing dgn kari i. Kamera dah abih bateri, malas ya Rabbi aku nk ngecas. Tapi siyes okeh.... sangat sedap, lemak berkrim! Pakcik Sepol terus pitam sampai kol 4.30 ptg lepas mkn kari bini dia - sampai tak jadi nk balik umah Nenek Onah. Tengok... power tak power bini dia masak kari ikan. Dinner mlm tu, i panaskan balik kari tu... makan lagi... sampai naik semput dia nk habihkan nasik. Terrer tak i?

Nieza, tak lama lagi Sepol pon akan berperut 'moncong' ke depan mcm Juzer! Wakakakaka.... Dan Zalia, Jeman akan semakin ketinggalan dalam arus 'pembuncitan' bapa-bapa seMalaysia nampaknya. Maklumla... bini dia kan tgh TBL.. muahahahaha!

Sabtu, kami 3 beranak langsung tak jejak tanah. Eh, PS ada jejak tanah sebab aku suh dia beli santan kat van sayur yg dtg lalu depan umah. Selebihnya kami berkurung dlm rumah. PS buat kerja2 drilling - pasang cermin dlm bilik air. Aisyah takut bunyi bising. Dia terkejut, lari nk panjat katil sampai tertomoih ke birai tilam. Bibir berdarah - nangis sekejap - buas balik!

Laundry baju2 newborn dah selesai. Dah lipat - simpan elok2 tunggu baby kuar. Bilik no 3 kat hujung dapur yang mcm rumah kongsi Bangla dah siap kemas. Nasib baik mak aku kata dia nk mai, kalau tidak...tahun depan pon belum tentu aku kemas! Dengan kain baju berbunjut-bunjut, mainan Aisyah berlonggok-longgok dan hapah jadah brg MISC yang tak dpt dikenalpasti.

Banyak lagi brg kat umah Nenek Onah yang kami belum hangkut. Nenek dah hint2 dah tu... bila korang nk bawak korang punya ini, itu, begini, begitu? Huhhuhuhu... baik Mem Besar, nanti pelan2 kami hangkut yek.... [nak hangkut tu satu hal, pastu nk menyusun balik kat dlm lemari tu yg lagi satu kehazaban]

Ahad kami pi 1 Utama. Sebelum tu singgah kedai pancing kat Kepong [PS nk pi mancing kat Kemamam hujung mingguni] Aisyah sangat-sangat-sangat meragam masa outing kalini. Mata mengantuk, stroller tak bawak-so, serba tak kenala budakni. Sudahnya, ambik tiket parking... pusing Jusco 30 minit, pi makan, terus balik umah. Kami laki-bini tertekan dgn peel si Mencah sampai tak leh nk berpikir apa nk beli. Ewwww.... rasa mcm tobat jer dah nk outing dgn budak bertuah ni. Sikit silap, melalak kaw-kaw. Eynda, Aisyah pon dah jadi mcm Hannah. Asyik nk uwaaaaaaaaaaaa! uwaaaaaaaaaaa!

Balik dari 1 Utama, kami singgah umah Nenek Onah. We had a little celebration for the fathers [well, mak-mak yang lebih!] kami beli cheese cake dan ayam panggang 2 ekor. Tak sampai 20 minit - licin! Dah kenyang, mandikan Aisyah then berdesup balik umah. Lepas Aisyah dah tido dlm kol 9.30 mlm, i sambung buat kerja umah yang tak abis2. Laundry dan kemas2 dapur. Kol 12 tgh mlm, kami 3 beranak dah lena di ulit intan.

Sekian entry tanpa gambar utk hari Isnin yang sungguh tak best ini.

Oh ya, Sebelum terlupa... Happy Father's Day to all the heroic dad out there!

Daaaa!




Friday, June 19, 2009

GROCERIES

.
MR adalah pemegang kad ahli NSK. [NSK adalah sekangkang kera dari Taman Bayu] Jadi, ke NSK jerlah kami laki bini mengabihkan duit beli brg dapo. Jangan tak tau, bukan haku sorang jer yg ala2 jakun dok sakan membeli brg dapo... PS pon sama!

Sebelumni MR dah beli susu setin - 2,3 hari lepas, dia pon beli jugak!
2,3 hari lepas PS dah beli 2 pack susu Mencah - semalam balik keje dia beli lagi satu pack!
Semalam balik keje MR beli pepper ajinonoto - Semalam balik keje PS pon beli jugak!
2,3 hari lepas PS dah beli sayur kacang - Semalam MR pon beli jugak!
Semalam MR beli vitagen 1 pack - Semlm jugak, PS pon beli vitagen 3 pack!

Apa kes kami ni ntah!

Tu belum kira stok sardin tin, baked beans, sosej, fishball .... dah ada tapi dok beli dan beli lagi. Anggaplah aura pembawakan budak. kah kah kah... [amboi, gelak besar nampak!]

Ni ada sekoyan gambar2 selingan hasil marketing MR kat NSK semalam.




Kot2 ada yg tertanya-tanya... itu adalah ikan bawal hitam dlm plastik. Nk buat kari kekdahnya... percubaan julung2 kali hokeh! Aku siap beli bendi tawww....



Tah bila la kami nak ada masa nk pi cari container nk isi kentang, bawang nih. Haku pakai lambak semua dlm tupperware besar ni jerk. Kang biar berkuap dlm plastik busuk pulak. Halia tu sampai nk bertunas dah ha...dari minggu lepas aku biar dia berkuap dlm plastik. Ni pon Mencah tak abih2 cakap... busuklah! busuklah!



Daun bawang dan daun parsley. Aku salah beli hokay! aku nk daun sup sebenarnya. Oleh sebab hidung aku selsema, tak dpt nk bezakan bau daun nih. Bantailah! Basuh, toskan... lepas tu racik siap2 buh dlm container. Senang nk tabur dlm sup Mencah nanti.


Ikan bilis. Taram jer. Tataula rangup ker...liat ker... suh PS beli lagi best alasan dia - Abg tatau la nk ambik jenis yg mana. Nanti kita tanya mak la. Iskk... ego beb... aper kellas nk consult2 mak mertua kan? i skang kan mem besar... huahuahuahua!




Motif beli daun pandan? Nak halau lipas! Ni petua Nenek Onah dan kawan sekolah haku dulu.




Last but not least.... ni bukan i yg beli. PS yang beli. Zaliaaaaaa... aku pon nk simpan gak air s***w*t ni dlm peti ais aku. Hiksss...


Sekianlah entry sidang petang utk hari ini. By the time entry ni kuar, MR pastinya tgh membongkang tido kat umah. i dpt MC yerr... batuk sampai nk kuar tonsil, doc bagi antibiotik dan suh haku dok jejauh dari org - jgn nk sebar2 penyakitni kat org lain [tu ayat aku tambah sendiri. keh keh keh...]


Happy weekend!




MASAK LAGI SAMPAI LEBAM


.
Selagi terdaya, selagi tak beranak, selagi ada benda boleh taram - i pon sakan memasak sampai lebam! Anggaplah ianya pembawakan budak [lagi sekali, budak dlm perut jadi mangsa. heh!]


Bahan mentah sebelum kena taram. Excuse me, telur tu haku dah basuh siap2 okeh! Ni mak i ajar - amalkan basuh kulit telur tu sebelum nk masak.



Ni Pakcik Sepol punya!



Ni Mencah punya. Punya memilih makan sekarangni. Nak fishball sesaja sedangkan mee tu tak pedas pon.


Gigih tau i singgah NSK demi nak memasak mee goreng nih. Sila kagum yer.


Selamat berhari Jumaat semua!




Thursday, June 18, 2009

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN


.

Semua yang anda cadangkan akan saya cuba usahakan. Yang paling relevan adalah cadangan bubuh ubat dlm vitagen. Petangni jugak aku try. Sebab Aisyah suker minum 'air gen'. Bayangkanlah, ubat dok ada sampai 2-3 jenis termasuk antibiotik, nk bagi mkn satu jenis pon sampai nk tergeliat tgn dan leher dia kami laki bini dok pelekoh nk sumbat. Tu pon kena pakai syringe. Kalau pakai sudu, alamat dia sembur ke dinding jerla.

Toche...toche.....

********************************

Mama mencah..kalo pi PAED ckp ngan dr dia ssh makan ubat..depa leh bg injection dak?? sbb kalo saya gi doktor saya ckp sya takut makan ubat..doktor akan inject jer saya so cepat baik


Gravatar nak try shake HL utk mencah? anak aku aku bagi satu sudu kecik masuk dlm susu dia. 2x sehari. alhamdulillah...

dulu yg kecik duk nursery sekali sebulan sure demam la, batuk selesema la, sbb jangkit. la nie..dia susah gak nak demam. cuma idung meleleh pepagi tu mungkin sbb aku mandikan dia awak sgt kot. tehehe.. lelain alhamdulillah.. ok. sihat, cergas dan tak muntah lagik. :D

dulu masa aris duk nursery, mmg haru la. adik demam, abg pun berjangkit. skg, demam kurang, selesema kurang, segalanya dah baik cam biasa. nakal tu biasa la.. bebudak..

ko just amik sebotol utk mencah. tgk dia cemane.

seksa kalo ari2 tgk dia duk kuar segala. lembik badan.

Makcik Rehan said : Nanti bila aku dh abih banak, boleh la kami 2 banak sama2 ber'datok shake' dgn HL ni. Hehehe


Gravatar mr, kes infection kt nursery mmg biasa kt dgr, mb blh try cdgan zana, kuat kan imun system dia. btw zana, shake HL tu apa? nk try gak la. cadangan buat mencah yg pyh tahap gaban mkn ubat cam anak aku tu..., doktor ajar boh dlm vitagen/yakult/seangkatan dgnnya. tp 1 dose ubat dgn vitagen agak2 separuh btl,br x terasa ubat tu.mnm sket2 skali mnm pun x pe, janji hbskan. kl boh dlm susu tkt nnt dia fobia nk mnm susu plak kang lg ssh! wish u luck n get well soon.

Makcik Rehan said : I suka cadangan ini! TQ Tini!


Gravatar K.an,
Kalau dari susu dia, cubalah try mamex gold ke mamil gold ka tak ingat. Bab selsema batuk, beli vit C n Scotts. Saya pun bukan jenis bagi anak saya makan ubat mana k.an. Sbb seksanya nak suruh makan kecuali Asmaa' & Usamah.

Satu lagi pegi klinik homeopathy dkt selayang kalau k.an nak pergi bgtau saya bgtau landmark dia, ramai puas hati di situ.

Sian macik mencah...aku rasa nak tolong jaga jek...

Oh ya, rajin2 la beli buah, tapi cik nejad kata jgn beli je tak belah bagi anak makan. Buah2 tu lebih dari cukup dah...

Makcik Rehan said : Homeopathy ekk.. alternatif gak tu. Tapi still kena mkn ubat gak kan? Adehh... Buah-buahan tu betul jugak. Walaupon Mencah payah sgt nk mkn buah/ sayur, akan ku cuba...

Itu Mamil Gold rasanya tak akan try kut. Being Aisyah yg sgt2 lah memilih minum susu...



Gravatar rehan,,cadangan yg ada difikiran hang pun sama cam cadangan di fikiran ku...nk berhenti kerja jg anak send..hehe bagus kan... aku rasa laa injection ni tak payah ambik laa tak baguss laa beb.. bahaya di hari tu.. cadangan buh dalam vitagen n yakult pon ok aku setuju tu...




SAKIT LAGI, MUNTAH LAGI


.
Semalam i kena bius ketiduran. Badan tak sihat, sakit tekak, batuk berkokok, berhingus dan kahak. So, telan ubat. Dh mkn ubat, mata tak boleh angkat. Dari pagi sampai ke petang, kepala otak melayang.

So, pukul 4 ptg i dah balik terhuyung-hayang - gedebum tido kat umah. Pukul 5.30 ingat nk bgn pegi ambik Mencah kat skul.

Sedar dari tidur, dengar mcm ada org masuk rumah. Suspen giler. Terhendap-hendap kuar dari bilik, mengintai kat hall. Rupa-rupanya Pakcik Sepol dah balik keje, tengah sedap mengunyah epal sambil layan ESPN.

Tengok jam... Hah! dah 6.30 petang!

Banggg.... naper balik senyap2... naper tak kejut saya tido. Anak belum ambik kat skul! Sian dia.... dah lewat dah ni...

PS tetiba jadi blur.

Ingatkan awak bawak Aisyah jenjalan lepak dgn neighbour. Abg jenguk dlm bilik tanampak pon tadi [masa tu i dlm bilik air - memangla tanampak]

Kelam kelibut PS sarung baju, ambik kunci keter pi ambik anak.

PS kata masa dia sampai dah tak ramai budak yang tinggal. Aisyah pon bukan main menggelinjang bila nampak Babah kuar dari keta. Mulut tak benti2 sebut Mama... Mama... [sebab biasanya mama yg ambik dan hantar dia]

Kasihan anak kecilku.

Malam tadi batuk dia menjadi-jadi. Lawan berkokok la kami 2 beranak. Baldi kecik memang dah ready kat sebelah tilam Aisyah. Saya dah tak sanggup 'dera' aisyah bagi mkn ubat. Petang kelmarin, saya dah cuba bagi dia mkn ubat [terpaksa handle sorang2 sebab Babah dia balik lambat] Saling tak tumpah mcm mak tiri tgh dera anak tiri. Sampai saya jadi hilang sabar dan nk marah-marah dan nak menangis!

Aisyah menangis merayu-rayu sambil melepek pada pintu peti ais. Dengan tubuh longlai tak bermaya. Tanak mama... tanak ubat... tolommm.... nak uwen... nk cheese... nk biskut... nak atun.... [mcm2 helah dia buat, asalkan mama tak bagi mkn ubat]

So, ptg semlm saya bubuh ubat batuk dlm susu dia. Dia tidur lena. Menjelang tgh mlm, dia mula batuk. Badan pon dh mula panas. Basahkan kepala dgn towel, buatkan susu campur ubat demam. Dia tak mahu minum pulak. Tak lama kemudian, dia mintak susu lagi sekali. Saya hulur jugak susu yang berisi ubat demam - kalini dia kalah. Minum juga sebab dah lapar sgt kot. Menjelang awal pagi, tengok badan dia dah berpeluh-peluh. Mak dia pon sama tak boleh tido sbb kepanasan. Saya kuatkan kipas sikit, dan pasang aircond dgn suhu tinggi. Kami 2 beranak terus tak sedar dunia sampai ke subuh. [bapak dia toksah tanya la kan... panas ka, bahang ka, lena tetap lena punya :P]

Pukul 6.15 saya bgn siapkan sarapan koboi utk PS dan buatkan sebotol susu utk Aisyah. Hampir siap masak, tetiba nampak kelibat Aisyah berlari kuar dari bilik sambil terbatuk-batuk. Dan kalini... tak sempat dah nk pikir baldi ke hapa... terus membuak muntah atas lantai!

Redha lagi... utk kesekian kalinya, saya mengemop lantai di subuh hari.

Dah masuk minggu ke-3 Aisyah di nursery. Bila nak baik demam nih? PS kata, jgn2 Aisyah ni sepanjang tahun la dok tanggung demam, selsema, batuk... dah hari2 kena bersosial dgn budak2 tu kan... ubat punyalah siksa nk bagi mkn. Baru nk baik, kena balik...

So, camana nih? Scotts Emulsion tu pon tak jalan. Nak try vitamin tablet la pulak nampaknya.Sapa ada idea nk mengatasi masalahni [selain dari idea Mak Mencah benti keje, dan jaga sendiri anak dia - yg tu memang always on top of my mind :P]




Wednesday, June 17, 2009

NEXT : FOR THE NEWBORN


.
Enuff about house, grill, furniture, curtain, interior bla..bla..bla... Alhamdulillah dgn apa yang ada dan apa yang termampu. Kami sudah cukup selesa. Aisyah pon dah semakin pandai menyesuaikan diri dgn suasana baru di rumah dan di nursery - itu yang paling penting.


Kasihan si kecik dalam perut. Semacam diabaikan. I told PS yesterday, this pregnancy seems to be so fast. Tak sedar masa berlalu sebab terlalu sibuk dgn hal pindah rumah. Sudah 25 minggu. Baby semakin galak menendang and I felt heavier each day.


So, sementara masih terdaya [Alhamdulillah], 2 hari lepas saya keluarkan stok baju2 baby yang perlu diselenggara. Yang baru perlu dibasuh. Yang lama perlu diperiksa - kalau kotor perlu dibasuh semula, kalau koyak perlu dijahit.


Dalam gambar ni termasuk jugak baju-baju Mencah yang kami beli kat Hytex sejak sekian lama. By end of this year, rasanya dia akan muat pakai. So, saya basuh terus dengan baju-baju baru adik dia.


Botol-botol susu dan puting pon dah lebih dari cukup [kalau tak cukup, nanti pas beranak i pegi serang hendap lagi warehouse sale :P] Tinggal nk decide pasal breastpump jer.


Rasanya apa yang ada sudah lebih dari cukup. Baju si kakak masih elok, baju baru pon dah lebih dari cukup. Katil putih yang kuidamkan Alhamdulillah dah termakbul. Terima kasih PS sbb memahami gejolak jiwa Mak Buyung :P



Pembelian yang sangat berbaloi-baloi [sila sebut gaya Amy Search].
Katil + tilam + bedding set + cot bumper + kelambu + stand kelambu = RM399
Dan penghantaran sampai ke pintu rumah adalah PERCUMA. [Pasang sendiri la yer banggg....]


Harga asal yang tertera di bil adalah RM899! Promosi apa ntah. Layan sajalah. Tima kasih Zana sbb tolong survey haritu. Setelah membuat comparison itu ini, disitu dan disini, kami dapat yg ini. Alhamdulillah.


Sejak Mencah menjadi sasaran crop, copy and paste di internet, saya terpaksa akur kepada tuntutan semasa untuk meletakkan watermark kat setiap photo yang saya tepek di blog kecil ini. Dan gambar2 yang agak sensored terpaksa jugak saya edit walaupon gambar2 tersebut sebenarnya takder la merembes mana pon. Maka, takde can la korang nk nengok perut boroi laki aku dlm gambar baby cot tu! :P


Saya sejujurnya tak kisah kalau ada gambar2 dari blog ini yang diceduk utk sebarang tujuan yang tidak memudaratkan. As i always said - thousand times - sharing is caring kannn... tapi sebagai manusia berakal, kita pasti tahu batas dan susila agama kan? Tak yah sebut panjang lebar... fikir-fikirkan dan selamat beramal.


Sekianlah entry ala2 tazkirah sessi petang. Sambil muhasabah diri, sila klik iklan di bawah sebanyak 18 kali. Muahahaha.....




APA MOTIF


.
Tak habis lagi marah pasal kes gambar Mencah masuk bod gossip kat CARI,

Tetiba sat tadi ada pulak malaun sesat request nk add haku kat ym - using exactly the same nickname yang haku guna kat CARI.


Sempat chat sekejap dgn dia :

batiksendat (6/17/2009 10:39:53 AM): hai
raihan790 (6/17/2009 10:40:15 AM): sapalak ni?
batiksendat (6/17/2009 10:42:23 AM): aku le
raihan790 (6/17/2009 10:42:28 AM): yerla..sapa
raihan790 (6/17/2009 10:42:56 AM): apa motif ni?
batiksendat (6/17/2009 10:44:32 AM): la.. ko ni
raihan790 (6/17/2009 10:44:56 AM): apa motip pakai nickname sama cam aku?
batiksendat (6/17/2009 10:45:18 AM): apa nickname ko....
batiksendat (6/17/2009 10:45:28 AM): mana aku tahu ko punya nickname
raihan790 (6/17/2009 10:45:37 AM): apa motip ko add aku kat ym?
batiksendat (6/17/2009 10:45:59 AM): ko yang masuk kat aku
raihan790 (6/17/2009 10:46:12 AM): ko yg buzz aku dulu


Lepas tu dia senyap terus!


Apa motip ko ekk? Aku report Polis karang!





MY DAUGHTER

.
Ahad lagi. Babah pegi jemput atuk dan nenek kat USJ. [Paklang dah balik dari umrah, so atuk dan nenek dah abis duty jaga reta benda depa] Dia tinggal dgn mama. Bosan dok dlm umah. Dia membolos keluar masa mak dia nk sidai kain. Habis comot satu badan. Pulak tu, dia dh biyak dah time ni, tapi jenuh panggil nk ajak basuh biyak. Tanak! tanak!

OK fine... mama bagi chance main puas2 kat luar. Selipar dia dlm keta babah. So kaki ayam sajork.




Cat keta mama ker nak?



Bila dah lebam dan berpeluh sakan, pujuk ajak mandi lagi sekali, basuh biyak, tukar baju, bagi susu... dan....




She's about to doze off...