Pages

Powered By Blogger

Sunday, August 30, 2009

CERITA PUASA EDISI MERDEKA

.

Minggu Merdeka. Cuti 3 hari. Syok!

Dari minggu lepas PS dok kata Sabtuni kita bwk anak jalan2. Shopping raya [kononnya].

Dari pagi tadi PS cam moody saja [tak kan period kot!]. i ungkitla janji-janji manis dia. Kata nak pi jalan2. Dia boleh pandang i dgn muka kerek!

Dalam hati dah pikir2, kalau tak jadi pi harini, aku nk tipon Zalia Chayok nk join dia dgn Awin outing pi KL esok!

Heh.... PS akhirnya mengotakan janjinya [sebab dia dh seram tgok i tarik muka kot]. So, lepas Zohor bergegas keluar. Pegi The Curve saja. Masalahnya adik pompuan UKM ada kat umah. Tak jadi balik kg sbb tiket dh abis. Dan dia adalah ulat buku, takmo ikut kami outing. Apa masalahnya? Masalahnya kena balik bukak posa dgn dia lorrr. Tak kan zolim sgt nk biar dia kontang-kanting kat umah. Mana dia tau nk cari makanan di mana.

Kat Curve, hapah pon tak beli. Nak beli sandal utk Aisyah [yg bekenan di mata kami] dah takde saiz. Bagi can dia membuas dekat playarea depan Mothercare kejap, lepas tu pegi Tesco beli brg. Oiiiii... rasa mcm nk suruh PS dukung i tawww. Tak larat nk jalan. Siput khinzir [sempena bulan posa kena pakai perkataan paling sopan] pon jalan lagi laju dari i. Sekarang baru i sedar kenapa PS berat hati nk kuar jenjalan bawak bini buyong dia. Nak tolak stroller Aisyah pon rasa mcm nk putus urat perut. Mujur masa dlm Tesco Aisyah tak meraung nk kuar dari stroller.

Masa tgh kelam kabut 'Q' nak bayar kat Tesco, Oli talipon. Kesian dia dlm kesusahan, tapi otak kami laki bini 'jem' tak tau nk tolong macamana. PS tgh hulur brg kat cashier, i pulak tgh dok 'menenangkan' Aisyah yang tgh terkinja-kinja nk lompat turun dari stroller sbb dia nampak belon Barbie kat kedai magazine depan kaunter. Kenapa masatu tak terpikir suruh Oli tunda kereta kuar tol Rawang dan ajak dia bukak posa kat rumah kami? Padehal jarak rumah kami dgn Tol Rawang adalah sekentut shj!

Bila dh masuk kereta dan otak telah stabil, PS suh talipon Oli balik dan ajak dia bukak posa sama kat rumah. Tapi Saw family rupa-rupanya tgh sedap2 naik tow truck nak balik ke Pandan [tiba-tiba i rasa naik tow truck adalah sgt cool!]. Tak apalah, tak ada rezeki kami nk laga perut. Asalkan diorang selamat, kami dah lega. Pukul 6 lebih kuar dari Tesco, singgah Pasar Ramadhan kat Sungai Buloh utk tapau makanan bukak posa. Sampai rumah dah dekat pukul 7.

Lepas solat Maghrib, i sudah tak larat nk buat apa2. Pujuk Aisyah ajak tido awal dia takmo. Banyak kali dia 'kena' dgn i sbb dia takmo tido, tapi dok bising main dan nyanyi dgn Barney kat tepi cuping telinga i. Last2, PS pujuk ajak dia kuar tgok bola kat depan. Pukul 2 pagi, sedar2 Mencah dah mengkerekot tido kat sebelah i. Sian dia...

Kalau ikut nafsu serakah i, memang nk tido jer terus sampai pagi. Tapi... tapi... kena jugak bgn sbb nk masak sahur. Kuar bilik, tgok PS tgh dok ngadap bola tak abis2. Ketung-ketang, ketung-ketang.... dapatlah dua ni [campur nasik putih kira jadi 3 la]


Sotong dan kentang, tak tau masak apa nama. Bubuh jer segala jenis mak nenek sos, kicap yg ada. Daun bawang tu pon dah kering jer nampak. Bencilah, tiap kali i masak sotong mesti masin!




Ikan kerisi sumbangan Nenek Onah. Dia bagi ikan basah, so nak tak nak kena masak lorrr. Kang nnt PS perli i lagi... 3 ekor ikan bermakna 3 tahun dlm freezer. 5 ekor sotong bermakna 5 tahun akan duduk dlm freezer.

p/s : Setiap kali bersin, abdomen [apekah?] i sebelah kiri akan rasa sakit sgt. Kenapa dia mesti tangkap sebelah kiri? Kenapa bukan kanan? Kenapa bukan kat tgh2 perut. Urat bersin [apekah?] kita kat sebelah kiri ker? Sakit weihhh... masa masak tadi tah baper kali bersin, sakit betul la perut....

OK, dh 4.30 pagi. i belum solat Isyak, satgi nk kejutkan PS sahur plak [tu pon kalau dia larat nk bgn, kan baru jer dia masuk tido]

Selamat bersahur dan selamat menyambut kemerdekaan edisi ke 52!











Friday, August 28, 2009

DUTA TOPENG


.

Kawan-kawan semua dah dapat topeng?
[i pos hari Rabu, patutnya harini ada yg dh dpt. Harap2 posmen tak curik!]


Budak bertuah ni pakai 2 minit jer.
Wyra, aku rasa dia belajar buat posing ni dgn Kakak Mia lah!
[PEACE dia ada improvement sikit kan?]

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Pastu pandai pasang dan tanggal sendiri...

.
.
.
.
.
.
.
.
.

MR kesayangan korang!






BALIK KAMPUNG

.
I bz giler-giler-giler [bz buat Jualan Kecemasan kat Bizkizz]

So, layan gambar banyak-banyak boleh ekk?

Semuani masa benti rehat kat R&R Tapah.





Babah buat2 tenang baca paper, padehal tergoda tengok lollipop Aisyah :P












WAHAI PARA PEMENANG, SILA PILIH...


.

Oli, Nieza dan Del...

Sila pilih nak kotak kaler apa. Sapa cepat dia dapat.
Pastu, sila bagitau... baju raya anda kaler apa? Hehehe....



Apa dalam tu? Biarlah rahsia bak kata bini Datuk K. Hehehe...






Wednesday, August 26, 2009

CRONOLOGY FALSE ALARM


.
Semalam pegi PMC. Sampai sana dah pukul 1 lebih. Dr Ratna dah habis duty. So, terpaksa 'menyerah' jumpa Dr Zarul. Dia OK, hensem, baik, gentle... tapi i yang malu. Awww....


**********************************

Petang semalamnya [Ahad] kami baru sampai dari Parit Buntar. Perjalanan dgn kereta kontot agak hazab weh. Bergegar-gegar isi perut. Jalan dari Changkat Jering ke Kuala Kurau punyalah teruk. Lepas berbuka kat umah Nenek Onah, lebih kurang kol 8 mlm i pon angkat montot nak solat maghrib. Masuk bilik, ambik towel dan tukar apa yang patut.

Tiba-tiba darah i berderau sebab nampak darah kat seluar kecik [tapi seluar kecik i adalah besar hokay!]

Bisik kat PS. PS lak selamba.... 'Mak, Rehan kata ada kuar darah!'

Atuk Acan dan Nenek Onah pandang MR dgn muka cemas.

'Banyak ker?'

'Taklah...sikit jer mak. Takde apa2 kot kan?'

'Kamu ni kembar darah agaknya. Sakit apa2 tak?'

'Takde plak rasanya. Sakit pinggang tu biasala...'

i talipon mak kat kampung. Mak kata maybe sebab penat travel. Mak kata mlm ni beware. Takut turun tanda lagi.

So, lepas PS solat teraweh, kami 3 beranak balik Taman Bayu mcm biasa. Pukul 2 lebih, tgh tido tiba2 Mencah batuk. Macam biasa... kalau dia batuk semestinya muntah. i tak boleh bangun! Pinggang betul2 rasa mcm nk putus. Perut rasa keras. PS la yg kena bangun attend anak dara dia yang muntah selambak. i baring balik, then sambung tidur [dasar kuat tido, sakit2 pon boleh lelap]

Pukul 4.30 dgn penuh kepayahan, berjaya bangun siapkan sahur. Masa tu perut rasa memulas mcm kena senggugut. Rasa nak muntah, pening semua ada. Sedapkan hati lagi. Maybe sebab perut stress sbb nak bangun mengejut masa dengar Mencah batuk.

Tengah sahur, lepas sahur, masa solat subuh perut masih sakit. So, PS tak jadi pi keja. Ambik EL utk pi check-up. Dalam pukul 7 lebih, sambil sandar2 tengok TV, sakit perut tu hilang langsung. Bagitau PS, tak yah la pi PMC [i nak sambung tidur kekdahnya hahaha]

PS kata jgn dok mengada. Pi jugak. Takut apa2 hal plak nanti. Tapi kita tidur dulu! [sekarang anda tahu, kami laki bini sama naik kuat tidur]

So, 3 beranak sambung tidur dari kol 7.30 sampai 10.30 pagi. Heaven okeh!

Bgn tidur, perut dah takde rasa memulas [tapi sakit pinggang tu standardla kann]


*****************************************

Di PMC.

Haku memang suspen sokmo kalau kena jumpa Dr Zarul ni. Dengan muka serius, dia soal siasat.
Lepas tu suruh baring, cek perut segala.

So, Puan skang dah 36 weeks
[padehal kalau ikut kalendar yg i kira sendiri baru 35 minggu]

Bleeding maybe sebab rahim dah mula bersedia utk melahirkan.

Berat baby lebih kurang 3 kg - dia main agak jer. Tak scan pon.
[padehal minggu lepas Dr Ratna kata baby baru dlm 2.4 kg]

Kaki ada bengkak sikit
[Mana ada bengkak, kaki i memang gemukla!]

So, Puan kena buat CTG sbb kita nk tgok condition baby kat dalam. Kalau semua OK, Puan boleh balik dan datang semula 29 hb ni [kalau takde apa2 sakit, kami laki bini dah plan takmau pi - nak pi shopping baju raya. Hahaha] Kalau hasil CTG sebaliknya, kita tengok apa yang perlu kita buat lepas ni [ayat ni yg buat bulu roma i meremang]

So, terbaringlah MR di atas katil kecik sambil diikat perutnya. [nurse tu sampai kata, mujur ngam2 katil ni dgn akak] Kecik giler katil tu taww!]

Tiba2 ada lak adegan suspen, kat bilik sebelah [hanya dipisahkan dgn tirai] masuk plak sorang budak yg tgh demam panas sampai berdarah2 hidung. Sebijik-sejibon kami dengar apa yg misi dok ckp dan buat kat dia. Kena ambik darah utk check selsema oink-oink okeh!

Nauzubillah....

Dlm setengah jam, selesai CTG. Dan resultnya adalah BAIK. So, boleh balik. Yahoooo! [paling happy sebab tak kena seluk] Rugila... dah pukul 2 baru nak seluk-seluk kan? Kalau dari awal syok gak... leh bantai mkn siap2. Hehehehe.

Dari PMC, bergegas pi jumpa supplier utk ambik topeng muka. Balik umah, kepenatan dan kedahagaan. Dan rutin mcm semalam diteruskan. Tunggu PS balik teraweh, barulah kami 3 beranak balik Tmn Bayu. Kenapa mesti buker kat umah Nenek Onah hari2?

Sebab jalan menghala ke Tmn Bayu adalah JEM YANG SANGAT HAZAB!!! Kalau dah pukul 5 ptg, kompomla bukak posa dlm keter. Maghrib kemana, terwaeh kemana!

So, adalah sgt heaven.... memakan masakan ibu mertua sewaktu berbuka dan dengan tak malunya menapau lauk utk bersahur di pagi esoknya [Menantu Lindungan Kaabah hokeh!]






JUALAN KECEMASAN


.

Kat Bizkizz ada jualan kecemasan, CLEARANCE sempena nak beranak.

Kasihanilah MR weh...
kang ada aku berpantang dalam timbunan brooch plak karanggg....

[sila klik banner di bawah tanpa ragu-ragu]





TOPENG MUKA


.
1 - MR punya - SETEL
2 - Sweetdarling - RD020497669MY
3 - Del - RD020497672MY
4 - Tini - RD020497656MY
5 - Zana - Address?
6 - Lela - Address?
7 - Zalia - SETEL
8 - Zalia - SETEL
9 - Nurulja - Address?
10 - Izan spdc - RD020497686MY

Selamat Bertopeng!




Monday, August 24, 2009

FALSE ALARM? ATAU APEKAH?


.
Adakah kerana kepenatan dalam perjalanan? Almaklum, naik keter kontot, bergegar-gegar perut i. Absorber keta pon mcm dah 'haus' sbb MR berat sgt[ayat tak sayang mulut dari PS].

Atau mungkin sebab terlebih makan?

Atau mungkinkah sebab MR memang dah nak beranak?
.
.
.
.
.
.

Lepas berbuka tadi, nak solat, masuk bilik air nk wudhuk... adalah setitis darah di atas spender lebau i. Kepochi kat PS, Nenek Onah, Mak MR .... kita tunggu dan lihat.

Esok adalah pegi check-up. Esok PS standby, kalau perlu dia kena EL.

Esok i nak pi ambik facemask yg i dah bayar kat supplier... dan nak pos kat kawan2 yg dah sama2 carpool beli facemask tersebut. Harap2, esok i tak kena warded lah. At least harap2 i sempat pos dulu facemask tu. So, those yg dah book facemask, sila bagi address dan no phone anda ke email berikut : raihan790@yahoo.com

Doakan semuanya selamat dan sejahtera.





Baru 35 minggu. Tak kan terlalu awal kannn?




KHABAR DARI KAMPUNG


.
Mak sihat.
Ayah sihat.
Ayam-ayam sihat.
Kucing-kucing sihat.

Kami 3 beranak? Alhamdulillah, sihat walafiat.

Makan mcm tak ingat dunia [esp. MR]

Kita sambung kemudian, nk siap2 solat asar dan bergegas ke rumah Nenek Onah. Berbuka di sana [Menantu Lindungan Kaabah kan, bertandang umah Mak Mertua ngam-ngam time bukak poser - sila jangan contohi]

p/s : Siti Sifir, hanya mampu memandang kedai spek anda dari kejauhan. Nak singgah tak daya, dh lewat mlm dan cuaca pulak asyik hujan. [Kalau jumpa pon, bukan boleh nk pow awak belanja kat Nasik Kandar Salih tu, van nasik kandar dah takde time tu]. Kalau tak, boleh kita main laga perut kan? :P

Selamat Berbuka dan berteraweh....




Friday, August 21, 2009

PULUT, SANTAN, DURIAN DAN KOPI O



.

Gambar dipinjam di sini



Pagi ini adalah sangat terharu [meniru gaya penulisan Zalia Chayok].
Adalah masuk lambat ke opis.
Adalah juga lambat hantar Aisyah ke rumah Nenek.

Tatkala sampai umah Nenek Onah, adalah Nenek Onah bertanya :
'Kenapa lambat? Kan mak kata nk masak pulut....'

Makcik Rehan adalah tiba-tiba tersentak!

*********************************************

Semalamnya, masa ambik Aisyah di ptg hari, Nenek Onah bagitau...
'An, esok mak nk masak pulut santan dgn durian tau'

i adalah sgt suka [i hantu pulut....]

Dalam hati dok kata, balik keja petang esok aku nk belasah mkn puas2 sebelum posa.


**************************************************

Rupa-rupanya, pagini Nenek Onah bangun pagi2 buta utk masak pulut durian tu sebagai sarapan. Dan dia menunggu ketibaan menantu boncitnya [satu2nya anak-menantu yg kuat mkn dan hantu pulut] sepanjang pagi tadi untuk bersarapan pulut durian dan air kopi O.

i mana tau dia nk masak pulut tu pagini. i ingat dia nk masak utk minum petang. Kalau i tau dia nk masak pagini, sumpah i rela bgn awal pagi dan heret Mencah masuk keter utk cepat2 pi sarapan umah nenek. Dan sumpah jugak i tak minum nescafe 3-in-1 sampai satu gelas besar dan semangkuk honey cornflakes!

**********************************************************

i rasa mcm nk mengalir air mata nampak pulut, santan, durian dan seteko air kopi O kaww terhidang di atas meja.
'Tak nak makan dulu ker? Tak pon bawak la bekal mkn di opis....'
Aiyooo... rasa nk berlari dan memeluk ibu mertuaku itu
[ok, agak keterlaluan di situ]

Perut i sgt kenyang. Tapi adalah tak sampai hati nk mengecewakan hati si ibu [cewahhh]. Lantas dgn tak malu, mengambil pinggan dan mengadap meja makan. Badan i besar kan, perut i pon besar, maka selera pon besar jugaklah. Nak bawak bekal adalah tak relevan sebab pagini i ada kelas pagi. Lagipon MAKAN DURIAN di opis yang tertutup adalah satu tindakan yg kurang bijak.

Kesannya, pagi ini i adalah sgt kenyang. Dan petang ni pulak dah terbayang makan pulut tersebut bersama rendang ayam pula. Tadi, masa i tgh mengadap mkn, Nenek Onah tengah goreng kerisik... nk buat rendang.

i tauuu... kalau laki i baca entry ni mesti dia geleng kepala. Nak buat macamana bang, 'menantu lindungan kaabah' lah katakannn....









YANG INI KOMPOM ADA MOTIF!


.
Sebab kat sini i nak umumkan pemenang contest SAYA, SOMI SAYA dan BELOG SAYA haritu. Akhirnya... selesai juga tanggungjawab i kann... maaf yer kengkawan, lambat buat keputusan.

Setelah dikaji-kaji sedalamnya, saya memilih 3 blogger berikut untuk diberikan sedikit penghargaan [hadiah yang tak seberapa tajaan Bizkizz]

Mereka adalah :
Nieza, Oli dan Del

Sebab apa mereka terpilih? Sebab...

Kreativiti dan kisah ditonjolkan. Kesediaan mereka berkongsi cerita dan sejauhmana nilai dan pengaruh belog terhadap mereka dan org2 disekeliling mereka. Kisah mereka unik, menyentuh perasaan, kelakar dan jujur. Walaupon mereka-mereka ini sahabat baik saya, ada byk perkara yang saya tak tau tentang mereka dapat saya ketahui bila membaca entry tersebut. Melalui entry mereka jugak, saya mengukur kembali sejauhmana keterbabasan saya [dasat giler perkataan aku guna] apabila bercerita perihal keluarga.

Terima kasih kepada semua yang telah berkongsi cerita. Semuanya adalah owesome!



Thursday, August 20, 2009

FACE MASK -DAH CUKUP KOREM-

.
Buat sesiapa yang kepochi mcm Makcik Rehan, risau dgn gejala selsema oink oink nih... i ada jual face mask seperti dibawah. Yang ni jenis 3-ply.

Harga sekotak (50 pcs) = RM25 (tak masuk postage)
*Reg post dlm rm3-4, bergantung kpd berat brg.
*Poslaju RM7, pon ikut berat.

Kiranya, sekeping 5 kupang jerla. Kalau kat Guardian Pharmacy [my SIL keje sana], 10 pcs adalah RM13.90. Wohooo...mahal. Dah ada face mask ni, nanti senang kita nk pi ronda-ronda kat pasar ramadhan, pastu nnt nk layan buffet bukak posa kat hotel lagi... nk pi open house lagi...kekekek.




Buat masani Makcik Rehan ada 10 kotak saja. So, sapa cepat, dia dapat.


Sekian, info kesihatan dibawakan oleh Makcik Rehan. Hehehe.

1 - MR punya
2 - Sweetdarling
3 - Del
4 - Tini
5 - Zana
6 - Lela
7 - Zalia
8 - Zalia
9 - Nurulja
10 - Izan spdc


p/s : Kawan-kawan, barang akan di pos pada hari Isnin atau selewat-lewatnya hari Selasa. InsyaAllah. Sebabnya, stok 10 kotak yg i dah BOOKED semalam sudah habis [maklumlah, org lain beli sampai 2,3 ribu kotak... i jer yg carpool dgn kengkawan beli 10 kotak yg sgt ciput]

Jgn bayar dulu la weh, nanti i timbang berat brg kat Pej Pos, baru i bagitau berapa kos pos yg sebenar. Rasanya tak sampai rm3 sebab brgni ringan jerk. Ini bukan business pon, ini adalah CARPOOL beli sama-sama bagi ibu2 yg tatau mana nk cari stok facemask mcm i yg duduk di Ulu Banat. Huhuhu...


BETUL-BETUL TAKDE MOTIF


.
Ibuk2 semua dah beli baju raya anak2?

Aper kaler tema?
[Belilah brooch dgn i utk melengkapkan gaya sedondon u oll - sempat lagi tu!]

Kasut raya?

Berapa bajet duit raya nk sadoqah jariah utk tahun ni?

Raya dimana?
[soalan panas ni... baik korang start bodek2, buat baik dgn En Somi memasing] Untung2, dapat balik beraya kat kampung kita.

Errr... tak patut betulla. Posa pon belum, dah kepoh hal raya.

SELAMAT BERPUASA kpd seluruh muslimin dan muslimat [yg membaca belog ini]
Maafkan salah silap saya yakni Makcik Rehan, Somi saya yakni Pakcik Sepol, dan anak saya yakni Aisyah kalau ada salah silap, terlanjur kata.

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kerahmatan utk kita semua. InsyaAllah.





Wednesday, August 19, 2009

HAMPIR JUMPA MOTIF


.

Takde kena mengena dgn tajuk. Harap maklum.

Oleh sebab entry sebelum ni cerita pasal mandi, i nk sambung lagi pasal mandi. Kalau tadi mandi dgn Nenek, ini pulak mandi sendiri.



Photobucket


Photobucket
Gigi 2 batang!


Photobucket


Photobucket

Apa pandang2? Ada utang ka?







MASIH BELUM ADA MOTIF


.
Harini pon MR blur lagi. Takde bahan nk buat entry. Jomlah mengenang memori silam bersama Mencah dan Nenek Onah. Tengoklah.. bertuah punya menantu kan? Mak Mertua yg sakit lutut tu gigihla mandikan cucu... yg omaknya sedap2 plak jadi mamarazzi snap2 gambo. Padehal masani si Mencah dah 'keras' dah. Kepala pon dah tegak... Plak tu masani is weekend. Sah2 la aku tak keje kan. Bukan patutnya aku yg mandikan si Mencah ni ker? [soklan ni ditujukan kpd sapa ntah!]

Kang baby no 2 ni rasakan la MR. Hazab la ko nk buat semuanya sendiri. Dahla gatal2 nk berpatang di pangkuan suami [ceh, ayat tak boleh blah!]. Pandai2 ko la nk uruskan baby ko nanti. Dengan Mencah yg super active mcm powerfpuff girl tu dah satu hal...

Nenek Onah ada lagu khas tau sambil dia mandikan baby. i dah lupa camana lagutu. Tiap kali ada cucu baru lahir yg dia mandikan, barulah iramani berkumandang. Satu kampung boleh dengar dia nyanyi. Nanti jiran2 sebelah umah pakat mai terpa kat tepi pagar bila dengar Nenek Onah nyanyi.

Badak-badak, mintak badan!
Gajah-gajah, mintak kuat!

something like that la liriknya...


Photobucket



Photobucket
Si *botak* [Del, dah tukar] ni tak meragam masa mandi. Syok kot, air suam kan...



Photobucket
Dah siap sabun, bilas.. tiup lubang telinga kiri-kanan...



Photobucket
Syok nyer....



Photobucket
Taraaaaa! Dah siap...


Hazab tak hazab aku weh, dah org mandikan anak... baju pon org jugak pakaikan. [ko buat apa MR?] Menantu lindungan kaabah betoooiiii....







Tuesday, August 18, 2009

TANPA MOTIF LAGI

.
-Entry ni terpaksa diterbitkan sebab MR dah tadak idea nk tulis apa, tapi still gatal tgn nk update sebab nk menggerakkan dana 16K dia-


.
Sekali-sekala di kala bulan mengambag, i akan log-in masuk fesbuk. Orang lain sakan dok menternaklah... bercucuk tanamlah... MR ni kan pompuan tua... i tak getilah semua2 tu...

Yang i geti adalah cuci mata tengok gambar sahaja.

Gambar ni Ani si Ibu Yasmin yg upload. Berkeping-keping gambar yg ditepeknya tapi semuanya ala2 halimunan. Bergegar! Awat jadi lagutu Ani? Dah mcm org bunian kita semua dlm gambar2 tu.

Dalam banyak2 gambar kita ramai2, yg ini yg kira boleh tahan clear. Tu pon muka MR mandommm jerk. Muka Ani lak cam samseng tak puas hati sebab muka dia hujung sekali [nyaris2 tak masuk dlm gambar] Yang si Israa pulak, tetiba plak dia sorang yg berdiri. Sebelah bibik lak tu. Tak pasal2 dia pon nampak mcm bibik! Hehehe... jgn marah Is...

Si Mencah, tak padan dgn kecik, *botak* [Del, dah tukar]... ada hati nk menekel anak principal Intan! [tengok tgn dia dok mengawai nk kacau Zariff] Pandai ko yer nak... nk menekel anak org kaya semedanggggg....



Ex-Mak Yong sekalian, sapa yg muka dia ada dlm gambar ni sila angkat tangan!




ADAKAH INI DIKIRA MENGIDAM?


.
Selamani MR bukan jenis mengidam. Selama mengandung, tak penah pulak sampai tahap teringin giler-giler nk makan sesuatu.

Tetapi....,


Sejak 2,3 menjak ni, Makcik Rehan adalah sangat2 suka mengunyah air batu! Dan mlm tadi adalah kemuncaknya. i tak boleh tidur asyik terbayang keseronokan mengunyah air batu. Bukan air batu yg cube mcm kat umah tu, yang tu tak best. i suka yg mcm kita minum kat kedai2 tu. Air batu yg berlubang mcm silinder tu.


Gambar hiasan.


[sambil menaip entry ini, i sedang berangan konon2 sedang mengunyah air batu]

Tak elok kan? PS pon tak bagi. Dia kata nnt kulit baby menggelupas. Tapi, masa Aisyah dulu, i takde la suka mkn air batu - tapi kulit dia menggelupas juga [ayat seorang pompuan degil]

Petangni nak beli air batu berlubang! Tak kira. Nak jugak!
[lagi best kalau dpt air batu yang size kecik2 tu - rangup!]




Monday, August 17, 2009

SAYA SANGAT SIBUK


.
Tajuk sungguh tak bley blah kan?

Apa sangatla yg aku sibukkan 3,4 harini. Jangan kecik hati ye kawan2, i tak ngomel2 kat kotak jerit belog u oll. Tapi i still ronda-ronda. Baca cepat2 ambik isi penting. Sibuk sikit lately [lagi sekali, nk muntah rasa bila tulis ayatni]

Tima kasih kpd mereka2 yg jerit2 manja di kotak jerit/ komen i. I sempat baca tapi tak sempat nk reply sbb sibuk sikit lately [okeh, kalini betul2 nk muntah]

Pagi tadi i pegi bertandang ke Tg Malim lagi. Dating dgn Puan Zalia Chayok lagi. Jumaat dating, Sabtu dating, Isnin pon dating lagi. Kekeke. Ko tengok aku, aku tengok ko. Ini jerlah kawan aku yang paling dekat dan relevan untuk dijumpa selalu. Dah kamini duduk kat Ulu Banat kannn.... Ada taklimat [taklimat???] SSM kat PID dia. Dan, dgn vangganyerr.. nk bitau, Bizkizz sekarang beroperasi secara sah di sisi undang2 perniagaan syarikat Malaysia. Sudah register marrr... hehehe.

Register Bizkizz adalah tak sampai 15 minit. Selebihnya apa kes?

Muahahahahaha.....

Sampai ke Tg Malim, adalah wajib ke Restoran Sri Melur - menambah lemak dan kalori sedikit sebanyak [tak sikit weh, banyakkkk!] Selalu tu dok bantai mee goreng mamak jer semedang, kalini tukar sikit. Nasik beriyani okeh! [mampuih kalau PS baca nih - balik keje ptg tadi i belakon ala2 sgt lapar mcm org tak sempat lunch, so dia belikan mee bandung utk bini buyong dia nih] Tima kasih Zalia Chayok sebab belanja i mkn nasik beryani ittew [bayar zakat perniagaan kekdahnya, untung ribu-riban kannn...hehehe]

Balik semula ke PID pukul 3 ptg, dan bertugas [cewwahhh!] seperti biasa.

Yerrrrr... yerrrr.. saya masih belum pilih pemenang contest... saya ingat. Inilah part yg paling hazab bila gatal tgn pi buat contest kan. Bukan malas atau kedekut nk bagi hadiah, tetapi adalah sangat tak sanggup nk pilih pemenang. Karangan peserta hebat2 belaka! Macamana nk pilih 3 yang ter'best' dalam semua2 penyertaan yg begitu sempoi itu?

Akan diusahakan secepat mungkin - boleh melaram di hari raya nanti kannn....









MERAH JAMBU


.
Melalak berguling depan kedai nk menatang ulat bulu kaler merah jambu ni. Sebab tak jumpa caterpillar kaler hijau mcm yg dia main masa kat Besday Kalep.

Nak merah jambu!

Nak merah jambu!

Si Tabis Ungu dah dilupakan....






Semakin terserlah 'kewanitaan' budak ni skang. Pantang nampak mender kaler pink, semua pon dia bekenan. Baju T-Shirt DORA tu jgn cerita la. Kalau boleh nk pakai hari-hari. Tiap kali lepas mandi mesti mintak nk pakai baju Dora.





Sunday, August 16, 2009

MARI MERENDEK

.

Panjat naik sendiri okeh! Pastu mintak duit kat Mak Pak dia...






DARI SG BULOH KE TG MALIM

.

.
Seperti yang dirancang, kami ke PMC. Qada' balik appointment last week dgn Dr Ratna. Aisyah menangis masa mula2 nk masuk klinik. Tapi, lepas bawak main kat indoor playground dlm tu... LUPA DARATAN jadinya. Bila masuk dlm bilik doc pon dia dah tak nangis dah mcm selalu. Padehal Dr Ratna siap pakai face mask. Maybe sbb doktor pompuan kan... tak scary mcm Dr Bhagwant Singh. Hehehe.

Selesai di PMC, kami berdesup pulak ke Tg Malim. Rasa mcm dah separuh jalan nk balik kampung jer. MR dgn Mencah jadi mem bantai tido sepanjang jalan. Kesian PS layan highway sorang-sorang.


i nak tunjuk makanan sederet yg kami balun semalam. Otai Rawang dan Taukey Brooch Tg Malim dok terpacak lak kat situ. Kasi can la depa 'enterprem' sikittt...




Ni anak sapalah ni... dok practise buat cakaran harimau pulak dia... :P



Budakni membuas sampai nk terlepas sempadan. Pergi merambu sampai masuk pagar rumah org lain. Sebijik cam perangai Babah dia. Kuat merambu kecik-kecik dulu. Tak caya, tanya Nenek Onah!



Cubaan menekel Awek Rawang oleh Abg Kalep kurang berhasil. Anak MR memang tak heran nk bergambar kalau dah syok main.



Abg Kalep dh terer buat PEACE. Aisyah nan ado. Dok sibuk mengkelek caterpillar hijau tu. Semua mainan yg dia suka adalah nk bawak balik sebagai mainan sendiri. Hadoihh.... Kerana caterpillar tu, kami terpaksa round satu Tg Malim nk belikan jugak satu utk dia. Selagi tak berenti kat kedai, dia bantai merengek, merajuk dlm keter.


Happy Advance Buffday to Muhammad Khaleef Aisy. Dah dapat motor besar, jgn jadi mat rempit lak tau... Sakit jantung Mummy nanti. Hehehe.





Friday, August 14, 2009

34 MINGGU : APA YANG SAYA FIKIRKAN?


.
Kalau ikut jadual, lagi 6 minggu akan melahirkan adik Aisyah.




Apalah nasib saya kali ini agaknya. Aisyah dulu overdue, dok berpusing2 takmau turun kepala ke bawah. Yang ni nampak gaya memang dah masuk ambik tiket 'highway' tinggal nk 'exit' jer lagi. Berdebar-debar rasa di hati! [macam lirik lagu pulak, tapi lupa tajuk lagu tersebut]

Esok ada check-up kat PMC. Patutnya last week, ngelatttt. Terlampau senang hati berehat-rehat di rumah sampai malas nk kuar pegi check-up. Tapi esok memang wajib pegi.

Eh, dah kena siapkan baby bag letak dlm keter ke ekk? Just in case...
[aiyoo.. jgn beranak kat Sepital KKB sudah lorrr...]

Eh, kata nk ber 'cloth diapering', CD dan insert haritu tak prewash pon lagi!
Apa kes ni Makcik Rehan?

Jamu [ubat] nk makan masa pantang pon belum beli. Nak beli brand apa ekk? Rasa mcm nk try HPA [Mak sure bangga kalau tau ni. Sebab dia adalah penyokong tegar HPA]. Kalau tak HPA pon, maybe Nona Roguy kot [tapi khabarnya mahal la pulokkk]

Bengkung tali berselirat tu [hazab giler nak pakai, sbb tu i jarang pakai masa Mencah dulu. hehehe] mak dh bawakan dari kampung. Tapi besi tungku belum ambik kat kampung [tak sampai hati suh mak bawak naik ketapi haritu].

Air Yassin ayah dah buatkan 2 botol.

Air selusuh pon ayah dah buatkan. [harap kalini i tak kena maki dgn misi sebab bawak air selusuh masuk wad bersalin]

Air zam-zam pon Nenek Onah dah simpankan [Abg ipar bawak balik dari umrah haritu]

Ayah kata, nanti kalau baby kena jaundice [demam kuning - nauzubillah] ayah akan buatkan air jugak. Ayah bukanlah bomoh keliwon, buat air penawar sedikit-sebanyak tu pandai jugaklah sesikit. Hasil pergaulan dengan ustaz2 kat kampung kan... kutip ilmu serba sedikit [tetiba entry ni ala2 mempromote bapak sendiri pulak]

Mak bidan dah ada 3 options :
1. Mak sedara Ani si Ibu Yasmin [panggil Mak Tua ekk Ani?]
2. Makcik Normah Batu Arang
3. Bonda Selayang [yg ni SIL biasa guna khidmat dia]

Kalau beranak time raya, masalah paling utama adalah : SAPA NAK JAGA MR? At least masa 2 minggu yang pertama. Lepastu InsyaAllah i'll be able to take care of myself. Sampai skang i belum jumpa bibik 2 bulan. Mak kata dia takmau raya kat KL, dia suh i yg balik beranak kat kampung. Yang lucunya, mak ayah i kata, sejak duduk umah sendiri, MR dah tak nak balik kampung. Itu adalah sangat TIDAK BENAR wahai ayah dan ibuku. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat diberanakkan. [dan perenggan ini pulak berbunyi seperti luahan hati seorang anak yang telah dgn tidak sengaja membuatkan mak pak dia merajuk sbb dia dah lama tak balik kampung]

Kami jarang balik kampung sekarangni sebab Mak dan Ayah dah selalu dtg KL. Dalam sebulan dua ni rasanya dah 3,4 kali ayah dan mak dtg KL kan? Mula2 turun-naik Sabah, lepas tu adik masuk UKM, lepastu kenduri Mat Pijun dan akan dtg sekali lagi mai KL sbb Mat pijun nk fly pegi Egypt. [apa motif i tulis benda2 ni semua?]

Anyway, i sudahpon apply cuti 2 hari... kami akan berbuka puasa 1st day di Parit Buntaq! Yeehaaa.... Pagi tadi masa ayah talipon, bila bagitau kata kami nak balik puasa kat kampung, suara dia adalah tersgt happy! [tiba2 rasa mcm nak mengalir air mata pula]

Saya bukan tidak mahu berpantang di kampung, saya sebenarnya mahu berada dekat dgn suami saya [agak manja disitu kan, sila muntah belahak] Saya mahu perbetulkan kesilapan teknikal masa berpantangkan Aisyah dulu. Malu la nk tulis kat sini, apa kesalahan teknikal saya dulu. Takut hangat2 taik burung lelayang pulak jadinya. keh keh keh.... Kita tunggu dan lihat sahajalah yaa...


Mari kita mengenang kembali memori bersama Aisyah dolu-dolu [sila berasa syahdu]



Photobucket
Aisyah dan Tok Ayah.



Photobucket
Aisyah dan Maktok.



Photobucket
Aisyah dan Babah.


Sekian entry berbaur sentimental untuk hari ini.


Selamat berhujung minggu ya!

Psssstttt... SitiSifir, adakah benar apa yang kusangkakan???
Apekah? Apekah sudah nak masuk 5?







Thursday, August 13, 2009

TAMAN KERUING DAH DATANG....


.
Cepatla dpt ganti assistant weh... haku paling meluat taip surat AJK Penduduk Taman Keruing nih. Eeeeiiii.... nk menaip surat rasmi 2 muka surat pon nk upah jugak kewwrrrr....







TRIBUTE TO NIEZA & DEL ONLINE SHOP

.
Kalau bukan kawan yang tolong kawan, tak kan nk harap lawan plak kan?
[apa aku ckp ni?]

MR disini, pada pagi yg mulia ini adalah untuk mempromosi kedai kawan baek dia, seorang Mak Budak yg amatlah obses dgn Breastfeeding dan Cloth Diapering.

Sila kelik-kelik di sini. [sambil kelik iklan Nuffnang dia juga ya!]


Ini bukan napkin nak lap mulut okeh! Ini namanya CD insert. Kita sumbat bubuh dlm pocket diaper utk serap 'pembuangan' baby. [betulkan Nieza?]



Yg ini pulak bukan handphone pouch tawww. Ini wet bag [santek giler... colourful!]. Guna utk isi CD yang telah digunakan. Sesuai la kalau nk bekalkan kat nursery atau babysitter. Jerut jer dgn tali tu, so unpleasant odour pon tak tersebar di alam maya. Mudah dan sungguh paraktikal kan?


Inilah dia main productnya. Pocket CD. Macam2 kaler ada. Sangat mudah nak guna. Tup-tap pasang button, and your baby is ready to explore his/her world!




Other color options. All are soooo nice!

For those yang berada di area Selatan [Johore, Melaka or even Singapore], u can also deal with her reseller - Del.

Ini belog Del. Sila kelik-kelik sini ya...

Dekat belog Del, anda boleh belajar step-by-step cara2 yg betul nk cuci Cloth Diaper. Siap ada gambar lagi okeh! [buat peniaga2 online yg lain, sila jgn cilok gambar2 beliau okeh!]

Contact them at these numbers for further consultations and discounts
[hehehe..mati aku... memandai jerk!]
Nieza : 013-3430042
Del : 017 - 7531012

So mommies, happy cloth diapering ya!







Wednesday, August 12, 2009

SAYER AISYAH


.
Aisyah sekarang selalu kuarkan ayat-ayat skema. Membahasakan dirinya SAYA.

Dia nampak anak2 jiran sebelah main kat luar, dia jerit :
Hai kakak..... Sayer Aisyah!

Dia tunjuk kesan muntah kat bantal :
Sayer muntah!

Bercakap sorang-sorang :
Ni mak sayer, ni babah sayer...

Ada satu scene yg buatkan i betul2 terharu. Satu pagitu, masa tergopoh-gapah nk pegi umah nenek, MR suh dia masuk dlm keta dulu sementara i nk kunci grill. Tetiba tah camana, jari tembun i tersepit kat celah grill
(sikit jer pon, tak la sakit tara mana) Tapi i ala2 terjerit manja : Aduih!

Tiba-tiba terdengar suara si kecik kat belakang, sambil memegang kaki i :
Mama tak apa-apa?

Toleh belakang, rasa cam nk menangis terharu tengok dia dia tgh pandang kita dgn muka yg penuh kerisauan. Alololololo... bapak ko pon belum tentu concern cam gini sekali nakkk... [Pakcik Sepol, sila ambil perhatian okeh!]

Pastu bila dlm keter, kalau dia membuas nak kuar dari car seat, MR selalu cuba nk takut2kan dia... Eeeeiii..tengok tu...gelapnya kat luar tu...Mama takutlah... Aisyah dok diam2.... Mama takut....

Tau apa budak bertuah ni jawab :
Jangan risau mama..... sambil melintuk kat tgn kita [konon2 nk comfort kita, jgn takut tgok gelap kat luar tu]

Pastu, everytime kalau kita break keta agak mengejut, kitani konon sajerla nk check condition dia. Sajerla pegang badan dia takut tertomoih ke depan kan... Dia boleh ckp camni plak...
Sayer tak apa-apa mama.....

Inilah hasil didikan si Darby dlm My Friends Tigger and Pooh versi BM






MAK BESAR DAN SI HIDUNG BESAR


.
Sudah tiba masanya untuk kami menggedik lagi. [kan jarang2 sekali kami buat aksi gerdixx mcm ni]

Susah tau nk ajak Mencah tangkap gambar buat aksi mengada-ngada mcm ni. Lanjutan dari keseronokan kami bercanda tanpa gangguan semalam, inilah hasilnya.




Hehehe... gambar Mak Besar kena editla sikit. Udahla bulat ngalahkan Siti Tanjung Perak, rambut serabai lak tu... tak manis dipandang kekdahnya [padehalnya, malu nk tepek gambar huduh diri-sendiri]









Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker