Pages

Powered By Blogger

Friday, October 30, 2009

40 HARI vs 99 HARI





Harini adalah hari ke-40. Last day pantang [pantang la sangattt]. Esok boleh rock n roll dah [selamani aku nasyid ker pon?] Rasa macam lega jer. Hazab aku menunggu nk ngabihkan 40 harini.

Tapi... tapi... tapi...

Baru jer nak berdangdut bagai... lusa Makcik dah terikat dengan PANTANG lain pulak. Lagi dahsyat punya pantang! Kalau 40 hari pon terseksa jiwa-raga-bakul aku nk katamkan, inikan pulak 99 hari. Apekah??

Jadi, kenalah Makcik bagi amaran siap2 kat makhluk2 disekeliling Makcik.
  • Jangan mempamerkan visual-visual yang boleh menaikkan selera makan Makcik! [PS]
  • Jangan bikin Makcik naik marah [hatta sebesar kuman] Ingat, orang lapar kalau marah buruk akibatnya. [Mencah]
  • Jangan mengemukakan soalan-soalan kurang cerdik kat Makcik. Contohnya : Berapa kali Makcik garu kepala untuk hari ini? [Student-student PID]

Cukup dulu untuk kali ini. Amaran-amaran lain bakal menyusul berdasarkan situasi semasa.

BREASTFEEDING : ACCESSORIES LAGI






Lagi dan lagi aksesori. Menyusukan anak kecil memberikan anda 1000 satu alasan untuk mendapatkan benda2 comel seperti ini. [Dalam erti kata lain, menghabiskan wang hengget suami anda]
1. Nursing cover - cantik2 okeh. Kalau anda seorang yang gemar berpesen-pesen [definitely not me!] anda boleh mendapatkan 3,4 atau lebih nursing cover untuk disesuaikan dgn outfit anda setiap kali anda keluar berpeleseran berpergian.







Makcik tak kisah kalau korang nak imaginekan pompuan yg cantek ittew sebagai Makcik yang sedang menyusukan Asyraf. And Aisyah is accompanying us! [tak hagak2, rambut blonde tu!]



2. Nursing dress - Juga bukan untuk si boyak seperti Makcik. Tapi sapa tau, 3 bulan lagi  lepas 99HTN i can fit into any of this! Hohohoho [sila tahan muntah!]






3. Diaper bag - Melengkapkan gaya anda ketika berpeleseran berpergian. Membikin ibuk-ibuk yang kurang mampus mampu mcm Makcik ni merembessss



Thursday, October 29, 2009

SAKIT GUSI



.
Mlm tadi sakit gigi. Sat tadi dah pi cabut. Eh, makin canggih teknoloi gigi [apekah?] sekarang. Cabut gigi sekarang dah tak sakit dan horror macam zaman sekolah dulu. Ingat lagi masa 1st time cabut gigi geraham, sampai bergegar-gegar kerusi yang Makcik duduk punya sakan doktor dan misi-misi punya dok honggak kepala aku nak cabut gigi tu.

Tadi Makcik dah jadi mcm budak-budak balik. Gerun giler. Sib baik doktor tu pakai face mask, kalau tak sure Makcik boleh nampak jelas doktor tu tersengih-sengih tengok gelagat Makcik yang gabra nak cabut gigi. Siap tanya pasal urat saraf, mata, otak, hidung bagai!

Sedar-sedar dah kena inject. Sedar-sedar dah kebas. Sedar-sedar dah cabut.

Sedar-sedar dah ada kat depan laptop kat umah!

Dan tadi dah makan ubat tahan sakit [walaupon tak rasa sakit] Tapi sebelum sakit tu datang, baik Makcik telan ubat siap-siap. Karang, hilang sakit gigi... sakit gusi lak yang datang.

Doktor suruh berehat :P
Selamat Malam [eh, malam?] Makcik nak masuk tido [berehat]
Nanti kalau rajin Makcik snap gambar gigi bungsu buruk hitam berkarat tu.
Sila jgn baca entry tersebut sambil makan.

Daaa!



Wednesday, October 28, 2009

SAKIT GIGI

.

Sudah 3 hari. Ptg td dah tak tahan [asyik telan panadol], pegi jumpak dentist. Ingatkan nk cabut, tp doc kata gigi tu elok lagi - masih boleh ditampal. So, melayang rm70 [nyesal tak jadi doktor gigi!] utk tampal gigi.

Dan sekarang [mlm] gigi sakit balik.

Betul kata doc tu... bukan gigi ni [yg ditampal] yg sakit.

Gigi bungsu [wisdom tooth] yg dh rongak kat sudut sempit tu yg dah mula sakit.

So, esok pagi kena pi cabut gakla gigi kecik tu.
Kopak lagi Makcikkkkk.....

Panadol lagi la nampaknya mlm ni....



.


SAYUR CAMPUR : VERSI LAZAT


.
Sila terpaku di skrin komputer anda. Hari ini entry belog Mencah adalah 2 jam sekali.
Lepas ni ada 8 entry lagi [tipuuuu!]




Ini hari Ahad punya. Nampak lazat kan [berani kata tak lazat!], rasa pon hebat okeh!
[hebat sampai masuk tong sampah] Makcik sorang yang kena ngap sayur sepinggan lebau ni. Bibik tak sentuh. Mencah lagila. PS lak takdok kt umah, kalau dia ada pon kompom dia tak sentuh.

Kesian Makcik kan? I sedih tawww....

Kalau kesian kat i, kelikla iklan i 18 kali. Hohohoho...





ASYRAF : VERSI CLOSE-UP


.



Untuk tatapan PS yg jauh di 'Hong Kong'

Bibik : Kak, bapaknya itu pergi kerjanya di Hong Kong yaa?
Makcik Rehan : Hmmpppphhhh.......... [tahan gelak!]

lagi gambar2 Asyraf di sini






BROADBAND : VERSI BUANG KARAN


.

Satu lagi entry tanpa motif.
Juga ditemui semasa menyelak-nyelak sotkaba Metro 2 hari lepas.

Mula2 jumpa iklan 'potong' ni...




Lepas tu jumpa iklan 'musuh ketat' Makcik ni. Kalau sapa2 rajin selak entry yang lepas2, anda akan jumpa berbakul-bakul sumpah seranah Makcik kat stimix hamsap nih.



Dalam dok bermusuhan dgn stimix hampeh ni, Makcik masih jugak dok pakai berukband stimix ni. Sebab masa i dok sakan hangin dulu, P1 w1max tu belum masuk jajahan Rawang [terserlah ke'ulu banatan' pekan ni kan]

Skang, Makcik tak sure dah sampai ke belum. Takut jugak, kang haku berkobar-kobar POTONG, sekali dia punya berukband lagi beruk dari seekor beruk. Haru.... terencat la income 16k Makcik nanti.


Sapa ada pakai line 'potong' tu? Sila beri feedback.









MILKING ME


.



Terasa kagum dengan diri sendiri.
Walaupon tak dak satu pon botol yg berkapisiti 4 oz tu penuh
atau sekurang-kurangnya cecah angka 4, Makcik terharu tawww...

Nak dapat hasil yang tak seberapa ni ponnn...
Ketahuilah wahai sekalian isi donia.... is hazab hokay!
Kiri-kanan-kiri-kanan-kanan lagi-kiri lagi...

Semalam dapat berita tak syok plak, 4-6 Dis ni ada training [apekah?] kat Cherating.
Kalau takat botol kecik 3 suku penuh camni, alamat susutlah pipi macho si Asyraf.

Wahai suamiku yang kacak bergaya, haruskah kita 4 beranak berdoah-doah ke sana? Lagipon tahun 2009 ni, kita blom mkn angin lagi [dah tak leh mkn nasik kan, kita mkn angin jerlah :P]




MPV : VERSI TAK DAK KERJA

.

.
Semalam kelebek sotkaba. Nampak iklan ni. Dari dulu lagi dah tengok, cuma kalini Makcik gatai tgn nk snap gambau buat bahan 16K. Jangan pulak ada sapa2 ingat laki haku nak beli MPV pulakkkk... sungguh la tidak hengat donia hokay! Nak bayau dengan bulu jagung ke hapa.

Haritu Makcik tunjuk iklan ni kat Pakcik....


Tengok... MPV abang [Perodua] blom kuar, Proton dah attack kaw-kaw. Camno nih? Kalau 'kureng' sambutan MPV kontot abang tu, 'kureng' jugakla bonus tahun depan ekk?

Bila la kompeni abang nk buat keta besau-besau banggg.... asyik buat keta kontot semedang, camana orang2 yang berbini BESAR mcm abang nak beliiii....


Sekian. Sila kelik iklan 18 kali.
Kot-kot nanti boleh buat downpayment bayar MPV kontot.

Pesanan PS : MPV Perodua yang tak kurang hensemnya akan kuar di pasaran bulan depan.
Sila ramai-ramai book MPV ini supaya para pekerja marhaen mcm saya akan dapat bonus lumayan tahun depan.





Tuesday, October 27, 2009

SUDAH DAPAT


.


Cooler bag @ RM10 only!




Reusable ice pack [last for 12 hrs] @ RM26



Spectra Breast Shield @ RM66.50 [sponsored by PS, TQ incik! :P]

Semuanya hanya kelik-kelik dihujung jari. i likeeeee.....





KOPIAH KU SENGET


.
Pegi USJ last week singgah Giant USJ sbb nak beli gift utk newborn Asri.
1st time Asyraf masuk supermarket.
Makcik lom habis pantang [hari ke 34] dah redah masuk supermarket bagai...
Ampun makkk... darurat.. kekekek.

Campak [Ana, pinjam lagi :P] dlm trolley sekali dgn carseat dia.
Lazatnya tido, sampai senget-benget kopiah Pak Aji :P




Monday, October 26, 2009

16K VERSI TANGKAP MUAT


.

Hello auntie, give me five!





BUKAN BEG STOBERI


.
Jumaat PS balik dari OS, seperti diduga... hapah pon i tak dpt tawww... beg gambar buah stoberi pon nan hado.

Asyraf yang dapat... hamper hadiah dari kawan PS kat Kedah. Tima kasih yer Encik...



Kak Esah enterprem mcm biasa - tak abih2 dgn PEACE yang tak jadi-jadi.





WANTED : BREASTFEEDING ACCESSORIES



.

  • Cooler bag
  • 6 packs of reusable ice pack [last for 12 hours]
  • Spectra-3 breast shield set [sebelah dah ada, nak lagi sebelah]


Sebelum Makcik rembat yang baru, ada sapa2 nk letgo the above items with REASONABLE price in REASONABLY good condition?

Kepochi kat Makcik cepat yerrr....





GARDENER

.
Lagi gambar2 di USJ. Aisyah yang tak duduk diam. Cousin2 dia yang lain takde pon nak menjakun dgn alat2 kebun Pak Lang nih. Awatla anak dara akuni lain macam sungguh. Ni turun Atuk Acan kot ni... suka bekebun.








Dengan rambut serugum dah tak serup orang!







Sunday, October 25, 2009

99 HARI TANPA OKSIGEN


.
Buat kesekian kalinya, Zalia Chayok muncul dgn idea gajah putih beliau. Dan Makcik sebagai kawan baek beliau, pastinya akan sama-sama 'bergajah' dgn beliau.


Gambar hiasan versi pembakar semangat. Googled.


Sebelum Makcik memboyot 9 bulan haritu,
kami memang sama-sama berpoyo-poyo mendietkan diri secara berjemaah.
Yang mana akhirnya, semuanya adalah KELAUT China Selatan!!

Mari kita sama2 tunggu dan lihat - apakah projek 99 hari tanpa 'oksigen' [nasi] ini akan turut sama kelaut. Atau mungkinkah kami bakal bertransformasi menjadi hotmama [jgn hot-hot-chicken-shit sudah!] pada 7 Feb 2010 nanti?? Kalau sungguh la jadi hotmama, pastinya para somi kamilah org yg paling happy-go-lucky. Hohohoho.


Gambar hiasan versi berangan. Googled.


Journal 99 hari tanpa 'oksigen' Makcik Rehan akan di update di sini. Jadi, sila bertandang ke sana dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan [penguncupan] Makcik Rehan.

Kepada para pesaing, yakni blogger2 lain yang turut sama terlibat dalam projek gajah putih ini, diucapkan SELAMAT MENGUNCUP. Hohohoho.

Kepada ibuk-ibuk yang tgh dlm proses mengawan tahun depan - Zalia dan Sawlady[sekadar menamakan beberapa contoh :P] jangan lupa buat UPT tiap2 bulan yerrr... keh keh keh.

Lagi gambar hiasan versi syok sendiri. Googled.







WELCOME ASRI


.
Semalam kami ke USJ, melawat sepupu Asyraf yang terbaru - Muhammad Asri [anak no 3 abang PS]. Sangat comel. Rambut hitam lebat. Hidung dan bibir yang kecik comel. Putih melepak. Lahir 2 hari lepas.

Mari kita lihat perbandingan saiz dua sepupu ni :P

Yang jelas, idung Asyraf lagi lebau dan besau dari Asri. Hiihihi....


Taktau berapa berat Asyraf sekarang. Belum sempat bawak pi klinik utk check-up sebulan. Tunggu Babah balik dari OS minggu depan. So, obvious sungguh dlm gambar ni anak PS very the godang kan? Asri is 3.23 kg. Lahir di Hospital Colombia Tristar bla..bla.. [haku tak sure nama penuh sepital tu] Sepital yang tak mungkin golongan marhaen mcm aku akan pegi :P [oh ya, my BIL pegi sana pon sbb boleh claim company] Total charges RM3800 [mak datuk punya mahal for normal delivery, tanpa forcep, tanpa vacum, tanpa epi or whatsoeva]


Bawak tidur kat tempat proper dgn bantal, selimut bagai dia tanak tido. Campak [pinjam perkataan fav. Ana Suzana] atas sofa camni kemain lazat dia tido. Siap silang kaki, letak tgn kat kepala. Macam orang kaya raya yang senang hati berbini 4! Kekekekeke...

Lagi gambar2 Asyraf di belog peribadi beliau : The Amazing ASYRAF





Friday, October 23, 2009

DOKTOR ASYRAF


.

Doktor yang menyambut Asyraf actually...

Lanjutan dari entry yang ini



Inilah Doktor Zarul... [depan sekali]. Umurnya 54 tahun. Makcik tengok dia in real, sumpah tak mcm umo 50-an. Ingatkan baru umo 30-an sajork.

Maaf Enche Dokter... anda jadi modal 16K saya.

Gambar ni cropped dari website PMC.
Yang belakang Dr Zarul, tudung biru tu Doktor Ratna.







LUNCHIE-MUNCHIE


.
Harini tadak modal. Bersin teruk, resdung Makcik datang menyerang lagi. Keta kontot tu berabuk tahap kronik. Pakcik ko pakai selama Makcik pantangni, tak penah bawak pegi basuh dan vacum. Pagi tadi terpaksa pegi EON Bank - bayar progress payment umah flat Makcik. Masuk jer keta tu, terus bersin dan bersin, gatal mata, gatal hidung segala. Sampai la ni tak reda. Dah telan ubat pon tak lega jugak. Jadinya, Makcik tak dapat nak pegang Asyraf selalu harini. Takut jangkit lak bersin ni.

Sila layan lauk-pauk hantam kromo kami tengahari tadi.



Ayam masak kicap [campak sosej 3 batang sbb ayam tu cam sikit sgt],
Sayur lemak putih fav si Mencah. Yang hijau tu kek lumut. Makcik kuarkan dari fridge suh bibik habiskan sbb takut terlup, nnt expired-membazir. Kek tu cousin i kirim dari kampung masa i tgh ngandung sbb teringin sgt nk makan kek lumut Sarawak.



Ikan merah goreng. Lada hitam tumbuk - ini lauk Makcik.



Thursday, October 22, 2009

KRONOLOGI KELAHIRAN ASYRAF


.
Rasanya entry ni akan jadi panjang berjela. Sapa2 yang ada masa terluang, silalah baca. Sapa yang bizi jgn baca, nanti kena marah dgn boss, i tatau. Catatan ini lebih kepada personal memory to us [myself and hubby and of course Asyraf]

20 Sept - Raya pertama, saya okay ajer. Takde rasa contraction apa. Tapi badan memang sangat tired sebab tak cukup tido dan sibuk berulang alik Tmn Bayu - Batu 16. Malam raya tu ada aktiviti takbir rumah ke rumah kat Bt 16. So, 3 of us port kat umah Nenek Onah dari bukak puasa sampai pukul 1 pagi. Memang riuh rendah melayan budak2 main bunga api, masak-masak, bukak hamper etc [ok, i admit.. sebagai mak buyung i byk duduk melepap ajer :P]

Sebab kesiankan bini boncit dia [alasan jer tu :P] PS tak abis tawaf takbir kat semua rumah. Dia lari balik awal dan kami bertiga bertolak balik Tmn Bayu pukul 1 pagi. Sampai Bayu, kami tak terus tido. We did some cleaning - sapu2 buang habuk dan kemas2 sesikit. Kan esok nak raya..Then PS went to sleep tapi MR tak tido jugak lagi. I terpaksa tongkat mata sebab nak alter lengan baju kurung Mencah yg panjang berjela dan gosok baju2 utk pakai raya esok [mencik tau... sedangkan i takde baju raya]

Gedebuk-gedebak, almost pukul 4 pagi baru i tido [isteri mithali sungguh kan?]

Pukul 6.30 pagi kami dah bangun sebab nak siap2, mandi sunat raya dan nak cepat pegi umah Nenek Onah sbb PS nk solat sunat raya kat masjid sana. Masani badan memang penat tapi tak rasa lagi sbb excited nak raya kan. Lepas solat, makan-makan, ambik gambar then tibalah masa nk bertolak balik kampung Ulu Yam. Lepas arrange sapa naik keter sapa, sapa jalan dulu bla... bla... bla... PS kata kami 3 beranak nak pi last sekali sbb nk bagi chance Aisyah take a nap barang sejam dua [Ulu Yam dekat jer dgn Rawang] Lagipon org lain tu nak pi ziarah kubur dulu. Nenek Onah kata i dah sarat sgt, tak yah lah pegi kubur.

So, 3 of us bantai tido dulu. Masa PS kejutkan i nak ajak bertolak ke kampung, i dah mula rasa something. Perut tak sakit, tapi kaki dan betis rasa lenguh sangat-sangat. Lenguh mcm tgh period pain. Raya punya pasal, gigihkan diri dan ikut jugak PS balik kampung.

Dari satu rumah ke satu rumah kami singgah. Penat tok sah nk kata. Makan pon ala kadar jer. Ambik syarat jer rasa serba sedikit. Pukul 4 ptg, kami dah penat gila2. Dari Ulu Yam, i ajak PS balik Bayu terus. Tak daya dah nk sambung havoc kat umah Nenek Onah. I ckp kat PS, kang mlm nnt ker... esok pagi ker... kita dtg lagi Batu 16.

So, that nite MR terpaksa telan ubat sinus dose tinggi sbb hidung dah start berair dan terus went off to sleep. PS lak cam biasa, asal ada bola kat TV, rela tongkat mata. Masa PS masuk bilik nak tido, i tgok jam masa tu pukul 2 pagi.

Thennn... i mula rasa sakit lain mcm dari pinggang belakang. Sekali.... dua kali....tiga kali. i dah tak sedap ati, kejutkan PS. PS plak dah mula teruja [teruja? apekah!]. Dalam pukul 4 pagi camtu, i bgn kemas2 brg Mencah dan brg2 nak bawak pegi hospital [yerr... saya tak ready beg nak pegi sepital awal2, tapi semuanya within reach dlm bilik hujung tu] Siap mengemas, saya ambik wudhuk nk solat isya' [hohoho... yer, saya tido sebelum solat isya' mlm tu sbb kepenatan sesangat, tido pas maghrib]. Lepas solat isya' saya gagahkan diri solat sunat [kena bagitau, sbb i bukan selalu buat yg sunat2 ni :P] Sepanjang saya solat isya' tadi takde rasa contraction apa2. Tapi, tapi, tapi, masa sujud akhir solat sunat tu... tiba2 kesakitan yang amat sgt menyentap2 kat pinggang. Mata dah nak berair tahan sakit. Baca Tahyat akhir pon sambil tahan kerut2 kat muka.

Lepas jer bagi salam, saya terus jerit panggil PS ajak dia siap2 hantar Aisyah ke umah Nenek dan terus pegi hospital. Bertuah laki aku, sempat lagi dia surf internet nak tengok betul ke bini dia ni tgh contraction atau lagi sekali false alarm mcm haritu. Hohohoho...

Pukul 5 lebih kami dah pon kat highway, heading to PMC [Mencah masa tu dah di hand over kat Nenek]. Sebelum tu, PS dah call PMC siap2, bagitau that we are coming and to check whether diorang boleh accept kami ke tak. Syukur, PMC tak tutup dan Dr Zarul was on standby [kat umah dia]. Saya sebetulnya nak bersalin dgn Dr Ratna, but unfortunately she's on leave that day. Zarul pon Zarul la...

Masuk labour room dah dekat pukul 6. Masa tu i dah gabra tak nampak batang hidung PS. Sakit dah bergulung-gulung dah ni. Lama pulak dia solat subuh kalini. Huhuhu. Masa PS muncul, i was on CTG and the nurse said that my contraction memang dah kuat tapi sela masa nya tak menentu. Another nurse came in and I was told then [selepas di'seluk'], that i was already 4 cm dilated and am going to deliver the baby today! Dah mula panic hokay!

Then, another nurse came in untuk masukkan ubat berak. Lepas berak, terbaring lagi dlm labour room tu tapi bayang doktor Zarul tak nampak2 jugak. Me and PS tanya lagi kat nurse2 tu... doktor nk datang tak ni? Dalam pukul 7 lebih, contraction dah makin bergulung-gulung and it seems unbearable anymore for me. Sakit okeh! Everybody was surprised [including PS] when i asked for epi! The nurses berpandangan sesama sendiri. All they can say is... we'll see what we can do. Sebab kalau Puan dah bukak more than 4 cm kami tak boleh bagi drug apa dah, takut nnt puan takde energy nak push.

I was like... tak kan lah dah bukak byk sgt... dengan Mencah dulu, pukul 4 petang pon aku bukak tak sampai 4cm lagi. I tot that this time pon sama mcm dulu la...

Nurse yang sorang lagi datang nk cek bukaan and we were really shocked when she said - dah 7 cm Puan... tak boleh ambik drug apa dah. Dr Zarul will be here anytime, kejap jer lagi Puan. Puan sabar yer.

Almost 8 am, Dr Zarul masuk sambil sengih2 dgn begitu cool sekali [did i mentioned before, he is so kacak walaupon sudah berumur 50-an]. He smiled at me and said... Haaa... mengantuk yer... takper.. dah nak bersalin pon. Dengan penuh bergaya sekali, he put on his gloves [or finger coat or whateva] and he 'took over' the whole process sampai i rasa semuanya menjadi begitu pantas dan mudah!

No shouting, no arguing, misi2 pon relax sajork [aku jer yg tak leh relax dah].

OK, dah 9 cm. Kalau rasa sakit, teran yerrr...

Sekali, dua kali, tiga kali dan entah berapa kali lagi tah... [sudah hilang ingatan!] Baby tak jugak kuar. Saya sudah lemah sangat2.

Dr Zarul ulang lagi, sakit teran yerr...

Boleh pulak aku jawab - Tak sakit!
What i mean is, tak sakit sangat mcm masa Mencah dulu. Masa Mencah dulu, kesakitannya sgt memuncak membuatkan i rasa nak teran sekuat-kuatnya.

Tiba2 mulut kena tekup [oksigen kot] dan i dengar suara Dr Zarul bagi arahan kat the nurses..

10 degrees, 20... [jgn tanya, aku pon tatau apa menda yang degrees nya]

Tiba-tiba i rasa urat pinggang mcm nak putus. Sakit memuncak mcm masa Mencah dulu tiba-tiba datang menyerang! Hambik ko! Menyesal aku kata tak sakit.

Teran lagi...sekali, dua kali tah baper kali... tak lepas jugak.

Then dah tak ingat apa2, teran lagi... dan ASYRAF akhirnya keluar dari perut boyot mamanya dengan bantuan vacuum! Hohohohoh... koyak rabak bagai nak rak la gamaknya!

Asyraf came to this world on 21 September 2009, at 8.35 am dengan berat 3.6 kilo! i sakan beraya awal, tu yg anak i jadi heavy weight tu. Alhamdulillah semuanya selamat.

How much is the charges? Sangat reasonable dan berbaloi-baloi dgn layanan dan tahap profesional Dr Zarul... rm1800++. Thanks to my beloved Pakcik Sepol sbb bagi i bilik single bedded dan temankan i satu mlm. Plan asal nk ambik ward 4-bedded, tapi sbb sepital sunyi sepi sbb takde org banak, laki i kesian kat i... kang sorang2 keras kejung dlm bilik besau tapi takde geng. [visitor tak boleh bermalam sama dgn patient kalau ward 4-bedded]


My 1st meals after delivery.



For snacking la kononnya. PS yg tolong tibai.
I seram nk minum milo tu takut sembelit.

Gambar tu jer blom tunjuk lagi. Yang lain dah post dlm previous entry.

Kalau ada rezeki [dan keberanian utk beranak lagi!] next baby, i nak beranak sini lagi.
Boleh yer bangggg.... eheh









MAK DAN AYAH


.
Lepas balik dari Makkah nanti, harap Mak dan Ayah boleh lepak lama-lama lagi kat Tmn Bayu. Semoga segala urusan Haji mereka tahun ini dipermudahkan. Syahdu sangat masa Ayah kucup pipi saya sebelum balik kampung haritu. Dan Mak mcm biasa, kami sama-sama merembes air mata.



p/s : Pakcik korang OS kat utara mingguni dan dia port kat umah mak Makcik. Kalaula aku tak pantang, mahu saja ikutan pulang ke kampung



FACES OF ASYRAF



.
Berchenta betoi nk upload gambar2 ni dari henpon. Semua ni hasil dari kebosanan 2 minggu berpantang kat umah Nenek Onah haritu. Dok sakan snap2 gambar sampai bateri phone asyik kong.





Yang ini my fav. Mengingatkan saya kepada Mencah dulu-dulu. Baju tu kakak punya. Selimut tu kakak punya. Tilam pon kakak punya. Semua kakak punya, patutlah sama! Abih apa yang Asyraf punya? Huhuhuhu....





Wednesday, October 21, 2009

SLEEPING BEAUTY



.

Beauty lah kononnn...!

Mulut berselepat dgn coklat padehalnya. Dia tido terlentok depan TV di ptg hari, angkat transfer masuk bilik. Dan dunia kecil kami menjadi aman selama 2 jam.

Bila puteri idung kepek celik mata balik, semua jadi gegak gempita semula. Hohohoho....





SATU BULAN


.
Harini Asyraf genap satu bulan. Muka makin bulat, badan makin tegap - anak sapa kannnn.... sama acuan dgn mak dia la... :P


Anyway, this is his favourite sleeping position. Mama pon senang hati kalau dia tido camni. Lamaaaa.. dan kurang tekejut. So, lama la mama dapat bertenet sambil mengepam susu tanpa gangguan.

Wyra, notice something tak? Hehehe...

Dan ini si Kakak... as we got Asyraf's bumper cot into changed, she took over the used one!


Cubaan membuat PEACE [masih tak baper jadi] sampai juling bjik mata!



Mcm kesian lak tengok muka dia dlm gambar ni. Main sorang2...

Asyraf celebrate 1 bulan dgn Mama dan Kakak jerla as Babah was on OS back to back this week and next week :( Harap-harap, bila Babah balik nanti kalau mama tak dapat beg Burberry mcm Ana Suzana, dapat beg gambar buah stroberi pon jadila...





Tuesday, October 20, 2009

KINI SEMUANYA KEMBALI SEPERTI SEDIAKALA


.
9 Bulan memboyot, kulit muka ku suci dari jerawat. Walaupon ada parut-parut lama, at least merasa la hidup tanpa jerawat selama 9 bulan.


Sekaranggggg.... dia dah mai balik. Favourite spot, kat cuping telinga. Juga di pipi kembung ku. Dan sejak seminggu yang lalu, ada pulak sebijik yg bertenggek atas bibir depan lobang idong haku!


Geli Makcik tengok gambo ni anak-anak.... ni bukan jerawat Makcik, kalau Makcik punya lagi kome geli nak tengok. Huhuhuu...


Tak payah... tak payah... tak payah rekomen apa2 produk kejelitaan kat Makcik yer anak-anak... adalah akhirnya nan ado dipakai. Kelak habis dipecit-pecit ke dinding oleh si Mencah jerk.

Sekarang Makcik menten pakai Olay total effect sajork [itupon sekali sekala dikala bulan mengambang jer] Nak beli sabun Eumora [apekah?] yang mahal mengalahkan kos servis keta kontot aku tu rasa cam hilang akal lak kan...


Monday, October 19, 2009

SPA UTK ASYRAF


.
Sessi mandi-manda sambil diurut-urutin.

Di pecit-pecit hidungnya biar mancung.
Di urut-urut dagunya biar runcing.

Kalau dgn mak dia,
srohhh siram air... zass sabun depan dan belakang.... srohhh bilas... siapp!!!
Terpaksa buat sepantans kilat, sbb aku cepat panik kalau dgr baby menangis kuat-kuat. Takut selop. Mentang-mentang dpt layanan SPA, steady jer dia mandi takde nangis2.



PINJAM TERUS SAMPAI BILA-BILA


.
Konon-konon kami [more to PS] nak rumah kami bersituasi hari raya mcm rumah org lain.... hihihihi. Haritu sebelum raya, kami ronda2 kat Parkson Rawang, nampak dah balang kuih ni. Tapi otak jadi tepu tak leh nk konsentret nak memilih dan membeli sebab Mencah mengganas. Punya buas dia main sampai tersadung bibir kat rak - sampai berdarah bibir! Mcm biasa, PS bila dah tension terus jer ajak balik.

Lepas tu, PS sebagai anak kesayangan intan payung berlian Nenek Onah... [sbb tu i jadi menantu lindungan kaabah :P] rembat balang2 kuih ni dari umah mak dia. Maka berserila sikit meja makan itam legam kami ittew dgn balang kuih 'pinjam dan buat mcm reta sendiri' ini.



Haritu masa Wyra datang, haku lupa betoi nk bukak penutup balangni pelawa dia makan. Dok sakan bergebang, lupa nk pelawa dia mkn kuih raya 'tunjuk' aku tu. Padehal balang2 tu dok ada depan mata. Hihihi... Wyra, hang mai lagi sekali la wey. Kalini mai bukak balang kuih aku tu.

Semalam Zalia datang dgn kroni2 dia. Depa ni haku dah biasa cemolot kan, so takde la segan2 depa layan diri makan kuih-kuih tu. Alamatla kuih2 tu keras kejung atas meja sebab lepasni mana ada sapa nak mai beraya dah... Lagi malang, kalau aku yg kena habiskan kuih2 tu nanti. Makanya semakin boyaklah haku!

p/s : Lupa sungguh2 nak hambik gambar masa Wyra dan Zel datang aritu.
Kalau tak, leh jugak buat modal 16K...








GOLD COLOUR, SUMPAH SGT SEDAP


.
Makcik bgn sedikit awal taw pagini. Sikit jer. Sebabbbbb.... pukul 5.30 pg Pakcik korang bgn buat susu utk Mencah, pastu dia cakap :
Tengok tu... awal betul Bibik bgn buat kerja.


Perli i ke bang? i bgn byk kali tgh malam tawww.... anak bujang awak tiap2 mlm kompom berak. Pastu asyik melekap jer dgn i taww...
[alasan yang sungguh kukuh kan?]
Haruslah si Bibik bgn awal kan, pukul 7.30 mlm i dah release dia masuk bilik tido diam-diam. Abih tak kan pukul 7.30 pagi baru nak bgn kan? kan? kan? kan?

So, i angkat jugak montot berat i dan masuk dapur dgn machonya. Maka terhasillah cucuq kaler gold ni. Sumpah sgt sedap bila masuk ke mulut SAYA. Mulut orang lain saya tak peduli.
Boleh gitu?

kelik2 la iklan tu... :)



Sunday, October 18, 2009

THE SAW FAMILY PAY A VISIT TO TMN BAYU


.
Ni entry tertunda. Haritu kan konon2 malu nak tunjuk body. Muehehehe...

Mak-mak dan anak-anak, sama-sama comel kan?
[kompidennn... kompidenn...]



Bebe Sofea dgn pipi mcm apam gebu.
Sangat comel! Even PS pon ckp, she looks even more bubbly in real life!



Depa dua org ni ada chemistry baekk punya!
Menangis si Mencah nak ikut 'Uncle J' balik kampung. Dia panggil Sawsomi Uncle J - semua org dewasa dia akan panggil Uncle J. Uncle J yang sebenar adalah adik lelaki saya [ayah Syahmie]



Oli, bayangkan 2 orang budak ni adalah anak kembar anda!
Mesti u kurus kering sebab tension nak jaga depa kan? Kejap baik, kejap gaduh!











Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker