Pages

Powered By Blogger

Thursday, December 31, 2009

MURAH TAHAP ASEREHE !!





3 KETUI 25 HENGGET !!

Makcik nak attack cikgu-cikgi... sempena nk bukak sekolah tak lama lagi khennn...
[mentang-mentang sejak 2 menjak ni ramai kengkawan cikgu keh keh keh]

Cikgu Yan [saya tak leh masuk belog Kak Yan, dia kunciiii]
Cikgu Safinaz atau Cikgu Pinat. Hehehe
Puan Dini [bukan cikgu, tp sebab dia keje kat sekolah...kira cikgu jugak. ahaks!]
Dan cikgu-cikgu PID seMalaysia. keh keh keh...

Kamu-kamu yang membaca nota ini dari Facebook,
dipersilakan berkunjung ke sini :


Sila buntangkan mata anak-anak murid anda dgn brooch yang sikit punya lawa gilak nih!

Dah la lawa,
murah gilos tawww.


Adios, amigos. lagos!


LAST DAY KELAS KOMPUTER CUTI SEKOLAH






Punyala laju Makcik ngajar depa2 nih.. Nk habihkan sebelum sekolah bukak.
Memasing bukanla selow sangat ponnn, tapi blur memanjang.
Plak tu diammmm ajer.
Paham ke tak paham, diammm ajer.
Penat Makcik membebel tot tet tot tet tahu!
Yang sorang tu paling blur..budak darjah 5.
Tu lah sebab musabab Makcik malas ambik budak sekolah rendah.
Dah mak dia merayu-rayu sgt kan... hambik jerlaaaa....


 Kerrr.. kamu rasa gerun dgn Cikgu Rehan dik?
Garangkah aku?
Kalau aku tanya, semua dok membisu... tak berani nak menjawab!
keh keh keh....




Hatni paling pantas.
Sebab dia dah penah belajar dulu
Lagi pulak, dia dah form 3.



Hatni pon punyalaaaa berat mulut. Tahun depan dah masuk form 1.
Kalau aku tanya diam ajer.
Bukan dia tatau jawapan, tapi entahlah... segan ker.. ada ketui emas dlm mulut kerr...
Tiap kali mai, dia bawak adik laki dia ni buat bodyguard.
kadang2 aku rasa adik dia lagi pandai dari dia.



Lepas sekolah bukak, lega la sikit.
Tinggal 2,3 orang jer lagi student tua dan student muda.
Yang student tua tu Pakcik Bomba, kaum Padayappa. Hehehe.
Boleh tahan laju gak dia ni. Tapi selalu tanya soklan yang tak terduga,
Soklan yg kadang2 buat Makcik rasa nk hantuk kepala kat dinding [agak ganas disitu]

Contoh soklan 'bijak' dari dia :
Ni apa tujuan AKU buat graf ni?
Kenapa AKU kena taip karangan TEKNOLOGI  MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI NI?
Ni poster ni AKU nak buat apa?

Dah la ber aku-aku...
Aku paku jugak kepala ko Pakcik!
[ganas lagi sekali]

Selebihnya, the rest of next year [2010] nanti,
Makcik akan melayan geng2 myspace, geng2 baca komik online,
geng2 bercucuk tanam kat FB [aku sendiri sampai skang tak geti main game kat FB],
dan geng2 tersilap langkah masuk PID - tunjuk bil letrik atau bil air sambil hulur duit!


.

EVERYBODY LOVES RAYMOND






Terjaga pukul 4 pagi. Asyraf merengek nak susu.
Bagi setengah botol kecik, terus sambung tido.
Baru nak lelap mata balik, si kakak tiba2 mai menebeng tepi katil
Mamaaaaa... nak susu..

Bangun buat susu, suh dia baring dulu sementara tunggu susu
dia enggak mahu... dgn mata kuyu, terkulai layu dibirai katilku [rhymes kan?]
Hulur susu, suh dia baring. Pon dia enggak mahu.
Ditonggang botol tu sambil berdiri. Apa kes nih?

Pegang depan seluar dia...
Patut sangatla... basah sudah!

Alahai anak Sepol...
Kuat benor kencing mlm... sampai banjir kilat

Ajak dia pi bilik air, siram sikit badan dia yang basah kuyup kena kencing tu,
tukar baju, diapers segala
Suh dia nyempit tido sebelah Babah.

Bukak sarung tilam dia, sekali dgn selimut, longgok kat dlm basket tepi WM
Spin dulu baju yang berendam dgn softlan kat dlm WM,
pastu nk basuh kain kencing dia plak.

Baca belog Ana suzana, dia masak megi kari.
Makcik plak, panaskan nasik goreng mlm tadi,
ngap nasik goreng sambil ngadap laptop, skodeng belog kawan-kawan,
sambil nonton Everybody Loves Raymond kat StarWorld

Jam sudah pukul 5.45 pg

[mata sudah mula mengantuk la pulok]

Sekian, terima kasih


Wednesday, December 30, 2009

CAPAIAN 2009 VS LIFE BOOK 2010








Lusa dah tahun baru. 2010.
Huhuhu... semakin muda belia la haku.

Mari mengenang keindahan tahun 2009 bersama Makcik.
Yuk!

Dibuntingkan pada awal tahun 2009.
Mendapat khabar bakal menerima anak bujang.
Berpindah ke rumah sendiri.
Melahirkan dan berpantang di rumah sendiri.
Mak ayah dapat pegi haji.

Eh itu je ker? Patutla sangap. Boringnya hidup ko Rehan.

OK, demi nak memastikan tahun depan tak kedaung mcm thn ni.
Marilah kita menyematkan di hati kita perkara-perkara di bawah.
 

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LIFE BOOK 2010





Health:
1. Drink plenty of water
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner ..just eat less.
3. Eat more foods that grow on trees and plants, and eat less food that is manufactured in plants
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy
5. Make time for prayer
6. Play more games
7. Read more books than you did in 2009
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day
9. Sleep for 7 hours
10. Take a 10-30 minutes walk every day ---- and while you walk, smile

Personality:
11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. 

     Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do ; keep your limits
14. Don't take yourself so seriously ; no one else does
15. Don't waste your precious energy on gossip
16. Dream more while you are awake
17. Envy is a waste of time. You already have all you need..
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. 

     That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present
21. No one is in charge of your happiness except you
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum 

      that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:
25. Call your family often
26. Each day give something good to others
27. Forgive everyone for everything
28. Spend time with people over the age of 50 & under the age of 6
29. Try to make at least three people smile each day
30. What other people think of you is none of your business
31.Stay in touch with your friends

Life:
32. Do the right things
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
34. GOD heals everything
35. However good or bad a situation is, it will change
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up
37. The best is yet to come
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Last but not the least :
40. Do good and Be good.



Credit to FB Zalwa. Its cool isn't it??

p/s : Selepas baca life book ni, tiba2 rasa bersemangat nak menempuh tahun baru



.


DDMR : SPAGETTI YANG SUMPAH SEDAP [SANGAT]





Tudia... punya nak habaq kata sedap...
Siap sumpah bagai.
Eheh... sumpah sedap di tekak Makcik!


Spagetti urat halus tu memang ngam di tekak Makcik.
Rasa mcm nk stick to that brand.
Dan sos spagetti cap Kimball tu pon kena dgn selera i.
Pon nk stick to that brand.
No more prego... [kalau guna prego, spagetti makcik asyik kena letgo!]


Masih ingat yang ini?
Puding koktel haritu, ada belen lagi.
PS request nak bawak pi opis.
I soka hokay.. [sbb ada org tulong perabih!]

Aisyah kata ni 'keju'
Jenuh habaq kat dia... ni bukan keju...ni fruits koktel.
Tapi keju jugak sudahnya.

Biarlah...
Asalkan anak bahagia, dan mak kenyang sudaaah....



Tuesday, December 29, 2009

DIHUJUNG TAHUN 2009




Makcik rasa sangap betul 2-3 hari ni. Apsal ekk?
Nak buat segala menda rasa MALAS.
[tapi mkn dan tido tak malas hokeh]

Lagi 2 hari nak masuk tahun baru.
Tak dak apa yang berubah, semua dok lagutu jugak.

Eh, sempena tahun baruni,
macam teringin nak bersungguh-sungguh menjaga kesihatan
[baru teringin jerrr...]

Selamani sehatttt... bukan tak sehatttt...
tapi sehat kot lain....
sehat sekembang setaman rashidah utama gittew.

Tahun 2010 ni, Makcik teringin nak :
  •  Menjaga amal ibadat secara serius
  • Buat ujian pap-smear
  • Pi melancong obersi [Singapore pon jaaadilah!]
  • Belajar menjahit secara serius
  • Berubat resdung secara serius
  • Mengawal sifat amarah secara serius
  • Menghargai dan bersyukur di atas nikmat kurniaan Ilahi secara serius!
Last but not least.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kalauuuu...
kalauuuu...
kalauuuu trauma dah habis,
teringin nak mengandung lagi hujung tahun depan!
keh keh keh keh

Mari ketawa secara berjemaah.
[berjemaah lebih afdal. Kalau gelak sorang2, gilak namanya]

Eh, semakin melalut. Sebelum lebih melalut... baik Makcik pi masuk tido.

Selamat Malam,
muahhs!
muahhs!

[ sempena hujung tahun kann... kasi syium-syium sikitlah! ]

p/s : Tima kasih kat kamu, kamu dan kamu yang tak jemu2 mengomel di kotak komen Makcik.
Makcik baca, sambil senyum, sambil imagine muka korang [apekah?]
tapi, tapi dan tapi... sangat sangap nak membalas komen!


AMOOREA FACIAL BAR : KAKAK IPAR i PUNYER




I bz tau lately. Cewahhh...
Ni haaa.... bz tolong create blog bisnes utk Kak Ipar i...

Korang pi lah jengah2 ekk. Kalau nk tanya apa2 pasal produk tu, jgn tanya Makcik.
Tanya terus kat tokey dia.. kekekeke.
[kalau nk beli Jusmate atau brooch sila tanya Makcik yek]

Satgi mesti anak-anak dia si Mamai dgn Nina Dolly tu mai skodeng belog Makcik Rehan dia.
Tu Nina... Mamai.... belog mama kamu dah siap.
Silalah buat promosi besar-besaran ekk.
Sambil2 kamu ber-myspace ber-facebook tu...






SPONGEBOB DAN RUMAH API




Anak-anakku lagi dan lagi.
Minggu lepaskan mak pak depa ni banyak coti. Bibik pulak kena pos balik sarang dia.
Mengeramla kami anak beranak sesuka-hati.

Berikut adalah cubaan untuk 'meletihkan' anak-anak supaya cepat tidur di siang hari.
[cepat depa tidur, cepat la jugak mak dia dpt tidur. Hehehe]






Adik memang suka menempek kat Kakak.
Tersengih-sengih jer kalau nampak kakak main-main sambil dok membebel cakap sorang-sorang.




Itulah toys favourite Aisyah buat masani. Boat Spongebob dan rumah api.
Itu sebenarnya part of the spongebob boating school track.
Makcik beli 3 tahun lepas kat Mattel warehse sale.
Track tu dah kemana-mana hala, 2 ketui tu jer yang tinggal.




My masham boy!




My comot girl!




My everything.




Awat kakak buat muka nk terkucil tu?




Kakak dah 'barai'....




Dah request susu lagi satu....




Akhirnya.... barai bai!




Yang ini juga!


Yahoooooo!!
Mama pon boleh join hangpa tido.
keh keh keh.




Monday, December 28, 2009

DDMR : SELAMAT PETANG MALAYSIA




Harini langsung tak buat entry. Sebab?
Bz.... [busylah sgt ko rehan]
Entry basikal Rasa tu kuar dari peti draft jer.

OK lah, ambiklah entry ringan ni buat syarat 16K.



Haritu pi Tmn Equine, Makcik teruja dgn kesedapan puding koktail Mieja.
[Mieja, ko pasan tak... kemain byk aku tibai puding ko haritu]

Balik umah, Makcik google resepi dan terhasillah puding koktail versi Makcik Rehan.
Makanya, pagi-pagi tadi Pakcik korang terpaksa-rela breakfast puding sejuk beku.
Keh keh keh....

Iskkk.. awat ramai sgt yg perasan sentap pasal entry sound direct to Ampang Point Makcik tu...
Tok sah dok perasan la Amy, Ellyn dan lain-lain... aku bukan marah kat hangpa tawww.
Makcik marah-marah manjer jer... yang pasti bukan kat kamu, kamu dan kamu.

Dah-dahhhh... tutup cerita sentap. Mari kita pandang ke hadapan dan lupakan kisah2 duka-lara.
Kan tak lama lagi dah nk masuk tahun baru...







Sunday, December 27, 2009

TANGKAP MUAT : BASIKAL RASA




Kreatif ker kelakar kerrr...
Korang nilaikan sendiri.
Yang pasti, hanya di Pekan Rasa.


Mula-mula tu aku ingat dia letak scooter anak dia kat palang beskal ni.
Dua kali pandang, rupa-rupanya dia welding seat anak dia kat situ.


.

Saturday, December 26, 2009

TANGKAP MUAT : CICAK KOBENG!




Pi dapo nk bancuh milo.
Ada lak menatang ni.
Snap-snap gambo dgn flash pon dia boleh buat stone jer kat situ.
Lantak kau lah cicak.
[tadak mood nk melastik]


Sempena cuti panjang ni kannn...
Layan jerla entry ringan cenggini ekk.



DDMR : LUNCH YANG LEMAU




Tengahari Khamis punya lunch.
Malas nak buat caption panjang-panjang, tatap jerlah.



Tempe, tauhu & bilis.




Veggies.




Kembung. Grilled. :P


Boring dah haku. Asyik masak benda sama jerk.
Nak masak yang pelik2, takut sejarah karipap wantan berulang.
Ngap jerlahh...



.

Friday, December 25, 2009

THE SEEDS




Yes friends,
we are still talking about breastfeeding here.
Please, if you guys had enough of this, come back later.

Together with the new AVENT pump, i also bought a trial pack of this seeds.
Fenugreek seeds in capsules. Finely granuled.
Bought it here.

I have read  about this seeds here and there,
and many breastfeeding mommies have shared about the pros and cons of taking this caps,
There are success stories.
And there are also disappointing stories.

I hope it works for me.


Wanna try?
Give her a call babe.


.

AVENT ISIS MANUAL BREAST PUMP




Yes dear readers,
I bought another breast pump.
Avent ISIS Manual Breast Pump to be exact.
2nd hand but, in superb condition.
Thanks Kelly.

I am happy with this purchase.
Not only for the best bargain price that i could ever asked for,
but also for its convenience and performance.


Used. But looks like new huh?



Sterilizing. Cant wait to give it a try.



1oz. Pretty amazing.
I had never imagined that a manual BP can also do wonders!

From now on, I'll be carrying it everywhere.
Infact, right now [while writing this entry] the BP is on the TV cabinet,
right in front of me, always ready for a bi-hourly pumping !!



JUMPA NIEZA, JUMPA MIEZA, JUMPA ALLISYA, JUMPA MAK YAH




Hambek.
Tajuk ajer dah panjang sedepa.
So, entry ni pon kira panjang gakla.

Dari Rawang, Makcik ke Kota Damansara, hangkut Nieza.
Dari KD, kami saling sesat dan menyesatkan... nak cari rumah Mieza.
Dah beranak-pinak ni, memasing ada short term memory disease [bahasa kasarnya - hilang ingatan]
Padehal dah 2,3 kali gak dok terjah area-area sana.
Yang syok sekali, ada orang hilang ingatan yang tepon dia ada GPS.
[tu baru anak dua Niezaaaaaa... kalau anak lima?]


Mieza dan Nieza. Badan memasing hanya separuh [atau sesuku] dari Makcik.
tapi....
tapi....
dan tapi lagi....
 .
.
.
.
.
.
.
.
 .
 .

Hasil tenusu dia adalah SEPETI.


Singgah Tmn Equine ambik Mieza dan anak dia Allisya.
Langsung berdesup ke Dengkil,
Serah diri kat Mak Yah.
Uwaaaaaa...... giler power Mak Yah punya skill mengurut weh.
Inilah pertama kali dlm hidup, bila org mengurut, aku dok berdoa dlm hati
cepatla habihhh... cepatla habihhh...

Selalu tu, kalau pegi ngurut dgn oang lain,
kelazatan urutan yg ala-ala manja buat aku nak terlelap.
Dok berdoa dalam hati... lambatla abih... lambatla abih....
[masa ngurut pas banak Asyraf aritu, PS kata aku siap tido berdengkur masa Makcik tu ngurut]

Dengan Mak Yah, totally different experience.

Gaya sentuhan Mak Yah nampak lembut dari luar tapi menusuk sampai ke tulang sum-sum!
Sambil ngurut, sambil selawat, sambil baca 3 Qul,
sambil gurau2, sambil bagi nasihat, sambil bagi petua, sambil segala sambil.
Syok sgt berdamping dgn Mak Yah ni, lembut sgt dia bercakap.

Si Mieza mengekek-ngekek gelak tengok aku mengaduh masa kena urut.
Serius weh... sakit woo.. tambah lak masa dia nak urut part nak mlancarkan air susu tu.
Umang aiii... keluar peluh jantan aku tau!

Kesian Mak Yah, mesti separuh tenaga batin dia melayang
sebab ngurut Makcik Rehan yang tebal lemak dan daging ni.
Huhuhuhu...



Lepas abis ngurut, kami bergedik santai kat belakang umah Mak Yah kejap.
Mak Yah jamu kami dgn rambutan fresh from tree.
Kesian haku nengok Mak Yah beria-ia dok jolok buah rambutan nak jamu kami.
Udah-udah la Mak Yahhh... kang saya pulak yang kena ngurut Mak Yah pasni.
Kalau saya ngurut, kang saya balas dendam lak kat Mak Yah!
Kakakakakaka...



Allisya, Mieza dan Mak Yah.
Amboi Miejaaaaa bajet gedik la tu ekk?
Isk... selim benar kamuni Mieja....



Hambek ko!
Sekali Makcik Rehan ko enterprem daaaa...

Masa nak balik, Mak Yah bekalkan kami dgn buah rambutan dan nangka.
Baiknya Mak Yahhhh...
Pertama kali jumpa dah rasa macam mak sendiri.

Dari umah Mak Yah, kami balik ke Tmn Equine.
Lepak umah Mieja, main pam-pam :P


Ni hasil tenusu Makcik Rehan dan Nieza menggunakan Medela PISA.
Hat kiri tu MR punya. Takat bontot botol jer. Tu pon carry forward dari Avent si Nieza.
Pakai PISA ni memang susu Makcik tak kuar langsung. Sedey hokay...
Nieza punya hasil Subhanallah....




Besau umah Mieja.
Saja Makcik snap, nak tunjuk kat Pakcik.
Konsep umah kami sama dah... town house.
Tapi size punya jauh beza!




Luas kan? Iskk... ni yang nak suruh laki aku apply keje Shell gak nih!




Motif ambik gambar peti ais?
Sukati haku lerrr... belog haku!
Eh, agak brutal di situ :P




Jangan cakap banyak!
Tatap jerla gambar Makcik kesayangan korang ni.




Yangni pun. Sila jgn cakap apa2.
Aku tau apa hangpa nak cakap. Sadap you!
Pandai Allisya tangkap gambar kan Mieja kann [tetiba tukar topik!]

Kesimpulannya :
Mak Yah urut best!
Umah Mieja best!
Avent IQ UNO best!
Puding cocktail Mieja best!
Jumpa-jumpaan cam gini memangggg best!

Sekalung penghargaan kepada Nieza dan Mieza sebab sudi temankan Makcik merendek.
Jugak atas tunjuk ajar dan tips-tips yang dikongsikan.
Kalaupon aku gagal kali ini, harap-harap yang nombor 3 nanti aku berjaya beli freezer mcm korang.
Ewah-ewah, tetiba jer sebut nombor 3. Habih trauma dah ke Rehan?

Sekian, Makcik memang gemuk!
Uwaaaaaa....


.


Thursday, December 24, 2009

IKAT RAMBUT : ENTRY TANGKAP MUAT





Demi kelangsungan 16K
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tak balance kan?
Selalunya bukan Makcik yang ikat, Bibik.
Tapi mlm nk pi KLIA haritu
Mencah tak berapa sihat.

Dia kalau tak sihat memang 24 jam nak menempek kat Mama jer.
Suruh pi kat Bibik dia takmau.

Mak ko tgn tak berseni.
Hat belah kiri tu lagi 'berat' dari belah kanan.
Hantam sajalah nak.

Belum sampai KLIA,
dalam keta lagi dah terburai
Ni masa dok tunggu Maktok muncul di red carpet.
Rambut dia dah merambu



Stroller tu sudahnya jadi tempat hangkut brg.
Adik pakai carrier, Kakak dok sibuk kerabat trolley luggage.

.

TADAK BAJU LAIN KE BIK??




Memang tak dak baju lain.
Balik-balik dok ulang pakai baju ni jerk.

[Bang, jom shopping baju anak jommm..]


 
Dah 24 haribulan nih. Dah kuar ker?
Gue sayangggggg banget sama laki gue!

Kan Yong kannn...
Kan Sue kannn...

Sapa tak paham dok dendiam.
Watch and learn!

.

Wednesday, December 23, 2009

AISYAH DAH TAK TAKUT JUMPA DOKTOR





Dah 2 hari Aisyah demam.
Demam tak teruk, badan ada sikit panas.
Tapi batuk yang tak tahan tu. Sampai serak suara.
Dalam dok serak2 tu, gagah jugak nak menyanyi.

Plan asal, nak bawak Asyraf pi cucuk.
Tapi buku klinik dia PS tertinggal kat opis pulak.
So, postponed dulu nak cucuk adik.
Bawak si kakak instead.
Ubat kat umah pon dah abih kan.

Suspen woo nk bawak budak ni pi kinik.
Tak pernah tak melalak.
Tapi kalini diffetrent betoi.
Selalu tu, parking jer depan klinik dia dah start menangis.
Nampak jer doktor singh pakai turban besar, lagi kuat dia melalak.
Dalam bilik doktor, ada 2,3 kali dia menangis sampai muntah-muntah.



Mula-mula layan dia main pokok krismas,
tunjuk gambar bunga, buah & haiwan dlm klinik.
Bila nama dia dipanggil,
mula-mula dia buat berat badan tak mau masuk.
Babah dia pujuk-pujuk,
elok pulak kalini tak menangis.

Ohhh... anak kami dah besar rupanya.
Sebesar badannya!

Sebelum balik, kami anak beranak timbang badan dulu.
Anaknya 15 kilo.

Maknya?????
Kilometricoooooo...!
Menulis beribu-ribu perkataannnnn.....

Sekian, syadap you!


DDMR : LUNCH ON TUESDAY



Mingguni Makcik cuti straight seminggu.
Banyak agenda. Banyak rencana.
[mengabihkan Annual leave kekdahnya]
Kebanyakan entry-entry yg keudara sepanjang minggu ini
telah di draft di malam hari.

Ini lunch kami on Tuesday.
Macam biasa, bila Makcik cuti...
Makanya Pakcik korang pon coti lah jugak.



Mentang-mentangla Pakcik korang kata Sambal ikan sardin aku sedap,
Makcik pon tak lepas pelung, masak menu tu lagi dan lagi dan lagi
[sementara org tgh suka kannn...]

Tomyam tu pon sedap.
Sayur kucai dan togeh kepala besar [apekah?] tu pon lazat.

Sekilas komen Pakcik korang,
OK... ada improvement.
Tomyam sedap.


Kesimpulannya,
Cukuuuuup rasa!


BALIK DARI MEKAH : AYAHKU SEMAKIN KURUS




Semalam Ayah dan Mak MR dah balik dari Mekah.
We were there @ KLIA menyambut kepulangan Haji dan Hajjah.
Bak kata Amy Sweetdarling, macam-macam gaya dan ragam kaum keluarga yang menunggu.
Kami hangkut jugak dua beradik ni pi sana. 
Masa mengantar aritu tak bawak Asyraf,
masa menyambutni mcm tak syok kalau tak bawak dia sama.

Gedebuk-gedebak, dlm kol 9 kami nampak ayah muncul kat red carpet
[betoi mcm red carpet weh, jemaah jalan dlm pagar,
kaum kerabat dok bertenggek kat tepi pagar
sambil dok jerit2 panggil mak-bapak memasing]

Bila nampak je ayah,
1st thing that came up to my mind is...
Ya Allah kurusnya ayah aku!

2,3 kali kami borak dlm phone,
ayah byk kali ckp tak lalu makan
[memang kalau kat Mesia pon ayah sokmo tak lalu mkn]
Tapi tak sangka la pulak sampai kurus betoi jadinya...

Masa peluk ayah,
terasa sangat badan ayah semakin 'kecil' dlm rangkulan saya.
Rasanya kalau peluk Aisyah lagi 'berasa' dari peluk ayah.
Dah balik Mesia ni, nanti ayah pulun makan byk2 yer ayah....
Biar jadi Michelin mcm Rehan dan anaknya si Mencah

Mak pulak apa citer?
Mana Mak?
Ayah kata,
Mak hang demam masa nak naik kapal terbang tadi.
Dia tak buleh jalan.
Depa tahan dia kut.

Kami dah kecut perut.
Takut mak kena quarantine sbb badan panas.
Lama sungguh kami bersidai kat tepi pagar,
tapi mak tak jugak muncul kat red carpet.
Sampai dah tak ada org kat pagar, mak tak jugak muncul.
Adik saya si Mujib dah tak senang duduk,
Selamba dia mintak izin dgn guard nak pi masuk dalam tengok.
Mula2 guard tak bagi.
Lama-lama bila red carpet dah lengang, Mujib memboloskan diri.
Keh keh keh keh...

Lama jugak tunggu.
Bila nampak Petugas Tabung Haji dok tolak mak atas wheelchair
kami sedikit lega.
Muka mak pucat betoi. Mak pening kepala rupanya.
Pening yang giler2 punya pening!
Perut kosong, tido tak cukup.

Apa-apa pun, Alhamdulillah semuanya selamat.
Mak dan Ayah dah ada kat Klang, berehat puas-puas.
Nanti dah OK, kami hantar mak ayah balik kampung.

Wahai orang-orang kampung sekalian,
Tunggulah kepulangan Haji Juri dan Hajjah Paridah korang yek
Jangan bimbang, kurma ada sekoyan!

Gambar-gambarni Pakcik korang yang snap
Nampak sungguh takdak bakat nk jadi papparazi
Tah mana-mana angle yang di snapnya
Kelam sudahla, tiba2 ada kepala besar depan gambar.
Tak pon ada tangan besar atau kaki besar
[hat yang BESAR-BESAR tu bini dia la tu]
Jenuhla Makcik nak pilih yang terbest dalam banyak2 gambar hazab yang beliau ambik nih.
Layan sajalah.


Tangan ayah sampai kuar urat dan tulang.
Eh, ayah nk tunjuk cincin baru kah?
Sedih pulak tengok gambar ayah tertunduk camtu,
Padehal dia dok tgh pulun selongkar beg dia,
nak cari keta mainan yang dia beli utk Mencah.



Tu yang terbaring di tengah ruang berjubah hitam,
Mak sayer la tu.
Pandai2 hangpa la nk punggah beg mak noo...
Mak tak larat sungguh dah ni.

Bila tanya, nak pi lagi dak mak?
Aku nak pi lagi... ayah hang tak sihat masa kat sana
Aku tak puas jalan, banyak tempat tak dapat pi.
Orang lain, tiap2 mlm dating laki-bini,
Ayah hang tak larat jalan, Mak nak dating dgn sapa...
Hahahaha...
Sempat lagi mak buat lawak

Meh kita kumpul duit,
kita pi umrah pulak mak naaaa...
 .
.
.
.
.
.
.
.
 .
 Ni dia keta menan yang Tok Ayah beli utk Mencah masa kat Mekah.

Mamaaaa... saya nak pis keta penan!
[penan = mainan]

.





Tuesday, December 22, 2009

PUTRA DAN PUTRI LAGI




Tiada yang lebih indah...
Bersidai di hujung minggu
Melayan karenah anak-anak


 

*menaip entry ni sambil tersengguk-sengguk*
-Mengantuk-


.

ORGANIC SOYA




Oli & Umi Salwa,
Kalau yang ini aci tak?



Mahal nak mampos rupanya soya organic ni weh!
Ni beli hari Sabtu haritu kat Tesco. Botol kecik toek ni RM 3++ [hilang ingatan]
Kalau botol besar [saiz botol coke yang kecik tu] RM 7++

Ada jugak jual bijik soya kering.
Konon-konon, balik umah buat air soya sendiri.
Oh tidakkk... sungguh tak relevan kalau Makcik beli bijik soya tersebut.
Silap2 tumbuh kuar tunas!

.



Monday, December 21, 2009

DDMR : LUNCH HARI AHAD





Pukul 9.30 pagi dah start berkuntau masak kat dapur.
[cepat siap masak, cepat boleh makan, cepat boleh tidur]



Tauhu sambal.
Sayur campur campak segala.
Ayam goreng.

Isk, tengok gambar sambal tauhu tu,
tiba-tiba merasa sangat lapar.

Kan? Lapar kan?
Bila 99HTN nak habih ni.
[supaya boleh mkn nasik tanpa rasa bersalah]

Sekarangni, rasa bersalah ker pon bila makan nasik?
Loq laq la hang Makcik Rehan ooiii....

While Makcik busy di dapur,
Pakcik korang dan anak bujangnya sambung tido dlm bilik.
Anak dara bikin apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Blogging kah?
Facebooking kah?

Sebijik mcm gaya mak pak dia bila mengadap laptop.
Selamani tak penah pulak dia hangkut laptop ni letak atas riba laguni.

.


Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker