Pages

Powered By Blogger

Sunday, January 31, 2010

DDMR : CHOCOLATE CAKE

.

Biarlah gambar yang bercerita.
Caption sikit2 sudahla.

Sila jgn gatai nak mintak resepi,
Makcik pakai adunan premix, beli kat kedai bakeri.
Kalau hangpa nak, pi cari sendiri.

 Sempit gila dapor Makcik. Bayangkan sekujur tubuh makcik berdiri kat tgh tu,
langsung gelap satu dapo.
Rasa mcm nk renovate extend dapo bagi luas, tapi sayangnya tadak tanah dah nk extend
[konon-konon salahkan tanah, kan Makcik ada 80 jutaaaaaaa]



 Buat-buat tanampak dahla tepung yang dok memutih tepi2 mixing bowl tu
[aku malas nak selet2 dah - dh tgh mlm, mengantuk gila]




 Haritu teragak-agak nak beli loyang pembakar ni. Terasa sgt poyo nak ber loyang-loyang bagai.
Tetapi, atas hasutan suami sendiri, i followww.....





 Kalau Mencah nampak ni, habis dia celup 10 jari!




 Sukati hangpa nak kata apa.
Tapi bagi Makcik, HEBAT giler hasilnya.
Terasa sangat dewasa setelah berjaya membakar kek premix ini dgn sempurna!
[Zaman anak dara, buat kek TAK PERNAH JADI!]

 Buttercream icing muncul selepas ini...
Sila ambik napas panjang-panjang sebelum entry tu keluar
[tatau bila akan kuar, main taram letak date ikut sedap rasa]



Saturday, January 30, 2010

DDMR : S.P.A.G.H.E.T.T.I LAGI

.

Hidangan ringkas di malam minggu.


Alhamdulillah kenyang sampai berat kelopak mata.


Friday, January 29, 2010

SEOUL... HERE WE COME

.

Seminggu tau kami ambik masa nak pilih tarikh, pilih tempat, pilih bajet.

Zalia selaku Pengetua Akademi 99HTN tak boleh pi tempat yg ada nasik.
Makcik Rehan selaku mamalia berdarah panas tak mau pi tempat takde aircond.
Datin Lela, Puan Sri Mieja, Toh Puan Nieza dan Seripah Muriza nak tempat yang mudah nak kirai duit.
Kak Mah Gali dan Ibuk Isra Supplier Jamu Perapet nak tempat yang senang dijemput dari airport LRT.

Lagi pulak, ibuk-ibukni semua dok feeling-feeling kat jantan jambu sinetron Korea,
Nak pi ber'winter sonata' ke Korea ntah bila-kala...
Makanya, sebulat suara kami pilih SEOUL GARDEN.
Lalu pakat menggedikla masing-masing dok feeling-feeling konon2 makan steamboat kat Korea.

Kepada kawan-kawan yang TAK BERJAYA BOLOS DARI BOSS utk menghadirkan diri...
Ketahuilah kamu semua, bahawasanya...

HARI KHAMIS ITU TERCATAT SEBAGAI ANTARA HARI YANG TERINDAH 
DALAM KAMUS HIDUP KAMI

Nyaris nak runtuh 1 Utama ittew..
[Ok, Ok, agak keterlaluan di situ]

Upon arrival, Toh Puan Nieza Juzer tiada dalam gambar.
Kanan sekali, memperkenalkan.... Puan Az [bukan nama sebenar :-))]
Masing2 dok pakat nak sorok sebelah badan - paling obvious si Isra dan Kak Mah Gali.
[padehal depa tak sebesaq mana]
Makcik Rehan dgn si Az tu pulak, hang siku aku, aku siku hang... konon2 nak nyorok belakang memasing,
last2 dua-dua kuar full figure. Hambek!



Ini adalah kek batik yang sumpah sedap, Puan Az bagi.
Orang lain ada yang tak sempat rasa kek ni sebab aku tolong hadap bagi perabih semua.



Acara main masak-masak bermula.
Hat rebus ada, hat grill pun ada.
Masani mangkuk kuali hayun tu licin berkilat lagi kannn...



Mee hijauni Mieja yang tolong ambik. Nieza tolong masak. Sha tolong gaul.
Makcik tolong makan. :P


Kuali kami sudah hitam. Time for a change. Hehehe...
Meja aku tukar sekali jer...
Tapi meja Zalia tukar 2 kali okeh!
Dah la makanan tu semua tak aci transit dlm plate,
dari hot plate terus sumbat masuk mulut.
Bayangkan berapa byk makanan kami sumbat dlm perut?
Silap2 Restaurant Manager tu dok dup-dap dup-dap dlm hati...
Risau takut kami perabih semua stock untuk hari tu.


 Abang Korea+Bangla = Koala tolong tukar kuali...



Kuali sudah berkilat, kita masuk round kedua.


Serangggg!!



Tengok... Zalia tak aci bgn dah. Sumer main order kat Datin Lela jer.
Aku pon sama, Seripah Muriza jadi mangsa.
Tapi dia pedajal aku, ambik air green tea ker jasmine tea ke hapa.
Air utk org2 kurus yg health concious. Uwek... tak jalan di tekakku.
Padan muka Makcik Rehan, berat montot nk bangkit!



Sha paling bertuah, kiri-kanan di hapit oleh tilam dunlop.
Mesti lazat jer dia landing kat bahu Zel tu.



Sha, Makcik dan Isra.
Tengok, kamera aku sampai duduk dalam pinggan!
Gambar ni Makcik curik dari FB Kak Mah.



Selaku 'sexytary' penampilan harus kena jaga. Kan Mieja kan?
Diani la yang paling rugi bawak pi makan-makan. Tangki dia kecik. 1 Liter jer kot.
Tak macam kami yang 5 dan 10 Liter.
Selagi tak terlipat pinggang seluar, jgn harap nak benti sumbat.



Sudah makan, sudah kenyang... masing2 mulala parkinson bila ambik gambaq.
Hat ni posing dah ala2 org mabuk seafood. Mcm nak tumbang pon ada.



Hat ni Parkinson tahap lapan! Lubang hidung Kak Mah sampai nampak mcm ada 4 lobang!


Kawan-kawan, sila buat caption sendiri.



Sangat gembira hokeh!



My favourite pic!
Tapi sayang, Kak Mah Gali lak takde dlm gambo.

Nexttttt.....

Bandung?
Beijing?
Pnom Penh?

atau...

Chow Kit Road sajork.....!




INI SUNGGUH INDAH KAN KAWAN-KAWAN?

.

I kenot tahan to make an entry about yesterday.


From my cokia Casio, tunggu esok yeh!

Selamat berhujung minggu ya kawan-kawan...




COACH IN DA HOUSE

.

Khas buat tatapan golongan marhaen macam makcik...

 

  

 

Kelip-kelip kelopak mata,
mau yang mana?

Awwwww......



PERHATIAN : DI MANA NAK CARI YANG MACAM INI, TAPI......

.

Yang 'pirate' punya!

Price concern di sini yaaa..... sbb tu Makcik mau yang celup punya saja.

Mohon maaf kepada sekalian pendokong COACH ori,
bukan Makcik takmau beli yang ori....
Makcik takut nanti makcik tak lena tidoq malam
sebab terlampau excited...
seumur hidup tak penah dapat barang designer brand yang ori laguni...
Lagi pulak, takut nanti Pakcik korang ingat bini dia ni menang loteri 80 juta ka apa...

p/s : Gambar jimbaan semalam tak dpt share hari ini. Kabel tertinggal di Bayu


Thursday, January 28, 2010

DDMR : SANTAPAN

.

-Scheduled entry-


Malam semalam, PS suh goreng ni...
[ditaburi rempah ratus murahan hari tu]




Nasik goreng kunyit.
Banyak belen, so, carry forward utk breakfast pagi esoknya.




Goreng fries utk Mencah. Tempe dan tauhu Makcik punya.



AISYAH NEEDS HELP TO DO 'PEACE'

...
 -scheduled entry-
Harini tiada entry baru sebab Makcik ada perjumpaan bersama ibu-ibu boroi seMalaya.




Anak orang lain semua dah pandai habaq kalau nak kencing,
kalau nak berak, kalau nak muntah bla... bla... bla...
Nak buat peace yang kacang pis laguni mesti anak-anak kamu semua lagi terer kannn...
Anak Makcik gak yg tak geti2 lagi nk buat peace.

Lagi satu hal yang pelik,
dulu masa 2 tahun lebih, kemain lancar mengira satu sampai sepuluh.
Sekarang dah nak masuk 3 tahun, kalau mengira asyik jadi mcm ni...

1, 3, 6, 7 ...... 
1, 3, 6, 7 ......
11, 14, 18, seratusss!

Nak kena hantar tadika cina mcm Kalep gak ka?


TESCO RAWANG : RM1.48 ON THE SHELF, BUT...

.

But 1st, nk tempek herbs that i bought for Isra dan Kak Mah.
Gonna meet them today.


Sesiapa yang berminat, sila cari di kedai yang menjual barang-barang bakery. Gerenti ada.
Kalau tak jumpa dan nak mintak Makcik belikan, tarak hal... let me know.
Tadak extra caj apa2... tp kena bayar postage charges lah.

OK, secondly...
Semalam lepas belikan herbs ni, MR berdesup ke Tesco Rawang.
Nak beli some cooking and baking needs for this coming weekend punya project.
Hehehe.. tunggulah nanti kalau ada hasil ekk...

Dekat shelf, colourings ni harganya RM1.48 per bottle - all colours.
Bila bayar, teeetttt... mcm2 harga kuar
1.70, 1.95, 1.69, 1.75 bla... bla... bla...



True, tak banyak pon bezanya.. total semua dalam singgit lebih saja.
Tapi, sebab Makcik terlalu senang
makcik menempek jugak kat kaunter CS depa.
Hehehehe... again, i was refunded.




Ni kali ketiga tau Makcik kena.
1st masa beli susu DL 123, short 7 hengget lebih...
2nd masa nak beli cadar Mencah [yg ni makcik x cite dlm belog lagi]
dahla bayar dgn CC, price dekat shelf 29.90,
bila bayar jadi 59.90!
[as usual, depa refund balik by cash]
3rd time dgn colourings semalam.

So kawan-kawan,
sila kelebek resit pembelian anda selepas membuat pembayaran.
Especially kalau kat Giant yang memang terkenal dgn
lain harga dalam katalog, lain harga kat rak dan lain harga bila punch.
Teetttttt.... mampuih aku kena maki dgn penshopping tegar Giant!
Kak Eynda.... jgn marah tawww... heheheh



Wednesday, January 27, 2010

KITA BAGI AMARAN KAT KETA DIA!

.

Hari Isnin baruni,
Kelas penuh dari pagi sampai petang.
So, PC-PC kat PID boleh kata tak dan nak sejuk.
Makcik pon sampai kering ayaq lioq dok mengajaq pagi sampai petang.
Inilah masalahnya bila student tak daftar serentak,
terpaksa guide depa 1 to 1
*pengsan*

OK, menjelang petang, bila budak2 dah balik dari sekolah
dugaan di PID semakin hebat.
Cuaca panas sudahla kan...
[ekon setengah kuasa kuda ni mana mampu nk menyamankan umat yang sebegitu ramai kann]
 Dengan bau, dengan bising....
*pengsan lagi*

Petang tu kebetulan ada 3 student, maknanya hanya tinggal 1 PC kosong saja.
Punyala ramai umat pelajar dari sekolah menengah mana tak taula
dok jengoi kepala nak guna PC.
Naik cemuih aku nak jawab...penuh! penuh! penuh!

Budak2 ni rupa-rupanya kena buat projek apekemenda tah
tapi depa kena cari biodata seorang tokoh berserta gambar.
ada sekumpulan budak2 pompuan form 2 nih dok terkial-kial nk tenyeh internet.

Tgh Makcik dok tolong budak2 pompuan ni buat projek,
muncul sorang  budak h*t*m pakai singlet,
lagi pakai seluar pendek.
Dia jengoi kepala, terus Makcik sound... penuh!
Rasanya dia bukan datang sorang,
sebab nampak mcm gelap jer sekeliling pintu luar PID tu.

Lima minit sekali dia jengoi kepala lagi dan lagi...
Makcik sudah pissed off okay!
Lalu Makcik kunci pintu.
[lagi pulak masatu dah pukul 4.30-sudah hampir masa nak merambus]

Masih tak paham bahasa,
ketuk lagi, pulas2 tombol lagi, dannn... BANG!
Tendang pintu barangkali.....
Marah tak? marah bukannn....
tapi malas nak layan.

Bila kuar dari PID masa nak balik....
Tiba-tiba Makcik terpucat sekejap
bila melihat....


Viper belakang si kontot dah ternganga laguni.
Ni amaran ringan la kot ekk....
Mujur makcik parking betui2 depan pagar
tempat laluan orang kuar-masuk  pejabat pos

Kalaula Makcik parking depan Klinik Kumar,
Apa jadila kat si kontot nan comot akuni kann...








HE'S OFICIALLY ON CD - 24 HRS

..
Benar kawan-kawan.
Asyraf kini tidak berdispo lagi. Totally, fully CDing.
Makcik ada 9 CD's [with 18 inserts] so far
dan nampaknya ia mencukupi untuk penggunaan seharian
[buat masa ini]



My Bibik at first, refused to use the CDs.
[dah menyedap guna dispo, main buang saja kan]
Last week, masa mula2 Makcik kuarkan arahan suruh stop using dispo,
dia buat tak endah. Makcik sgt hangen okeh!

Begini ceritanya...
[secara tak langsung, entry ini boleh dijadikan rujukan
buat sapa2 yg teringin nk menceburkan diri dalam bidang CD. Hehehe]

**************************************************************

Pagi tu, sebelum pergi kerja, i asked Bibik to bathe Asyraf NOW
[biasanya dia mandikan Asyraf lepas Makcik dan Pakcik dah berangkat ke opis]
While she bathe Asyraf, Makcik prepare brg2 berikut...



 -Nappy liner-

Oh ya... Makcik hanya guna satu keping insert dlm pocket CD tu.
Kalau letak 2 keping rasa mcm too thick.
[takde pulak gambar insert dalam CD ekk... jap Makcik google]


Okehh... ini gambar google.


-pic from here-

Masukkan sekeping [atau 2, up to you mommies] insert kedalam pocket CD




And then, lapiskan dgn sehelai nappy liner mcm ini...


 -pic from here-

 Kalau rasa nappy liner tu terlalu lebar,
boleh lipat dua atau potong kepada 2 bahagian.



So, when shes done with mandi,
Makcik tunjuk kat dia camana nk pakaikan CD kat Asyraf.
Makcik kata, put this layer [nappy liner] on top of the CD


So that, bila Asyraf poo poo,
[dgn bibik aku tak kata poo poo larr... tak paham lak si Kiptiyah tu karang!]
Senang sikit nk remove stools/najis dari CD ni.
Tak payah guna nappy liner ni selalu.
Kalau katakan Asyraf dah berak on that day...
[dimana biasanya dia tak akan berak dah utk haritu]
So, bila nak salin CD baru kat dia... tak yah la bubuh nappy liner dah.
Tapi ingat... jangan ko pam nappy liner ni dlm lubang jamban!
Kalau jamban aku tersumbat siap ko... aku suruh ko korek balik dlm lubang tu!
[Yes... i can be 'mean' sometime...]



When done, inilah hasilnya. Perfectly fit!


Close up sikit...

Mahapkanla napply liner yang terjojol kuar kat celah peha tu.
Kalau adjust betul2, takdela terjojol camtu.



One happy CDing baby!


Close-up lagi...

I've always prefer to put Asyraf in rompers during the day.
Senang nk peek kalau dia dah basah atau berak.

OK. So, i assumed Asyraf will be on CD for the rest of the day.
But, bila Makcik balik kerja, terus aku terpa nak check bontot Asyraf.
What?? Apsal pakai dispo lak nih?

Aku jeritla kat Bibik [yes, sometimes i do yell at her!]

Eh, Bik
Apsal Asyraf tak pakai lampin kain?
Tak kan dah habis kot!
Punyalah banyak aku beli lampin ni... apsal ko pakaikan jugak pampers?

Minah ni mula gagap..
Anu kak... enggak...
Tadinya sudah mandi, saya kira enggak perlu pakailah...
pakai yang ini [pampers] ajalah...


Eh, ko ingat aku beli lampin kain banyak2 tu nk buat apa?
Ko ingat aku beli nak simpan ker?
Aku beliiiiiii... sebab nak pakaiiiii...
Kalau setakat nk simpannnn... baik aku tak payah beliiiiii....
[Actually memang asalnya aku beli dan simpan!
sebab Aisyah tak pakai pon. hehehe...]



Kerrr... ko malas sebab takut kena basuh lampin ni?
Ada aku suruh ko basuh?
Kan aku dah bagitau BANYAK kali kat ko...
Tak payah basuhhhh.... siram jer dengan air sampai hilang hancing,
Ko longgokla dalam baldi kecik hijau kat dapo tu!
Nanti balik kerja aku suruh mesin basuh!

Pucat lesi muka si bibik okeh!

Memang Makcik sgt geram sama si Kiptiyah ni.
Aku punya anak, aku punya sukalah nak bagi pakai pampers ka... lampin kain ka...
Cukup bagus tau aku tak suruh ko basuh tangan lampin2 tu.
Aku suruh ko siram2 jer, pastu longgok jer dlm baldi.
Macamlah selamani ko dah terbiasa hidup senang.
Anak ko sendiri kat kampung pon pakai lampin kain kannn....
yang tradisional lagik kann...
Baru 4 bulan ko datang Mesia... dah tersedap guna pampers...
Ko naik lemak pulak ekk....

I can be very 'sporting' and sempoi at most of the times
I joke and i poke [saja nak bagi rhymes :P]
and i can laugh mengilai-ngilai...
Tanyalah student2 PID Rasa nih...
Tanyalah Aunty Mary, tanyalah geng-geng PID...
Tanyalah adik-adikku...

Tapi, bila Makcik serious... ko jgn main-main...

 Pasal si Bibik ni... memang macam-macam Makcik nk cerita sebenaqnya
Tapi nanti-nantilah... bagi chance dululah... dia baru 4 bulan keje kannn...
Kang nanti ada yang kata akuni ganaih sgt, kejam, zolim dan lain-lain yang sewaktu dengannya :P

Tapikann... tau apa Bibik Abg Ipar Makcik ckp...
[si Kiptiyah ni lah yg cerita kat aku] 
Saya suka kalo dapat kerja sama majikan macam kakak
Bisa gurau-gurau, bisa ketawa-ketawa...

Terus aku sound si Kiptiyah..
Haaa... ko dengar tu Bik... sikit punya untung ko kerja dgn aku.
Apa aku makan, ko makan kan. Aku langsung tak berkira dgn ko pasal mkn minum tau!
Lepas maghrib jer, ada aku kacau2 panggil ko suruh buat kerja itu ini?
Anak aku berak ka, muntah ka... kalau dah malam semua aku buat sendiri tau!
Ko bergayut siang malam pagi petang, pernah aku bising suruh ko letak talipon?
Pernah aku bising bil letrik mahal?
Sebulan 2 kali tau aku bagi ko cuti, ko tengok si Yani...dah dekat setahun dia kerja,
pernah dia merasa cuti walaupon sehari?

Lu pikirlah sendiri!

Bibik Kiptiyah mengekek gelak dengar Makcik berleter.

Gelak-gelak jugak... siap ko Bibik!





MAKCIK KEHILANGAN KAMU, KAMU DAN KAMU

.

Tengok kat sidebar sebelah kiri, bawahhhhh sekali....

PID BLOGGERS = 0
CARI BLOGGERS = 0
BUDAK TAAYAH = 0
PENGEPAM TEGAR = 0

Punca kehilangan semua-semua ini,

GATAL TANGAN USIK SANA USIK SINI !!
[padan muka]

Oleh itu,
Mintak tolong pada kamu2 semua yang berada didalam kategori spt yang disebutkan diatas,
sudilah kiranya kalian menyenaraikan URL belog kamu2 semua di kotak komen entry ini.
Puhleaseeee.....

Walaupon Makcik korangni sgt berat tgn nak mengomen dan menjerit di kotak jerit belog anda,
ketahuilah bahawa hidupku sepi tanpa celoteh merapik meraban di belog kalian.
Tanpa celoteh di belog kamu-kamu semua, semakin mandomlah rutin harianku di PID Hulu Banat nih.

Kalau ada yg baik hati nak tolong bagi URL mana-mana belog yang u olls tahu pon sgt2 dialu-alukan.

i lebiu more...
[bodek baekk punya. hehe]

Eh kejapppp...kejappp...
Pasal balance akaun Maybank Makcik yang tiba-tiba jadi RM 80 juta tuuuu
Wooooiiiiiii..... Makcik buat gimmick jerla...
bukan sorang bukan 2 orang yang buzz Makcik pasal entry tu...
Depa ingat tetiba Makcik depa ni jadi jutawan gamaknya. hihihi

Pagi tadi kan buring yang hamat.
Sambil2 ngaja budak2 tu, Makcik godek Maybank Account
nak tengok berapa belen duit yg tinggal [hujung bulanni kering giler]
Buring-buring punya pasal,
Makcik printscreen, tepek kat paint, then edit balance RM 80 hengget menjadi...

RM 80 juta hengget!

Kalau sungguhla balance akaun Makcik jadi 80 juta,
mamposla aku kena ligan dgn LHDN!






TOLONG TENGOKKAN ADIK KEJAP, BOLEH?

.
Tengok jerrr... jgn kerabat masuk katil adik okeh!




Entry selit tanpa motif.




Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker