Pages

Sunday, February 28, 2010

SYAFIA HUMAIRA SAHARI

.

Terlebih dahulu, Al-fatihah untuk arwah.
By this time, rasanya semua orang dah tahu pasal kes arwah kan. Fine.
Malas nk copy paste artikel dari sotkabar bla bla bla. Let the authorities do their part.

Part kita - selain menyumpah seranah, memaki, mengutuk mak dia yg kaki putar belit, 
boipren binatang mak dia... ambik iktibar... dan tepuk dada...

Makcik jarang ambik tau hal ehwal rumahtangga orang.
Jarang-jarang sekali Makcik buat entry pasal org lain.
Balik-balik asyik citer pasal aku anak beranak. Kan?

Tempat kejadian, Batu 30 Ulu Yam Lama... 
dekat dengan PID Rasa.
Ramai student-student Makcik, duduk sana.
Sebab tu Makcik rasa terpanggil untukmembuat entry ini.

Bukan nak kata apa.... 3 tahun Makcik kerja di Rasa (Daerah Hulu Selangor) ni... 
memang macam-macam cerita pelik pasal masyarakat kat sana makcik dengar dan tengok sendiri.

Kes rogol ramai-ramai...
Rakam gambar porno...
Skandal bini org laki org... melambak!
Tak lupa juga skandal Mak Jan..
Skandal pompuan Islam dgn lelaki bukan Islam...
Anak luar nikah....pon ada...

Masyarakat kitani memang dah berulat gamaknya...
Sibuk lebih2, satgi kena lahar kata nyibuk hal org.
Bila semua org takut kena lahar, ginilah jadinya.

Mana lagi zalim,
Hukum rejam penzina...
atau terajang budak kecik umo 3 tahun sampai mati?
[dimana, kalau mak budakni dan binatang boipren mak dia tu dah kena rejam,
budakni mungkin tak akan kena dera]

Nampak tak kesan kepada ummah bila kita tak ikut syariat?
Makcik malas nk elaborate lebih2, kang aku kena cop puak pelampau agama.

Yong, Syani, Ibu Yasmin....
aku tunggu cerita dari korang.







STICKY MODE : ENTRY BARU KAT BAWAH

.
Contest yang menggegarkan di tahun 2010.
Contest diurus selia oleh Puan Pija.
Refresh blog beliau sokmo utk update terkini!

http://sitisifir10.blogspot.com
 



Esok 28 Feb dah nak tutup...sapa blom masuk..sila masuk....




Saturday, February 27, 2010

KERASTANGAN : REPAIR LANGSIR MELERET & DIY LANGSIR DAPUR

.

Iyaaa.... tuan2 dan puan2....
Masih lagi dalam mood jarum dan benang,
Sampai bergaduh laki-bini suh jagakan anak sebab mak budak tiba-tiba kena sindrom jarum.
Sampai tgh malam buta pon dok tekan pedal mesin jahit.
Pakcik korang kalau dah dapat bantal bukan peduli anak nk melalak ker apa..
Padehal dia yang dok bising suh cepat alter langsir meleret 
dan buat langsir tingkap dapo yang dah telanjang sekian lama.
[jgn marah bang, i lebiu...]


Kali ini... MR kasi trim off day curtain yang selamani panjang berjela, meleret-leret...
[selalu tersepit celah sliding door dan hitam belacan jadinya]

See... cantik tak cantik belakang kira.
Janji dah tak serabut mcm sebelumni. Nk bukak sliding door pon payah asyik tersekat kena kain.



Makcik memang suka patchwork. Again, cantik tak cantik belakang kira. 
Korang tak yah kelebek zoom dekat2, nanti nampak mcm2 kecacatan pada teknik jahitan. 
Ala-ala menampal kain buruk jer kekdahnya... patchwork konon....




 Dah tak segan-segan lagi dgn umah belakang sbb selamani tingkap dapo kami see-through....




But anyway, rasanya nk kena tambah tali pengikat kat anak panah kunin tu kan...
Barulah nampak kemas sikit kan... Tapiiii...
memandangkan langsir tak semenggahni dah pon dipasang,
entah bila tahun pulak makcik korang nak tambah tali tu pon...
Malasnyerrrr haku!


Toksah puji2 la weyyy.... kalau hangpa tengok real, 
kompom rasa nak gelak sorang-sorang dlm jamban.

Kerastangan Makcik ni, anak makcik si Mencah jer yang support 100%.
Siap tolong pegang bangku masa mak dia nk panjat pasang langsir-langsir ni.

Hati-hati mama.... saya pegam awak mama...

Huhuhuhu.... lagi sekali, mujur ada anak sendiri...

*pegam = pegang

oppss... lupa nk habaq, tuto langsir patchwork ni ambik dari craft gossip (blog yg mengkompilasikan mcm2 tuto jahitan dari seluruh dunia) tapi dia punya cun giler...
aku punya??? sendri mau ingatla Rehannn...


 .

Friday, February 26, 2010

KERASTANGAN : BEG MENCAH


.

Brother akhirnya berjaya digunapakai.
Mujurlah ada sedikit ilmu terpendam mengendalikan mesin jahit antik mak kat kampung.
Konsepnya sama, materialnya lain sikit... langkah-langkahnya pon lebih kurang sanma.

Makanya, terhasillah beg tak semenggah ini.
Beg ini sepatutnya adalah sebuah bakul comel bertangkai.
Tapi bila sampai kat tgn keras makcik, mcm lebih sesuai dipanggil beg.

Mencah mengendeng kat sebelah mesin 24 jam.
Asal makcik merungut sikit sbb benang tercabut ker, tersalah jahit ker, tersalah ukuran ker,
dia akan bagi sokongan moral dgn senyuman yang sungguh manis :
Jangan risau mama.... awak boleh lakukannya!

Owhhh.. sungguh bertuah rasanya memiliki anak montok yang bermulut manis sebegini rupa
[sessi memuji anak sendiri]

 
  
  
 

Tutoial diambik dari blog Pink Penguin.
Amoi Jepun yang pandai speaking dan dapat Pakwe Mat Saleh dan tak lama lagi dah nak kawin.
Linknya tak simpan, sbb tuto ni dah simpan dari tahun lepas.
nanti jumpa link i bagi yer...



SEMALAM DINNER IS TOMYAM TAWAR ALA2 DETOX

.


Tapi hatiku berbunga-bunga riang melihat semangkuk tomyam ni habis di ngap oleh PS.

.

Wednesday, February 24, 2010

TAHUKAH ANDA...

.

Bahawasanya line streamyx yang konon-kononnya...
Kalau bukan streamyx tak cukup baguslah!

Adalah sangattttttt ^%$%#$&$
sejak dari pagi tadi.

Makanya.... gambar-gambar berikut terpaksa diulang tayang lagi dan lagi...



credit to : http://www.streamyxsucks.com/ 


Tuesday, February 23, 2010

PRODUK COMEL TERBARU DI BIZKIZZ

.

Sejajar dengan kegilaan nak menjahit,
[walaupon mesin Brother haritu tak berusik pon lagi!]
Makcik nak pasarkan barang2 yang comel berikut kepada para penjahit tegar sekalian.
Makcik ada banyakkkkk...stok bunga2 kain dan ribbon yang comel berikut.
Nanti jgn lupa terjah Bizkizz yerr...

 
  
  
 



GAMBAR-GAMBAR TERPILIH DI KOTA KERIANGAN

.

Sebab apa gambar terpilih?
Sebab banyak gambar yang gelap gelita, parkinson dan kembang ala2 halimunan.
[tidak dilupakan, tuan punya belog juga turut kembang setaman]

  
  
  


 Budak kat bawahni yang paling enjoy that day.

 
  
  
  
  

 







Monday, February 22, 2010

ASYRAF TERHOYONG-HAYANG DALAM BUMBO

.

Entry buat syarat.
Busy melayan Bizkizz.

Since Si Adik terhoyong-hayang duduk dlm tu,
Si Kakak konon-konon nak tolong support adik.
Haru Kakakkkk.... senget abih kepala adik tu!



.

INTERNET KAT PID RASA MACAMMMMM...... ^&*%*&%^^%#@$#@$

.
Sangap siot!
Dari pagi tadi, streamyx buat hal.
Talipon 1-800-bla-bla... dapat plak cakap dgn mamat operator bengap,
boleh menopos Acik becakap dgn ko dik!

Talipon lagi sekali pas lunch tadi,
nak semak report pagi tadi sbb still tak leh connect,
alangkah bangang operator pagi tadi tu rupanya...
Report ada... tapi dibuat atas nama Encik Jazlan!

Nama aku Rehan la weyyy... Rehan!
Rehan dgn Jazlan jauh beza noks!!
[mentang-mentangla suara aku ada sikit husky pagi tadi, JAZLAN ko bagi aku dik]

Ambik feel dulu, cek email kementerian jap, cek email Bizkizz jap...
kalau rajin Makcik sambung entry weekends lepas.

Para pelanggan Bizkizz ku yang terrrsayang,
tunggu Acik reply query korang ekk..
Blame it on our so-called : kalau tak streamyx tak cukup baguslah telecommunication company!


PUKUL RATA PUNYA ENTRY

.

Ni entry asal buat. Ditaip tanpa plot.
Lantaklah apa yang kuar, sila baca tanpa banyak soal.

Jumaat cuti. 
Khamis tu internet mcm h*r*m kat PID, tu yang tiba-tiba dtg angin malas nk keje esoknya.
[lately, Makcik byk maki-maki manja keatas persekitaran - sila jgn byk tanya]

Jumaat tu, pederas pi KL,
ambik stok handbag hooks. Ada kuar design baru.
Oleh itu, tak reti-reti nak terjah Bizkizz?
Dah terjah kalu, tak reti-reti nak rembat barang seketul dua?
Free postage hokay!

Hari yang sama, demam meroyan nk beli mesin jahit dah sampai climax
[peduli haper word climax tu sesuai ke tak]
Tak 'tahan' dah nk tunggu birthday utk request dari Pakcik korang sbg hadiah 
[ayat aku agak padayappa di situ]
Bak kata Zalia Tg Malim, sampai rabun dekat, rabun malam, rabun ayam, mata kerow...
ponnnn belum tentu laki sendiri belikan.
[Encik suami, kalau baca entry ini sila muhasabah diri hokay]

Sambil memandu kereta kontot yang bersifat auto,
terus sms Kak Mah Gali, suh dia gugel seantero alam maya
suruh dia locate kat mana ada jual mesin jahit cap Brother
[bukan brothers yang jual sport rim keta tu yer adik-adik]
setakat keta kontot Makcik yang berkuasa suku kuda, 
tak sajak memakai sport rim berberan-beran.


sebijik-sejebon, saling tak tumpah, inilah makhluk yang telah melenjan RM599 duit haku.
Beli di Carrefour Mid Valley. Sapa nak beli, pi cepat.
Lepas Makcik angkat, tinggal 2 ekor jer lagi makhluk ni dlm tu.

Selit sikit, nak cari parking kat Valley di hari Jumaat [hari bekerja okeh] punya seksa!
Mid Valley sesak mcm h*r*m! [maki lagi]

Mesti ada yang tertanya-tanya [buat-buatlah tertanya-tanya weii...ambikla ati aku sikitt...]
Awat tak ambik makhluk SINGER?

Alasan Makcik senang ajer.
SINGER is RM675
BROTHER is RM599
Jimat 76 hengget okeh!

Peduli haper haku kalau ada yang kata Singer bagus kerrr... Singer mengaum ker...
Setakat nak jahit renda spender yang barai 2 kali sebulan,
Tak kan hazab sgt makhluk Brother ni nk buat kerja 'mulia' tu kan?
Warranty kan ada, apa2 jadi aku hempukla balik mesin tu kat headopis depa.

Setel citer Jumaat.
Sabtu pegi Genting. Konon2 kat bawah ni cuaca panas sgt.
Naik atas ingatkan sejuk sgtlah.... cehh..tak sejuk manapon.
Takde effect pon kat lemak dan selulit Makcik.

Lagi sekali, orang punya ramai, parking mcm h*r*m!
Salah strategi siot.
Ingatkan dah habih CNY, dah tak ramai umat kat sana.
Rupa-rupanya depa bantai melenjan kat Genting sampai habih Chap Goh Meh!
Silap tak study calendar lunar seblum pegi
[kenapa kalendar lunar - toksah tanya, Makcik pon tatau. Kan dah bgtau tadi, menaip tanpa plot]

Patah balik, kona baring sikit.
Maca cuti CNY, hari Selasa kalau tak silap [short term memory disease]
kami laki bini pi Nilai 3. Pon tanpa tujuan.
Kuar-masuk-kuar-masuk semua kedai tanpa motif.
Cuaca panas Ya Rabbi, saja bagi tan kulit biar macho sikit.

Masuk kedai hinglish nama KKK [kalo tak silap]
punya sakan kelebek brg itu-ini, bajet nak buat umah konsep hinglish....ceh!
Sekali pegi kaunter, bayar RM10 utk 4 bijik mug munger-munger rega lelong.
Nasib baik ada mug [bukan Mak Apan okeh] lelong tu.
Kalau tidak, malu nak kuar dari kedai dgn tgn kosong.
Ko hadapla konsep umah kaler kelabu asap ko tu sampai tua Rehan oii...

Di suatu sudut lain,
beli baju kain plain nk buat baju raya anak-beranak total 13 meter.
Lupa daratan terhadap saiz badan sendiri - nak beli 4 meter atau 4 meter setengah?
Lalu talipon Makcik taylor di Klang. Padan muka kena sedas!

Aiiii... bukan kata hang minum Jusmate ka?
Orang kalau minum Jusmate, beli kain nak buat baju pelan sikit... pelan sikit....
BUKAN PELAN BESAQ! PELAN BESAQ!

Telan ayaq liyoq ja la kena maki dgn Mak Sedara sendiri.
Takpa..takpa... tunggulah lepas aku join Detox hangat2 tahi ayam dgn Zel nanti

Disamping beli baju raya,
beli jugak kain-kain yang ada motif buah berry dan katun2 [rujuk entry lepas kalau rajin]
[sifat fizikal kain-kain tu tebal nak mampus - mengahla si Brother tu nak jahit kain tebal tu nanti]
Macam biasa, beli kain-kain tu semua tanpa motif.

Oleh itu, sila kaitkan kisah kain-kain tebal tu dgn kisah meroyan beli mesin jahit.
Mereka saling meyumbang keatas satu sama lain.
[tak paham sudah!]

Stop dulu, gambar kita tepek kemudian,
mata gua dah barai - ngantuk.
Anak gua si Asyraf pon dah pasang speaker kat dlm bilik nun.
Bapak dia mesti buat hati kering jer dengar anak menagis.
Adios!










Thursday, February 18, 2010

DDMR : SOTONG DAN SAYUR

.

Lama punya. Gambar arkib.
Tak feel la nk layan internet harini.
Line streamyx kat PID harini mcm h*r*m!!


Lapar sudaaa...



Wednesday, February 17, 2010

BUSY : GAMBAR SEMATA-MATA [BANYAKKKK SGT]

.

Aisyah dan Asyraf di Tahun Baru Cina.
Merah itu tandanya ongggggg... kan Oli kan Oli kannn...
[Makcik bizi banget hari ini - sila percaya!]

Bye!


Sekian.

.