Sunday, November 15, 2009

DI HARI MINGGU YANG SEJUK DINGIN





Pegi Tesco beli brg dapo.
Hantar bibik balik jumpa koloni dia.
Singgah isi perut kat umah Nenek Onah.
Balik Bayu lepas maghrib.
Layan budak-budak berkubang dlm bilik dgn harapan depa tido awal.
Menonton perlawanan tenis tanpa perasaan [sambil melayari internet :P]

Itu cerita Makcik. Anda?




LENGGANG PERUT

.






Tajuk sebegitu sempena semua mai bawak perut kosong dan besaq
[kecuali Makcik Rehan - sila percaya].
Malas bercerita, biarlah gambar yang berkata-kata.

Seronok menggedik tak terkira, sampai hampir lupa daratan kekdahnya.
 Orang paling jauh yang mai, adalah juga orang yang paling last balik.
 Jasa Tora Terbang dikenang sampai bila-bila.

Terima kasih kepada tuan umah - Ira
[gigih aku hayun perut panjat sampai tingkat 3 umah ko ira],
dan tahniah buat Sha di atas kelahiran Aiden Raouf
[harap2 spelling makcik betoi. Sungguh stylo nama ittew... makcik soka]

Nexttt... ada berani lenggang perut ke Taman Bayu kah?
Sapa nak join, sila submit nama mulai sekarang.
Makcik nk pacak khemah!





Saturday, November 14, 2009

MY BROTHER, MY NEPHEW





Tribute to my younger brother [Uncle J]


Thanks for everything!



UPHOLSTERY [Spelling apekah?]






Pas buat entry ni, nak pi selongkar celah-celah tilam, bantal, lemari kasut, kabinet dapur, bawah katil bibik, belakang mesin basuh... KOT-KOT JUMPA DUIT HENGGET 5-6 RIBU. Amin.



Tehengen nk transform the above [gambar 1st - pinjam google punya jer pong!]
our plain-busuk-peruk-masam-huduh-morah cavenzi sofa menjadi any of these sofas!
[Semua gambar googled]





 Kalau tak jumpaaaaa....
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Makcik Rehan akan terus berangan...
[Gilo ko apo nak jahit sendiri!]


Friday, November 13, 2009

AISYAH, MAGGI DAN LOBAK PUTIH





Semakin malas menaip. Jimat tenaga demi 99HTN [kononnnnn].






MEREKALAH SEGALANYA... [agak syahdu di situ]



.



Petang semalam.

PS kalau balik keja jer, memang budak-budak nilah yang dia capai dulu. Mak dia sangat soka hati melihat adegan ini. Bolehla melayan siaran ulangan Nur Kasih dengan aman. Kalau Mencah 'jaga' jgn harap boleh lari dari channel 613 versi Melayu. Yerrr... haku terlepas ketapi malam. Kamu-kamu semua memang dah lama addicted to Adam dan Nur ni. Makcik baru nak berjinak-jinak. 3 pelakon yg saya soka lihat, Tizzy [she used to be called as that; i baca dlm paper :P] Seripah Sopiah dan Ummi Nazira. Kalau takde depa2 ni, drama ni kurang kick! [setuju tak?]


RASA NAK PI MEKAH BILA HANTAR ORG PI MEKAH

.








Thursday, November 12, 2009

Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10






Contest organized by : http://sitisifir10.blogspot.com/

Motip masuk contest? Nak menang baucer pi JB tu. Kan Makcik penah citer dlm entry sebelumni, tahun 2009 ni kami belum pegi merendek kemana-mana lagi. JB pon JB lahhh.....

Sangat nasib baik sebab gambar zaman tok kaduk ni tersimpan di photobucket. Ni zaman Mencah redha di tocang. Kalau sekarang, jgn kan nak tocang... nk sikat rambut serugum dia tu pon dia tak bagi.

Cehewwet betoi Makcik sitisifir ni wehh... mcm2 la pulak syarat nk kena buat.


  • Sila letakkan link ke blog ini. Pastikan nama yang keluar di bloglist kalian adalah Siti Sifir's Supernova Share-Out Space. (Pijah!! Cerewet nya ngko nih!!! ----> memang cehewwet tawww
  • Anak anda itu hendaklah perempuan, berumur bawah 3 tahun. Gambarnya hanyalah sekeping sahaja supaya senang untuk dinilai. Jangan risau, kami bukan nak cari calon menantu ---> mujur ko mintak satu pija weyy... kalau nk lebih memang Makcik tak leh join la. Sekeping jer pon yg haku ader. 
  • Letakkan banner di sidebar...(kalau ramai masuk maka merata2 lah wajah Arwa ku kan kelihatan...ngeh he he..ops itu pun kalau ramai ek...) Sila abaikan banner yang ala kadar itu..kerana tuan buat contest ini sangatlah tak rajinnya nak mengedit gambar :P ---> sungguh tak semenggah banner mu ittew adikku. hehehehe... jgnlah haku disqualified kerana komen pedas ini :P 
  • Tolong beri tajuk Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10 di entry anda. ---> iyerrr.... 
  • Tarikh tutup 30 November 2009 jam 12 pm (tengahari)
  • Sebagai menambah perasa, sila rajin singgah dan beri komen. Mungkin ini caranya untuk merasuah saya... :P walaubagaimanapun biarlah gambar bertocang anak anda menyengat ye...( tocang budak ada sengat kah??) ---> Bab mengomen ni yang haku berat montot nih... Satu donia tau, Makcik Rehan memang tersangat hazab bab nak mengomen kat belog orang. Huhuhuhu... Mulala kuar komen2 pelstik aku karang.. 
  • Tinggalkan link anda dikotak komen di bawah. 

 My daughter Aisyah - 2 years 7 months old now. She was about 1 year plus in this photo.

So, thats it. Diminta blogger-blogger lain sila jangan masuk contest ini supaya chances utk kami anak beranak pegi ke JB tinggi yerrr... :P


Wednesday, November 11, 2009

STANDBY MODE





Satgi Atuk Asan datang mai ambik [keta kontot ada kat umah atuk since balik kampung last week]. After lunch kami nak gerak ke Kelana Jaya [KJ] dari umah atuk [PS taking 1/2 day today]. Before pegi KJ, Makcik nk beli some stuff for bakal haji. Ada sikit2 brg yang tak lengkap - toilettries and such.


Semalam kan, bibik tunjuk botol di atas sambil berkata...,

Kak, bedak saya udah habis...

Makcik Rehan kerut muka dlm hati bertanya [motif ko bagitau aku?]

Sib baik sempat kontrol ayat laser...

Mana nak beli tu? Hujung mingguni kamu balik umah Makcik Halimah [Makcik dia], saya nak bagi gaji kamu kat dia. Nanti kamu mintaklah dia belikan yer...

Iya kak....

Petang semalam, Makcik pon mengadu domba kat PS.

Bedak, lotion dia bagai... under coverage kita jugak ker bang?

Takderlah... tapi barang made in indon tu murah jer kan...

Motif laki aku ckp camtu? Suruh aku cover la tu ekk?
So, haruslah aku pi Mydin cari lotion pemutih dia tu ekk?

Tadi sempat gak aku perli dia [perli manja jer]

Kalau saya tak jumpa yang sama sebijik macamni, saya ambik jer yang mana-mana bengkoang ekk... janji kamu boleh putih nanti kan? Hehehe..

Gelak besar dia... sambil tepuk lengan aku.


Waduhh.. akak ni... Hahahaha

Atuk dah sampai... sambung mlm nanti.



LAMBAIAN KAABAH




Malam ni bertolak ke Mekah. Semoga selamat pergi dan kembali.
Semoga dianugerahkan Haji Mambrur. Amin.





Tuesday, November 10, 2009

BOTAK HEAD






Pagi Ahad sebelum bertolak balik Rawang,


 Tok Cik tolong shave kan. Sangat behave. Lena selena-lenanya.



Sepol junior.

Lagi gambar di belog Asyraf.


Monday, November 9, 2009

TERIMA KASIH...






Kedua-duanya sangat berguna.
Terima kasih yang tak terhingga utk kawan-kawan yang sungguh murah hati.






Entry Makcik skang kontot2 jer kan. Macam nak-tak-nak jer update belog??
Helloooo..... simpan tenaga okeh! 3 bulan yer puan-puan...


AQEQAH [Spelling ada betui?]





Ada kemahuan utk update belog, tapi tiada kerajinan untuk mengarang.


 Nasib baik PS tak pitam, kena tolong pegang kaki kambing.

Selesailah sudah tanggungjawab kami pada anak-anak. Melaksanakan ibadat sunat Aqeqah sementara ada kemampuan. Aisyah dulu kambing, adik dia ni pon kambing jugak. Adil... dua-dua bau kambing!



REAL PUNYA MAKCIK





Makcik tengah petik daun mengkudu. Pagi semalam sebelum bertolak balik KL. Ni kira dah sihat sikit. 2 hari dok terseksa tahan selsema dan demam. Kena hujan tgh malam masa benti kat RnR masa on the way balik kampung.


Gambar yang membikin Pakcik Sepol menggeleng kepala sambil mengurut dada. Besarnya bini akuuuuuu!!

*Kiri tu adik Makcik yang telah berjaya menselimkan diri*




5 SEPUPU


.
5 Hari melepap di kampung. Selsema [resdung] dan demam teruk.

Last day [semalam] baru sihat sikit.

Ponnn... makan tak hengat okay!


Layan gambar saja dulu. Aisyah, Asyraf and cousins.








Wednesday, November 4, 2009

POSTO POSTO






Belian di hujung jari dah sampai sat tadi.


Nursing cover - the cheapest in town.

Beli di sini


Maajun utk kesejahteraan rumahtanggaaaaaaaa

Beli di sini



Selit sikit si Mencah. Selsema teruk, hingus berjejeh-jejeh.

YANG BIASA ITU LEBIH LAZAT





Yang teramat biasa dan selalu Makcik masak. Pagini masak lagi buat kesekian kalinya.
Dikurangkan kepedasannya dengan harapan Mencah boleh makan. Malangnya selsema dia belum reda dari semalam. So, selera dia pon nan hado.




Petangni kami mungkin bertolak balik kampung. PS OS ke utara lagi. Haruslah Makcik tak melepas peluang menyempit ikut balik. Oh ya, hari Sabtuni InsyaAllah kami buat kenduri qeqah si Asyraf kat kampung. Sekali dengan kenduri Mak Ayah naik haji.

Sapa teringin makan kambing, jemput datang ke umah yerr... esp. Imma dan Hadir Kuala Kurau dan SitiSifir.

So, 2,3 harini kalau ada kuar entry baru... tu semua scheduled entry la ekk. [kalau ada la ponnn...]

Till then, Makcik nak start packing. Dulu bertiga, skang dah berlima [tambah si bibik dgn Asyraf] bertambah sendatla keta...



Tuesday, November 3, 2009

SEDAP, TAK TIPU [SEBAB PERUT LAPAQ MELAHAQ]





Inilah hasil dari lobak putih yang dibeli semalam. Dibuat sup bersama :

Bunga kobis
Fishball [wajib utk Mencah]
Tofu telur
Carrot
Ikan bilis



MAKCIK BELUM MENGAKU KALAH






Malam tadi ajak PS singgah Giant Rawang masa nak balik ambik keta merah kat umah Nenek Onah. Tujuan asal nak pi beli penimbang [gigih kan?] atau sekurang-kurangnya nak naik mana-mana alat penimbang berbayar kat dlm Giant/ Parkson tu [Makcik belum submit gambar utk 99 HTN]. Satu pon tak jumpa!


Dah alang-alang kat sana, belila brg dapur sesikit. Tak banyak choice kat sini, plus barang-barang basahannya kurang segar [Giant ni kecik cotet jer]



Beli ini,



Dan ini,


Dalam usaha mempertingkatkan pengeluaran susu.


Sekarang dok sakan google resepi nak masak lobak putih tu. Bantai jelah!



Monday, November 2, 2009

SUNGGUH TERHARU APABILA BERTUNGKU DIHARI KE-40


Bermakna anak bujang saya sudah berumur 40 hari.
Rutin harian sudah kembali seperti sediakala.Walaupon hazab nak ngabihkan,
berpantang selepas melahirkan adalah antara pengalaman berharga bagi seorang wanita/ibu.
Setuju tak? sila setujuuuu...



Batu yang dipanaskan, dialas dengan daun mengkudu sebelum dibalut dgn kain.




Nampak tu... berasappp....

Maka tamatlah sudah rutin memanaskan batu setiap pagi dan petang. Batu tu simpan masuk stor, dan mungkin dikeluarkan balik dalam tempoh 4 tahun dari sekarang. Harap2 kompom 4 tahun, jgn terkantoi sudah...hohohohoh






SUDAHKAH ANDA & KELUARGA PERGI BERCUTI UTK TAHUN INI?






Kami belum!




Dan anak kami dah macam budak jakun, dok main pelampung kat tengah rumah.
Celik mata mintak zebra. Nak pejam mata pon peluk zebra.
Haku yang naik hangin dibuatnya. Kejap2 suh tiup, kejap2 suh tiup.
Mengah la mama nakkkkk! [tipu, ader pam lah :P]

Mama... saya suka berpantai.... [pegi pantai]

Pastu dok buat gaya terkuak-kuak dalam pelampung tu.

Mama... saya suka berenam [berenang]

Lepastu dia selongkar lemari, kuarkan comforter atau bumper cot adik dia,
bentang kat tgh ruang. Pastu angkut besen dari dapur susun atas tu.

Mama... saya suka berkemah.... [berkelah]

Mari berharap agar suami mithali saya membaca entry ini dan berasa terharu,
lalu terus membooking hotel di Club Med Cherating! [wish tak hagak2!]


MISTERI TENGAH MALAM DAH TERJAWAB






Ini bukan episod keliwon okeh!

Ini pasal Asyraf. Saban malam, susah sgt nak bagi dia tido.
Menyusu macam tak puas. Takmau terletak.
Since last few days asyik merengek-rengek.
Menjelang pagi [pukul 1-2 pagi] baru dia tido lena.
Haritu ingatkan dia kembung [sebab lama tak berak].

Malam tadi dia buat lagi. Nak berpegang, beriba semedang.

Pakcik Sepol bagi suggestion : Pi la buat susu kat dia. Abang rasa dia lapar ni.

Mula2 Makcik malas nk layan [konon2 nak elak bagi FM kat anak].
Sudahnya pinggangku lenguh dok menyusu kiri, kanan, kiri, kanan lagi dan lagi...
akhirnya Makcik hanyun bontot lebau pegi dapo, bancuh FM 3 oz.

Wallaweyyy... macam seharian tak makan si Asyraf punya gelojoh mengisap botol.
Lepas jer isap susu botol, terus pejam mata tido lena.
Dan kami dapat tido dengan aman damai.

Susu makin menyusut kah?
Aiiii... 99HTN baru masuk hari ke-2, tak kan dah kering kotttt...
Atau mungkin Makcik tak sepatutnya mengepam di malam hari.
Sebab biasanya dlm pukul 9-10 tu, Makcik akan mengepam dalam 2 oz.
Adakah sebab mengepam 2 oz tu, terus takde susu di tengah malam? Apekah?

Solusi jangka pendek yang Makcik boleh fikir adalah, standby EBM dalam 2-3oz untuk di bottle feeding kepada Asyraf di tengah malam. Maybe kalau direct feeding dia tak puas sebab susu tak laju [plus, ramai orang kata nip*le Makcik pendek menyebabkan baby payah nak menyusu]

Dah 2 hari tak dapat buat stok EBM sebab weekends baruni melepap kat umah Nenek Onah. Tak plan pon nak tido sana, Pakcik korang kalau dah terbau ketiak mak dia memang terus melekat. Hehehehe...



Gambar selingan Baby Asyraf malam tadi, lepas dapat susu botol terus terlena atas sofa.




SEBELAH TANGAN





Sebelah kiri riba Asyraf.

Sebelah kanan menaip entry ini.

Mata kejap2 tgok laptop, kejap2 tgok TV - Sex n the city the movie.

Lenguhla menaip sebelah tangan. Esokla sambung, boleh?

Selamat Malam.




Friday, October 30, 2009

40 HARI vs 99 HARI





Harini adalah hari ke-40. Last day pantang [pantang la sangattt]. Esok boleh rock n roll dah [selamani aku nasyid ker pon?] Rasa macam lega jer. Hazab aku menunggu nk ngabihkan 40 harini.

Tapi... tapi... tapi...

Baru jer nak berdangdut bagai... lusa Makcik dah terikat dengan PANTANG lain pulak. Lagi dahsyat punya pantang! Kalau 40 hari pon terseksa jiwa-raga-bakul aku nk katamkan, inikan pulak 99 hari. Apekah??

Jadi, kenalah Makcik bagi amaran siap2 kat makhluk2 disekeliling Makcik.
  • Jangan mempamerkan visual-visual yang boleh menaikkan selera makan Makcik! [PS]
  • Jangan bikin Makcik naik marah [hatta sebesar kuman] Ingat, orang lapar kalau marah buruk akibatnya. [Mencah]
  • Jangan mengemukakan soalan-soalan kurang cerdik kat Makcik. Contohnya : Berapa kali Makcik garu kepala untuk hari ini? [Student-student PID]

Cukup dulu untuk kali ini. Amaran-amaran lain bakal menyusul berdasarkan situasi semasa.

BREASTFEEDING : ACCESSORIES LAGI






Lagi dan lagi aksesori. Menyusukan anak kecil memberikan anda 1000 satu alasan untuk mendapatkan benda2 comel seperti ini. [Dalam erti kata lain, menghabiskan wang hengget suami anda]
1. Nursing cover - cantik2 okeh. Kalau anda seorang yang gemar berpesen-pesen [definitely not me!] anda boleh mendapatkan 3,4 atau lebih nursing cover untuk disesuaikan dgn outfit anda setiap kali anda keluar berpeleseran berpergian.







Makcik tak kisah kalau korang nak imaginekan pompuan yg cantek ittew sebagai Makcik yang sedang menyusukan Asyraf. And Aisyah is accompanying us! [tak hagak2, rambut blonde tu!]



2. Nursing dress - Juga bukan untuk si boyak seperti Makcik. Tapi sapa tau, 3 bulan lagi  lepas 99HTN i can fit into any of this! Hohohoho [sila tahan muntah!]






3. Diaper bag - Melengkapkan gaya anda ketika berpeleseran berpergian. Membikin ibuk-ibuk yang kurang mampus mampu mcm Makcik ni merembessss



Thursday, October 29, 2009

SAKIT GUSI



.
Mlm tadi sakit gigi. Sat tadi dah pi cabut. Eh, makin canggih teknoloi gigi [apekah?] sekarang. Cabut gigi sekarang dah tak sakit dan horror macam zaman sekolah dulu. Ingat lagi masa 1st time cabut gigi geraham, sampai bergegar-gegar kerusi yang Makcik duduk punya sakan doktor dan misi-misi punya dok honggak kepala aku nak cabut gigi tu.

Tadi Makcik dah jadi mcm budak-budak balik. Gerun giler. Sib baik doktor tu pakai face mask, kalau tak sure Makcik boleh nampak jelas doktor tu tersengih-sengih tengok gelagat Makcik yang gabra nak cabut gigi. Siap tanya pasal urat saraf, mata, otak, hidung bagai!

Sedar-sedar dah kena inject. Sedar-sedar dah kebas. Sedar-sedar dah cabut.

Sedar-sedar dah ada kat depan laptop kat umah!

Dan tadi dah makan ubat tahan sakit [walaupon tak rasa sakit] Tapi sebelum sakit tu datang, baik Makcik telan ubat siap-siap. Karang, hilang sakit gigi... sakit gusi lak yang datang.

Doktor suruh berehat :P
Selamat Malam [eh, malam?] Makcik nak masuk tido [berehat]
Nanti kalau rajin Makcik snap gambar gigi bungsu buruk hitam berkarat tu.
Sila jgn baca entry tersebut sambil makan.

Daaa!



Wednesday, October 28, 2009

SAKIT GIGI

.

Sudah 3 hari. Ptg td dah tak tahan [asyik telan panadol], pegi jumpak dentist. Ingatkan nk cabut, tp doc kata gigi tu elok lagi - masih boleh ditampal. So, melayang rm70 [nyesal tak jadi doktor gigi!] utk tampal gigi.

Dan sekarang [mlm] gigi sakit balik.

Betul kata doc tu... bukan gigi ni [yg ditampal] yg sakit.

Gigi bungsu [wisdom tooth] yg dh rongak kat sudut sempit tu yg dah mula sakit.

So, esok pagi kena pi cabut gakla gigi kecik tu.
Kopak lagi Makcikkkkk.....

Panadol lagi la nampaknya mlm ni....



.


SAYUR CAMPUR : VERSI LAZAT


.
Sila terpaku di skrin komputer anda. Hari ini entry belog Mencah adalah 2 jam sekali.
Lepas ni ada 8 entry lagi [tipuuuu!]




Ini hari Ahad punya. Nampak lazat kan [berani kata tak lazat!], rasa pon hebat okeh!
[hebat sampai masuk tong sampah] Makcik sorang yang kena ngap sayur sepinggan lebau ni. Bibik tak sentuh. Mencah lagila. PS lak takdok kt umah, kalau dia ada pon kompom dia tak sentuh.

Kesian Makcik kan? I sedih tawww....

Kalau kesian kat i, kelikla iklan i 18 kali. Hohohoho...





ASYRAF : VERSI CLOSE-UP


.



Untuk tatapan PS yg jauh di 'Hong Kong'

Bibik : Kak, bapaknya itu pergi kerjanya di Hong Kong yaa?
Makcik Rehan : Hmmpppphhhh.......... [tahan gelak!]

lagi gambar2 Asyraf di sini






BROADBAND : VERSI BUANG KARAN


.

Satu lagi entry tanpa motif.
Juga ditemui semasa menyelak-nyelak sotkaba Metro 2 hari lepas.

Mula2 jumpa iklan 'potong' ni...




Lepas tu jumpa iklan 'musuh ketat' Makcik ni. Kalau sapa2 rajin selak entry yang lepas2, anda akan jumpa berbakul-bakul sumpah seranah Makcik kat stimix hamsap nih.



Dalam dok bermusuhan dgn stimix hampeh ni, Makcik masih jugak dok pakai berukband stimix ni. Sebab masa i dok sakan hangin dulu, P1 w1max tu belum masuk jajahan Rawang [terserlah ke'ulu banatan' pekan ni kan]

Skang, Makcik tak sure dah sampai ke belum. Takut jugak, kang haku berkobar-kobar POTONG, sekali dia punya berukband lagi beruk dari seekor beruk. Haru.... terencat la income 16k Makcik nanti.


Sapa ada pakai line 'potong' tu? Sila beri feedback.