Pages

Powered By Blogger
Showing posts with label Asyraf. Show all posts
Showing posts with label Asyraf. Show all posts

Monday, March 22, 2010

ASYRAF'S MEAL TIME




.
Unlike his sister dulu,
Asyraf 'suka' dan 'mahu' makan!
Yeayyy... sukahati Makcik...
Makin bersemangat nak prepare baby's food for him.

He turns 6 months today.

Makan mesti kena depan TV baru masyuk!
Aaaa....!!



Habis berconteng Bumbo seat tu. Sapa punya kerja? Lagi mau tanya???



Mata tak lekang dari TV.



Wednesday, March 17, 2010

SAIFUL SYAHRIL JUNIOR




.
Baiklah.
Asyraf lagi seminggu nk masuk umo 6 bulan.
Semakin hensem! Ehemmm.... anak i kan, mesti i kata hensem khennn...
Tapi kan, haritu kan, masa PS bwk dia jln2 kat neighbourhood kan,
ada sorang Pakcik tegur... awat hidung dia tak ada batang?

Marah?
No lah! We're cool okeh. 
Infact, memang hidung anak-anak Makcik penyek takde batang! :P

Bila PS cerita kat Makcik,
Makcik jawab selamba : 
Sebab hidung Pak dia pon tak berapa nak ada batang...!
[macamlah hidung aku mancung terpacak sgt ponnn]

Anak bapak sungguh si Asyraf ni.
Dengan rambut yang ala2 segan nk tumbuh tu, jari dan kuku kontot2 mcm Babah,
mata sepet macam Chin Peng [nama gelaran PS masa sekolah] 
dan tidak dilupakan hidung pelepah kelapa...hehehe
PS even said, we should have named him Saiful Syahril Junior!


Cari batang hidung dia. Hehehe...


Walker kakak dulu-dulu. Belum cukup stabil nak duduk dlm tu.


Terhoyong-hayang.


Anyway,
Macamana sekalipun rupa anak-anak,
Biarpun kurus melidi atau tembam menggebu,
hitam buntut kuali atau putih melepak,

Kamu-kamu semua tetap anak-anak yang sangat-sangat disayangi.
Oleh itu, jadilah kalian insan-insan yang berguna di suatu hari nanti.

Dah mula meroyan berpuisi madah-berhelah pulak dah...
Time relax2 mcm ni bulehla makcik bermadah bagai...
cuba kalau aku tgh penat, mengantuk, lapar kat umah...
mcm halilintar membelah bumi, baekk punya aku menempik kat depa.



Tuesday, March 16, 2010

KAMPUNG KIDS




.
Baiklah.
Ini kisah anak-anak Pakcik Sepol di kampung baru-baru ini.
Aisyah sebijik-sejibun menurun perangai Babah dia masa kecik dulu... kuat memunggah!

Punggah lemari baju Tok Ayah tanpa rasa bersalah,
bila org dok kecoh2 kepelikan tengok baju dlm lemari yang tak pasal-pasal terburai keluar,
dia datang dgn muka tak bersalah sambil mengutarakan dialog mantap :
Apa dah berlakuni?

Tok Ayah gelak mengekek tak jadi nak marah.
Tak habis disitu.

Dia dapat gunting Mak Tok yang sangat tajam,
di acu-acu kat selimut Tok Ayah.
Tok Ayah gelak-gelak tengok gelagat dia.... 
sekali dia BETUL-BETUL GUNTING KAIN SELIMUT ITU!
berlubang hokay!

Lagi sekali Tok Ayah tak mampu nak marah....
Ooooppsss... Maaf! Saya tak sengaja...

Penat membuas dalam rumah, dia lari keluar ke beranda..
turun naik-panjat tangga sampai berpeluh-peluh...
Tok Ayah risau takut dia jatuh... dok asyik pegang dia takut tergelincir...

Tak suka dipegang-pegang, lantas dia 'sound' Tok Ayah...
seolah-olah suruh Tok Ayah bagi chance dia nk main tangga...
Rumah saya takde tangga la Tok Ayah....

Simen halaman depan umah dah retak2 dan berlubang,
dia duduk melepap sambil dok korek pasir celah2 simen...
Saya nak buat castle!


Ambik penyapu Mak Tok, 
sibuk dok menyapu sampah kat dapo. Bila Mak tok tegur...
No! No! No!
Jangan kacau saya!


Badan habis berbintat kena nyamuk... kena agas...
bila dah gatal merenyam sangat dia datang mengadu...
Mama, tangan saya bijik-bijik!

Kita sapu minyak TYT,
elok jer lepas sapu, gatal pon belum hilang,
dia sambung membuas semula....

Sudahnya, PS kata...
Biaq pi lah dia....!


Asyraf?
Taklah meragam sangat walaupun musim panas dan umah Tok Ayah tak ada aircond...
Tapi.... nak berbuai semedang dengan botol susu wajib bergentong dlm mulut
Hazablah Makcik mengenjut 24 jam. 
Asal buai berenti enjut, dia pun bukak loud speaker!

So, cuti 3 hari 2 mlm di kampung kali ini
kami tidak kemana-mana.... 
makan-tidur, makan-tidur semata-mata...
Anak-anak suka, mak bapak lagiiiiilah soka!

:P






InsyaAllah, pertengahan bulan April ni kita balik lagi...
i like!


Sunday, March 14, 2010

SEPENINGGALAN MAMA...




.

Baiklah. Ini entry berjadual.
Ikut suka hati dia bila nak timbul.

Sat... sat... nak tengok folder sat
tengok ada gambar tak.

oh ada... ni dia.
Err... sat nak karang cerita.


Rakaman aksi anak-anak sebaik saja Makcik tiba dari Cherating
[tak abih lagi kisah Cherating!]

Si adik maintain.
Tapi kakak membulat bagai johan!
Mana taknya, Atuk Asan umpan dia dengan coklat.
5 minit sekali dia bukak peti ais, ambik coklat atuk


Bukti bergambar.
Atuk terpaksa campur tangan.



Tuesday, March 9, 2010

MALAM TADI ANAK-ANAK TELAH BERLAKU ADIL DAN SAKSAMA TERHADAP KEDUA ORANG TUA MEREKA


.

Dicelah-celah kehamsapan line stremyx kat PID nih...
Terimalah entry tangkap muat sessi petang utk hari ini.

Malam tadi budak Asyraf ni kena injek 5 bulan.
Dah delay dekat 3 minggu.... tiada alasan untuk itu.
Masuk jer bilik doktor, tiba-tiba bau semerbak
PS tanya... ni sapa yang berak nih?

Dgn penuh confident Makcik jawab...
Aisyah kot, Asyraf okay jer nih [Makcik tgh dukung Asyraf]

Sekali, selak baju... nak cucuk....
Menguning jer kat celah CD dia... 
Dia yang berak rupanya....

Bagitau kat doktor, nak tukar diaper dia dulu before cucuk.
Gigihla dok calit2 dgn wet tissue, mujurla berak sikit saja.

Tiba-tiba.... PS meroyan lagi,
Chaitt... samala depa ni 2 beradik!
Aisyah pon berak jugak!

Kah! kah! kah!
Syabas anak-anakku....
Kalian telah berlaku adil dan saksama terhadap ibu bapak kalian.
Gigihla PS menyeret Mencah pi toilet untuk 'diistinjakkan'


-Gambar hiasan-


Psssttt.... Asyraf dah mula ambik solid, 
but still on trial basis.





Monday, February 22, 2010

ASYRAF TERHOYONG-HAYANG DALAM BUMBO

.

Entry buat syarat.
Busy melayan Bizkizz.

Since Si Adik terhoyong-hayang duduk dlm tu,
Si Kakak konon-konon nak tolong support adik.
Haru Kakakkkk.... senget abih kepala adik tu!



.

Wednesday, February 17, 2010

BUSY : GAMBAR SEMATA-MATA [BANYAKKKK SGT]

.

Aisyah dan Asyraf di Tahun Baru Cina.
Merah itu tandanya ongggggg... kan Oli kan Oli kannn...
[Makcik bizi banget hari ini - sila percaya!]

Bye!


Sekian.

.

Tuesday, February 9, 2010

GAMBAR [MOOD BOSAN]

.

Entry ini memang bosan.
 Sebab Makcik tgh bosan.
Jadi, mari kita sama-sama jadi bosan.
[tiba-tiba teringat watak Mama Bosan dlm citer aper ekkk]


Kecoh Nenek Onah panggil sumer orang...
suruh tengok si Asyraf tido gaya presiden tgh pikir masalah negara.
Pikir masalah negara sampai silang2 kaki kah?
Macam tgh senang hati jerr...



Monday, February 8, 2010

SUPREMO GUY!

.

Khaleef... dah dapat Motor Manny?
Kalau dah dapat, ajak Supremo Guy sorang ni bonceng motor Kalep buleh?

Awat garang muka kamu Dik?


Superhero buat muka macho.




Baju Superman ni Makcik meroyan beli utk pakai masa raya haji tahun lepas.
[bukan aku yg nk pakai, anak aku larrr]
Tapi masatu Asyraf kecik toet lagi... tak muat.
Sabtu baruni sempena ada family gathering anak cucu Atuk Acan [birthday Fikah]
Teringat nk try semula rompers ni. Muat sudaaa....
So, jadi Hero Malaya kejap anak Makcik nih...


P/s : Lupa sudah, dlm Handy Manny sapa yg jadi Supremo Guy ekk? Turner ker Filipe ekk?



Wednesday, January 27, 2010

HE'S OFICIALLY ON CD - 24 HRS

..
Benar kawan-kawan.
Asyraf kini tidak berdispo lagi. Totally, fully CDing.
Makcik ada 9 CD's [with 18 inserts] so far
dan nampaknya ia mencukupi untuk penggunaan seharian
[buat masa ini]



My Bibik at first, refused to use the CDs.
[dah menyedap guna dispo, main buang saja kan]
Last week, masa mula2 Makcik kuarkan arahan suruh stop using dispo,
dia buat tak endah. Makcik sgt hangen okeh!

Begini ceritanya...
[secara tak langsung, entry ini boleh dijadikan rujukan
buat sapa2 yg teringin nk menceburkan diri dalam bidang CD. Hehehe]

**************************************************************

Pagi tu, sebelum pergi kerja, i asked Bibik to bathe Asyraf NOW
[biasanya dia mandikan Asyraf lepas Makcik dan Pakcik dah berangkat ke opis]
While she bathe Asyraf, Makcik prepare brg2 berikut...



 -Nappy liner-

Oh ya... Makcik hanya guna satu keping insert dlm pocket CD tu.
Kalau letak 2 keping rasa mcm too thick.
[takde pulak gambar insert dalam CD ekk... jap Makcik google]


Okehh... ini gambar google.


-pic from here-

Masukkan sekeping [atau 2, up to you mommies] insert kedalam pocket CD




And then, lapiskan dgn sehelai nappy liner mcm ini...


 -pic from here-

 Kalau rasa nappy liner tu terlalu lebar,
boleh lipat dua atau potong kepada 2 bahagian.



So, when shes done with mandi,
Makcik tunjuk kat dia camana nk pakaikan CD kat Asyraf.
Makcik kata, put this layer [nappy liner] on top of the CD


So that, bila Asyraf poo poo,
[dgn bibik aku tak kata poo poo larr... tak paham lak si Kiptiyah tu karang!]
Senang sikit nk remove stools/najis dari CD ni.
Tak payah guna nappy liner ni selalu.
Kalau katakan Asyraf dah berak on that day...
[dimana biasanya dia tak akan berak dah utk haritu]
So, bila nak salin CD baru kat dia... tak yah la bubuh nappy liner dah.
Tapi ingat... jangan ko pam nappy liner ni dlm lubang jamban!
Kalau jamban aku tersumbat siap ko... aku suruh ko korek balik dlm lubang tu!
[Yes... i can be 'mean' sometime...]



When done, inilah hasilnya. Perfectly fit!


Close up sikit...

Mahapkanla napply liner yang terjojol kuar kat celah peha tu.
Kalau adjust betul2, takdela terjojol camtu.



One happy CDing baby!


Close-up lagi...

I've always prefer to put Asyraf in rompers during the day.
Senang nk peek kalau dia dah basah atau berak.

OK. So, i assumed Asyraf will be on CD for the rest of the day.
But, bila Makcik balik kerja, terus aku terpa nak check bontot Asyraf.
What?? Apsal pakai dispo lak nih?

Aku jeritla kat Bibik [yes, sometimes i do yell at her!]

Eh, Bik
Apsal Asyraf tak pakai lampin kain?
Tak kan dah habis kot!
Punyalah banyak aku beli lampin ni... apsal ko pakaikan jugak pampers?

Minah ni mula gagap..
Anu kak... enggak...
Tadinya sudah mandi, saya kira enggak perlu pakailah...
pakai yang ini [pampers] ajalah...


Eh, ko ingat aku beli lampin kain banyak2 tu nk buat apa?
Ko ingat aku beli nak simpan ker?
Aku beliiiiiii... sebab nak pakaiiiii...
Kalau setakat nk simpannnn... baik aku tak payah beliiiiii....
[Actually memang asalnya aku beli dan simpan!
sebab Aisyah tak pakai pon. hehehe...]



Kerrr... ko malas sebab takut kena basuh lampin ni?
Ada aku suruh ko basuh?
Kan aku dah bagitau BANYAK kali kat ko...
Tak payah basuhhhh.... siram jer dengan air sampai hilang hancing,
Ko longgokla dalam baldi kecik hijau kat dapo tu!
Nanti balik kerja aku suruh mesin basuh!

Pucat lesi muka si bibik okeh!

Memang Makcik sgt geram sama si Kiptiyah ni.
Aku punya anak, aku punya sukalah nak bagi pakai pampers ka... lampin kain ka...
Cukup bagus tau aku tak suruh ko basuh tangan lampin2 tu.
Aku suruh ko siram2 jer, pastu longgok jer dlm baldi.
Macamlah selamani ko dah terbiasa hidup senang.
Anak ko sendiri kat kampung pon pakai lampin kain kannn....
yang tradisional lagik kann...
Baru 4 bulan ko datang Mesia... dah tersedap guna pampers...
Ko naik lemak pulak ekk....

I can be very 'sporting' and sempoi at most of the times
I joke and i poke [saja nak bagi rhymes :P]
and i can laugh mengilai-ngilai...
Tanyalah student2 PID Rasa nih...
Tanyalah Aunty Mary, tanyalah geng-geng PID...
Tanyalah adik-adikku...

Tapi, bila Makcik serious... ko jgn main-main...

 Pasal si Bibik ni... memang macam-macam Makcik nk cerita sebenaqnya
Tapi nanti-nantilah... bagi chance dululah... dia baru 4 bulan keje kannn...
Kang nanti ada yang kata akuni ganaih sgt, kejam, zolim dan lain-lain yang sewaktu dengannya :P

Tapikann... tau apa Bibik Abg Ipar Makcik ckp...
[si Kiptiyah ni lah yg cerita kat aku] 
Saya suka kalo dapat kerja sama majikan macam kakak
Bisa gurau-gurau, bisa ketawa-ketawa...

Terus aku sound si Kiptiyah..
Haaa... ko dengar tu Bik... sikit punya untung ko kerja dgn aku.
Apa aku makan, ko makan kan. Aku langsung tak berkira dgn ko pasal mkn minum tau!
Lepas maghrib jer, ada aku kacau2 panggil ko suruh buat kerja itu ini?
Anak aku berak ka, muntah ka... kalau dah malam semua aku buat sendiri tau!
Ko bergayut siang malam pagi petang, pernah aku bising suruh ko letak talipon?
Pernah aku bising bil letrik mahal?
Sebulan 2 kali tau aku bagi ko cuti, ko tengok si Yani...dah dekat setahun dia kerja,
pernah dia merasa cuti walaupon sehari?

Lu pikirlah sendiri!

Bibik Kiptiyah mengekek gelak dengar Makcik berleter.

Gelak-gelak jugak... siap ko Bibik!







Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker