Pages

Wednesday, March 17, 2010

SAIFUL SYAHRIL JUNIOR




.
Baiklah.
Asyraf lagi seminggu nk masuk umo 6 bulan.
Semakin hensem! Ehemmm.... anak i kan, mesti i kata hensem khennn...
Tapi kan, haritu kan, masa PS bwk dia jln2 kat neighbourhood kan,
ada sorang Pakcik tegur... awat hidung dia tak ada batang?

Marah?
No lah! We're cool okeh. 
Infact, memang hidung anak-anak Makcik penyek takde batang! :P

Bila PS cerita kat Makcik,
Makcik jawab selamba : 
Sebab hidung Pak dia pon tak berapa nak ada batang...!
[macamlah hidung aku mancung terpacak sgt ponnn]

Anak bapak sungguh si Asyraf ni.
Dengan rambut yang ala2 segan nk tumbuh tu, jari dan kuku kontot2 mcm Babah,
mata sepet macam Chin Peng [nama gelaran PS masa sekolah] 
dan tidak dilupakan hidung pelepah kelapa...hehehe
PS even said, we should have named him Saiful Syahril Junior!


Cari batang hidung dia. Hehehe...


Walker kakak dulu-dulu. Belum cukup stabil nak duduk dlm tu.


Terhoyong-hayang.


Anyway,
Macamana sekalipun rupa anak-anak,
Biarpun kurus melidi atau tembam menggebu,
hitam buntut kuali atau putih melepak,

Kamu-kamu semua tetap anak-anak yang sangat-sangat disayangi.
Oleh itu, jadilah kalian insan-insan yang berguna di suatu hari nanti.

Dah mula meroyan berpuisi madah-berhelah pulak dah...
Time relax2 mcm ni bulehla makcik bermadah bagai...
cuba kalau aku tgh penat, mengantuk, lapar kat umah...
mcm halilintar membelah bumi, baekk punya aku menempik kat depa.



0 Scribbles: