Pages

Thursday, May 1, 2008

Benci sangat-sangat!



Encik Somi pegi mancing lagi. Betapa bencinya saya, sampai saya tak ambik tahu kemana dia pegi. Pulau Kapas? Pulau Kapak? Pulau Bapak? Entah! Suka hati awak lah En. Somi....

Suka hati awak nk pergi bila, suka hati awak nk pergi dengan sapa, suka hati awak nk pergi naik apa, suka hati awak nk balik bila....

Sebabnya, dengan senang hati awak tinggal anak bini sekali lagi... buat apa saya nak susah-susah hati kemana awak nak pergi?

Orang lain pon tinggal bini...tapi dekat mak bapak sendiri. Uhhh.... sayer sorang jer yang perangai pelik... bini org lain takde plak mengada-ngada bila laki dorang pegi memancing.

Bini org lain tu...laki diorang tinggalkan kat umah mak mentua ker?

Lagi seminggu nk pegi mancing, jiwa raga En Somi dah tak keruan. Pagi, petang, siang, malam.... mcm lupa kat bini. Nampak lopak air..nampak cacing, nampak batang pancing. Kalau boleh, nk bermalam kat kedai pancing....

Alah, bini aku pegi Melaka 5 hari aku tak bising pon... apsal aku nk pi mancing 3 hari, bini aku nk bising plak?

Suka hati awaklah......


----------------------------

So, 3 hari ni mana sayer dan Mencah nak lari? Bencinya..... duduk rumah orang!
Wahai Indon2 buruh binaan, tolonglah korang siapkan umah flat sayer cepat-cepat.... nk saya tolong bancuhkan simen tak?








0 Scribbles: