Pages

Tuesday, December 16, 2008

BABY TUA NAIK WALKER

.
Seperti dijanjikan. Sambungan story raya haji kat kampung haritu.

Walker ni mmg tok ayah sediakan untuk cucu-cucu dia bila balik kampung. Pemilik asal of coz big bro Shawqee (cucu sulung). Mencah masa kecik2 pon dah penah naik walker ni. Sepatutnya skang turn Rafeeq (adik Shawqee) untuk guna walker ni, sbb tu tok ayah kuarkan siap2 dr store.

Tapi sbb kami sampai dulu kat kampung kan, Mencah lah yg tolong test drive dulu.


Panjang tak panjang nyer budak ni skang, dia pandai masuk-kuar sendiri dari walker tu. Suka betul dia main dgn walker nih. Tengok tu, bawak keta siap ada henfon tu...

Yang lawaknya, bila dia nk lalu kat bendul pintu ker, tikar ker, pandai plak dia angkat walker tu dan kedek2 jalan pastu bila sampai kat smooth surface, dia landing balik roda walker tu.

Ada one time, saya tgh basuh pinggan kat dapo. Tetiba dengar suara dia kat belakang sambil tarik2 baju saya : Nak susuuuu..!

Mak tok kata : Orang dah pandai bawak kereta mana boleh suruh mama buatkan susu dahhh...

Hahaha....

.

0 Scribbles: