Pages

Powered By Blogger

Friday, March 13, 2009

BUKU MERAH

.

Sebenarnya saya malas sgt2 ni, tapi kena tulis jugaklah. Kalau tak tulis sekarang, kompom sampai bila2 pon tak tertulis. Semlm, suami paksa ajak pi bukak buku merah utk adik Mencah. Semalam saya cuti. Ingatkan nk berguling mcm ular sawa jer kat umah sepanjang hari. Pagi2 lagi saya hangkut Mencah pegi Klinik Desa Kg Kenanga. Saja jer bawak dia, bagi dia recall balik lah kununnya. Dulu masa dia dlm perut, kat situlah juga tempatnya. (Eleh, mcm lah budak ni paham sgt ponnn...) Naik keta asing2 (sama mcm Mencah dulu) sbb suami akan masuk opis lepas tu.

Anak saya tersangatlah 'mesra perdana' dan buat klinik tu mcm rumah kedua dia. Elok jer saya sudah celup kertas UPT dlm botol, tiba2 dia selak kain bidai toilet tu dan tersengih2 menegur saya : Mama!

Mujurlah masa tu mak kau tak separuh bogel nakkkkk.....! Tergezut hippo kejap Makcik Rehan taww. Yang laki aku ni boleh biar pulak anak dia bermaharajalela kat klinik tu. Eeeiiii... kalaula bini org lain yg diselaknya, tak ke haru?

Bila misi dok sibuk isikan buku merah sambil cek darah & BP, Mencah mai mengendeng kat saya sambil dok sakan turun naik alat penimbang yang dh hazab tuh. Eeeeii..risau lak haku kalau tetiba mesin timbang tu rosak. Naya nk mengganti! Last2 misi tu sound dia : Mai misi cucuk dia nak?! Haa..terus kecut perut seminit. Seminit jer... lepas tu dia kembali ke sifat azali dia. Huhu...





Hat yang kaler pink muda dan belum terkelepek tu adik Mencah punya. Hat yang pink kuat, kusam, bertelinga mcm kertas balut belacan..paham2 jerlah sapa yg punya kan...

Oleh sebab berat MR melampaui batas (80 kg over) makanya MR dpt sticker hijau terus. Hehe. Masa Mencah dulu dh 5-6 bulan baru dpt sticker hijau dan Jumaat minggu depan kena pi buat GSTT (Glucose Test) kat Sepital Rawang. Eeeeeiii...mencik sgt2! Bukan mencik nk buat GSTT tu...mencik nk ke Sepital Rawang tulah. Terbayang dah..betapa hazabnya nk beratur kat sepital yg kemain ramai ummat tu.

Takpalah, setelkan cepat2 hal buku merah nih, bukak buku buat syarat. Kalau takde buku merah kang payah lak nk terberanak kat sepital gomen. Dah namanya gomen servant kan.. nnt leh gak pakai GL kan. Baby kedua ni saya dah ala2 mengada-ngada request kat suami nk banak kat swasta. Mencah dulu kan tak merasa..sbb tiba2 overdue lah, baby tak engage lah, nk kena operate lah bla..bla... bukanlah sepital gomen tu tak bagus, tapi kalau swasta ni, org kata bolehlah kita mengada-ngada sikit kan? Ahakss... itu yg i suker tu.... hehehe...

Eh, stop kejap. Nk terkencing sgt2 dah ni....

OK sambung lagi sikit.

Lepas setel kat klinik, saya heret Aisyah pegi TM Point. Suami suruh mengamuk komplen kat TM pasal streamyx yg makin hamsap kat umah. Sebetulnya saya dah terlalu amat jarang online di rumah. So, tahap kemarahan saya tak berapa membara mcm dulu. Hehehe. Suami plak yg bengang sbb pagi2 dia tak leh cek livescore (result bola). Tiap2 pagi suami saya membebel manja kat line internet yg hamsap tu sbb takleh nk view result bola mlm tadi.

Pendekkan citer... saya mau terminate account streamyx. Tapi mak aii...cancellation feesnya sgtlah mencekik darah. Akaun saya akan tamat Ogos thn ini. sekarang baru Mac. So, cancellation feesnya adalah saya kena bayar monthly fees sampai saya abis contract. 6 bulan X rm 77 = rm462. Alangkah siot!

Instead, saya isi borang komplen as usual. Malas nk bertekak lebih2 dgn bebudak kaunter tu. Dahla Aisyah dok sakan membuas tido, baring, berguling kat sofa merah tu. Dlm kol 10.30 pagi, kami dah berada kat umah dan Aisyah pon dah siap mandi. Bersedia utk layan tepuk! tepuk! tepuk!

Dan Makcik Rehan pon dah bersedia utk berguling mcm ular sawa buntal!

Sekiannnnn.....






0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker