Pages

Tuesday, March 3, 2009

KAK GAYAH

.

Lama MR tak buat entry gossip makcik Simpang kan... Ini kisah benar. Belum tersiar dimana-mana ruangan Cik Seri Siantan hokkay.

Kak Gayah selamba rock habis. Saya senang deal dgn dia. Semlm dia dtg PID, kami borak2. Saya ajak dia join kursus kat Penang hujung mingguni. Bukan nk cerita pasal kursus, nak citer pasal Kak Gayah dan cawangan-cawangannya. Mcm ni...

Semlm Kak Gayah dtg dgn budak pompuan comel (tadika atau darjah 1 - tak pasti) Bulu mata dia melentik. Saya ingat ank buah dia yang duduk Penang sbb muka mcm ank mami. Kak Gayah senyum2 bila saya tanya. Ia pon tidak, geleng pon tidak. Saya tau itu bukan ank dia. Ank dia yg paling bongsu dah tingkatan 4.

Raihan tanyalah dia sendiri.
Kak Gayah senyum lagi. Saya pon senyum la.
Kak Gayah ni nak main teka teki ker. Anak angkat akak ekk?

She is my step daughter! Kak Gayah cakap sambil senyum2.
Wah, Kak Gayah speaking you...

Mata saya pon terbeliak dan mula gedik kepochi nk tau cerita lanjut.

Budakni anak sulung 3 beradik dari cawangan no 3.
Kak Gayah adalah main office (no 1) dan ada 4 anak.
Cawangan no 2 ada 3 anak dan tinggal kat Kelantan (PJJ agaknya mcm Zalia dan Izman. Hehe.)

Saya semakin kepochi. Akak tak ngamuk ker?

Cawangan no 2 tu dibuka pd thn 1996 - selepas 13 tahun bersama main office.
Masa tu ank Kak Gayah paling kecik berumur 2 tahun lebih.
Boss cakap nk buka cawangan, suka atau tak suka cawangan tetap akan dibuka.
Kak Gayah redha dlm paksa.

Cawangan ke 3 dibuka tanpa pengetahuan. Dah lama baru Kak Gayah tahu.
Pon lagi sekali, Kak Gayah redha dlm paksa.
Psssttt... cawangan no 3 ni, international tau. Indon mari!

Masa ank sulung cawangan no 3 berumur 2 tahun, dia kena balik Indon. Renew passport kot. Boss tak bagi bawak balik anak (pandai kan boss ni!) Jadi boss suruh Kak Gayah jaga step daughter ni. 2 bulan Kak Gayah jaga. Jaga mcm anak sendiri. Bila mak dia balik dari Indon, budak ni tak mau balik pada maknya. Kak Gayah kata dia sudah kasi cium bau ketiak Kak Gayah sampai budak tu sudah melekat sama Mama Gayah. Haha.

Kak gayah kata cawangan no 3 sgt susah hati sekarang sbb budak ni sudah 'Addicted to Mama Gayah'. Memang budak ni sgt manja. Asyik nk peluk2 Mama Gayah. Pantang dipelawa, mesti nk ikut balik umah Mama Gayah.

Masa boss suruh jaga budak ni, mula-mula Kak Gayah tanak. Kemudian Kak Gayah bagi syarat - lepas ni jgn bukak cawangan no 4 pula! Boss setuju (boleh percaya ker?)

Naluri seorang wanita dan ibu. Mampukah kita membenci seorang anak yang tidak berdosa walaupon emaknya telah meragut sebahagian dari kasih sayang kita?

Saya respek sama Kak Gayah. Tak kuasa nk pikir-pikir, kata Kak Gayah.
Sekarang Kak Gayah enjoy saja. Anak-anak dah besar. Kak Gayah tak mau susah2 kerja sbb cawangan2 lain pon tak kerja. Buat apa Kak Gayah gatal2 nak kerja pulak.

Saya rasa saya tak cool mcm Kak Gayah!
Nauzubillah kes Kak Gayah menimpa saya.
Apa kata anda?






0 Scribbles: