Pages

Powered By Blogger

Sunday, March 1, 2009

MENJELANG SEBULAN - ADDICTED TO AISYAH

.

AMARAN:
Entry ini sgt panjang dan mungkin memboringkan sesetengah pihak.

Harini 2 Mac. Ngam-ngam lagi sebulan Aisyah akan berusia 2 tahun. Time really flies (lalat?) kan! Malam ni saya rasa sedikit sentimental. Tak boleh nk tidur. Saya terkenang memori sewaktu mengandungkan dan meniti pengalaman berharga menjadi ibu buat pertama kali kepada Aisyah. Semua ini belum pernah saya coretkan di sini (sbb masa tu blom ada blog). Sebelum makin banyak yang saya terlupa, biarlah saya coretkannya sekarang. Aisyah semakin membesar dan saya dapat rasakan saban hari dia melangkah semakin jauh meninggalkan kami yang semakin dimakan usia. (Tengoklah, gaya bahasa pon dah mcm org tua!)

  • Masih terkenang saat saya melakukan UPT di Hilton KL (kerana masa tu tgh outstation) dan org pertama yang saya kepochi adalah Kelly - my 'bestest' buddy ever.
  • UPT tu saya simpan dan bawa balik ke rumah dan tunjukkan kepada suami. Dan kami sama2 'blur' membelek garisan merah berkembar!
  • Terbayang saat pertama kali menjejakkan kaki ke Klinik Desa Kg Kenanga untuk bukak buku merah. Kami naik kereta berasingan sbb lepas tu masing2 nak balik ke opis.
  • Orang kedua yang tahu saya mengandung di opis adalah Jennifer. Selamba dia bertanya - Are u pregnant? I can see it from your face! :) Terer betul dia!
  • Masih teringat kata-kata Kelly bila setiap kali kami mkn di kafe : You shouldn't drink too much coffee. Don't eat tapai, don't eat durian. My mom did! sebab tu i hitam! Kelly Kwan Li Ann, you are so funny!
  • Setiap kali ada mkn2 dgn department, Kelly will be my dietitian. Eat this, so that your baby bla..bla..bla.. Don't eat that if not your baby bla... bla...bla...
  • After a few months, hubby started to feel eager to see baby's movement!
  • Nama AISYAH sudah bersarang dlm kepala otak suami sejak tahu saya mengandung. Suami pakai kuasa veto sepenuhnya walaupon mak saya cadangkan AISYAH ANIQAH.
  • Ayah kirimkan Air Yassin setiap kali abang atau adik saya balik kampung. Dan mak suruh saya rajin-rajin mengaji supaya dapat anak yang terang hati dan berakhlak baik.
  • Saya selalu muntah di waktu malam - ada suatu ketika saya menangis di depan pintu bilik air kerana tekak dah terlalu sakit dan perit.
  • Saya tidak mengidam apa-apa yang keterlaluan. Tetapi suami kata dia teringin nk mkn daging ostrich!
  • Berat saya naik 30 kilo dan tak turun-turun sampai sekarang!
  • Dirumah, dalam kereta saya dan dalam kereta suami ada CD lagu klasik orkestra yang sama yang kami dengar berulang kali tanpa jemu - kononnya utk stimulate otak bayi. Sudahnya, Aisyah sgt2 gemarkan muzik!
  • Suami saya belikan jamu bersalin Nyonya Maneer sewaktu dia outstation di Indon dan waktu itu saya baru sebulan dua mengandung. Dia selamba bertanya kat SA Indon tu, apa jamu yang terbaik kalau di Indonesia?
  • Saya langsung tidak mengalami contraction semasa di hujung2 kandungan. Dan kami menunggu saat2 kelahiran dengan tak sabar-sabar! Orang lain semua dah bersalin (dan ada yang awal dari waktu yang dijangkakan) sedangkan saya masih segar-bugar sewaktu kandungan dah berusia 41 minggu!
  • Setiap kali scan, Aisyah berada di dlm posisi 'floating' - tidak 'engaged' ke dalam 'canal' seolah-olah belum puas duduk di dalam rahim walaupon sudah lebih tempoh masa!
  • Saya di induce pada pukul 8.30 pagi dan Aisyah lahir pada pukul 7 mlm.
  • 2-3 jam selepas di 'induce', saya masih mampu berjalan-jalan di sekitar wad dan bersembang dgn mak dan suami yang setia menunggu di ruang menunggu.
  • Sebelah wad saya adalah perempuan Myanmar yang tak faham Bahasa Melayu. Dia bersalin dulu dari saya dan saya boleh dengar dgn jelas, nurse memberi arahan itu dan ini dalam Bahasa Inggeris (tak pastilah dia faham ke tak!) tapi dia selamat melahirkan.
  • Apabila contraction semakin kuat, saya meminta epidural tetapi rupanya di Hospital Sungai Buloh - Epidural hanya diberi kepada ibu2 yang melahirkan secara pembedahan! Mcm nk pengsan saya dengar! Awal-awal suami dah pesan - kalau tak tahan sakit, minta jer epi! Berapa pon kosnya... takpe abang bayar!
  • Saya bawa sebotol air selusuh yang ayah buatkan dan seorang misi yang sgt garang membebel kepada saya kerana minum air selusuh tersebut terlalu awal. Sedangkan saya belum minum air tu! Saya tak berani (dan tak larat) nk melawan sbb takut nnt dia balas dendam kat saya masa saya tgh sakit nk meneran!
  • Mak saya juga bekalkan sebotol air yang direndam akar fatimah (tak pasti, saya dah lupa namanya). Akar tersebut Arwah Maktok saya beli di Mekah dan telah digunakan sejak emak melahirkan anak-anaknya.
  • Saya melahirkan Aisyah tanpa kehadiran doktor, hanya bertemankan bidan dan saya sungguh terharu bila melihat suami muncul di muka pintu dan menemani saya melahirkan Aisyah ke duania ini.
  • Saya menitiskan air mata bila mendengar suami mengqamatkan Aisyah dan kemudiannya mengucup dahi saya.
  • Setelah Aisyah dibersihkan dan diqamatkan, barulah doktor datang untuk menjahit. Saya masih teringat kata-kata doktor India tu bila pertamakali melihat Aisyah - Your baby is so fair! Saya tidak tahu menilai, kerana saya rasakan semua baby kelihatan sama (dan pelik!) pada detik awal kelahiran.
  • Hidung Aisyah sgt kembang, jejarinya runcing, kukunya panjang, rambutnya lebat dan lurus dan bibirnya sgt comel!
  • Kesakitan yang amat sgt hilang serta-merta apabila saya memangku Aisyah buat pertama kali.
  • Malam pertama di wad, saya merasakan keletihan yang amat sgt. Saya asyik terjaga dari tidur kerana menyangkakan Aisyah yang menangis. Tanpa membuka mata dan bangun dari katil, saya cuba menenangkan Aisyah dengan menepuk2 badannya. Tiba-tiba, perempuan India yang berhadapan dengan katil saya menegur - Kak... bukan aka punya anak yang nangis... itu baby sebelah sana juga yang nangis...
  • Setelah pulang ke rumah, pada hari ketiga - Aisyah memuntahkan darah sewaktu saya sedang 'burp' kan dia setelah menyusu badan. Seluruh rumah menjadi panik dan saya terus menangis. Sedangkan Aisyah relax shj! Aisyah segera dibawa ke klinik bersama sampel darah yang dimuntahkan. Rupa-rupanya darah itu keluar dari nipple yg merekah teruk. Mungkin salah teknik penyusuan dan susu yang tak berapa keluar.
  • Misi (bidan desa) yang datang melawat di rumah menyuruh kami menukar serta-merta sarung bantal kuning Aisyah. Katanya, nanti susah nk kesan kalau baby kena jaundice.
  • Selepas seminggu di Rawang, saya pulang berpantang di Parit Buntar - rumah mak. Dan pada hari ketiga di kampung, Aisyah dimasukkan ke wad sebab doktor syak tali pusatnya (yang agak berbau) terkena infection. Saya menangis teresak-esak sepanjang perjalanan ke Hospital.
  • Di Hospital Parit Buntar, saya asyik menangis lagi dan lagi kerana terpaksa menghadapi semua itu seorang diri. Mak dan ayah hanya boleh menjenguk pada waktu melawat dan suami pula sudah pulang ke Rawang. Tambah menyedihkan, saya hanya diberikan kerusi malas kerana katil tak cukup!
  • Saya menangis setiap kali nurse datang mengagihkan ubat utk diberi kepada Aisyah (termasuk antibiotik) kerana Aisyah langsung tak demam atau sakit apa2! Bayangkan, anak kecil yang berumur 2 minggu terpaksa makan antibiotik!
  • Nurse tidak memberikan syringe dan tidak mengajar teknik menyuap ubat kepada bayi. Saya cuba masukkan ubat kedalam bancuhan susu tetapi Aisyah tak mau minum langsung susu tu! Sudahnya, kebanyakan ubat tu saya buang di sinki!
  • Sewaktu dimandikan pada hari ketiga, tali pusat Aisyah akhirnya tertanggal dan kami dibenarkan pulang pada hari itu juga.
  • Setelah keluar dari hospital, barulah saya berurut - iaitu lebih kurang selepas 14 hari melahirkan!
  • Selama 40 hari berturut-turut, Aisyah 'dilampahi' oleh ayah saya - Dibacakan surah dan ayat2 Al-Quran tertentu setiap kali selepas solat subuh dan kemudiannya disambung oleh suami setelah kami pulang ke Rawang.
  • Sepanjang tempoh berpantang, Aisyah tidaklah susah dijaga. Jarang kembung dan tak kena jaundice. Cuma dia asyik nak beriba dan sering muntah susu (termuak).
  • Kami beli seekor kambing untuk kenduri Aqiqah Aisyah - Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak, ayah dan adik bongsu saya yang banyak membantu.
Selepas habis cuti berpantang dan kembali memulakan kerja di opis, segala-galanya berlalu dgn begitu pantas. Agak menyedihkan, sekembalinya saya ke opis, teman baik saya Kelly dah resign. Dan saya akhirnya berhenti kerja setelah Aisyah berusia 5 bulan. Saya 'membesarkan badan' dirumah selama 3 bulan sebelum menerima tawaran kerja sekarang.

Aisyah meniarap pada usia 3 bulan. Merangkak beberapa bulan kemudian dan mula meniti di tepi sofa setelah hampir setahun. Aisyah melangkah buat kali pertama beberapa hari sebelum ulangtahun pertama kelahirannya; semasa dia berada di kampung. Dan saya menitiskan air mata bila adik saya menalipon dan menjerit-jerit : Aisyah dah boleh jalan...!

Semasa sebulan Aisyah berada di kampung (kerana waktu itu Nenek Onah terpaksa menjaga cucu yang lain) saya dan Nenek Onah asyik menangis setiap kali teringatkan dia. Pantang sapa-sapa sebut nama Aisyah, mesti air mata saya bergenang.

Perkataan pertama yang disebutnya adalah : Baaaabahhhhh! yang membuatkan si Babah sgt eksyen dgn saya!

Blog 'Addicted to Aisyah' wujud pada Oktober 2007 iaitu setelah saya berhenti kerja di MJ dan mula melanggan Streamyx (yang sungguh kemek ini!). Semenjak itu, memori suka duka tentang Aisyah dan keluarga kecil kami di 'archive' kan di blog ini. Saya namakan blog ini sebegini kerana semenjak kehadiran Aisyah, segala-galanya tentang hidup saya telah berubah. Saya benar-benar ketagih dengannya.

Ada yang bertanya, apa akan jadi dengan blog ni selepas 'adik' Aisyah lahir nanti? Tukar tajuk ker? Buat satu lagi blog baru ker? Tunggu sahaja saatnya ya! Hehe...

Selamat malam semua (ehh...dah pagi!)





0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker