Pages

Wednesday, April 1, 2009

KUAH TUMPAH KE NASI



.

Yang ditakuti telah menampakkan tanda-tandanya. Badan Aisyah dah mula pijar. Sekali sekala dh terdengar batuk kong-kong dan bersin. Ohh... kasehan si anak.

Inilah hasilnya asyik menyempit dgn Mama. Tak boleh berenggang. Kalau mama ada depan mata, mama tak boleh hilang dari pandangan dia. Makanya, virus demam dan batuk kong-kong dah tumpah ke dlm pinggan Aisyah pula. (Boleh ker ckp mcm ni? Belasahhh...)

Harini saya MC lagi. Merawat diri. Malam tadi punyalah siksa melayan batuk. Rasa mcm nk pecah tekak dek kepanasan dan keperitan. Setiap jam asyik terbangun. Mulut asyik meracau. Bangun pagi suara saya jadi macam Ramli Sarip!

Mentang-mentang Mama ada depan mata.... Mama tak boleh bergerak ke mana! Anak..oh anak...

Kalau betul Aisyah kena demam, memang demam sbb umo genap 2 tahunlah kan nak?

Oh, harini dapat berita gumbira. Biasa2 jer... anyway, thanks ya Juju.


Bersiaran dari rumah,
Makcik Rehan



0 Scribbles: