Pages

Powered By Blogger

Thursday, April 23, 2009

SAKIT DI MLM HARI, SIANG LUPA DIRI



.
Malam tadi Mencah sangat-sangat meragam. Kami laki bini boleh dikatakan tak tidur langsung - esp. Babah. Mula2 kesian dan sedih tengok Aisyah asyik mengadu sambil menangis. Lama2 nk marah pon ada - sbb badan sgt penat tapi tak boleh berehat. Dari dlm bilik, bawak keluar. Dari tingkat atas, bawak ke bawah. Dari atas tilam, bubuh dlm buai. Semua tak jalan. Merengek non-stop

Kejap2 sakit idommm...(hidung - selsema la tu)
Kejap2 sakit molot....(mungkin ulser atau bibir pecah)
Kejap2 sakit kepala..... (mungkin pening sbb bahang panas)
Kejap2 nak susu (walhal botol susu di tgn dia tak luak pon)....
Kejap2 tak nak kat Babah...Babah wuatt (Babah buat dia kononnya)
Kejap2 tak nak dgn Mama... Nak Babah....
Kejap2 nk tengok atun....
Kejap2 biyak... (mana ada berak pon)

Macam-macam peel. Puncanya, cuaca panas melampau (serius, umah tu sgt panas okeh!) menyebabkan mulut dia pecah-pecah (mungkin ulser) atau mungkin kepala dia pening sbb bahang dan selsema. Semuanya bercampur-baur dan tak dpt dikenalpasti yg mana satu punca utama. Dan si Mencah ni pulak sgt tidak mahu minum apa saja air lain, selain susu. Mana badan tak kering kan.

Kesannya, pagini Babah terpaksa ambik EL dan Mama terpaksa masuk lewat ke opis sbb kami dua-dua tak mampu nk bukak mata (berjalan pon terhuyung-hayang) dan pagi2 buta tadi pulak Nenek Onah bagitau ada 2 kematian kat Qaryah situ. Dia kena pegi ziarah. Lepas mandikan Aisyah dan pastikan keadaan semua terkawal, barulah Makcik Rehan (dah boleh panggil Supermummy Rehan kot hehe..) bertolak ke opis.

Aisyah pagi ni? Adoyaiiii....meloncat, menari, menggedik mcm tak ada apa2 berlaku mlm tadi. Awat Aisyah dera Mama dgn Babah ni nakkkk....


0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker