Pages

Monday, May 18, 2009

DILEMA MAKCIK REHAN. SANGAT SUSAH HATI....


.
Saya sangat-sangat susah hati tentang Aisyah sekarang.
  • Cirit-birit dia masih belum pulih, cuma kekerapan dah kurang dari 5-6 kali sehari kepada 2-3 kali. Itu pon sebab kurang minum susu dan sebab mkn ubat Klinik Tan [ubat tu dah habis pagi tadi!]

  • Pediasure yang doktor bagi, walaupun perisa Vanilla...dia TAK MAHU MINUM.

  • Sejak cirit-birit 2,3 hari ni, Aisyah sangat-sangat kurang minum susu dan makan. Perut dah makin leper. Ibu mana yang tak susah hati tengok anak tak mau mkn dan minum kan?

  • Semalam kami cari Isomil Plus kat Tesco Extra Selayang - tak jumpa. Itu pon saya tak pasti ada vanilla flav ker tak. Nak cuba bagi kat Mencah kot2 dia mau minum.

  • Pagi tadi Nenek Onah sakit lutut sampai susah nk bangun, sedangkan anak saya asyik cirit-birit. Asyik nk kena cebuk berak. Larat ke nenek onah nk jaga dia harini?


1-13 June nanti Nenek Onah kena pegi jaga cucu [dan harta-benda] abg ipar kat USJ [depa laki bini pegi umrah]. Saya lagi susah hati kerana :
  • Rumah kat Tmn Bayu tak siap2...macamana saya nk pindah duduk 1 June nanti? Kalau saya tak duduk Tmn Bayu, tak bolehlah hantar Mencah kat nursery. Kalau tak hantar Mencah kat nursery, sapa nk jaga dia?

  • So, Babah suruh Nenek Onah bawak mencah duduk USJ 2 minggu!

  • Suami tak bagi kami pindah Tmn Bayu sbb tak sampai hati Atuk Acan duduk umah sorang2. Yalah, Nenek Onah kan pegi jaga umah besar kat USJ. So, atuk kenalah jaga umah besar kat Rawang. Rumah kami yang kecik dan buruk kat Tmn Bayu tu takde nilai - tak payah sapa-sapa jaga! [tapi dia sampai hati berjauhan dgn satu-satunya anak dia selama 2 minggu!]


Saya sangat tertekan sekarang. Sekali lagi, saya tak mampu membuat keputusan dalam menentukan halatuju rumahtangga saya. Terlalu bergantung dgn hidup orang lain. Orang lain yang nk pegi Umrah, tapi hidup kami anak-beranak yang kucar-kacir.

Mungkin ada yg tertanya-tanya, hantar sajalah Mencah ke nursery di Taman Bayu. Oh, adalah sangat tidak relevan. Taman Bayu terletak kat laluan nk ke Tol Rawang dimana setiap pagi dan petang adalah JEM YANG SANGAT TERUK. [ini adalah salah satu sebab saya korbankan kerja di kompeni lama]



Tak kanlah saya nk biar Nenek Onah jaga anak saya dan 2 org lagi cucu kat USJ? [walaupon ada bibik kat umah abg ipar]. Tak kanlah saya tak ada hati perut sampai mcm tu. Kalau org tua tu sihat walafiat takperlah juga kan? Lagipun, bayangkan...

  • 2 minggu anak saya di sana, dan saya disini. Saya pergi kerja 8 jam kat opis pon saya dah rindu sangat2 dengan dia, inikan pula bila dia jauh di sana....

  • Macamana kalau anak saya kencing kat tilam rumah orang? Anak saya kan asyik bocor jer malam-malam. Mana saya nk letak muka saya kat ipar-duai? Habis jahanam tilam dan cadar org yang mahal-mahal.

  • Macamana kalau anak saya sakit atau demam masa kat sana? Jauhnya saya nk berulang-alik menjenguk dia kat USJ tu.


Dalam kepala otak saya, saya nekad nk duduk jugak di Tmn Bayu mulai 1 June dan hantar Aisyah ke nursery, sebabnya...

  • InsyaAllah, hujung mingguni Wan Indon akan siap pasang grill [sekurang-kurangnya kami dah selamat di dalam rumah]

  • 25 May ni Vincent akan pasang kitchen cabinet [dah boleh memasak yang basic-basic kan]

  • Saya akan paksa suami panggil org pasangkan lampu dan kipas sebaik sahaja grill dipasang [kalau dengki sgt dan tak nk pasang pon tak apa, saya bawak kipas meja dan lampu tidur]

  • Suami dah pesan suruh org perabot hantar brg pada 10 June [kenapa lewat sgt? kenapa mcm nk sabotaj saya? macamlah kami beli perabot mahal yang custom made!] - tak ada perabot pon tak apa. Saya tak kisah tidur atas toto!

  • Esok saya cuti [pegi jemput mak, ayah dan adik kat airport], saya nak pujuk adik yg tgh tunggu result matrix utk temankan saya kat Tmn Bayu selama 2 minggu. Suami saya kan tak sampai hati nk biarkan ayah dia tidur sorang2 di rumah besar mereka, jadi biarlah adik saya yang temankan saya.


Kalau suami saya baca entry ni mesti dia panas hati. [kalau dia tak bacapun, saya pasti kawan-kawan dia akan kepochi dgn dia - kenapa bini hang meroyan tu?] Saya tak cakap apa-apa pun bila dia buat semua keputusan di atas. Saya ikut sahaja [memang selama ini pon, saya tak pernah bersuara sbb saya malas nak memanjangkan cerita]

Tapi kali ini saya betul-betul rasa nak bertindak. Tengoklah nanti macamana jadinya....




0 Scribbles: