Pages

Powered By Blogger

Monday, July 13, 2009

SELESAI BERENDAM

.
Lepas Mencah dah puas berendam, kami lepak2 tengok sukaneka, makan tengahari dan tadah telinga dengar orang berkaraoke. Time ni Babah dia tak abih berendam lagi. Ada acara bola tampar dlm sungai kekdahnya.

Gambar-gambar Mencah lagi yerrr....








Belon dan teddy bear kecik tu memang tak lepas dari tangan. Diusung ke hulu kehilir. Lepas Babah dia dapat hamper, dia nak pulak bunga reben yg ikat hamper tu. Mak dia rembat bunga tu dan ikat kat pergelangan tgn dia. Kalau tak, asik tercicir kat tanah pastu nyusahkan mak dia jugak suh kutip bunga tu tiap kali jatuh. Eeeiii.. penat tau asyik nk kena menunduk kutip brg kat tanah. Maklumla... perut besar [alasan!]






Ini lah satu-satunya budak yang tahan berkawan dgn Mencah yang tak reti berkawan ni. Budak ni anak mix - mak dia orang Korea [PS kata kawan diani (bapak budak tu) kawin dgn Korean masa belajar kat sana] Kebetulan haritu mak dia tak dpt dtg sebab ada hal. Dia dtg dgn Daddy dan abang dia jer. Tapi sgt pandai bawak diri. Dari mula sampai sudah, tak abis2 dia mengekor si Mencah. Mencah ada belon, dia pon nak jugak. Mencah ikat reben, dia pon nak ikat. Tapi satu jerr... Mencah sakan mandi sungai, dia tak mau turun sama. Hehehe....

Mula2 kami dok ingat budakni tak reti cakap Melayu sebab Daddy depa memang communicate dlm bahasa Korea dgn anak2 dia. Tapi bila dengar dia bercakap dengan Mencah, rupa-rupanya dia boleh jer cakap Melayu. Tak pelat apa pun. Siap bahasakan diri dia 'kakak' dgn Mencah. Sama mcm masa mula2 jumpa Mummy dia dulu, MR berpeluh-peluh speaking longkang dgn dia. Rupa-rupanya Mummy dia pon boleh cakap melayu. Ada a bit slang here and there, tapi tak le cakap BM skema kamus. Still BM pasar.. kira OK la kan...


Part finale menyusul selepas ini....




0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker