Pages

Tuesday, July 21, 2009

SEPI TANPA AISYAH


.
Bersiaran dari Tmn Bayu sementara tunggu baju yg tgh dibasuh dlm washing machine. Lepas setelkan housekeeping kat Tmn Bayu MR akan berdesup ke Kg Melayu Bt 16 - tido kat sana lai mlm ni. Just now i tipon PS dan khabar dukacita... Badan Mencah masih panas! Mulala i tak senang duduk. Tengahari tadi masa call PS, dia kata demam dia mcm dah surut sikit. Petang nak ke malam badan dah mula panas balik. So, lepas maghrib ni nak bawak dia pi Klinik Tan. Dan esok kalau masih panas, kami ambik EL bawak pi hospital.

Nak tau tak, camana budakni boleh demam panas menggila mcm ni? Kesilapan mak pak dia jugak lorrr... Al-kisahnya begini...


Gambar sumbangan Pakcik Google dicilok kat sini


Hari Ahad kami merayau ke The Curve. Dah penat jalan2, singgah kat cafe sebelah Cold Storage tu. i bantai beli cappuccino ice blended [something like that la] dan cekodok cucuk [dtg jauh2 beli cekodok jerk! hazab...] untuk buat kudap2 kami 3 beranak sambil jalan2 lenggang kangkung. Mencah pantang nampak org minum ais kann.. so, dia pon tumpang slurrp jugakla air tu. Bukan sikit, bukan sikit-sikit tapi sangat banyak hokeh! Tak bagi dia melalak... bagi jugaklah [dlm hati dok kata, takpa bagi chance kat budak ni sekali-sekala]

Kuar dari The Curve, Babah dia ajak pekena ayam pandan ala siam [PS mcm mengidam jer lately] kat area Sungai Buluh. De Chiangmai ke hapa tah nama restoran tu. Nanti i buat entry lain masa kat sana ekk...

Kat sana kami order lak fresh orange dan manggo juice. Againnnn.... Mencah slurrpp jugak dua-dua jenis air tu. Bukan sikit-sikit, tapi banyak-banyak! [bagi chance lagi kononnya] Sampai jer kat umah, lepas mandikan dia dan kami pulak dok kelam kelibut nak solat maghrib bagai... kami biarkan dia baring2 depan TV sorang2. By the time kami join dia depan TV, budakni dah start merengek-rengek. Badan dah mula panas. Bubuh ubat dlm susu, tak jalan. So, PS bawak dia msuk bilik. [dengan harapan dia akan isap jugak susu yg ada ubat tu dlm gelap] Dalam pukul 12 tgh mlm, i masuk bilik utk tengok condition dia. Panas giler. Cepat2 tanggal baju, jeram dgn air asam. Tiba2 dia muntah selambak. Tak pikir panjang dah, kejut PS dan gegas dia ajak pi klinik. The rest i dah citer dlm previous entry.

Menyesal tak sudah. Tobat tak bagi chance kat dia minum ais dah pasni. Sunyi sungguh rumah ni bila dia tak ada. Tadi lalu kat nursery dia pon rasa syahdu semacam. Biasanya i singgah dulu utk ambik dia. Sampai rumah plak biasanya i akan terjerit2 suruh dia duduk diam2 dlm keter while mama bukak gate dan pintu rumah [menjerit semedang mak dia ni :P]

So, esok kalau tak ada entry baru... maknanya i tak masuk opis lorr. Ambik EL utk bawak dia pegi hospital.







0 Scribbles: