Pages

Powered By Blogger

Sunday, August 30, 2009

CERITA PUASA EDISI MERDEKA

.

Minggu Merdeka. Cuti 3 hari. Syok!

Dari minggu lepas PS dok kata Sabtuni kita bwk anak jalan2. Shopping raya [kononnya].

Dari pagi tadi PS cam moody saja [tak kan period kot!]. i ungkitla janji-janji manis dia. Kata nak pi jalan2. Dia boleh pandang i dgn muka kerek!

Dalam hati dah pikir2, kalau tak jadi pi harini, aku nk tipon Zalia Chayok nk join dia dgn Awin outing pi KL esok!

Heh.... PS akhirnya mengotakan janjinya [sebab dia dh seram tgok i tarik muka kot]. So, lepas Zohor bergegas keluar. Pegi The Curve saja. Masalahnya adik pompuan UKM ada kat umah. Tak jadi balik kg sbb tiket dh abis. Dan dia adalah ulat buku, takmo ikut kami outing. Apa masalahnya? Masalahnya kena balik bukak posa dgn dia lorrr. Tak kan zolim sgt nk biar dia kontang-kanting kat umah. Mana dia tau nk cari makanan di mana.

Kat Curve, hapah pon tak beli. Nak beli sandal utk Aisyah [yg bekenan di mata kami] dah takde saiz. Bagi can dia membuas dekat playarea depan Mothercare kejap, lepas tu pegi Tesco beli brg. Oiiiii... rasa mcm nk suruh PS dukung i tawww. Tak larat nk jalan. Siput khinzir [sempena bulan posa kena pakai perkataan paling sopan] pon jalan lagi laju dari i. Sekarang baru i sedar kenapa PS berat hati nk kuar jenjalan bawak bini buyong dia. Nak tolak stroller Aisyah pon rasa mcm nk putus urat perut. Mujur masa dlm Tesco Aisyah tak meraung nk kuar dari stroller.

Masa tgh kelam kabut 'Q' nak bayar kat Tesco, Oli talipon. Kesian dia dlm kesusahan, tapi otak kami laki bini 'jem' tak tau nk tolong macamana. PS tgh hulur brg kat cashier, i pulak tgh dok 'menenangkan' Aisyah yang tgh terkinja-kinja nk lompat turun dari stroller sbb dia nampak belon Barbie kat kedai magazine depan kaunter. Kenapa masatu tak terpikir suruh Oli tunda kereta kuar tol Rawang dan ajak dia bukak posa kat rumah kami? Padehal jarak rumah kami dgn Tol Rawang adalah sekentut shj!

Bila dh masuk kereta dan otak telah stabil, PS suh talipon Oli balik dan ajak dia bukak posa sama kat rumah. Tapi Saw family rupa-rupanya tgh sedap2 naik tow truck nak balik ke Pandan [tiba-tiba i rasa naik tow truck adalah sgt cool!]. Tak apalah, tak ada rezeki kami nk laga perut. Asalkan diorang selamat, kami dah lega. Pukul 6 lebih kuar dari Tesco, singgah Pasar Ramadhan kat Sungai Buloh utk tapau makanan bukak posa. Sampai rumah dah dekat pukul 7.

Lepas solat Maghrib, i sudah tak larat nk buat apa2. Pujuk Aisyah ajak tido awal dia takmo. Banyak kali dia 'kena' dgn i sbb dia takmo tido, tapi dok bising main dan nyanyi dgn Barney kat tepi cuping telinga i. Last2, PS pujuk ajak dia kuar tgok bola kat depan. Pukul 2 pagi, sedar2 Mencah dah mengkerekot tido kat sebelah i. Sian dia...

Kalau ikut nafsu serakah i, memang nk tido jer terus sampai pagi. Tapi... tapi... kena jugak bgn sbb nk masak sahur. Kuar bilik, tgok PS tgh dok ngadap bola tak abis2. Ketung-ketang, ketung-ketang.... dapatlah dua ni [campur nasik putih kira jadi 3 la]


Sotong dan kentang, tak tau masak apa nama. Bubuh jer segala jenis mak nenek sos, kicap yg ada. Daun bawang tu pon dah kering jer nampak. Bencilah, tiap kali i masak sotong mesti masin!




Ikan kerisi sumbangan Nenek Onah. Dia bagi ikan basah, so nak tak nak kena masak lorrr. Kang nnt PS perli i lagi... 3 ekor ikan bermakna 3 tahun dlm freezer. 5 ekor sotong bermakna 5 tahun akan duduk dlm freezer.

p/s : Setiap kali bersin, abdomen [apekah?] i sebelah kiri akan rasa sakit sgt. Kenapa dia mesti tangkap sebelah kiri? Kenapa bukan kanan? Kenapa bukan kat tgh2 perut. Urat bersin [apekah?] kita kat sebelah kiri ker? Sakit weihhh... masa masak tadi tah baper kali bersin, sakit betul la perut....

OK, dh 4.30 pagi. i belum solat Isyak, satgi nk kejutkan PS sahur plak [tu pon kalau dia larat nk bgn, kan baru jer dia masuk tido]

Selamat bersahur dan selamat menyambut kemerdekaan edisi ke 52!













Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker