Pages

Wednesday, August 26, 2009

CRONOLOGY FALSE ALARM


.
Semalam pegi PMC. Sampai sana dah pukul 1 lebih. Dr Ratna dah habis duty. So, terpaksa 'menyerah' jumpa Dr Zarul. Dia OK, hensem, baik, gentle... tapi i yang malu. Awww....


**********************************

Petang semalamnya [Ahad] kami baru sampai dari Parit Buntar. Perjalanan dgn kereta kontot agak hazab weh. Bergegar-gegar isi perut. Jalan dari Changkat Jering ke Kuala Kurau punyalah teruk. Lepas berbuka kat umah Nenek Onah, lebih kurang kol 8 mlm i pon angkat montot nak solat maghrib. Masuk bilik, ambik towel dan tukar apa yang patut.

Tiba-tiba darah i berderau sebab nampak darah kat seluar kecik [tapi seluar kecik i adalah besar hokay!]

Bisik kat PS. PS lak selamba.... 'Mak, Rehan kata ada kuar darah!'

Atuk Acan dan Nenek Onah pandang MR dgn muka cemas.

'Banyak ker?'

'Taklah...sikit jer mak. Takde apa2 kot kan?'

'Kamu ni kembar darah agaknya. Sakit apa2 tak?'

'Takde plak rasanya. Sakit pinggang tu biasala...'

i talipon mak kat kampung. Mak kata maybe sebab penat travel. Mak kata mlm ni beware. Takut turun tanda lagi.

So, lepas PS solat teraweh, kami 3 beranak balik Taman Bayu mcm biasa. Pukul 2 lebih, tgh tido tiba2 Mencah batuk. Macam biasa... kalau dia batuk semestinya muntah. i tak boleh bangun! Pinggang betul2 rasa mcm nk putus. Perut rasa keras. PS la yg kena bangun attend anak dara dia yang muntah selambak. i baring balik, then sambung tidur [dasar kuat tido, sakit2 pon boleh lelap]

Pukul 4.30 dgn penuh kepayahan, berjaya bangun siapkan sahur. Masa tu perut rasa memulas mcm kena senggugut. Rasa nak muntah, pening semua ada. Sedapkan hati lagi. Maybe sebab perut stress sbb nak bangun mengejut masa dengar Mencah batuk.

Tengah sahur, lepas sahur, masa solat subuh perut masih sakit. So, PS tak jadi pi keja. Ambik EL utk pi check-up. Dalam pukul 7 lebih, sambil sandar2 tengok TV, sakit perut tu hilang langsung. Bagitau PS, tak yah la pi PMC [i nak sambung tidur kekdahnya hahaha]

PS kata jgn dok mengada. Pi jugak. Takut apa2 hal plak nanti. Tapi kita tidur dulu! [sekarang anda tahu, kami laki bini sama naik kuat tidur]

So, 3 beranak sambung tidur dari kol 7.30 sampai 10.30 pagi. Heaven okeh!

Bgn tidur, perut dah takde rasa memulas [tapi sakit pinggang tu standardla kann]


*****************************************

Di PMC.

Haku memang suspen sokmo kalau kena jumpa Dr Zarul ni. Dengan muka serius, dia soal siasat.
Lepas tu suruh baring, cek perut segala.

So, Puan skang dah 36 weeks
[padehal kalau ikut kalendar yg i kira sendiri baru 35 minggu]

Bleeding maybe sebab rahim dah mula bersedia utk melahirkan.

Berat baby lebih kurang 3 kg - dia main agak jer. Tak scan pon.
[padehal minggu lepas Dr Ratna kata baby baru dlm 2.4 kg]

Kaki ada bengkak sikit
[Mana ada bengkak, kaki i memang gemukla!]

So, Puan kena buat CTG sbb kita nk tgok condition baby kat dalam. Kalau semua OK, Puan boleh balik dan datang semula 29 hb ni [kalau takde apa2 sakit, kami laki bini dah plan takmau pi - nak pi shopping baju raya. Hahaha] Kalau hasil CTG sebaliknya, kita tengok apa yang perlu kita buat lepas ni [ayat ni yg buat bulu roma i meremang]

So, terbaringlah MR di atas katil kecik sambil diikat perutnya. [nurse tu sampai kata, mujur ngam2 katil ni dgn akak] Kecik giler katil tu taww!]

Tiba2 ada lak adegan suspen, kat bilik sebelah [hanya dipisahkan dgn tirai] masuk plak sorang budak yg tgh demam panas sampai berdarah2 hidung. Sebijik-sejibon kami dengar apa yg misi dok ckp dan buat kat dia. Kena ambik darah utk check selsema oink-oink okeh!

Nauzubillah....

Dlm setengah jam, selesai CTG. Dan resultnya adalah BAIK. So, boleh balik. Yahoooo! [paling happy sebab tak kena seluk] Rugila... dah pukul 2 baru nak seluk-seluk kan? Kalau dari awal syok gak... leh bantai mkn siap2. Hehehehe.

Dari PMC, bergegas pi jumpa supplier utk ambik topeng muka. Balik umah, kepenatan dan kedahagaan. Dan rutin mcm semalam diteruskan. Tunggu PS balik teraweh, barulah kami 3 beranak balik Tmn Bayu. Kenapa mesti buker kat umah Nenek Onah hari2?

Sebab jalan menghala ke Tmn Bayu adalah JEM YANG SANGAT HAZAB!!! Kalau dah pukul 5 ptg, kompomla bukak posa dlm keter. Maghrib kemana, terwaeh kemana!

So, adalah sgt heaven.... memakan masakan ibu mertua sewaktu berbuka dan dengan tak malunya menapau lauk utk bersahur di pagi esoknya [Menantu Lindungan Kaabah hokeh!]






0 Scribbles: