Pages

Tuesday, September 1, 2009

BIG BELLY, HEAVY BODY


.



Tak ada keberanian letak gambar perut sendiri.

Lagi 2 hari = 37 minggu. Ada lebih kurang 3 minggu lagi sebelum baby 'kena paksa' kuar mcm Kak Mencah dia dulu. Setiap ketika saya suspen tunggu 'contraction' [sebab tak pernah tau, macamana rasa contraction semulajadi] Sejujurnya, sangat berharap baby kalini boleh keluar sendiri tanpa induce. Induce sgt sakit lorrr! [macamlah beranak tak induce tu tak sakit!]

Kalau jalan lebih2 sikit, bahagian segitiga emas akan rasa menyucuk-nyucuk. Sebab rasa mcm ada 'sesuatu' nak keluar, saya akan jalan terkepit-kepit [kalau berani, bayangkanlah rupa pompuan gemuk jln terkepit] dan PS akan cakap : Yeay! yeay! dah nak beranak! saya tau, PS pon kalau boleh nak baby kuar cepat. So, boleh cuti awal. Dan dia boleh beraya sakan.

Sakit pinggang semakin menjadi-jadi. Semalam Nenek Onah tegur, perut dah makin turun [dlm hati saya sgt happy!] Nenek Onah punya firasat, saya akan beranak di pertengahan bulan Ramadhan. Harap-harap firasat ibu mertua saya itu betul.

Tak larat nk dokong Mencah tiap2 pagi utk ke rumah Nenek Onah.
Tak larat nk drive 45 minit ke Rasa tiap2 pagi [tersengguk sepanjang jln!]
Tak larat nk ulang pegi tandas setiap setengah jam.
Tak larat nk menahan sakit pinggang.

Baby oh baby, keluar cepat ye nakkk....





0 Scribbles: