Pages

Wednesday, September 2, 2009

MAK TERKEJUT!


.
Makcik ingatkan si Zalia Chayok ni buat lawak edisi beranak utk i...



i pon google la nak tahu lebih lanjut....

Weyyy... sejak bila pulak ada kartun/komik tajuk RAIHAN RANGERS ni weyyy... Alohaiii.. macamlah takde nama lain lagi dah nk guna. Bubuh la HIJJAZ RANGERS kerr... RABBANI RANGERS kerrr... AKHIL HAYY RANGERS kerrr... [apekah?]

Balik-balik nama Raihan jugak yang depa bekenan.

Teringat masa kecik2 dulu, i cukup tak suka dgn nama yg Ayah bagini. Sebabnya, semua org ingat pemilik nama ni adalah seorang LELAKI. Bila cikgu panggil nama, i bangun... pastu semua pandang pelik kat i. Pastu cikgu kata, ingatkan LELAKI... ewww... mencik tawww!

Pastu ingat tak, dulu masa zaman2 i muda rumaja ada sorang pemain sepak takraw yang bernama Rehan Mat Din... budak-budak jantan kelas i selalu sakat i... depa suruh i buat tendangan lipat ala2 Rehan Mat Din!
Benci! Benci! Benci!

Masa i masuk Matrix, adalah kemuncak kemahsyuran kumpulan Raihan. Lagi sekali, nama i yg suci murni ni diperkotak-katikkan. Bila sessi suai-kenal, i mesti sebut nama i pelan2. Pastu budak2 laki akan buat2 terkejut konon2 tak dengar [siot la korang!], suh aku ulang lagi nama aku kuat2. Pastu depa pakat2 sorak suruh i nyanyi nasyid. Ada gak suara-suara sumbang kat belakang dah start nyanyi : Ash Hadu Allah... Ila Ha Illallah....
Benci! Benci! Benci!

Masa nk ambik test driving license, pon i kena buli dgn pegawai JPJ. Dia sakat suruh i nyanyi nasyid. Tapi i buat bodow sajork... mak tak koser taww nk layan!
Benci! Benci! Benci!

Tak dpt kubayangkan, anak-anak ku nanti menangis melolong nak suruh mak pak dia beli VCD kartun sambil menjerit begini : Nak Rehan! Nak Rehan! [Macam si Umar yg nak Transformers, Macam Kalep nak Ultraman dan Macam Mencah yang nak Tinkerbell!]


Benci! Benci! Benci!




0 Scribbles: