Pages

Monday, October 19, 2009

PINJAM TERUS SAMPAI BILA-BILA


.
Konon-konon kami [more to PS] nak rumah kami bersituasi hari raya mcm rumah org lain.... hihihihi. Haritu sebelum raya, kami ronda2 kat Parkson Rawang, nampak dah balang kuih ni. Tapi otak jadi tepu tak leh nk konsentret nak memilih dan membeli sebab Mencah mengganas. Punya buas dia main sampai tersadung bibir kat rak - sampai berdarah bibir! Mcm biasa, PS bila dah tension terus jer ajak balik.

Lepas tu, PS sebagai anak kesayangan intan payung berlian Nenek Onah... [sbb tu i jadi menantu lindungan kaabah :P] rembat balang2 kuih ni dari umah mak dia. Maka berserila sikit meja makan itam legam kami ittew dgn balang kuih 'pinjam dan buat mcm reta sendiri' ini.



Haritu masa Wyra datang, haku lupa betoi nk bukak penutup balangni pelawa dia makan. Dok sakan bergebang, lupa nk pelawa dia mkn kuih raya 'tunjuk' aku tu. Padehal balang2 tu dok ada depan mata. Hihihi... Wyra, hang mai lagi sekali la wey. Kalini mai bukak balang kuih aku tu.

Semalam Zalia datang dgn kroni2 dia. Depa ni haku dah biasa cemolot kan, so takde la segan2 depa layan diri makan kuih-kuih tu. Alamatla kuih2 tu keras kejung atas meja sebab lepasni mana ada sapa nak mai beraya dah... Lagi malang, kalau aku yg kena habiskan kuih2 tu nanti. Makanya semakin boyaklah haku!

p/s : Lupa sungguh2 nak hambik gambar masa Wyra dan Zel datang aritu.
Kalau tak, leh jugak buat modal 16K...








0 Scribbles: