Pages

Tuesday, November 17, 2009

CD DAN POTTY





Semlm, akhirnya CD yang dh lama tersimpan dipakaikan kat Mencah. Niat di hati sambil-sambil nk potty train dia. Hehehe... CD ni hanya berani dipakaikan setelah budak ni dah berak. Walaupon bibik yang akan pre-wash CD ni nanti, cam kesian plak nak bagi dia cuci poo poo Mencah yang tersangat hazab kaler dan baunya ittew. [dahla bibik puasa harini]



Memang selesa. Mencah pon dah takde nak korek-korek celah panty macam yang selalu dia buat kalau pakai diaper [diaper XL pon dah sendat].

Start pakai lepas mandi petang, dalam pukul 4.45 ptg. Makcik ckp kat bibik, kol 5.30 bawak dia pegi kencing.So, kol 5.30 bila bawak dia masuk toilet, dia dok sakan kocak2 air dalam kolah. Kencingnya tak jugak.

Then pukul 6.30, Makcik tanya dia nk kencing tak? Budak ni buat derk jer. So, i drag her to the bathroom again. Malangnya CD dah berat! Ayoyoyyo...bila masa dia lepas?
OK Fine, at least tak bocor.

Tukar CD lagi satu.

Dalam pukul 7.30 lebih, makcik tanya dia lagi... nak kencing tak? Buat derk jerrr.... Heran pulak tengok budak ni dok tergedik-gedik kat celah sofa tu. Makcik bangun pegi dekat dia.... ADOOOIIIIII....

Mencah tgh sakan main pijak-pijak air.
Air apa? Air kencing dia hokay!
Gila dahsyat dia punya kencing, banyak giler sampai banjir ke lantai.
Bukan takat bocor sikit-sikit jer nih, tahap banjir kilat dah ni.

Terus jerit kat bibik suh bawak mop, dokong budakni bawak pi bilik air.

Walaupon ada lagi 2 set CD....Sorry, enuff CD for today!
Back to your dispo!

Makcik tanak pertikaikan daya serap CD yang makcik beli tu. Lagipun makcik baru pre-wash insert2 tu sekali jer. Menurut otai-otai CD, kena prewash at least 2-3 kali kan?

Apa yang makcik nak pertikaikan adalah tahap kencingan [apekah] si Mencah nih! Apsal banyak sangat ko kencing nakkkk... kot yer pon, tak kan ko bantai kencing sampai kosong terus bladder ko nak! Meleleh sampai berlopak atas lantai, macam tak pakai lampin langsung kekdahnya.

Nilah bahana minum susu terlampau banyak. Dah la skang musim hujan, sejuk. Bila kala pulak la CD-CD yg makcik basuh tu nak kering...

Tengoklah camana... adakah esok akan ber CD lagi ...
atau berdispo jer terus sampai besar!




0 Scribbles: