Pages

Thursday, November 19, 2009

GETTING BACK TO WORK...




Cuti 60 hari bakal berakhir.... Harini last day cuti. Esok Makcik dah kena start berulang alik Rasa - Rawang semula. Terpaksa tinggalkan anak-anak tiap-tiap hari. Berat hati jugak, tambah lagi nak tinggalkan si kecik Asyraf. Tawakkal. Harap-harap bibik dapat jaga anak-anak dgn sebaiknya. Bebanan kerja yang melonggok-longgok kat PID sedang memanggil-manggil. Mujurla esok dah Jemahat.

Ada kerja ker? Bukan Makcik relax jer ker selama ni?

Ada okehhhh....

Tu...projek ICE AGE haku yang langsung tak bergerak gara-gara nak beranak haritu. The other 9 PIDs dah sampai stage mana ntah... yang hakuni, budak2 pon haku tak approach lagi. Dah la esok last day sekolah, budak2 dah nak cuti panjang kan? Ewww... jenuh la aku nak berjawab dgn EPU nanti!

4-6 Dis ni khabarnya ada kursus. Kursus dihujung tahun ni maklum sajalah... mulala sibuk nak mengarang report bagai... [Ezey, kalau ko nak start buat, bagitau aku ekk... kita start sama-sama hihihi...]

Selebihnya adalah tugasan harian/ mingguan/ bulanan yang banyak tertinggal sepanjang makcik bercuti 2 bulan [termasuk jugak yang haku tinggalkan sebelum start cuti. Kah kah kah]


Motif tunjuk MC besar-besar? Apa ko ingat ko sorang jer penah beranak?


Alangkah best kalau tak payah pi kerja, tapi duit masuk tiap-tiap bulannnnn... [oh, dan bibik juga harus tetap ada :P] - hint-hint sikit kat Pakcik... mana tau rayuan makcik diterima. Hihihi...


0 Scribbles: