Pages

Tuesday, December 8, 2009

APA BENDA NIH??




Kan weekend baruni kan, Makcik kan, buat karipap kannn...

Yang korang tengok kat entry haritu punyalah gebu gebam kannn..
Eynda siap cakap nampak kemas kann...
Yong siap cakap serius sedap kann...

Korang nak tau tak apa jadi kepada 2nd, 3rd, 4th, 5th, 6th batch of those karipap?
[baca selanjutnya, nanti korang akan tau kenapa karipap aku ada sampai 6 batch]
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Meh gelak siap-siap.


Alkisahnya, resepi karipap tu Makcik ambik kat sini
[tak hagak2, 1st time buat nak buat yg level tinggi terus - karipap pusing!]

Nk buat karipap pusingni, kena uli dua jenis doh. Satu pakai majerin, satu lagi pakai air.
Yang kena uli pakai air tu, lebih banyak adunannya drp yang pakai majerin.
Fine. Makcik pon bersedia untuk beraksi.

Sukat tepung bubuh dalam besen, dgn tak hagak2, tuang 2 cawan air.
Dah sruppp tuang 2 cawan air dlm besen tu,
tetiba aku tengok bancuhan aku lembik cam nak buat lempeng.
Panik? oh tidak... [kena la jaga macho depan bibik aku tu]
Uli jugak dgn muka macho. Punyala melekit adunan tu kat tgn aku.

Orang sukat pakai cawan teh,
Makcik korangni sukat pakai cawan godang IKEA!!
Patut sgt la adunan aku banjir!

Takkan nak tambah tepung lagi kannn...
Kang tak cukup pulak utk adunan yg nak uli dgn majerin semata tu.
[tepungnya ada satu peket jer]
Pulak tu, mau terkehel lengan balak akuni nak membalut karipap tu nnt,
sebabnya, adunan asal menghasilkan lebih kurang 60 biji karipap.
kalau haku doublekan adunan, tak ker giler aku nk menggentel sampai 120 bijik karipap?
Mau sampai maghrib aku tak abih menggentel.

Dah tu, tak kan nk buang lagutu jer kan adunan lembik nih kannn...
Here comes the very genius of Makcik Rehan.

Adunan yang lembik tu aku bahagi dua
[satu bahagian masuk tong sampah, dan satu bahagian lagi diselamatkan]
Bahagian yang selamat tu, ditambah tepung banyak-banyak sampai keras.
Pastu dilembutkan pulak dgn majerin.
Maknanya, secara tak langsung, adunan yang selamat ni
Mengandungi air + majerin.
Wahhhh... pada ketika ini, Makcik terasa begitu pandai hokeh!

Makanya haku pon start membalut karipap tersebut.
[sambil dok sorok2 tepung lembik yang lagi separuh tu dari pandangan Pakcik korang]
1st batch yang digoreng masih ada rupa bentuk karipap [walaupon menggerutu]
Rangup dan lazat, bak kata Mencah : cukuuup rasa!

Batch2 yang seterusnya, haku bubuh dlm tupperware, lapiskan dgn plastik
[dapat 6 lapis hokeh! sbb tu aku kata karipap ni ada 6 batch]
Simpan dlm fridge, konon2 jadi frozen food la kann...

Petang Ahad lepas balik dari Shah Alam dgn perasaan kuciwa
[sbb tak dpt pi MJ warehse sale]
Pakcik korang request suh goreng karipap tu lagi

Makcik pon suruh la si Bibik kuarkan dari peti sejuk, suruh dia goreng.
Sambil si bibik ni goreng, sambil dia dok sengih-sengih.
Mula-mula aku syok sendirila... mesti dia senyum sbb aku pandai buat karipap kannn...

Tak lama pastu, aku pon jengah la dapo tengok dia menggoreng.
Uwaaaaaaaaaaa !!!
Apa benda nih...!!
Si bibik pon dah tak tertahan dah, terus dibantai gelak berdekah-dekah kat aku.

Karipap aku tu tak cukup sifat jadinya.
Masa belum masuk fridge, elok jer rupa bentuk dia.
Bila dah semalaman dlm fridge, dia jadi lembik dan melepet kat plastik lapisan tu.
Punyala payah nak angkat goreng. Melekat tak hengat.
Sebab tu rupa fizikalnya berubah jadi mcm wantan!

Pakcik korang dengar kecoh-kecoh kat dapo,
dia pon mai menyibuk...
Apa benda nih??


Pakcik korang dan si bibik pakat-pakat buat ayat penyedap hati kat Makcik
Takperla rupa dia burukkkk... Rasa dia sedapppp...

Makcik tak serik hokehh... projek seterusnya adalah kuih donat.
Korang tunggu jerla episod kuih donat Makcik Rehan pulak ye.
Kita tengok apa jadi. Huhuhuhu




0 Scribbles: