Pages

Wednesday, December 23, 2009

BALIK DARI MEKAH : AYAHKU SEMAKIN KURUS




Semalam Ayah dan Mak MR dah balik dari Mekah.
We were there @ KLIA menyambut kepulangan Haji dan Hajjah.
Bak kata Amy Sweetdarling, macam-macam gaya dan ragam kaum keluarga yang menunggu.
Kami hangkut jugak dua beradik ni pi sana. 
Masa mengantar aritu tak bawak Asyraf,
masa menyambutni mcm tak syok kalau tak bawak dia sama.

Gedebuk-gedebak, dlm kol 9 kami nampak ayah muncul kat red carpet
[betoi mcm red carpet weh, jemaah jalan dlm pagar,
kaum kerabat dok bertenggek kat tepi pagar
sambil dok jerit2 panggil mak-bapak memasing]

Bila nampak je ayah,
1st thing that came up to my mind is...
Ya Allah kurusnya ayah aku!

2,3 kali kami borak dlm phone,
ayah byk kali ckp tak lalu makan
[memang kalau kat Mesia pon ayah sokmo tak lalu mkn]
Tapi tak sangka la pulak sampai kurus betoi jadinya...

Masa peluk ayah,
terasa sangat badan ayah semakin 'kecil' dlm rangkulan saya.
Rasanya kalau peluk Aisyah lagi 'berasa' dari peluk ayah.
Dah balik Mesia ni, nanti ayah pulun makan byk2 yer ayah....
Biar jadi Michelin mcm Rehan dan anaknya si Mencah

Mak pulak apa citer?
Mana Mak?
Ayah kata,
Mak hang demam masa nak naik kapal terbang tadi.
Dia tak buleh jalan.
Depa tahan dia kut.

Kami dah kecut perut.
Takut mak kena quarantine sbb badan panas.
Lama sungguh kami bersidai kat tepi pagar,
tapi mak tak jugak muncul kat red carpet.
Sampai dah tak ada org kat pagar, mak tak jugak muncul.
Adik saya si Mujib dah tak senang duduk,
Selamba dia mintak izin dgn guard nak pi masuk dalam tengok.
Mula2 guard tak bagi.
Lama-lama bila red carpet dah lengang, Mujib memboloskan diri.
Keh keh keh keh...

Lama jugak tunggu.
Bila nampak Petugas Tabung Haji dok tolak mak atas wheelchair
kami sedikit lega.
Muka mak pucat betoi. Mak pening kepala rupanya.
Pening yang giler2 punya pening!
Perut kosong, tido tak cukup.

Apa-apa pun, Alhamdulillah semuanya selamat.
Mak dan Ayah dah ada kat Klang, berehat puas-puas.
Nanti dah OK, kami hantar mak ayah balik kampung.

Wahai orang-orang kampung sekalian,
Tunggulah kepulangan Haji Juri dan Hajjah Paridah korang yek
Jangan bimbang, kurma ada sekoyan!

Gambar-gambarni Pakcik korang yang snap
Nampak sungguh takdak bakat nk jadi papparazi
Tah mana-mana angle yang di snapnya
Kelam sudahla, tiba2 ada kepala besar depan gambar.
Tak pon ada tangan besar atau kaki besar
[hat yang BESAR-BESAR tu bini dia la tu]
Jenuhla Makcik nak pilih yang terbest dalam banyak2 gambar hazab yang beliau ambik nih.
Layan sajalah.


Tangan ayah sampai kuar urat dan tulang.
Eh, ayah nk tunjuk cincin baru kah?
Sedih pulak tengok gambar ayah tertunduk camtu,
Padehal dia dok tgh pulun selongkar beg dia,
nak cari keta mainan yang dia beli utk Mencah.



Tu yang terbaring di tengah ruang berjubah hitam,
Mak sayer la tu.
Pandai2 hangpa la nk punggah beg mak noo...
Mak tak larat sungguh dah ni.

Bila tanya, nak pi lagi dak mak?
Aku nak pi lagi... ayah hang tak sihat masa kat sana
Aku tak puas jalan, banyak tempat tak dapat pi.
Orang lain, tiap2 mlm dating laki-bini,
Ayah hang tak larat jalan, Mak nak dating dgn sapa...
Hahahaha...
Sempat lagi mak buat lawak

Meh kita kumpul duit,
kita pi umrah pulak mak naaaa...
 .
.
.
.
.
.
.
.
 .
 Ni dia keta menan yang Tok Ayah beli utk Mencah masa kat Mekah.

Mamaaaa... saya nak pis keta penan!
[penan = mainan]

.





0 Scribbles: