Pages

Powered By Blogger

Monday, December 7, 2009

MAKCIK KECEWA





Semalam kan, kami kan, pegi kan, Shah Alam kannnn....

Kawan uni Pakcik Sepol kawin. Buat kat dewan warga tua bla-bla-tah-tak-ingat-nama kat Seksyen 24.

Takmau citer pasal kenduri, korang pon dah boleh agak apa yang jadi kannn...
Mencah membuas dan Merap memerap!



Beberapa minit sebelum bertolak dari Bayu. Awat muka laki aku lagutu.


Yang Makcik nak cerita kannn....
semalam kan last day MJ warehouse sale kat Stadium Melawati Sh Alam
[Ammi sila tahan ketawa ya].
So, Makcik dah berbunga-bunga riang la nak lajak pegi sana lepas mentekedarah kat kenduri kan.
Pakcik korang pon dah setuju tawwww
[sbb Makcik buat dakyah pelesu kat dia kengkonon review kata sales ni best].


Duta belog ini dgn trademark lobang hidung pujaan.

Sekalinya kannnn...
On the way nak sampai Dewan kenduri - tingkap depan si kontot stuck tak boleh tutup!
[bukak tingkap tu masa nk bayar parking kat Ole-Ole Mall - singgah sbb Pakcik korang nak berak!]
Jenuhla godek, tumbuk, belasah nak bagi kuar balik - tak jalan jugak!

Dekat dewan kenduri lak, tgh PS mencekik, Makcik tetiba terbau sesuatuuuu.
Yerrr... anak bertuah si Asyraf berak pulak dah.
So, Oleh sbb PS dah mkn dulu, dia la kena tawaf dewan tu bawak anak pegi cari air - nak basuh.
Dewan bising [ada karaoke bagai] Asyraf takmo duduk diam.
Pakcik korang dah mula kerungsingan di situ. Huhuhu.

Lepas siap mkn, kasi can PS cemolot bagai dgn geng2 dia, kami gegas nak gerak.
Nak singgah mana2 workshop utk repair tingkap yang ternganga tu. Kalau hujan kan naya!
Sambil drive, sambil dok peroseh suis [apekah] tingkap tu.
Tetiba boleh pulak! Wahhh.... makcik lega di situ.
{MJ, here i come]

Halfway, tetiba Mencah kat belakang buat sound effect yang mendebarkan.
Sendawa kemain kuat. Mata tetiba berair.
Itulah tanda-tanda nak muntah. Anak Makcik yg sorangni kan pelik sikit.
Makcik dah terjerit-jerit kat PS, suh benti jap kat tepi jalan nk bagi Mencah muntah.
Tak sempatttt... mmmbuakkkk dia bagi selambak dalam keter.
Takla banyak, tapi cukup untuk menutup peluang Makcik nak singgah stadium!
Uwaaaaaaaaaaaa

Benti kejap kat Petronas mana tah, tukar baju si Mencah.
Sambil PS salinkan baju Mencah, kuarlah ayat yang bikin hatiku hancur luluh

Balik terus. Tak yah lah nk singgah Metrojaya ker sales ke haper!

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!



0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker