Pages

Powered By Blogger

Tuesday, January 12, 2010

DDMR : LUPA BAWAK KABEL CAMERA




Nasib baik wayar tertinggal.
Kalau tidak... mesti hangpa meleleh ayaq lioq tengok pizza Makcik!
[statement berbaur riak, sila terima bulat-bulat]

Pagini buat Pizza roti nan.
On the way nak pi opis Makcik,
singgah opis Pakcik korang
Isteri mithali memang begitu,
hantarkan sarapan utk laki yang tak sempat sarapan di rumah
sebab kena pegi awal ke opis
sebab kalau keluar lambat akan tersangkut dalam jem yang teruk,
nanti akan sampai lambat ke opis, nnt punch card jadik merah,
nnt tak dpt naik pangkat, nnt tak dpt naik gaji, nnt kena sound dgn boss
dan nanti kena macam-macam lagi.
[wah begitu panjang membuat explaination, motif?]

Dinner semalam pulak,
Masak ikan dory bermacam-macam rasa
[tujuan asal nak buat 3 rasa shj]
dan tofu telur yang dimasak sup bersos tiram,
tapi kuahnya ditambah sedikit tepung jagung
lalu kuahnya menjadi pekat.
[lagi sekali bagi explaination panjang tanpa motif]

Dinner malam ini pulak,
perancangannya siakap masak steam. Sat lagi nk google resepi.
[tak buleh masak di malam jumaat, nanti stim kot lain]

Ikan siakap tu Pakcik korang beli kat kolam pancing tepi simpang Tmn Bayu,
beli semalam tapi tak dpt masak semalam sebab dah ada fillet ikan dory yang sudah dinyahbeku.
Lalu, ikan itu dimasukkan HIDUP-HIDUP ke dalam freezer.
Makcik yg tgh memasak di dapur boleh dengar kelebuk-kelebak ikan tu menggigil kesejukan.
Tak perlu berasa kasehan, begini jugalah kaedah yang digunapakai oleh para nelayan
untuk mengelakkan hasil tangkapan mereka rosak sebelum dijual kepada peraih.
[penerangan berunsur Pengajian Am tanpa motif]

Sekian, Selamat Pagi Malaysia!








0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker