Pages

Powered By Blogger

Saturday, February 16, 2008

POLITIK boley bikin gaduh. Ye kerr?

Entry ini ditulis setelah mendapat inspirasi dari entry Kak Luna dlm blog dia semlm. Konsepnya santai, so sayer guna AKU utk sesuaikan mood santai. Ala2 lepak kt kedai kopi. Heh! Oleh sbb mood nya santai, anda para pembaca pon kena membaca secara santai okkay.... aku bitau awal2, ianya bakal memanaskan bontot org2 tertentu. saper tak suker..sila pangkah butang X kat sebelah kanan kat atas nun. Heh!

Alkisah ni berlaku (kisah benar okkay) maser last election. Tahun berapa ekk? 2004 rasanya. Maser tu haku ader sorang kawan laki (Boipren yg tak jadi..heheh) Time tu adalah 1st time aku ngundi. Haku bukanlah die hard fan mana-mana parti, tapi sebagai org yg telah dihantar oleh mak bapak utk belajar sampai unibesiti, aku selalu buat pertimbangan secara rasional sblom membuat pilihan. Heh!

Time tu situasi dia mcm skang lah. Hangat berkempen. Tapi aku bukan nk citer pasal kempen. Kalau sapa yg ingat, time tu SMS & email gurauan sinis diforwardkan bertalu2 kat henpon dan mailbox. Walaupon email2 dan sms tu mmg secara indirect sebenarnya nk pomot sesebuah parti. Tapi haku dgn kengkawan (time tu haku dok menyewa dgn geng2 haku) tak penah amik port or amik serius sms2 tu. Kami baca ramai2, pastu gelak ramai2, pastu fwd balik kat member2 lain. Sapa la yg kreatif dok pikir nk cipta sms kelakar camtu. Heh!

Alkisah, boipren tak jadi aku tu tersangatlah taksub ala2 kipas susah mati (die hard fan) kepada parti kati. Kalau dia becakap bab politik, boleh nk montah dengar. Tapi aku ni jenis malas nk balas apa2. Aku senyap jerk... abih kuat pon aku ckp..ye ker.. yer ker...Heh!

Lalu, satu hari otak geliga ku terpikirlah nak fwd kat satu sms yg menjurus ke parti bulan. Tujuan murni aku sajer jer nk perasap dia! Dan...memang dia BERASAP!! Hehe...
Aku dh lupa versi asal sms yg aku fwd tu. Tapi bih kurang mcm ni bunyinya :

"Org dah naik roket, nk pegi bulan. Tapi masih ada lagi org yg ketinggalan zaman, dok timbang pakai dacing"

Sms aku yg pada asalnya berniat nk bergurau (tapi ada gak unsur2 provokasi) telah disalah tafsir 100%!

Aku dh lupa versi asal sms balasan yg aku terima. Bih kurang mcm ni...

"Awak ingat kalau bulan dgn roket perintah Mesia nih, awk jamin ke kitani boleh idup senang mcm nih. Kalau nk sgt dok bulan, hah! awak pegilah dok kelantan. Hidup melarat...mkn kopok lekor jerla pagi, ptg siang mlm!"

Terkejut aku okkay! Jgn marah ye org2 Kelantan. Pjg lebar dia bersyarah kat aku. Heh!
Itu jam aku dh mula syok! Aku lagi suka sakat org tgh emosi dan berakal dangkal mcm dia. Selamani aku tak kose melayan citer politik dia. Tp tatau apsal kalini aku serupa suda naik syeh! Aku bls balik. Bih kurang mcm ni. Heh!

"OK aper mkn kopok lekor. Sedap! Tapi tu kira nasib baik woo..ada org tu lagi kesian, siang malam makan rasuah"

Heheh. Well, u got my idea? haku sedang menyimbah petrol kat api yg sdg marak! Heh.

"Mana awak tau dorg tu mkn rasuah? Kalau iyerpon, biarlah...tu antara depa dgn Tuhan!"

Muahahaha. Kantoi! Kan aku dh kata..boipren tak jadi aku tu, otaknya dangkal! Heheh..nk tau aku jawab apa?

"Depa jawab dgn Tuhan. Awak nnt jawab dgn sapa?"

Dan kemarahan dia semakin menggila. Tanpa menjawab soklan aku, dia kona topik...

"Inilah ank bangsa melayu yg tak kenang budi. Di bagi sekolah sampai ke universiti. Bila dah pandai, kerajaan yg selamani dok sara dia, dia nk hentam balik! Awk tau tak berapa byk kerajaan berabis dan kemudiannya rugi sbb bagi pelajaran kat org2 mcm awak nih!"

What a lame hujah kan. Dgn bongkaknya aku jawab camni. Heh!

"Sapa yg menang, dialah yg mentadbir. Sapa yg mentadbir, kenalah berkhidmat. Tak kiralah utk rakyat parti manapon. Tp cian awk kan. Mati2 sokong depa, tapi awk tak merasa pon masuk unibesiti mcm saya...ishh..ruginya awak kan..."

Ini diikuti dgn beberapa sms balasan dr aku sampai aku decide mls nk sambung debate. Sbb aku dh malas nk layan pemikiran lembam dia tu. Bertalu2 dia sms aku balik. Dengan kutukan, maki hamun, sumer kuar. Padehal, cara aku jwb sms dia steady jerk! (aku pasan steady, korang rasa steady tak? Hehe...) Aku stop bukan sbb aku mati kata okkay, tapi sbb tak sampai ati nk debate dgn org2 berakal dangkal mcm dia sbb hujah dia membabi buta, tak menjawab soalan, hantam kromo, tak rasional, ikut perasaan, tak ilmiah, tak disokong oleh fakta2 yg benar bla..bla... Dia terlalu emosi dan bias dlm membuat penilaian. Tak elok tu! Mana ada satu2 pihak yg 100% betul. Kita bukan nabi. Semua ada kelemahan. Tapi tengok jugaklah, kelemahan yg macamana. Ada kelemahan yg boleh dibaiki, kira ampunlah. Tapi ada jugak kelemahan yg bawak mudarat! Pulaktu, dah berkurun...tak kan tanak improve? Aiyakkk...korang pikir sendirilah. Heh!

Haku tataw apa citer terbaru pasal dia. Sudah lama tak kawan sama dia. Heh!


Sekian archive sketsa pilihanraya dari meja Mama Aisyah.

PEACE!!




0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker