Pages

Powered By Blogger

Saturday, February 9, 2008

Main Solitaire sambil menaip...



Entry ini ditulis sambil main solitaire dan sambil2 jenguk Aisyah yg tgh tido dlm bilik. Takut dia mengigau, terjun katil. (It happens many times okkay..mata pejam, mulut isap puting, tapi merangkak sampai terjun katil!)

Dan gambar2 akan diupload kemudian. Kamera kat bawah.....(dh upload dah...)

Sabtu, 9 Februari-10.20 minit mlm. 2 beranak telah dikenalpasti sebagai antara orang2 yang keboringan di musim perayaan ini. Si ibu yang takde idea on how to spend the holidays + weekends dan si anak yang turut keboringan sbb mak dia boring. Hehe...





Pic taken lepas mandi pagi. Jumaat. Masani sepupu sepapat dia blom balik lagi...Inilah kerja dia. Dok panjat walker, buat mulut ikan, pastu terhoyong hayang tolak walker tu. Seriau taww!



Seriously, takde apa yg menarik CNY nih.. Khamis, we lepak2 all day dlm bilik. Petang sikit I brought Aisyah to the nearest KFC - beli whipped potato and we lepaking kat indoor playground kat dlm KFC tu. Hahaha....beli whipped potato tu buat syarat jer..sbb takot nnt pekerja KFC tu halau kami keluar kalau masuk KFC tak beli apa2 but just to play at the playground kan. Haha... (so, ibu2..gunalah taktik ku ini. Anda boleh berehat dgn aman sambil menonton anak anda main2 kat playground yg ader aircond. Tak payah risau mcm anda bwk anak2 main kat outdoor playground!)


Oh ya...masa nk kuar dr umah nk pegi KFC tu, cousin Aisyah yg umo 3 th sibuk tanya.."Acik nk pegi mana?" Dan sayer dgn tak berperikemanusiaan...selamba je ckp, "nk bawak Aisyah jalan2..." lepas tu cepat2 ambik kunci keter dan terus keluar rumah sbb takut budak tu nk ikut. Haiisshhh...tak kuasa sayer nk menambah beban bawak ank org pegi jalan2. Tak pasal2 kena belanja dia mkn KFC plak karang! Dah lah kuat mkn! (maaf...saya agak berterus terang sekarang ni..hehe) Lagipon, sayer tak nak biasakan bawak diorang tu semua ikut sayer pegi jalan2. Nanti terbiasa...skang ni pon asik nk ikut jer! Lagipon, nk menjaga si Aisyah sorang ni pon saya dah tak cukup tgn, inikan pulak nk bawak ank orang. Hilang ker..jatuh ker..haku jugak yg susah kan. Biarlah suamiku saja yg rajin nk mengangkut anak-anak buahnya ke mana-mana. Maaf lah yer anak-anak...dengan Acik kamu ni..tidak sekali-kali. Tapi kalau dgn anak abg sayer...saya okehh jer....hehehe. Well, tanyalah sesapa sajer...family members from OUR SIDE mesti kita lagi suker/comfortable compared to sanak sedara belah suami kan? kan? kan? hehe.....

Balik dr KFC dah maghrib. Mlm tu masa tgh lepak2...my MIL tiba2 bertanya "Esok kamu nk pegi mana-mana ker? Kalau tak kemana-mana, mak nk ajak kamu balik kg..." Ahh sudahhh... tak rela nya daku. Otak ku pantans berpikir carik helah... "Mmmmm..esok nk kuar" Sepatah jer sayer cakap. And my MIL said "Takpelah kalo camtu..." Seriously...sayer rasa bersalah yg amat2..... tapi its better than I sanggup ikut dia balik kg tapi dgn perasaan yg amat tidak ikhlas. Betul tak? Dan lagi satu...tak kan sayer nk berterus terang mcm ni "Tak nak lah mak. Saya tak suka balik kg mak. Kampung saya pon saya tak balik, apekehal sayer nk balik kg mak pulak? Dah lah suami sayer sesedap rasa enjoy mcm orang bujang dan tinggalkan saya terperuk kat sini...dan skang mak pulak nk ajak saya balik kg? Saya bukan drebar okkay..." ~ perhatian: ayat ini tidak diluahkan okkay... hanya berlegar-legar di mindaku shj~

So, Jumaat tu yakni semlm, pagi2 buta sayer terus menalipon Syanie-my ex-schoolmate kat Taayah dulu. Dia dah kawen dgn org Batangkali (which is sgt dekat dgn my office) dan baru sajer melahirkan ank kedua. Nasib baik sayer sempat book dia...kalau tidak, mesti dia pon dh pegi umah MIL dia. Kami ni senasib. Suami2 kami anak bongsu dan tak sanggup berenggang dgn parents. Hehe... So, dlm kol 10 pagi, bergegaslah sayer dgn Aisyah ke Batangkali. Saksikan gambar2 di bawah... Masa kami dah nk balik baru suami dgn anak sulung dier balik dr umah MIL dia. Umah MIL dia setaman rupanya..tersgtlah dekat! takperlah..at least diorang duduk asing... better kan?


Pagi sebelum bertolak ke Batangkali. Dengan sepupu dia..Farah.




Adib Aiman (4 bulan) dan mamanya.




Dan ini Aisyah yang hilang pertimbangan di rumah org. Sibuk memunggah toys Kakak Alya. Mentang2 akak tu takde kat umah...



Balik dr Batangkali, abt 2 pm something, kami berdesup ke TESCO Extra plak. Sajer nk membuang waktu. Nanti kalau sampai umah awal, MIL ajak balik kampung plak kan! Aduhh...jahat sungguh menantu yg sorangni.

Belikan Activity Walker utk Aisyah. I've been eyeing for this baby gear for weeks. Sbb Aisyah asek nk panjat walker dia, pastu tolak2-nk practise bejalan lah katakan. Kat Tesco Damansara dah takde stok. Kebetulan jumpa kat Tesco Selayang. Rembatlah. Balik umah, terus pasang, bagi Aisyah main. Bestnya tgok Aisyah dgn steady tolak walker tu. Dan, sayer sengaja tak pasang bateri kat walker tu walaupon bateri sebenarnya ada. Sebabnya...cousin masen Aisyah tgh dok bergenut kat umah...Dalam takde bateri pon, dorang dok asek tujal punat2 tu. Haissshhh...serik ahh. Walker dia dulu pon mcm tu. Dorang tak renti2 dok tekan punat bunyi tu sampai tersumbat masuk dlm punat tu. Yang lagi bengang tu..mak pak diorang boley tengok sajer kelakuan anak-anak mereka. Langsung tak tegur or at least tell them to respect other people's things. Furthermore... umur mereka semua suda besarr! those toys does not comply to them anymore. (boley ke guna word comply?) Huhu...So, tak kan lah sayer pulak yg nk over acting menegur kelakuan mereka kan? (ayat sayer skema ekk..)

Sabtu. Yeayyy...mereka semua sudah pulang. Sebaik shj mereka start kereta, saya dengan pantasnya memasang bateri kat walker tersebut. Barulah meriah..ada lampu2 ada munyik2... hehe. Aisyah ni mudah boringlah dengan toys. Main 5 minit lepas tu sibuk nk panjat tangga, punggah bakul, panjat kabinet TV. Ni kategori aktif ker...hyperaktif ekk?

Dan, inilah aktiviti mama dgn Aisyah dr pagi tadi... mandikan dia, susukan dia, tidokan dia dan kemudiannya...kami dua-dua tergolek atas katil sampai petang. Ahahaha...sbb tu sayer tak suka tidokan Aisyah kat atas, nanti dua-dua terkorban! Tapi nk buat macamana..kalau dlm buaian, mcm nilah gayanya.....(sila rujuk gambar)



Atuk Acan dah repair heater. Bestlah minah ni berendam air suam. Kalau tidakkk.... nk jirus setitik air pon payah! penakut air sejuk!




Lepas mandi, tak sempat nk mekap2...dgn rambut serabai terus tolak walker. Dah mcm OKU plak gayanya..hahaha!






Aksi merbahaya. Tolong jgn tiru!




Betapa payah nk tidokan dia dlm buai....Asek nk bgn, nk main cak-cak dlm buai. Dah baper kali tergolek dog taww!




Siap duduk bersila dlm buai! Nak marah pon tak jadi bila tengok dia buat muker mcm ni...Alahai anakku....




Akhirnya..... Tapi sekejap jer. Kan budak2 ramai kat umah ni...bising sikit, terus terjengul kepala dia. Hmmm...sudahnya, naik atas, kami bergolek dgn aman 2 beranak. Hahaha....


Okeh, cukup dulu. Nak pegi merayau-rayau kat hutan belantara lain pulak...:))






0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker