Pages

Sunday, May 4, 2008

Ulu Yam and KFC


Yesterday we went to Ulu Yam - Kampung Nenek Onah. Sebagai calon menantu kesayangan (al-perasan...keke..) seperti biasa, sayer menjadi drebar. Pegi melawat Makwe (my FIL's sister yang sakit tak boleh berjalan). Kat rumah tu Makwe tinggal dengan anak perempuannya (Kak Bariah yang tidak berkahwin - dh berumur lebih kurang 50 tahun) dan anak lelakinya - Abg Basri dan 10 orang anak-anaknya. Isteri Abg Basri (kak Nor dah meninggal). Sedih bila tengok cucu-cucu Makwe - anak2 arwah Kak Nor yang tak terurus. Bayangkanlah...10 adik beradik dgn yang bongsu sebaya Mencah, Yang sulung baru 18 tahun, Mak pulak dah meninggal...nasib baik ada Kak Bariah yang boleh tolong uruskan budak-budak tu. I bought some clothes, a teddy bear and milk bottles for that little one - Anisah and some toys for the toddlers. Kalau saya jadi kak Bariah, silap2 sayer dh masuk hospital bahagia... penat fizikal dan mental nk menguruskan mak yg terlantar sakit dan budak2 yang tgh nk membesar. Mana nak memasak, kemas umah, basuh kain, menggosok, uruskan si kecik tu lagi, mandikan mak yg terlantar, tukar diapers for both of them, bla..bla..bla...

Bila saya tengok si kakak yg baru darjah 3 buatkan susu utk si kecik, lagi saya terharu. Kita dulu masa sebaya dia, nk tuang air untuk diri sendiri pon tak lepas kan. Basuh botol pon tak berapa bersih, bancuhan susu pon cair.... yerlah...budak2 lah katakan. Apa sangat yg mereka tau kan.... Si kecil tu pon punyalah baik...tak meragam walaupon badan tak sihat. Hingus meleleh.... macam faham situasi keluarganya yang serba kekurangan dan tak beribu... (Arwah ibu diorang meninggal tahun lepas, masa si kecil Anisah berumur 4 bulan)

We bought along fish and chicken for them, and we had delicious lunch with them all. Bila si kecik Anisah wake up from her afternoon nap, lagi sekali saya tersentak tengok makanan yang disediakan untuk dia. She ate tomyam with rice! Bukan nasi yg lembik...nasi yang kami makan masa tengahari which is a bit dry... I was soooo surprised and accidentally said : Hah! kenapa suap tomyam untuk baby...?? Then Kak Bariah replied - tomyam tu akak tak letak perasa yang dlm paket tu... akak letak sos tomato botol tu jer... I admit that tomyam tu memang tak berapa masam dan pedas, but then.... tahan ke perut si kecik tu.....

Bila saya tengok Anisah punyalah berselera makan, rasa mcm nk menitis air mata taww...Kalau si Mencah ni...punyalah mcm2 resepi sayer dan Nenek Onah masakkan untuk dia...itu pon punyalah susah nk bagi makan! Kalau salah makan sikit, mulalah cirit biritlah...sembelitlah....
Then, sayer terfikir....sekurang-kurangnya kuranglah beban untuk Kak Bariah menguruskan si kecik tu. She ate adult food. So, sekali masak...the whole family can eat!

Sebelum balik, kami singgah umah Mak Endak (my MIL's sister). Bestlah rumah dia... Mencah pon ala2 lupa daratan berlari kesa sini...hehe.

Balik dari Ulu Yam, I brought Aisyah to the nearest KFC (only 5 minutes away from home) Agenda yang kini bukan lagi rahsia...mempergunakan indoor park yang ada dlm KFC tu. So, sayer tak perlu berpanas, berhujan. Saya boleh memantau Aisyah dengan aman damai....dan En Somi saya pon dah pandai guna taktik ini. Hehehe..silap2 tak lama lagi Mencah kena blacklist kat KFC Tmn Setia Rawang. Kekekeke....


Inilah aksi my little monster di KFC





0 Scribbles: