Pages

Thursday, September 25, 2008

Kuih Raya

Harini saya dilanda bius ketiduran (mengingatkan saya kat Cikgu BM masa form 3, Cikgu Wan Hassan Wan Man). Dari mlm tadi sampai ptg ni - saat saya menulis entry ni...mata masih mengantuk.

Pagi tadi saya masuk opis pon sedikit lewat. Siapkan Aisyah dulu. Kasihan Nenek Onah...ada 5 org lagi cucu nk diuruskan. Pukul 12 tghari, saya dan Hazira masing-masing tarik bantal kat opis. Tidur.

Tiba2 henfon melalak. Suami telefon, suruh saya pegi Pekan Batangkali sekarang. Jumpa dia di sana. "Kita beli kuih raya kat sana, kawan abg kata murah"

Dengan muka yg sememeh, saya bgn...ambil beg dan kunci kereta. Pegi tandas kejap dan terus memecut ke Batangkali.

Dalam hati pelik jugak..apsal laki aku semangat sgt nk beli kuih raya ni...

Sampai kat kedai tu...nampak lah suami tgh pulun pilih kerepek. Saya pon tak buang masa.. pilih juger utk bawak balik ke Parit Buntar. Biskut pon saya ambil sikit. Semlm dah byk beli biskut raya kat TESCO (berjalan sampai sakit kaki!)

Lepas pilih2, saya lambak semua atas kaunter. Saya tolong menyibuk tengok suami pilih kerepek pulak. Bila nk bayar, adik tu tanya, bayar sekali ker asing2. Serentak kami jawab : Asing-asing (saya), sekali! (suami).

Heheheh..tiba-tiba baiknya suami saya. Terima Kasih yer bang. Maka selamatlah bajet kuih raya utk Parit Buntar disponsor oleh suami.

tak sabar rasanya saya nak balik beraya di Parit Buntar. Dan lepas raya ni, saya perlu buat satu keputusan sukar.... Owwhhh...kasihan anak mama....


Nantilah saya ceritakan pasal keputusan sukar tu. Dah hampir pukul 5. Nak balik cepat. Nk jumpa Aisyah...


.

0 Scribbles: