Pages

Tuesday, October 21, 2008

Telekom Malaysia 'kebanggaan' rakyat Malaysia

Saya sgt hangin dgn Telekom Malaysia. Maaf la kalau ada staff2 telekom yg baca entry nih. Mula2 Streamyx down. Rupa2nya line telefon yg tak elok. Hampir sebulan saya report. Boleh kata selang sehari saya follow up call TM (yg nombor 100 tu la...) Sampai berpuluh ringgit duit kredit henphone saya ditelan sbb :

HARAP MAAF, SEMUA PEGAWAI PELANGGAN KAMI SEDANG SIBUK. PANGGILAN ANDA AKAN DI LAYAN SEBENTAR LAGI.

Sampai dekat 10 kali skrip di atas diulang-ulang. Kalau 5 kali saya telefon dan skrip di atas di ulang suara sampai at least 5-6 kali (berselang seli dgn iklan promosi servis TM) bayangkan berapa hengget duit saya kena telan?

Orang teknikal TM tak jugak muncul2! Bila telefon asik cakap :

ADA MASALAH OVERHEAD KABEL. KABEL TELEFON KENA CURI.

OK fine. seminggu dah berlalu. Kemudian Raya. Lepas saya balik dari kampung (lepas raya) saya telefon lagi. Alasan yg sama lagi.

Saya tanya jiran tetangga (hambik ko...haku ni sebelum ni tak penah pon nk sibuk2 hal jiran tetangga...) dgn tak malunya tanya : Line telefon makcik kat umah OK tak?

Jiran2 keliling umah semua OK. Apa kes pencurik kabel tu curik kabel kat tiang umah kami jer ker? Dengki benor pencurik kabel tu nampaknya dgn kami yg misekin nih...

So, kemuncaknya...mlm minggu baru ni...saya mengamuk kat call centre tu. Mesti satu opis call centre tu dah kenal Makcik Rehan! Boleh pon buat keje.. esoknya, terus datang Van TM check line telefon kat umah. Sekali adjust semua masalah setel. Kalau dari awal diorang hantar teknikal person, check apa2 yg patut kat umah kami...kan saya tak mengamuk mcm ni...

Malangnya.... baru 2 hari line OK, tup-tup 2,3 harini streamyx saya buat hal lagi. Lampu DSL kan modem tu asik blinking. Maka, saya terpaksa telefon call centre lagi. Makin glamer la Makcik Rehan dibuatnya!

Semalam plak, masuk opis tetiba line streamyx kat opis lak buat hal. Saya dengan garangnya telefon call centre lagi. Naik lagi nama Acik Rehan...

Sampai dekat tghari kami tak leh online kat opis, maka saya dgn Hazira menggodek modem, IP, wireless bagai. Sudahnya, kami tak pakai wireless. Pakai connection biasa. Uhhh... ingatkan nk bercanggih manggih pakai wireless segala.

Balik keje ni, kalau streamyx kat umah kong jugak..apa lagi yg patut saya buat agaknya??

Kalau ada anugerah PELANGGAN TM PALING KEPOH, haruslah makcik Rehan ni yg gondol anugerah tu gamaknya...

.

0 Scribbles: