Pages

Powered By Blogger

Thursday, November 6, 2008

Norman bersedia terima Memey sebagai isteri kedua





Sambil baca entry panas ni, mai kita sejukkan badan sambil layan ayat-ayat cinta. Sesuai gak kut dgn tema diskusi kita - bermadu. Huhuhu..video ni very smooth. best layan. lagu dia tak tersekat2. Thanks Mieja!


Sumber daripada emel yg Intan fwd kat sayer jap tadi. Thanks Intan, ko lah sumber inspirasi blog ku. keh keh keh!

Amaran : Entry ini disertai dengan dialog2 penuh emosi dr penulis.

******************

Norman bersedia terima Memey sebagai isteri kedua.
(Korangni kan..mender2 gini sedia sokmo! geram akak taww!)

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Aktor popular, Norman Hakim buat
kali pertama mengakui, dia bersedia menerima pelakon muda,
Memey Suhaiza sebagai isteri keduanya jika itu yang
ditakdirkan oleh Allah.
(Amboi bila time gini, byk la ko punya takdir ekk!)

Biarpun tidak mengesahkan yang dia mempunyai hubungan
serius dengan aktres berusia 20 tahun itu, Norman atau nama
sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 32, berkata, sebagai
umat Islam, dia akur dengan ketentuan qada dan qadar.
(Lagi sekali, ko pakai ayat skema ekk..ni semua ketentuan kekdahnya. Dengan Faradhiya tu pon takdir la ekk...)

''Ketika ini, dalam hati, rasa kasih dan
sayang pada isteri saya, Abby begitu menebal. (Kalau tebal, apa kes ko scandal dgn si Memek tu?) Setiap hari, saya berdoa pada Allah biarlah maut yang memisahkan kami
berdua. Saya tidak mahu berpisah dengan Abby melalui perceraian.
(Eiiii... pandai ko becakap ekk Man)

''Namun, pada masa yang sama, saya tidak mampu
menolak ketentuan andai saya dan Memey bertemu jodoh satu
hari nanti,'' katanya ketika dihubungi wartawan
Utusan Malaysia, SAHARUDIN MUSTHAFA di sini hari ini.
(^%*^%^#%^%**)

Norman berkata demikian sebagai mengulas dakwaan
kononnya dia dan Memey sudah merancang untuk berkahwin.
Bagaimanapun, rancangan tersebut dikatakan terpaksa
ditunda berikutan dia dan Memey ditangkap berkhalwat di
sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana, Hulu Kelang,
Selangor pada 30 Oktober lalu.
(Sudah rancang? Takdir ke nih? Grrr...)

Sehubungan itu, pelakon utama drama bersiri Gerak Khas
itu berkata, jauh di sudut hatinya, dia berkongsi
rasa kasih dan sayang dengan banyak pihak.
''Ada 'wilayah' dalam hati yang saya bahagikan pada Allah, pada ibu dan ayah,
pada isteri saya, anak-anak dan untuk orang lain juga.
(Wilayah plak dah... ko ingat ko menteri wilayah ke hapa nih??)

''Bila saya fikirkan masalah yang sedang saya
hadapi ketika ini, adalah lebih baik saya berterus-terang
berhubung perasaan yang sedang saya alami ketika
ini,'' jelas Norman yang berkali-kali menyatakan
harapannya agar Abby memahami kedudukannya ketika ini.
Menurut Norman, dia tidak mampu untuk menghalang Abby
meluahkan emosinya seperti yang berlaku di lokasi
penggambaran Gerak Khas semalam.
(Ko tak kesian ker bini ko man oiii....)

''Saya mahu mencari penyelesaian terbaik dalam
hal rumah tangga saya dengan Abby. Saya cuba memahami
keadaannya ketika ini. ''Saya juga menyedari yang Abby seorang ibu yang baik
buat anak-anak kami. Saya sangat menyayangi dia.
(Sayang, sayang, melayang!! Org laki memang senang cakap sayang!)

''Tetapi, kalau sudah tertulis takdir lain,
apa daya saya sebagai manusia untuk menolaknya,''
ujar Norman lagi.
(lagi sekali...takdir jugak disalahkan u olls!!)

Ditanya kenapa dia beria-ia mempertahankan Memey dalam
kenyataannya semalam, menurut Norman, Memey merupakan
'penyelamat' kepada keadaan yang dialaminya ketika ini.
(Mai sini aku 'selamatkan' ko!)

''Abby hadir dalam hidup saya sebagai pembakar semangat.
Memey pula hadir sebagai penyelamat dalam kehidupan saya.
(Mai sini aku 'bakar' ko..tengok dia boleh 'selamatkan' ko ker tak?)

''Saya perlu mempertahankan Memey kerana dia
juga ada keluarga yang terpaksa melalui episod ini.
''Seperti yang saya kata, ada banyak hati yang
perlu saya jaga. Jadi, saya harap Abby benar-benar memahami
keadaan saya ketika ini.
(OOooo...bini ko suh paham keadaan ko, yg keadaan dia ko ada paham? Ko ingat senang ke beranak Man oii..)

Saya tahu saya dan dia (Abby) masih
ada masa depan demi anak-anak kami,'' kata Norman
yang berhasrat untuk merujuk kepada pihak yang arif yang
boleh menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.
Pada masa sama, Norman berkata, dia akan memohon
petunjuk daripada Allah dengan solat sunat istikarah.

Semoga Allah memberi jalan yang terbaik buat keluarga ini. Buat Abby, mana la tau..kot2 ko tensen2, ko blog hopping, ko jumpa blog aku nih kan.. ko byk2 bersabar la ekk...

Kawan-kawan, mari kita berdiskusi pasal kes lelaki curang nih!

.

0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker