Pages

Thursday, November 13, 2008

PERBUALAN 2 BAPA

Tghari tadi, perut tak lapar pon tp gatal jugak start keter, pegi gerai makcik simpang. Dah tepu sgt paler otak dok mengadap keje kat PID nih sensorang.

Ambik nasik, lauk, order air bagai, saya duduk kat table sebelah 2 org lelaki yg baru sudah mkn. Kebetulan jer amik table tu sbb tepi sekali. Boleh layan angin sepoi2 bahasa...

Oleh sbb mkn sorang2 kan, (takder geng nk bergossip sbb Kak Ina kerani pos yg selalu mkn dgn saya MC lama kemain sbb tgn dia terkehel) dengan tak sengaja saya terrrpasang telinga dengar perbualan diorang.

"Aku tataula mana nk cekau duit ni. Sewa umah aku dah 2 bulan tak bayar. Lusa ni 'dia' suh aku setelkan semua sekali"

Masa ni sedih betul saya dengar. Bila saya buat2 toleh pandang muka mamat tu (saya rasa dia muda dari saya) lagilah sedih bila nampak orangnya! Muka dia kelat betul sambil gigit2 straw. Nampak sgt org tgh susah hati. Pastu dia sambung lagi...

"Semalam aku dapat 50 ringgit, balik umah org umah aku kata susu anak dah abis. Dahh...aku kuar beli susu, tinggal tak berapa ringgit lagi. Ingatkan nk simpan la buat bayar sewa umah aku..."

"Abih, dah camner... bulan ni kan kurang keja. Berapa sgt aku dapat pon..."
(saya rasa dia kerja kontrak, bila ada job baru boss dia panggil. Kalau takde job, makanya tadak upahlah.

Masani saya terbayang adik laki saya masa dia mula-mula kawin dulu. Sesak napas tadak duit nk bayar duit sewa umah (tp lain kes la jugak, yg ko gatai sewa umah memahal buat apa kan...)
Tapi still... kesian kan. Yerlah adik kita kan. Tapi kes mamat ni lagi kesian. Pastu saya pasang telinga lagi...

"Ni ko tau, bil letrik aku dah seratus lebih dah ni. Dah 2 bln lebih aku tak bayo. Nk bayo sewa umah pon aku tadak duit, ni pulak duit api... aku dah dpt surat merah. Tak lama lagi nk kena potong dah ni...."

Cemana gaya ni kan? Kesian kan? Yang tak sedapnya, lepas tu saya dengar dia kata..

"Aku rasa, akuni kalau takder anak, takder la susah mcm ni kot... Kang kejap2 susu abis, kang kejap2 pampers habis, kang jap demam lah... duit yg dok ada tak tersimpan...."

Kesal jugakla dengar seorang bapak ckp mcm tu kan. Tapi saya tau, dia bukan nk menyalahkan takdir. Mungkin sekadar nk luahkan kat kawan dia. Kot2 kawan dia tu sudi jadi ahlong kat dia. Hehehe...

Eh, tapi kawan dia tu lagi tak buleh pakai. Saya dengar dia dok cerita pasal 'projek extra income' dia masa keje kat kilang besi/ timah (tak sure). Dia kata seminggu dia boleh dpt extra income dlm rm150++ sbb dia seludup jual jongkong2 timah kat kilang dia. Memang muka dia mcm muka pecah umah wehh!

Org mcm ni lah yg nk jahanamkan kawan. Bukan nk bagi jalan halal kat kawan tu nk carik duit, melingkupkan kawan lagi ada! Lepas tu saya tak dengar apa2 dah sbb saya dh bgn basuh tgn, bayo kat makcik tu, pastu terus blah. Masa dlm keter dok terpikir2...kalau esok kang kuar paper ada umah org kena samun kat Rasa nih...tak lain tak bukan mamat muka pecah umah tulah punya angkara. (Alah... melawak jerla. Statement emosi jer nih...)


Jauh disudut hati, saya memanjatkan syukur pada Ilahi. Saya selesa dgn kehidupan sekarang. Kami tak kaya, tapi kami tak kayap.

Walaupon tak duduk umah besau, tak pakai keta besau, (tapi laki i dpt bini besau!) Kami laki bini tak pernah lagi melilau tak tentu arah nk cari duit nk beli susu anak, nk bayar sewa umah, nk bayar bil dsb. Saya rasa, anda semua pon mcm saya jugakkan? Sesusah-susah kita, kita tak pernahlah sampai terdesak sebegitu rupa kan?

Kira ok la 2 minggu sekali kita boleh shopping kat Tesco kan? Akuni Tesco jer manjang weh. Yang lain2 aku tak mampu. Hihihi....

Dah mcm tazkirah plak weyy...



0 Scribbles: