Pages

Powered By Blogger

Tuesday, December 16, 2008

ENJIT-ENJIT SEMUT

.
Perjalanan pulang dari Tanjung Tualang sangat meletihkan. Bertolak pukul 2pm, hampir pukul 5.30pm baru sampai umah. Berdenyut2 dahi sepanjang memandu.

Hujan lebat dipertengahan jalan menyebabkan saya tak sempat nk pikir kat mana nk berenti nk beli buah tangan untuk anak dan mertua. Sampai di rumah, bila si kecil dtg menerpa sambil membelek-belek beg pakaian saya, barulah saya tersedar... kasihan dia.

Bila saya masuk rumah, saya tanya dia...saper ni? (sambil pointing to myself) dia agak ragu-ragu nk menjawab.

So, saya mulakan dengan... Ma.... dan dia lantas menyambung dengan suara yang sungguh lembut mendayu : Mamaaaa....! sambil mendepangkan tgn dan berlari ke arah saya minta didukung. Rindunya saya pada si kecik ni tuhan saja yg tahu.

Bila saya minta dia Sayang Mama sikit...

Dengan senyum lebar dan lembik longlai, dia melentuk di bahu saya sambil memeluk leher saya kuat-kuat dan kemudiannya melagakan pipinya dgn pipi saya yg tembun mcm apam terlebih yis ni. Sepanjang petang tadi dia melepas rindu dendam dgn mamanya. Nk minum susu pon di atas riba!

Dan ptg tadi, Aisyah jadi teringin nk godek henfon saya (sebelum ini dia tak berapa kisah sgt) mungkin sbb dia nampak saya bercakap di telefon dan asyik mention 'babah'. Lalu selepas itu saya mainkan video clip lagu enjit2 semut yg mmg dah lama ada dlm telefon tu masa mula2 dibeli dulu.

Sungguh saya teruja bila dengar dia ikut menyanyi.

enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas!
enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas!

Bila Aisyah nyanyi, jadi mcm ni :

witna wapa fha tutu wa tis atash!
womu hash fap hapa shh atash!

Bahagian 'atas' sahaja yang betul sebutannya.


Budak kecik yang saya lahirkan awal tahun lepas, kini dah jadi chatter box! Sungguh terharu tak? Saya pasang lagu tu berulang kali sampai dia naik fedap nk follow nyanyi dah. Hehehe...

.

0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker