Pages

Powered By Blogger

Monday, December 15, 2008

ENTRY LEWAT MALAM (ehh..dah pagi daa..)

.
Masih belum tidur. Dah pukul 1.50 pagi. Packing my stuff dan mengiron baju keja saya laki bini. Harini sampai esok ada training lagi. Banyaknya outstation/ training lately. Penat sehh. Kalau tempat yang best2 ok la jugak. Ini....ermm... asal boleh jer.


Sumbangan pakcik Google gambar ni.


Sabtu baruni Babah Mencah belanja iron baru. Punyalah jakun saya nk pkai iron steam cenggini. Kekdahnya saya malas nk baca instructions. Main tuang je air kat serobong atas iron tu. Pastu suspen jerk masa mengiron tadi pasalnya asik kuar sound effect mcm tgh menggoreng ikan. Siawww...siawww.... gasaklah. lain harilah haku belek manual book dia tu.

Esok pagi2 nk bertolak ke Tg Tualang. Dikala entry ini terbit dlm blog ni, InsyaAllah kami dah pon berbondong-bondong dlm perjalanan ke sana. Satu keje plak nk hangkut 2 org wakil komuniti plak kalini. Layan jerkla. Payah betul nk cari wakil komuniti yang agak celik IT kat Rasa nih. Banyaknyer 'nk berkomunikasi dgn internet' jerlah. Menaip pon ala2 ayam patuk padi. Yang terer2 IT takde plak nk menyinggah PID nih. Jenuh dah kami talipon merata alam tanya sapa yg minat nak pi training IT nih. Yang hawaunya, dah la makan tanggung segala mak nenek boleh claim, ada pulak yg tak sayang mulut bertanya : Pegi ni dapat allowance tak?

Encik...tunggu saya jadik Mak Menteri lah kot baru tanya soklan cepu emas camtu yer.

Kami bagi saguhati sumbangan cash RM 100 setiap sorang (ambil perhatian, duit ni kuar dari tabungan opis yang mmg dah hazab yer). Nanti kat sana claim sumer akan dpt cash lagi. So, silalah pakcik memandu kenderaan sendiri yer. Tak kanlah 4 org yang godang2 nk menyendat dlm kelisa kontot saya tu kan? Biar waras!

Wahhh...sekali bagitau keta saya tak leh jalan jauh. Kita naik jerlah 4 orang dgn Rehan, senang. Umang aiii.... baik tak payah bagi saguhati seratus hinggit tu wahai encik2 sekalian. Dah lah balik dr training ni nanti kami kena bawak balik khazanah alam sebeban. dgn bunting, banner, booklet apa segala. Kena stroke jugak si kontot aku tu karang.

Mentaliti mcm inilah yang melemaukan. Hello...training sumer FREE, makan sedia, tempat tido sedia, cash org bagi, mileage sumer claimable, apa lagik mau?

Tamau takpa... ada ramai org lain lagi yg mau!

Esok kalau tempatnya nice cenggini pon dah kira ok. Tengoklah camana nnt...


Auuummmm !!
.

0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker