Pages

Powered By Blogger

Sunday, December 14, 2008

TENANGLAH WAHAI JIWA

.
Sudah agak lama saya tak meluah rasa (menulis secara serius) di blog kecil ini. Setelah blog ini semakin dikongsi ramai, membuatkan saya sedikit berhati-hati kala membuat posting. Tidak mahu sampai terlajak kata, ada pulak jiwa yang merana. Tapi bukan bermakna selama ini saya hipokrit atau mereka-reka cerita yang tidak wujud. Bagi yg mengikuti blog kecil ini dari awal kemunculannya pasti mereka lebih kenal hati budi saya kan? Sejak kebelakangan ini, saya lebih banyak mencoret memori bahagia terutama tentang si kecil Aisyah yang semakin 'bermaharajalela' di hati ayah bondanya. Hakikatnya, memori bahagia lebih indah untuk dikenang di kemudian hari bukan?

Konflik, cabaran & masalah masih berkejaran bersilih ganti dengan kebahagian dan nikmat hidup yang saya lalui saban hari. Liku-liku hidup tak pernah selamanya mendatar. Adakalanya berlubang dan retak juga di sana-sini. Saban hari, retakan dan lubang-lubang kecil itu masih bisa diturap dengan nikmat kebahagian kurniaan yg Maha Esa. Alhamdulillah. Saya merasakan bahawa apa yang saya hajati dan harapkan dalam hidup ini masih berada dalam lingkungan yang rasional dan waras. Saya sentiasa berpijak di bumi nyata. Tidak pernah menghajati yang bukan-bukan. (Juga berharap perkara yg 'bukan-bukan' tidak terjadi dlm hidup saya dan keluarga).

Dalam hidup ini, saya mahukan ketenangan minda dan jiwa. Keluhuran rohani dan ketulusan hati (maknanya mungkin sama, tapi pengertiannya sangat luas bagi saya) dan kesederhanaan dalam segala segi. Tidak sampai merempat dan tidak pula sampai kepingin (atau kempunan) sesuatu yang di garis normal.


Sampai saat ini, saya berharap Allah mengurniakan saya kekuatan dan kesabaran utk mengharungi cabaran hidup yang tidak seberapa ini (jika dibandingkan dgn org lain yang lebih hebat ujiannya) juga diberi kesempatan untuk mengecap nikmat hidup sebagaimana yang saya impikan. Dalam masa yang sama, saya berdoa agar saya tidak hanyut dibuai nikmat dunia yang fana ini.


Saya perlukan kekuatan dan kesabaran yang bukan sedikit untuk mencorak kebahagian duniawi (moga turut membawa saya ke syurgawi) yang saya impikan. Kerana, kebahagian dan ketenangan yang saya ingin kecapi itu bukan sahaja untuk diri sendiri. Saya mahu menanggung derita dan mengecap bahagia bersama sang pria belahan jiwa, dan sang puteri penawar duka. Bukan bermaksud individualistik, tetapi saya rasa, sebagai seorang wanita, isteri dan ibu - saya sudah banyak memejam mata dan menelan sahaja apa yang ada di depan mata. Sebagai insan biasa yang punya nafsu ammarah, adakala apa yang dipendam dilubuk jiwa akan terbit jua di riak muka. Inilah kelemahan saya yang paling ketara. Kalau kemarahan saya tidak terpacul dimulut, maka ia akan terpamer di raut wajah.


Alam rumahtangga telah membuka episod baru dalam lembaran hidup saya. Dari saat saya diijabkabul, saya menanam azam untuk meninggalkan sebanyak mungkin sifat2 mazmumah saya dahulu. Ditambah dengan kelahiran puteri kesayangan, keazaman untuk menjadi insan yang 100 kali lebih baik dari dahulu semakin menebal.


Akhirnya...,

Selepas 2 tahun 6 bulan, hari ini Ahad - 14 Disember 2008, saya merasakan sesuatu yang saya paling hajati dalam perkahwinan ini kini hampir menjadi kenyataan. Sukar untuk saya gambarkan gejolak kegembiraan saya. Mungkin anda boleh tafsirkan sendiri keterujaan saya kalau begini...


  • Malam tadi saya hampir tidak dapat melelapkan mata kerana berdebar-debar menunggu keputusan hari ini...
  • Saya hampir tidak sedar yang perut saya sebenarnya kelaparan seharian...
  • Saya membuat nazar - jika ia menjadi kenyataan, saya akan berpuasa sehari...
  • Saya merasakan seolah-olah saya tidak berpijak dibumi nyata sekarang ini...
Saya tidak mengharapkan yang bukan-bukan. Demi Allah, tidak pernah terlintas dihati saya untuk membina kebahagian diatas kecalaran hati org lain. Jauh sekali menggunakan jalan yang tidak sepatutnya utk memperoleh apa yang saya hajati walaupun saya lebih dari BOLEH untuk melakukannya kalau saya mahu. Saya harap semua orang bahagia apabila kami sekeluarga bahagia dan berharap 'org lain' memberi saya sedikit ruang untuk menikmati kebahagian itu sedalam-dalamnya.

Belum masanya saya mendedahkan perkara ini disini. Ianya bukanlah sesuatu yang terlalu
amazingpun. Biasa-biasa sahaja bagi kebanyakan orang, tetapi terlalu bererti buat saya. Mimpi ini akhirnya bakal menjadi realiti... Alhamdulillah.

Ya Allah, permudahkanlah langkah kami yang seterusnya. Amiiin.


.

0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker