Pages

Powered By Blogger

Monday, December 22, 2008

PELIK

.
Ellyn saman saya tentang 10 perkara pelik. Jenuh saya pikir apa yg pelik ttg saya. Tadak apa yg benar-benar pelik tentang saya. (Kalau yg BURUK banyak lah!) Pikir punya pikir, ini jer yang saya terpikir ttg kepelikan saya:
  • Cukup cepat mengenalpasti org. Sekali jumpa (atau terpandang di majalah sekalipon) terus ingat sampai bila-bila (cewah...cam bagus)
  • Tak suke meeting or any fomal gathering. Seboleh-boleh saya cuba carik alasan drp nk kena mingle secara berprotokol dgn org. Lagi sanggup buat kertas keje ke hapa.
I hate formal meetings and trainings!

  • Suara saya dlm talipon sgt kuat, jelas dan terang. Sebab tu kalau nk kena talipon hal2 penting dan formal, bapak mencah suruh saya yg cakap. (dan sbb tu jugak aku rajin begaduh dlm talipon dgn operator TM huhuhu..)


  • Saya suka menyanyi dan penggemar lagu2 rakyat, lagu kanak-kanak, lagu iklan, lagu patriotik dsb. Mencah adalah hasil didikan saya-dgr muzik terus enjut montot. Saya masih ingat hampir kesemua lagu kanak-kanak di zaman sekolah rendah, lagu2 iklan yang dulu2, nusery rhymes dan lain-lain.


  • Masa darjah 3, pernah bercita-cita nk jadi wartawan sebab banyak baca surat khabar 'HARAKAH'. My dad and my late grandfather is the big supporter of PAS, so saya tak berpeluang baca suratkhabar arus perdana masa kecik.


  • Zaman sekolah, saya 'gila' membaca komik, majalah dan buku cerita tentang misteri dan penyiasatan. Bermula dgn siri terjemahan Alfred Hitchcock, Sherlock Holmes, Agatha Christie, Komik Tin Tin, Conan dan sebagainya. Saya suka berada di perputakaan, dan sebab itu - saya memohon untuk menjadi librarian semasa di sekolah menengah. Ada buku baru sampai, i rembat dulu. Hahaha...
Boleh diakatakan, saya telah membaca kesemua hasil penyiasatan SH dalam pelbagai versi dan penerbitan, termasuk yang telah dialih bahasa.


Masa jadi librarian, saya sanggup sorokkan majalah Tin Tin ni supaya saya dpt baca kesemuanya sebelum org lain. (The correct way to pronounce Tin Tin is Ta Ta - with a little bit of sengau!)

  • Yang terakhirrr ..... dari kecik sampai sekarang (kadang-kadang) saya suka bercakap (berimaginasi) sorang-sorang! Bahana terlebih baca buku kot.
Sapa rasa diri dia pelik, sila jawab saman ini. Mekaseyyy!


0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker