Pages

Powered By Blogger

Friday, December 12, 2008

QURBAN

.
Gambar hiasan semata-mata. Sebabnya, dlm entry tgh mlm ni, saya tadak gambo nk share dgn korang. Layanlah pic rumah kampung yg dicilok dr pakcik Google. Sempena mood Raya Aji kat kampung masih bersisa kan...


Alangkah nyaman melepap di kampung selama 6 hari. Bangun, tido, makan, minum sesedap rasa. Hihihi..yes, diet saya terqurban bersama-sama para lembu dan kambing yang terqurban di Aidiladha yang mulia ini. Abaikan cerita diet Mak si Mencah ni. Lantaklah dia meroyan dengan penuh penyesalan di blog MR nun. Heh!

Perjalanan pulang kali ini sungguh memenatkan. Babah Mencah konon terer lah... exit tol sini, cilok tol sana. Last2 keras kejung layan jem satu malaya. Ringkaskan cerita (byk lagi entry haku nk taip nih) derita perjalanan kami 3 beranak (plus my sis) sama mcm apa yg Eynda alami dalam posting ini. Sila terjah blog dia. Hehe. Kami bertolak bih kurang sama masa dan kami keras kejung di tengah highway bih kurang dlm jangka waktu yang sama. Tapi kami tanampak org usung stretcher. Kami nampak keta remuk redam yang sungguh dahsyat sampai laki saya pesan jangan pandang, nanti mengigau. Padehal dia yg takut tu...Hihihi...

Sampai umah mak ayah saya kat kuala kurau bih kurang pukul 12.30 mlm. Sengal satu badan. Si Mencah agak moody mungkin sbb tidurnya terganggu dan kepenatan - tanak salam dengan mak tok dan tok ayah dia yg kerinduan banget dengan cucu bertuah sorangni.

The next day, she was amazingly sporting! Saya sungguh bahagia dan terharu melihat anak kecil saya yang easily adapt with her grannies, unties, uncle and cousins. Paling best mak dierlah kan, sonang dia (yakni haku nilah...) nk melepap merehatkan badan sebab ramai yang nk melayan si princess ni kan. Aisyah nk susu, I order jer maksu Anor dia buatkan. Aisyah nk biskut, I laung jer kat auntie A'aa dia yg kat dapo. Paling syok bila ramai yang nk melayan dia jenjalan kat luar. Heeeeavennnnn ya' all!

I will blog bout Aisyah with Yayah si kucing, Aisyah's evening walk kat tali air, Aisyah with my her old bunny, Aisyah in her cousin's old walker, Aisyah at Tesco Taiping, Aisyah this, Aisyah that, Aisyah here, Aisyah there..bla bla bla in cominnnggg entries. Heh :P

Korang tau, tadi masa on the way balik, benti kat Petronas Tg Malim (nk membasuh berak si Aisyah pnya pasal lah kan) suami ku yang tersayang nih telah mengutarakan kata-kata yang sungguh meruntun jiwa raga, bakul segala...

'You need to slim down lah, tengok tayar keta sebelah ni (side yang haku duduklah, sambil menunjuk kat tayar) dah botak tayar ni. You are too heavyweight...'

Bang, sib baik awak suami saya tau. Kalau suami orang, ada yg makan tayar tawww...






.



.

0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker