Pages

Powered By Blogger

Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT DATANG 2009




.

Ini adalah entry terakhir saya untuk tahun 2008.

Tinggal beberapa jam sahaja lagi nk masuk tahun baru. Kali ini, tahun baru Masehi agak seiring dgn tahun baru Hijrah. Besar impaknya kan? Heboh di sana sini orang membuat azam. Saya bukan tak mau buat AZAM, tapi saya tahu... dlm banyak kes, azam saya biasanya jadi PEKAZAM. Tengok sajalah projek diet MR tu... dah terbengkalai...

Secara holistik (wah, canggihnya perkataan!), apa yang saya inginkan untuk tahun baru Masehi ini sama sahaja sepertimana yg saya inginkan untuk tahun baru Hijrah (saya dah tulis dlm entry sebelum ini). Saya mahu menjadi insan yang POSITIF dlm segala hal.

Banyak cabaran baru yang bakal saya hadapi di tahun 2009. Sekaligus, menjadikan saya sedikit teruja untuk menempuh tahun baru. InsyaAllah, kami 3 beranak akan memulakan hidup di rumah sendiri dalam sebulan dua lagi. Ya, inilah dia perkara yang sekejap-sekejap menjadikan saya teruja, dan sekejap-sekejap menjadikan saya bermuram durja. Bukan mudah untuk saya merealisasikan impian untuk hidup di bawah satu bumbung sebagai sebuah keluarga nukleus sementelah suami saya (dan kini saya juga) sudah terlalu lama dan terlalu selesa berada di bawah lembayung ibu dan ayahnya.

Saya kira, sudah sampai masanya untuk kami (lebih-lebih lagi saya) untuk belajar berdikari. Selama tinggal dgn mertua, saya amat jarang jejak kaki ke dapur. Saya sekadar menguruskan kain baju anak dan suami. Itupon, adakalanya ibu mertua saya yang banyak 'menyempurnakan' tugasan tersebut. Kalau harapkan saya, selorilah kain baju tak berlipat!

Bukan membodek atau mereka-reka cerita, terus terang saya katakan, sayalah wanita paling bertuah di dunia ini (atau sekurang-kurangnya di Rawang) kerana mendapat ibubapa mertua yang sungguh sporting dan tidak berkira langsung dgn menantu (yg kdg2 mcm 'hantu') ini. Mak saya sendiri cakap mcm ni kat saya, sebab dia tengok saya 'mengembang' mcm apam terlebih yis! Orang lain yang tinggal dgn mertua kebanyakannya kurus keding.

Mereka (mertua) tak pernah nk 'sound direct' menantu yang sorangni, walaupun saya tak pernah sgt jarang membantu aktiviti masak-masak di dapur atau mengemas-ngemas. Saban hari mak mertua saya tak jemu2 mengemaskan bilik tidur kami yang kadangkala lebih dahsyat dari kapal pecah (gara2 terbangun lambat, atau hari hujan, atau hari demam etc.)

Saya sedar, suami saya adalah intan payung kepada mak dan ayahnya. Saya tidak pernah ingin mengubah hakikat itu (dan saya berharap, jika dikurniakan anak lelaki kelak, saya mahu anak lelaki saya menyayangi mama dan babahnya sebagaimana babahnya yang begitu mengambil berat tentang ibu dan ayahnya) Dan kerana itu, saya pendamkan sebahagian besar hasrat untuk hidup sendiri walaupon sebenarnya gejolak nk pindah duduk rumah sendiri tu umpama gunung Pinatubo yang dah ready untuk explode (kadang-kadang terlepas jugakla asap2 gunung berapi tu..hehe). Dan, jujur saya akui, kadang2 saya sgt stress memikirkan hal ini. Tak perlulah saya huraikan panjang lebar apa yang saya stress kan. Cukup kalau saya katakan, bayangkan anda ingin berbuat sesuatu yang biasanya seorang isteri dan ibu akan buat, tetapi anda tak boleh buat kerana tiada authority dan privacy. Remember, ini bukan rumah anda...

Tinggal sebumbung dgn mertua (dan ipar duai yg sering berkunjung) membuka banyak 'peluang' untuk mempamerkan sikap buruk kita. Kalau jumpa 2,3 kali setahun masih boleh 'cover-cover' lagi kan? Kalau jumpa 2,3 kali sebulan? Lama-lama mesti lagi byk yg buruk dari yang baik kan? Dah lah Makcik Rehan ni asyik naik angin pasang... hihihi.

Mungkin ramai yg dah maklum, saya membeli sebuah rumah flet (yg sgt murah ok!) sebagai sandaran untuk mengajak suami berpindah suatu hari nanti. Jadi, saya tidak pernah terfikir yang 'perpindahan' itu akan berlaku dalam tempoh terdekat sebab rumah tu entah bila zaman nak siap. Paling awal, khabarnya dlm bulan 5-6 tahun depan (2009). Itu kata merekalah...

Nak dijadikan cerita, sempena hujung tahun 2008 yang sarat dengan mcm2 jualan murah, kami laki bini (lebih2 lagi saya) jadi teruja nk membeli kelengkapan rumah. Masalahnya, kalau kami beria-ia membeli brg rumah sekarang... kat mana kami nk simpan? Booking biasanya setakat 2,3 bulan shj. Lepastu, nnt marahlah tokey perabot kalau tak ambik2 lagi brg kat warehouse diorang kan? Dari situlah, tetiba tak tau dari mana angin lintang datang... suami saya ajak pegi lihat-lihat RUMAH YANG DAH SIAP di sekitar Rawang nih. Maka, merentas desalah kami laki bini dgn budak kecik sorangni. Habis merata ceruk, celah bedah kami redah.

Sampailah kami terdampar di Taman Bayu Permai (nanti2 lah saya detailkan lokasi Taman Perumahan ni). Suami saya tertarik dgn rumah townhouse setingkat yang dah siap sedia untuk diduduki. Ada belen 4,5 bijik rumah yang belum terjual. Rumah-rumah lain semua orang dah masuk. Knowing him, saya pada mulanya tak menaruh harapan langsung yang suami saya akan beli rumah kat situ (Hehehe... jgn marah ye bang. Tapi saya dah maklum sgt peel abg. Selamanipun, dah habis satu malaya kita usha rumah, belinya idokkk....hehe). Masa kat showhouse, en somi teruja tahap gaban dan dah iya-iya kompom dgn salesmen tu yang dia nk beli umah tu.

Esoknya, terus kami pegi bayar booking utk unit corner lot (tak hagak2 betol laki aku nih... corner dihambeknya. Tak intai poket betul2..). Masanilah saya rasa mcm pari-pari yang tgh diawang-awangan. Macam tak percayalah!

Esoknya, tetiba suami saya telefon saya kat opis bagitau dia mcm tawar hati nk ambik rumah corner lot tu sbb umah townhouse tak boleh sama sekali buat extension (renovation). Abih, nk buat apa kat tanah sekangkang kera tu kalau tak leh nk reno? Haaa.... booking dah bayar yer kawan-kawan. Camno tu? Masa ni somi saya dah melilau sana-sini dok belah bagi samada nk proceed atau burn duit booking! Masa ni jiwa saya hancur luluh sgt (frust menonggeng la kiranya..haha). Sbb, saya dah bayangkan kunci dah ada kat tgn, tinggal nk bukak pintu jer lagi. Tapi, tiba-tiba kunci tu kena rampas! Haa... mcm tu lah saya rasa. Sebelum2 ni walaupon tak jadi beli saya tak frust apa sgt sbb 'tak dpt kunci' lagi. Hehehe.

Gedebuk gedebak, pendekkan cerita, saya bagi 'lecture' sikit kat somi about the pros and cons. (Hes thinking too much!) Saya ajak suami ambik jer yg intermediate unit dan sekaligus, live within our budget. Biarlah org lain duduk umah besau-besau, kita duduk jer dendiam kat sini. Kita save banyak woooo... (sbb umah tu murah marrr...hehe) Nanti kita kumpul duit berjuta-juta, kita belilah banglo kat Bukit Tak Untung tu ha... hehe.

Okeh! So, itulah dia susur galur riwayat seorang isteri yang meroyan nk pindah umah sendiri. Tengok Daisy path ticker kat atas tu... dah berapa lama saya 'membesarkan' badan di rumah mertua. Sudah sampai masanya untuk saya cuba 'mengempiskan' diri di rumah SENDIRI kan?

Dengan ini, terbayarlah sudah hutang saya buat para pembaca blog kecik ni yg acapkali kebuntuan bila membaca entry2 saya dikala mereng itu kan? Hehe...

Saya dengar bunyi mercun dan nampak cahaya bunga api dari tingkap bilik. Ohh...sudah pukul 12 tgh mlm. Dalam kedinginan mlm, saya ucapkan Selamat Tahun Baru untuk suami saya aka Babah Mencah yang berada dikejauhan. Kami menunggu kepulangan abang di tahun baru!

Selamat Tahun Baru untuk anda, anda dan anda juga!

-gambar cilok dr pakcik Google-

.

0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker