Pages

Powered By Blogger

Wednesday, January 7, 2009

CD - CLOTH DIAPERS?

.
Pagi tadi, buat kesekian kalinya, anak saya Aisyah telah membasahkan tilam kami dan tilam dia lagi. Haihhh... :( Saya kejutkan dia pukul 7 pagi mcm selalu, nk bawak turun bawah. Dgn malas2 dia bukak mata, sondol2 bantal pastu terkial-kial melutut atas katil. Tiba-tiba dia pegang bontot dan cakap : Bashaaahh...!

Itu kisah pagi tadi. 2 hari lepas (isnin) lagi dasyat. Dia 'bashaaaah' 2 kali dalam satu mlm! Mula2 pukul 11 lebih (Babahnya baru tukar diaper dia pukul 9 mlm) dan keesokannya bila bgn pagi dia bocor lagi...

Dalam seminggu, secara purata, boleh dikatakan sekurang-kurangnya 2 kali dia bocor. Pakai diaper cap TESCO pon bocor. Pakai Mamipoko pon bocor. Pakai Huggies Ultra 'boleh tahan' sikit, tapi harganya yg saya tak boleh tahan. Sekarang saya pakai diapers yg byk org jual tu... Maman ke Ichiban ke Europe tah.. pon bocor jugak!

Kalau pakai cloth diaper (CD) boleh tahan bocor tak?

Saya menggoogle dan jumpa blog pengguna CD yg tegar ini. Saya rasa beliau berbangsa Cina dan suri rumah sepenuh masa. Saya kagum betul lihat determination beliau 'memelihara alam sekitar' dgn menggunakan CD untuk anaknya. Ehh..koleksi CD beliau pon sgt cantik dan mahal2 taww. Ada yg diimport khas dari Amerika. Bila tengok koleksi CD yg sungguh comel, saya pon tergedik nk guna CD (sebenarnya bukan nk jaga alam sekitar sgt, tapi saja nk cari pasal sbb terpesona dgn kecomelan CD ini!)



Banyaknya koleksi!


Pendapat peribadi saya, penggunaan CD sgt sesuai jika kita adalah suri rumah sepenuh masa atau ada bibik di rumah (mampusla...payah la aku nk carik bibik lepasni..). Kalau kita hantar anak kat bbsitter atau nursery, saya rasa mereka mesti tak ada masa nk membasuhkan CD kita tu kan? Kalau ya pon kita akan bawak balik dan basuh sendiri, kalau terkena stool, mesti mereka nk kena cuci juga serba sedikit kan? Iskkk..tak dpt saya bayangkan.

Lagi satu, saya rasa baby yg fully breastfeed sgt sesuai pakai CD sbb mereka kencing tak byk berbanding si Mencah yg menonggang bergelen-gelen susu formula setiap hari :P (maka tak hairanlah kencingnya pon bergelen-gelen juga kan!)

Setelah berfikir secara waras, saya rasa biarlah saya terus setia dgn disposable diapers shj sampai bila-bila. Rasanya saya lagi sanggup nk membasuh cadar dan selimut 2 kali seminggu daripada nk membasuh kain berak kencing Aisyah berlonggok-longgok setiap hari! :P

Biarlah saya kumpul brg comel yg lain untuk Mencah...bukannya CD... hehe.


Nota : Ini adalah bebelan 'takde kerja' saya utk hari ini. hehe...




0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker