Pages

Powered By Blogger

Sunday, January 18, 2009

IT'S THAT TIME AGAIN

.
.

Saya ingatkan pengalaman kali ini berbeza. Sebab ada orang kata, yang pertama mungkin tak sama dengan yang kedua, ketiga atau keempat. Bagi diri saya, rupa2 nya sama sahaja... malah kali ini ia datang lebih awal.


Konon-kononlah Makcik Rehan cun melecun mcm pompuan ni. Ahakss...

Ptg tadi saya mandikan Aisyah. Budak ni sgt buas, saya tgh nk ambik towel, dia lari berbogel keluar dari bilik air dengan badan yg basah. Berdebup jatuh tersembam ke lantai simen. Meraung sampai saya jadik seriau. Bapak dia yg tgh sedap2 tengok bola pon terkesima. Budak ni meraung sambil jerit tolooommm...tolooommm..akittt.... (tolong, sakit) Penuh drama kan!

Babah dia pujuk, tiba2... mmbuakk! muntah. Ini mmg rutin wajib setiap kali dia menangis. Keluarlah balik urat2 laksa dan air bandung yg dia minum tadi. Kalini Babah dia pulak yg terpaksa mandikan dia semula. Saya pujuk2 dan pakaikan baju, terus diam. Alhamdulillah, tak ada apa yg lebam atau patah (saya risau gigi patah). 2 minit selepas kejadian, anak saya Aisyah buas seperti sediakala. Haihhh.....

Sebentar tadi, Babah bawak dia masuk bilik Nenek nak tidurkan dia. Saya buatkan sebotol susu dan hulurkan pada dia. Sambil menyua botol susu ke mulut, anak manis saya cakap dgn suara mendayu...

Kashihhh..... (Terima Kasih)

Ohhh.... anakku. Mama sungguh terharu. Tolonglah jangan buat mama asyik jadi tarzan yer nakkk...


0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker